ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅 👈

Astro AWANI

Astro AWANI

前往频道在 Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

显示更多

📈 Telegram 频道 Astro AWANI 的分析概览

频道 Astro AWANI (@astroawani) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 70 577 名订阅者,在 新闻与媒体 类别中位列第 3 843,并在 马来西亚 地区排名第 402 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 70 577 名订阅者。

根据 10 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -548,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 已认证(Telegram 官方确认)
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.29%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.90% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 324 次浏览,首日通常累积 2 048 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 21。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com”

凭借高频更新(最新数据采集于 11 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 新闻与媒体 类别中的关键影响点。

70 577
订阅者
无数据24 小时
-637 天
-54830 天
帖子存档
Cadangan penetapan gaji RM2,500 bagi graduan baharu perlu disokong mekanisme pelaksanaan yang jelas bagi mengelakkan ketidaks
Cadangan penetapan gaji RM2,500 bagi graduan baharu perlu disokong mekanisme pelaksanaan yang jelas bagi mengelakkan ketidakseimbangan struktur gaji, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, walaupun kenaikan gaji penting bagi membantu pekerja menangani peningkatan kos sara hidup, pelaksanaannya perlu mengambil kira skop pekerjaan, tahap kemahiran serta produktiviti pekerja. Menurut beliau, penetapan gaji berdasarkan kelayakan akademik semata-mata berisiko menimbulkan masalah apabila graduan baharu menerima gaji setara atau lebih tinggi berbanding pekerja sedia ada yang mempunyai pengalaman dan memegang jawatan tertentu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan-gaji-graduan-bermula-rm2500-perlu-diteliti-ameer-ali #AWANInews

Raja Jordan Raja Abdullah II tiba di Malaysia pada Ahad untuk lawatan negara selama dua hari atas undangan Yang di-Pertuan Ag
Raja Jordan Raja Abdullah II tiba di Malaysia pada Ahad untuk lawatan negara selama dua hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Ketibaan baginda dan delegasi dengan menaiki pesawat khas disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.13 malam. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/raja-jordan-raja-abdullah-ii-tiba-di-malaysia-untuk-lawatan-negara-dua-hari #AWANInews

Kementerian Dalam Negeri Poland pada Ahad memaklumkan polis menerima laporan mengenai kemungkinan rancangan pembunuhan yang m
Kementerian Dalam Negeri Poland pada Ahad memaklumkan polis menerima laporan mengenai kemungkinan rancangan pembunuhan yang menyasarkan Perdana Menteri Donald Tusk dan Menteri Pertahanan Wladyslaw Kosiniak-Kamysz, lapor Anadolu Ajansi. Menteri Dalam Negeri Marcin Kierwinski dan Tomasz Siemoniak, menteri yang menyelia perkhidmatan perisikan, telah mengarahkan tindakan diambil berhubung perkara itu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Karolina Galecka menerusi platform media sosial X. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/poland-siasat-dakwaan-rancangan-bunuh-pm-menteri-pertahanan #AWANInews

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan mengeluarkan pemakluman rasmi setiap hari berhubung pelanjutan penutupan sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan mengeluarkan pemakluman rasmi setiap hari berhubung pelanjutan penutupan sekolah susulan jerebu, meskipun kerajaan negeri pada Sabtu mengumumkan penutupan sekolah selama lima hari. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata pemakluman harian itu merupakan sebahagian daripada tatacara pentadbiran yang perlu dipatuhi JPNJ, selaras dengan arahan dan prosedur yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM). Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpnj-keluar-pemakluman-harian-berhubung-penutupan-sekolah-akibat-jerebu #AWANInews

