ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку 👈

Astro AWANI

Astro AWANI

Открыть в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Astro AWANI

Канал Astro AWANI (@astroawani) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 70 566 подписчиков, занимая 3 861 место в категории Новости и СМИ и 403 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 70 566 подписчиков.

Согласно последним данным от 11 октября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -524, а за последние 24 часа — 0, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Верифицирован (официально подтверждён Telegram)
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 3.31%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.93% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 333 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 2 067 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 21.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 12 октября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Новости и СМИ.

70 566
Подписчики
Нет данных24 часа
-407 дней
-52430 дней
Архив постов
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan menunaikan ibadah umrah buat sementara w
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan menunaikan ibadah umrah buat sementara waktu, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata nasihat itu adalah susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dan 300 cedera. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-malaysia-dinasihat-tangguh-perjalanan-ke-arab-saudi-menteri-luar #AWANInews

Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka semula dan b
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa mulai Selasa. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kembali mencatatkan paras di bawah 150. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-sekolah-di-kuala-lumpur-dibuka-semula-esok #AWANInews

Keputusan penutupan sekolah akibat jerebu bergantung pada penilaian semasa serta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Keputusan penutupan sekolah akibat jerebu bergantung pada penilaian semasa serta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, keputusan berhubung perkara itu tidak dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara bersendirian, sebaliknya mengambil kira panduan dan penilaian agensi berkaitan. “Bukan KPM sahaja yang buat keputusan semata-mata. Panduan memang kita ambil sepenuhnya daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan juga KKM,” katanya. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-keputusan-tutup-sekolah-berdasarkan-penilaian-semasa-nasihat-metmalaysia-kkm-fadhlina #AWANInews

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di I
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Ahad. Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Dr Mahathir hari ini. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/raja-perlis-berkenan-ziarah-dr-mahathir-di-ijn #AWANInews

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Isnin atas dua pertuduhan mencederakan isteri da
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Isnin atas dua pertuduhan mencederakan isteri dan ibu mentua menggunakan pisau, minggu lepas. Shahrul Shahrizal Che Shaari, 47, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah dan Hakim Nik Habri Muhamad. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, Zulaiha Mat Zin, 44, dengan menikam menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh kira-kira 8.30 malam pada 5 Okt lepas. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganggur-mengaku-tidak-bersalah-tikam-isteri-ibu-mentua #AWANInews

ASEAN perlu bertindak segera, berterusan dan bersungguh-sungguh bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan yang berulang,
ASEAN perlu bertindak segera, berterusan dan bersungguh-sungguh bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan yang berulang, kata Prof Tan Sri Dr Jemilah Mahmood. Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University itu berkata kerjasama serantau dalam menangani kecemasan kemanusiaan, termasuk bencana tsunami dan taufan membuktikan keupayaan negara ASEAN untuk bertindak secara kolektif, antaranya menerusi pusat bantuan kemanusiaan dan perjanjian serantau mengenai pengurusan bencana. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asean-mesti-bertindak-segera-tangani-jerebu-jemilah #AWANInews

Serangan yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh mengorbankan 12 orang setakat ini, selain menyebabkan kerosakan harta benda yang masih dinilai. Kejadian itu menyebabkan penerbangan di lapangan terbang berkenaan digantung selepas penumpang dan kakitangan bertempiaran menyelamatkan diri. Kumpulan Houthi mengaku bertanggungjawab dan memberi amaran kemungkinan serangan lanjut terhadap lapangan terbang di Arab Saudi, manakala Riyadh mengecam serangan itu sebagai jenayah perang. Insiden berkenaan berlaku ketika ketegangan antara kedua-dua pihak kembali meningkat. #AWANInews https://www.tiktok.com/@501awani/video/7695706794819079432

Kebakaran hutan dan tanah belum reda di Indonesia dengan bilangan titik panas berkeyakinan tinggi meningkat untuk hari kedua
Kebakaran hutan dan tanah belum reda di Indonesia dengan bilangan titik panas berkeyakinan tinggi meningkat untuk hari kedua berturut-turut kepada 909. Walaupun operasi pemadaman terus dilakukan, jerebu rentas sempadan yang menjejaskan negara jiran berlanjutan. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kebakaran-hutan-di-indonesia-belum-reda-jerebu-terus-jadi-kebimbangan-negara-jiran #AWANInews

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri bagi mencabar pindaan Perlemba
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri bagi mencabar pindaan Perlembagaan Negeri Melaka yang membenarkan pelantikan maksimum tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan. Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, saman pemula itu difailkan pada 8 Oktober lalu dengan beliau dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dinamakan sebagai plaintif. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, tindakan itu diambil bagi memohon Mahkamah Tinggi Melaka menentukan kesahihan pindaan yang diluluskan pada 14 Julai lalu dan diwartakan pada 27 Ogos 2026. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-ph-melaka-saman-kerajaan-negeri-berhubung-pelantikan-tujuh-adun #AWANInews

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majli
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi memberikan tumpuan kepada urusan negeri iaitu Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu. Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa kehadiran Tuanku Muhriz ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tuanku-muhriz-tidak-berangkat-hadiri-mesyuarat-majlis-raja-raja-tumpu-urusan-negeri-pengelola-bijaya #AWANInews

