uz
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Astro AWANI analitikasi

Astro AWANI (@astroawani) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 71 323 obunachidan iborat bo'lib, Yangiliklar & Media toifasida 3 672-o'rinni va Malayziya mintaqasida 399-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 71 323 obunachiga ega bo‘ldi.

28 Avgust, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -588 ga, so‘nggi 24 soatda esa -2 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlangan (Telegram tomonidan rasmiy tasdiq)
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 3.40% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.79% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 2 427 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 1 988 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 23 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 30 Avgust, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Yangiliklar & Media toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

71 323
Obunachilar
-224 soatlar
-1377 kunlar
-58830 kunlar
Postlar arxiv
Hari ini 69 tahun yang lalu, bendera Union Jack diturunkan di Melaka. Selepas pulang dari rundingan di London, Tunku Abdul Rahman berkonvoi ke Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 untuk mengumumkan kepada khalayak persetujuan British memberikan kemerdekaan yang akan diisytihar pada 31 Ogos 1957. Di lokasi yang sama, sehari sebelum pengisytiharan tersebut, pada 6.30 petang Jumaat 30 Ogos 1957, berlangsungnya upacara menurunkan bendera Union Jack yang disaksikan Pesuruhjaya Residen British di Melaka, H.G. Hammet bersama ribuan rakyat jelata. Dengan iringan tiupan serunai, bendera itu diturunkan oleh 2 orang anak kapal dari H.M.S. Saint Brides Bay & kemudian diserahkan kepada Hammet, yang terlebih dahulu menerima tabik hormat daripada pancaragam Batalion Pertama Rhodesian Rifles. Upacara di Bandar Hilir itu menjadi pemula kepada acara lebih besar pada malamnya di Kuala Lumpur. Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) dibanjiri rakyat dari segenap lapisan untuk bersama Tunku menyaksikan detik bersejarah negara. Tepat 12 tengah malam, selepas jam besar Bangunan Sultan Abdul Samad berdenting 12 kali, bendera Union Jack diturunkan di situ & bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan, diiringi nyanyian lagu Negaraku sebelum ‘MERDEKA’ dilaungkan sebanyak 7 kali. Keesokan harinya, pada jam 9.30 pagi, Tunku mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka, menandakan bermulanya perjalanan sebuah negara berdaulat yang dipimpin sendiri oleh anak watannya. Sumber: Arkib Negara Malaysia, WilayahKu #PeristiwaHariIni

photo content

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubu
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung dakwaan kewujudan sindiket penyeludupan warga China dari Kemboja ke Malaysia melalui negara jiran itu. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata pihaknya sedang memantau perkembangan kes berkenaan meskipun setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung aktiviti itu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/seludup-warga-china-imigresen-dapatkan-maklumat-pihak-berkuasa-thailand #AWANInews

Kawasan Parlimen Pensiangan wajar menjadi contoh kepada daerah lain dalam usaha menyeimbangkan pembangunan dengan pemeliharaa
Kawasan Parlimen Pensiangan wajar menjadi contoh kepada daerah lain dalam usaha menyeimbangkan pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar berikutan memiliki antara kadar litupan hutan tertinggi di Sabah. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata Sabah merekodkan litupan hutan sebanyak 64 peratus, lebih tinggi berbanding purata nasional 54.4 peratus, manakala kawasan Pensiangan pula mempunyai litupan hutan melebihi 85 peratus. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pensiangan-contoh-keseimbangan-pembangunan-dan-pemuliharaan-alam-sekitar-arthur-kurup #AWANInews

Kerajaan Nepal menganggarkan negara itu memerlukan antara AS$4 bilion hingga AS$5 bilion (kira-kira RM17 bilion hingga RM21.3
Kerajaan Nepal menganggarkan negara itu memerlukan antara AS$4 bilion hingga AS$5 bilion (kira-kira RM17 bilion hingga RM21.3 bilion) bagi membiayai pembangunan semula infrastruktur yang musnah akibat banjir kilat besar baru-baru ini. Menteri Kewangan Nepal, Dr Swarnim Wagle, berkata anggaran itu masih bersifat awal kerana penilaian penuh terhadap kerugian dan kerosakan di kawasan terjejas masih dijalankan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kos-pemulihan-banjir-nepal-dijangka-cecah-as5-bilion #AWANInews

Kebakaran hutan besar melanda kawasan sekitar Tigzirt dan laluan yang menghubungkan Tigzirt dengan Tizi Ouzou di utara Algeria, dengan api marak serta kepulan asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan. Rakaman pada Rabu dan Khamis menunjukkan api membakar kawasan hutan sebelum pasukan Pertahanan Awam dikerahkan untuk mengawal kebakaran. Menurut Perkhidmatan Akhbar Algeria, sebanyak 118 daripada 123 kebakaran yang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam berjaya dipadamkan, manakala operasi pemadaman bagi kebakaran yang masih aktif diteruskan. #AWANInews

Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Sabtu menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya mengelak daripada menc
Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Sabtu menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya mengelak daripada mencetuskan kekacauan, sambil berkata masalah boleh diselesaikan menerusi dialog dan pelaksanaan memorandum persefahaman, lapor Anadolu Ajansi (AA). "Jika kita meneruskan usaha menerusi dialog dan berdasarkan memorandum persefahaman, kita akan menyelesaikan masalah serta menjamin hak kita. "Adalah demi kepentingan negara, rantau dan dunia supaya Trump tidak mencetuskan kekacauan dan Israel tidak mewujudkan keadaan tidak selamat serta melakukan serangan," kata Pezeshkian. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-digesa-elak-cetus-kekacauan-dialog-boleh-selesaikan-masalah-presiden-iran #AWANInews

Jepun menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi operasi pemadaman menggunakan kaedah water-bombing untuk menangani kebakaran h
Jepun menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi operasi pemadaman menggunakan kaedah water-bombing untuk menangani kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan ketika bacaan Indeks Standard Pencemaran Udara (ISPU) di wilayah itu melonjak melepasi paras 1,000. Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Berton Panjaitan berkata bantuan itu membabitkan tiga helikopter termasuk sebuah Chinook, dengan operasi dijadual bermula pada 10 Sept ini. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jerebu-jepun-tawar-bantuan-padam-kebakaran-hutan-ispu-kalimantan-lepasi-1000 #AWANInews

Kerajaan Negeri Sembilan melaksanakan kutipan fi konservasi bagi kemasukan ke Taman Eko Rimba di negeri itu secara berfasa mu
Kerajaan Negeri Sembilan melaksanakan kutipan fi konservasi bagi kemasukan ke Taman Eko Rimba di negeri itu secara berfasa mulai 1 Sept ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Integrasi Nasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suhaimizan Bizar berkata kadar bayaran RM3 bagi warganegara dan RM6 bagi bukan warganegara manakala kanak-kanak, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) diberi pengecualian bayaran adalah keputusan yang diluluskan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Beliau berkata bagi fasa pertama ini, ia melibatkan dua kawasan iaitu Taman Eko Rimba Ulu Bendul dan Taman Eko Rimba Lenggeng, diikuti fasa kedua pada Oktober dan fasa ketiga pada November. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/negeri-sembilan-kenakan-fi-konservasi-masuk-ke-taman-eko-rimba-bermula-1-september #AWANInews

Muhammad Rosli, seorang daripada pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan menerusi pembedahan di Arab Saudi pada 2002, me
Muhammad Rosli, seorang daripada pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan menerusi pembedahan di Arab Saudi pada 2002, meninggal dunia pada 10.45 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Berita duka itu dimaklumkan saudara kembarnya, Ahmad menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu. “Assalamualaikum, saya abang kepada Muhammad ingin memberitahu bahawa kembar saya telah kembali kepada Sang Pencipta-Nya pada 10.45 pagi. “Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan Muhammad dan hanya Allah dapat membalas jasa kamu semua,” katanya. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kembar-siam-muhammad-yang-dipisahkan-di-arab-saudi-meninggal-dunia-pagi-tadi #AWANInews

Pelakon Terbang Zizan Razak, Irfan Zaini, Shweta dan Jack Tan dapat merasai pengalaman aksi menaiki kereta rali bersama Pelum
+5
Pelakon Terbang Zizan Razak, Irfan Zaini, Shweta dan Jack Tan dapat merasai pengalaman aksi menaiki kereta rali bersama Pelumba Rali Lagenda Negara dan Juara Dunia, Karamjit Singh di Sepang Bay hari ini. 📷: Astro/ Azrul Rafie

Isteri rakyat Malaysia Muhamad Nasir Abdul Talib yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir kilat di Nepal, Jamaliah Tengku
Isteri rakyat Malaysia Muhamad Nasir Abdul Talib yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir kilat di Nepal, Jamaliah Tengku Ismail, 67, masih menaruh harapan suaminya ditemukan selamat meskipun pada masa sama semakin reda menerima apa jua kemungkinan. “Saya kena sabar. Bagi saya, 70 peratus masih berharap dan 30 peratus sudah reda kerana kita tidak tahu bagaimana keadaannya,” katanya. Menurut Jamaliah, dia perlu bersedia menerima apa jua kemungkinan, namun enggan berputus asa selagi belum menerima sebarang berita mengenai nasib suaminya. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-nepal-70-peratus-masih-berharap-30-peratus-sudah-reda #AWANInews

