uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку 👈

Astro AWANI

Astro AWANI

Відкрити в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Astro AWANI

Канал Astro AWANI (@astroawani) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 70 550 підписників, посідаючи 3 850 місце в категорії Новини і ЗМІ та 404 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 70 550 підписників.

За останніми даними від 12 жовтня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -521, а за останні 24 години на 0, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Верифікований (Офіційно підтверджено Telegram)
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 3.30%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.95% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 2 328 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 2 085 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 20.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
“Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com”

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 13 жовтня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Новини і ЗМІ.

70 550
Підписники
Немає даних24 години
-387 днів
-52130 днів
Архів дописів
Polis masih menunggu arahan dan keputusan rasmi daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor untuk mendakwa suspek kes p
Polis masih menunggu arahan dan keputusan rasmi daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor untuk mendakwa suspek kes pembunuhan pelajar tingkatan empat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal. Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk ke pejabat berkenaan pada 9 Okt lepas bagi tindakan lanjut. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bunuh-irene-sofiya-polis-tunggu-arahan-pendakwaan #AWANInews

Sebahagian laluan di Jalan Magazine, George Town ditutup secara berkala selama 131 hari bermula esok bagi memberi laluan kepa
Sebahagian laluan di Jalan Magazine, George Town ditutup secara berkala selama 131 hari bermula esok bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara. Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan jangka panjang itu dilaksanakan bermula 10 pagi esok hingga 5 pagi 21 Feb 2027. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lrt-laluan-mutiara-sebahagian-jalan-magazine-ditutup-bermula-esok-hingga-21-feb-2027 #AWANInews

Rumah bukan sekadar struktur fizikal, sebaliknya tempat sesebuah keluarga membina kenangan, memelihara maruah dan rasa selama
Rumah bukan sekadar struktur fizikal, sebaliknya tempat sesebuah keluarga membina kenangan, memelihara maruah dan rasa selamat, sesuatu realiti yang membawa makna lebih mendalam bagi rakyat Palestin ketika berdepan kemusnahan dan perpindahan besar-besaran di Semenanjung Gaza. Pegawai Palestin, Suffiea Ibrahim berkata, skala kemusnahan di Semenanjung Gaza belum pernah berlaku sebelum ini, dengan lebih 200,000 bangunan mengalami kerosakan, mewakili kira-kira 82 peratus daripada keseluruhan bangunan di wilayah itu. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rumah-bukan-sekadar-tempat-berteduh-lambang-maruah-keluarga-palestin #AWANInews

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua maut disambar petir ketika dalam perjalanan pulang dari memancing di kawasan bendang ber
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua maut disambar petir ketika dalam perjalanan pulang dari memancing di kawasan bendang berhampiran Kampung Tasek Berangan, Repek di Pasir Mas, petang semalam. Mangsa, Muhammad Ziad Zikri Abdul Hadi, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang di sini meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-tingkatan-dua-maut-disambar-petir #AWANInews

Guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pe
Guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu. Tertuduh, Sakinah Ismail, 57, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-mengaku-tidak-bersalah-rempuh-pelajar-hingga-maut-di-hadapan-surau-sekolah #AWANInews

Pihak berkuasa Arab Saudi melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh sehingga Sabtu ini selepa
Pihak berkuasa Arab Saudi melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh sehingga Sabtu ini selepas serangan berterusan peluru berpandu dan dron oleh kumpulan Houthi dari Yaman yang mengosongkan ruang udara ibu negara itu. Beberapa syarikat penerbangan turut membatalkan penerbangan ke Riyadh susulan kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan selepas serangan yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lapangan-terbang-riyadh-ditutup-hingga-sabtu-susulan-serangan-berulang-houthi #AWANInews