Dua lelaki yang ditahan selepas dikejar polis di Jalan Wangsa 5, Bukit Antarabangsa menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2
Dua lelaki yang ditahan selepas dikejar polis di Jalan Wangsa 5, Bukit Antarabangsa menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Hulu Kelang pada Ahad didapati memiliki senjata tajam, peralatan mencuri kabel dan dadah di dalam kenderaan mereka. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata kedua-dua suspek ditangkap semasa kenderaan jenis Isuzu Dmax dinaiki mereka berada di persimpangan Jalan Jelatek dan Jalan Taman Setiawangsa berdekatan stesen minyak Caltex. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/suspek-dikejar-polis-di-setiawangsa-miliki-senjata-tajam-alat-curi-kabel-dan-dadah #AWANInews

Tentera Israel melancarkan semula serangan udara dan bedilan artileri di beberapa bandar di selatan Lubnan pada Ahad, dalam p
Tentera Israel melancarkan semula serangan udara dan bedilan artileri di beberapa bandar di selatan Lubnan pada Ahad, dalam pelanggaran terbaharu terhadap perjanjian rangka kerja tajaan Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani pada Jun, lapor Anadolu Ajansi, memetik agensi berita rasmi negara itu. Pesawat perang Israel mengebom bandar Kfar Tebnit di daerah Nabatieh, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA). Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-teruskan-serangan-udara-bedil-artileri-di-selatan-lubnan-di-sebalik-perjanjian #AWANInews

Pelumba Red Bull Racing Max Verstappen meraih kemenangan sulungnya pada Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura pada Ahad, sek
Pelumba Red Bull Racing Max Verstappen meraih kemenangan sulungnya pada Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura pada Ahad, sekali gus mencatat kemenangan kedua berturut-turut musim ini dan kemenangan ke-73 sepanjang kariernya di Litar Jalan Raya Marina Bay. Pelumba Belanda itu meneruskan momentum kemenangan selepas menjuarai Grand Prix Bahrain minggu lepas yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia. Pelumba Ferrari Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala pelumba Mercedes yang juga pendahulu kejuaraan, Kimi Antonelli melengkapkan podium di tempat ketiga. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/verstappen-juarai-gp-singapura-buat-kali-pertama-catat-2-kemenangan-berturut-turut #AWANInews

Sebanyak 80 peratus tiket bagi Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah habis dijual,
Sebanyak 80 peratus tiket bagi Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah habis dijual, mencerminkan sambutan menggalakkan daripada peminat terhadap penampilan sulung pelumba negara, Hakim Danish Ramli, di laman sendiri dalam saingan Moto3. Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata pencapaian Hakim Danish menaiki podium dan meraih kemenangan pada musim pertamanya dalam kejuaraan dunia itu merupakan detik bersejarah yang membanggakan negara. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/hakim-danish-jadi-tarikan-80-peratus-tiket-motogp-malaysia-2026-terjual #AWANInews

Semua sekolah agama negeri di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di daerah Hulu Langat, Gombak dan zon Petal
Semua sekolah agama negeri di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di daerah Hulu Langat, Gombak dan zon Petaling Perdana kekal ditutup sehingga dimaklumkan kelak. Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu turut terpakai kepada sekolah Islam persendirian (SIP) di daerah dan kawasan berkenaan. Beliau berkata bagi sekolah agama negeri di daerah dan zon lain, ia akan beroperasi seperti biasa mulai esok (12 Okt). Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-sekolah-agama-negeri-sip-di-hulu-langat-gombak-dan-petaling-perdana-kekal-ditutup #AWANInews

DAP tidak pernah terlibat dalam sebarang usaha yang mencetuskan krisis di Negeri Sembilan, sebaliknya kekal fokus memberikan
DAP tidak pernah terlibat dalam sebarang usaha yang mencetuskan krisis di Negeri Sembilan, sebaliknya kekal fokus memberikan khidmat kepada rakyat, kata Setiausaha Agung Anthony Loke. Beliau berkata parti itu kini tidak berada dalam pentadbiran kerajaan negeri dan tidak wajar terus dijadikan alasan atau dikaitkan dengan kemelut yang berlaku, termasuk dakwaan DAP menjadi punca krisis berkenaan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/dap-tidak-terlibat-cetuskan-krisis-di-negeri-sembilan-loke #AWANInews