Astro mencatat kejayaan besar di APPIES Malaysia 2026 dengan meraih 11 kemenangan, termasuk dua emas, dua perak, empat gangsa dan tiga merit. Pencapaian itu mengukuhkan kekuatan Astro dalam menghasilkan kandungan serta kempen pemasaran yang memberi impak kepada jenama dan perniagaan. Dua emas diraih menerusi Abah Saya Uncle Mike dalam kategori Kandungan dan Penerbitan Jenama Terbaik, serta Gegar Vaganza bagi kategori Kandungan dan Hiburan Berjenama Terbaik. Kempen Abah Saya Uncle Mike turut mencatat pertumbuhan jualan 23 peratus untuk jenama 7UP dan Mirinda. #AWANInews

Ahli keluarga rakyat Malaysia yang hilang dalam kejadian banjir kilat di Nepal merayu Kementerian Luar (Wisma Putra) dan perw
Ahli keluarga rakyat Malaysia yang hilang dalam kejadian banjir kilat di Nepal merayu Kementerian Luar (Wisma Putra) dan perwakilan diplomatik berkaitan untuk menyediakan kemas kini rasmi mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekurang-kurangnya sekali sehari. Wakil waris, Dr R. Manivannan berkata, maklumat harian daripada Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal serta Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China adalah kritikal bagi mengelakkan keluarga bergantung kepada sumber tidak rasmi yang boleh menambah tekanan emosi. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-nepal-waris-rayu-wisma-putra-salur-maklumat-harian-selaras-rekod-mangsa-hilang #AWANInews

Satu sesi pertemuan dan taklimat akan diadakan esok bersama dengan keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan su
Satu sesi pertemuan dan taklimat akan diadakan esok bersama dengan keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan banjir kilat dahsyat dan insiden tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata taklimat itu melibatkan Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara dan agensi berkaitan untuk memberikan penerangan lanjut mengenai usaha mengesan serta mencari mangsa yang dikategorikan sebagai hilang. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-nepal-taklimat-bersama-dengan-keluarga-mangsa-hilang-diadakan-esok-mohamad #AWANInews

Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) dan Nanjing Chemical Construction Co. Ltd. (NCC) memperkukuh ke
Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) dan Nanjing Chemical Construction Co. Ltd. (NCC) memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) menerusi pertukaran kepakaran teknikal, pemindahan teknologi serta perkongsian amalan terbaik industri. Kerjasama itu diketengahkan menerusi lawatan rasmi delegasi MiSHA ke ibu pejabat NCC di Yangxin Road, Nanjing, Jiangsu, China, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/misha-ncc-perkukuh-kerjasama-kkp-menerusi-pemindahan-teknologi-kepakaran

Raja Norway yang baharu Raja Haakon VIII akan mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagaan pada Selasa, susulan kemangkat
Raja Norway yang baharu Raja Haakon VIII akan mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagaan pada Selasa, susulan kemangkatan ayahandanya Raja Harald V, lapor agensi berita Jerman, dpa. Tarikh tersebut diumumkan kepada penyiar NRK pada Jumaat oleh Yang Dipertua Parlimen Norway Masud Gharahkhani. Istiadat angkat sumpah itu wajib bagi raja baharu dan akan berlangsung di parlimen, yang dikenali sebagai Storting, berhampiran Istana Diraja di Oslo. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/raja-norway-baharu-raja-haakon-viii-angkat-sumpah-selasa

Pejabat Perdana Menteri Nepal pada Jumaat (28 Ogos) mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan pasukan penyelamat meredah lumpur tebal menuju ke sebuah terowong di projek hidroelektrik Upper Trishuli bagi menyelamatkan dan memindahkan keluar pekerja serta penduduk tempatan yang terperangkap akibat banjir besar. #AWANInews

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM4.6 juta, bagi membaik pulih infrastruktu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM4.6 juta, bagi membaik pulih infrastruktur asas di 27 institusi pendidikan Islam di seluruh Pulau Pinang, tahun ini. Peruntukan itu meningkat berbanding RM2.11 juta yang disalurkan pada 2025 bagi kerja baik pulih 11 institusi pendidikan Islam, di negeri itu. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan itu akan digunakan untuk pelbagai keperluan termasuk menaik taraf madrasah, sekolah, bangunan tadika dan akademi tahfiz serta membina tembok dan pagar. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-lulus-rm46-juta-baik-pulih-institusi-pendidikan-islam-di-pulau-pinang

Rakaman dron di Devighat Dham, Daerah Nuwakot, Nepal menunjukkan kemusnahan selepas banjir besar melanda pada 26 Ogos. Sebahagian besar penempatan di tebing sungai ditenggelami lumpur, batu kerikil dan puing, manakala lebih 1,000 orang termasuk ratusan pelancong asing masih dilaporkan hilang. #AWANInews