RJ Mitte, pelakon yang dikenali menerusi wataknya dalam siri televisyen pemenang Anugerah Emmy, Breaking Bad, meninggal dunia
RJ Mitte, pelakon yang dikenali menerusi wataknya dalam siri televisyen pemenang Anugerah Emmy, Breaking Bad, meninggal dunia pada usia 34 tahun. Menurut jurucakap Pejabat Hakim Keamanan Cyndi Hinojosa di Brownsville, Texas, Mitte meninggal dunia pada Isnin, manakala punca kematiannya masih dalam siasatan. Jabatan Polis Brownsville memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar tengah hari waktu tempatan pada Isnin. Ketika anggota polis tiba di lokasi, Mitte telah disahkan meninggal dunia. Lanjut: https://www.astroawani.com/hiburan/pelakon-breaking-bad-rj-mitte-meninggal-dunia-pada-usia-34-tahun #AWANInews

Jabatan Imigresen (JIM) mengambil serius kebimbangan penduduk berhubung kehadiran dan penglibatan pendatang asing dalam aktiv
Jabatan Imigresen (JIM) mengambil serius kebimbangan penduduk berhubung kehadiran dan penglibatan pendatang asing dalam aktiviti ekonomi di Janda Baik, Bentong seperti dilaporkan media semalam. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata pihaknya melaksanakan operasi di lapan lokasi sekitar kawasan itu pada 24 April lepas dengan 38 pendatang asing ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan terhadap 82 individu. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-pendatang-asing-imigresen-ambil-serius-kebimbangan-penduduk-janda-baik #AWANInews

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyasarkan kutipan RM5 juta bagi Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 sebagai usaha untuk memper
Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyasarkan kutipan RM5 juta bagi Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 sebagai usaha untuk memperkasakan kesejahteraan serta kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sokongan padu masyarakat serta sektor korporat dalam kempen kutipan sebelum ini. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mindef-sasar-kutip-rm5-juta-bagi-kempen-tabung-pahlawan-20262027 #AWANInews

RJ Mitte, pelakon yang dikenali menerusi wataknya dalam siri televisyen pemenang Anugerah Emmy, Breaking Bad, meninggal dunia
RJ Mitte, pelakon yang dikenali menerusi wataknya dalam siri televisyen pemenang Anugerah Emmy, Breaking Bad, meninggal dunia pada usia 34 tahun. Menurut jurucakap Pejabat Hakim Keamanan Cyndi Hinojosa di Brownsville, Texas, Mitte meninggal dunia pada Isnin, manakala punca kematiannya masih dalam siasatan. Jabatan Polis Brownsville memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar tengah hari waktu tempatan pada Isnin. Ketika anggota polis tiba di lokasi, Mitte telah disahkan meninggal dunia. Lanjut: https://www.astroawani.com/hiburan/pelakon-breaking-bad-rj-mitte-meninggal-dunia-pada-usia-34-tahun #AWANInews

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan melaksanakan Latihan Kecemasan Aerodrom Ex Perisai Panthera 2026, iait
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan melaksanakan Latihan Kecemasan Aerodrom Ex Perisai Panthera 2026, iaitu latihan kecemasan berskala penuh di Landasan 2 pada 14 Okt ini. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan latihan kecemasan bermula 8 pagi hingga 2 petang itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan KLIA untuk memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kecemasan. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/klia-laksana-latihan-kecemasan-berskala-penuh-14-okt-mahb #AWANInews

Hujan lebat berterusan menyebabkan paras Sungai Iguazú meningkat luar biasa sehingga melebihi 12,000 meter padu sesaat, sekali gus memaksa penutupan sementara laluan pelancongan di Air Terjun Iguazú di Argentina serta sekatan akses di Brazil. Aktiviti pelayaran di pelabuhan Iguazú turut digantung susulan paras air melebihi 25 meter, sementara pihak berkuasa kedua-dua negara memantau keadaan dan menilai tahap keselamatan sebelum kawasan terjejas dibuka semula. #AWANInews

Penggunaan tinja ayam yang tidak diproses sebagai baja tanaman kontan dipercayai antara punca lebih 400 penduduk di empat kam
Penggunaan tinja ayam yang tidak diproses sebagai baja tanaman kontan dipercayai antara punca lebih 400 penduduk di empat kampung di sini berdepan gangguan lalat dan bau busuk sejak awal tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Changkat Tualang/Redang Sawa Ahmad Kazimi Ibrahim berkata masalah yang melibatkan Kampung Changkat Tualang, Kampung Redang Sawa, Kampung Changkat Legong dan Kampung Kota Bharu itu semakin serius sejak tiga bulan lepas. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-lalat-jejas-lebih-400-penduduk-di-empat-kampung-di-kampar #AWANInews