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendesak kerajaan Indonesia supaya mendedahkan senarai syarikat yang bertanggungjawab terhadap ke
Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendesak kerajaan Indonesia supaya mendedahkan senarai syarikat yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan dan tanah di Indonesia yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, bagi membolehkan orang ramai mengambil tindakan termasuk memboikot produk mereka. Presidennya, Meena Raman berkata, pendedahan senarai berkenaan penting supaya masyarakat dapat mengenal pasti syarikat yang didakwa terlibat serta memberikan tekanan kepada pihak berkenaan agar bertanggungjawab. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dedah-syarikat-punca-jerebu-pengguna-perlu-ada-hak-pilih-produk-sam #AWANInews

Semua sekolah di empat daerah di Selangor akan terus ditutup pada Selasa susulan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara
Semua sekolah di empat daerah di Selangor akan terus ditutup pada Selasa susulan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan, penutupan itu melibatkan semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-sekolah-empat-daerah-selangor-kekal-tutup-pada-selasa-jpns #AWANInews

Setiap bahan membawa makna tersendiri - dawai melambangkan kekuatan, buluh mencerminkan warisan dan ketahanan, kulit terpakai diberi nilai baharu, manakala baldu songkok menyatukan keseluruhan karya. Bagi Fuziana, beg ini mencerminkan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan generasi. Perbezaan bukan penghalang, sebaliknya kekuatan apabila setiap individu saling menghormati, menyokong dan diberi ruang untuk menyumbang. Beliau berharap kisah ini menjadi peringatan bahawa warisan perlu dipelihara, bakat tempatan harus diberi peluang dan setiap insan mempunyai nilai tersendiri. #Bajet2027AWANI #Belanjawan2027 #AWANInews

photo content
+6

Kerajaan menyasarkan rang undang-undang pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mewajibkan pesalah memandu di bawah pengaru
Kerajaan menyasarkan rang undang-undang pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mewajibkan pesalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan, dibentangkan di Parlimen pada sesi pertama tahun hadapan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan dasar berhubung cadangan itu telah dipersetujui Jemaah Menteri beberapa bulan lalu, manakala Kementerian Pengangkutan kini sedang menyediakan draf rang undang-undang bersama Jabatan Peguam Negara (AGC). Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pindaan-akta-pengangkutan-jalan-rang-undang-undang-dibentang-awal-2027-loke #AWANInews

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff agar segera sem
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff agar segera sembuh selepas terlibat dalam kemalangan petang Ahad. Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berharap Siti Zailah diberi kekuatan untuk terus berkhidmat kepada rakyat. “Mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Siti Zailah lekas diberi kesembuhan. “Berharap YB tabah dan segera dikembalikan kekuatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam hantaran itu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-doakan-kesembuhan-ahli-parlimen-rantau-panjang-terlibat-kemalangan #AWANInews

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersetuju bahawa tiada seorang pun doktor yang melihat atau merekodkan sebarang
Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersetuju bahawa tiada seorang pun doktor yang melihat atau merekodkan sebarang kecederaan pada tubuh anaknya yang konsisten dengan pukulan, berdasarkan keterangan yang dibacanya. Noraidah Lamat, 46, turut bersetuju bahawa kesan lebam di belakang badan anaknya yang sebelum ini dipercayai akibat pukulan sebenarnya berpunca daripada darah beku, berdasarkan penjelasan doktor. Perkara itu dinyatakan ketika menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, pada Isnin. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-zara-qairina-setuju-lebam-pada-tubuh-anaknya-bukan-kesan-pukulan-objek-tumpul #AWANInews

Belanjawan 2027: Ke mana wang negara disalurkan, dan apa manfaatnya untuk anda? Terokai Dunia Belanjawan menerusi peta interaktif yang membolehkan anda menelusuri peruntukan enam kementerian terbesar, tahun demi tahun. Nak tahu apa yang anda bakal nikmati? Gunakan Kalkulator Manfaat untuk mengira sendiri manfaat yang layak anda terima. Teroka, fahami dan kira sendiri. Semuanya di Astro AWANI! https://pulse.astroawani.com/belanjawan-2027-infografik/ #AWANInews #Bajet2027AWANI #Belanjawan2027

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan yang sistem dan perkhidmatan utamanya kembali beroperasi selepas berlaku serangan siber
Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan yang sistem dan perkhidmatan utamanya kembali beroperasi selepas berlaku serangan siber hingga menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan pendeposit sejak 8 Oktober 2026. Kumpulan tersebut dalam kenyataan berkata, pemulihan berkenaan dilaksanakan selepas pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh, pengukuhan kawalan serta pelaksanaan langkah pemulihan sistem bagi melindungi simpanan dan maklumat peribadi pendeposit. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkhidmatan-tabung-haji-kembali-pulih-selepas-serangan-siber-simpanan-pendeposit-dijamin-selamat #AWANInews

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan PETAH KPM 2026 Peringkat Kebangsaan, disempurnakan Menteri Pendidikan, YB D
+8
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan PETAH KPM 2026 Peringkat Kebangsaan, disempurnakan Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, di PICC, Putrajaya, dari 12 hingga 15 Oktober 2026. Bertemakan “Seni Berbahasa Wahana Perpaduan MADANI”, program ini bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris bagi membudayakan komunikasi yang fasih dan beradab. #AWANInews 📷: Astro AWANI / Shahir Omar