Suhu purata global pada September 2026 mencecah 16.27 darjah Celsius, menjadikannya bulan September kedua terpanas pernah dir
Suhu purata global pada September 2026 mencecah 16.27 darjah Celsius, menjadikannya bulan September kedua terpanas pernah direkodkan, menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU), lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Copernicus pada Isnin memaklumkan bahawa bulan lalu juga merupakan bulan kedua berturut-turut tahun ini yang mencatatkan suhu global melebihi 1.5 darjah Celsius berbanding paras praindustri. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/september-2026-catat-suhu-kedua-tertinggi-dalam-sejarah-copernicus #AWANInews

photo content
+5

Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan belanjawan sebanyak RM14.84 bilion untuk 2027, dengan tema ‘Bersama Membina Kemakmuran da
Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan belanjawan sebanyak RM14.84 bilion untuk 2027, dengan tema ‘Bersama Membina Kemakmuran dan Menjamin Masa Hadapan Kita’. Apa rakyat Bumi Kenyalang dapat? #BelanjawanSarawak2027 #AWANInews

Perbahasan mengenai sistem percukaian Malaysia seharusnya tertumpu pada usaha meningkatkan kutipan hasil dan bukannya memilih
Perbahasan mengenai sistem percukaian Malaysia seharusnya tertumpu pada usaha meningkatkan kutipan hasil dan bukannya memilih antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata seorang pakar percukaian. Penasihat Kanan Dasar Cukai KPMG Malaysia Dr Veerinderjeet Singh berkata Malaysia sudah mempunyai sistem percukaian yang relevan, manakala cabaran utama adalah memastikan cukai sedia ada berfungsi dengan berkesan dan menjana hasil seperti yang disasarkan. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-perlu-tumpu-pada-kutipan-hasil-cukai-bukan-sst-atau-gst-pakar #AWANInews

Indonesia tidak akan mengisytiharkan kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan di negara itu sebagai bencana nasional buat ma
Indonesia tidak akan mengisytiharkan kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan di negara itu sebagai bencana nasional buat masa ini, sambil menyatakan ia masih berupaya menangani krisis berkenaan. Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Dudung Abdurachman berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet terhad yang dipengerusikan Presiden Prabowo Subianto di Istana Merdeka di Jakarta pada Isnin. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/indonesia-tidak-akan-isytihar-kebakaran-hutan-sebagai-bencana-nasional-buat-masa-ini #AWANInews

Beberapa kawasan di selatan Lubnan menjadi sasaran tembakan artileri dan mesingan berat Israel pada Isnin, ketika pihak berku
Beberapa kawasan di selatan Lubnan menjadi sasaran tembakan artileri dan mesingan berat Israel pada Isnin, ketika pihak berkuasa Lubnan memberi amaran kepada penduduk supaya tidak memasuki kebun zaitun berikutan kebimbangan mengenai bom kluster dan periuk api, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan. Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan bahawa bedilan artileri pada waktu malam menyasarkan kawasan Al-Araish di Haris, Wadi al-Salouqi serta pinggir Shaqra, Kfar Tebnit dan Wadi Zibqin di selatan negara itu. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-bedil-selatan-lubnan-pihak-berkuasa-beri-amaran-mengenai-bom-kluster-dan-periuk-api #AWANInews

Rakaman menunjukkan seorang pengemudi bot bakul yang terjatuh dan menimpa pelancong ketika sedang melakukan aksi ‘memeningkan’ di Nha Trang, wilayah Khanh Hoa, Vietnam. Pada mulanya, pelancong itu berpaut pada tepi bot ketika pekerja berjaket kuning memutarkan bot secara berulang kali menggunakan pendayung untuk memutarkan bot secara berulang kali. Beberapa saat kemudian, semasa bot semakin pantas berpusing, pekerja yang kekal berdiri di dalam bot itu tiba-tiba hilang keseimbangan dan terjatuh terlentang menimpa pelancong berkenaan. Kejadian tersebut mengundang ketawa besar rakan-rakan dan orang ramai yang menyaksikan. #AWANInews