12 Oktober 2026. Kami tampil berbeza. Lebih segar. Lebih dinamik. Lebih dekat dengan anda. Saksikan wajah baharu AWANI Pagi b
12 Oktober 2026. Kami tampil berbeza. Lebih segar. Lebih dinamik. Lebih dekat dengan anda. Saksikan wajah baharu AWANI Pagi bermula esok untuk pengalaman berita yang lebih jelas, pantas dan relevan. #AWANInews

Setahun selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Semenanjung Gaza, semua tawanan Israel telah dihantar pulang, namun sebahag
Setahun selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Semenanjung Gaza, semua tawanan Israel telah dihantar pulang, namun sebahagian besar perkara yang dijanjikan kepada rakyat Palestin menerusi perjanjian itu masih belum menjadi kenyataan, lapor Anadolu Ajansi. Serangan Israel masih berterusan dengan proses pengunduran tenteranya terhenti, malah sebahagian tentera Israel kembali mara. Pengaturan tadbir urus juga masih belum lengkap, manakala pembinaan semula secara besar-besaran masih belum bermula. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/setahun-selepas-gencatan-senjata-janji-pemulihan-gaza-belum-jadi-kenyataan #AWANInews

Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang
Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura dari 10 hingga 12 Okt sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca dan jerebu. Dalam satu makluman, syarikat penerbangan itu memaklumkan pembatalan berkenaan melibatkan enam perkhidmatan penerbangan harian, iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131 serta FY3132 dan FY3133. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/firefly-batal-penerbangan-subang-seletar-susulan-keadaan-jerebu-cuaca #AWANInews

Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan membabitkan kereta berhias tradisional ketika festiva
Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan membabitkan kereta berhias tradisional ketika festival di dua bandar di wilayah Osaka, barat Jepun pada Sabtu, menurut polis tempatan, lapor Xinhua. Di Izumisano, seorang lelaki berusia 51 tahun terperangkap di bawah sebuah kereta berhias yang terbalik ketika menaikinya bersama peserta lain. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/dua-maut-16-cedera-dalam-kemalangan-kereta-berhias-ketika-festival-di-osaka #AWANInews

📌 Kemas kini di sini: 👉 https://bit.ly/47eO0mk 🚨 3 Berita Paling Trending Petang Ini 1️⃣Banduan hukuman mati Tennessee kembali ke penjara selepas prosedur gagal 2️⃣Jerebu: Semua sekolah di Selangor beroperasi semula Isnin kecuali di tiga daerah 3️⃣JPJ gantung sementara sijil kelulusan jenis kenderaan Chery Omoda 5 #AWANInews #PilihanPembacaAWANI

Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang
Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura dari 10 hingga 12 Okt sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca dan jerebu. Dalam satu makluman, syarikat penerbangan itu memaklumkan pembatalan berkenaan melibatkan enam perkhidmatan penerbangan harian, iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131 serta FY3132 dan FY3133. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/firefly-batal-penerbangan-subang-seletar-susulan-keadaan-jerebu-cuaca #AWANInews

Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang
Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura dari 10 hingga 12 Okt sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca dan jerebu. Dalam satu makluman, syarikat penerbangan itu memaklumkan pembatalan berkenaan melibatkan enam perkhidmatan penerbangan harian, iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131 serta FY3132 dan FY3133. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/firefly-batal-penerbangan-subang-seletar-susulan-keadaan-jerebu-cuaca #AWANInews

Rakaman menunjukkan kawasan di wilayah Sumatera Barat, Indonesia yang ditenggelami air banjir dan arus deras selepas hujan lebat menyebabkan sungai melimpah di bandar Padang. Sekumpulan pasukan penyelamat dilihat bertungkus-lumus meredah mengharungi arus deras menggunakan bot kembung untuk membawa penduduk ke tempat selamat. Sekurang-kurangnya 178 penduduk daripada 59 keluarga terjejas akibat bencana yang berlaku. #AWANInews

Sesi persekolahan yang sebelum ini terjejas akibat jerebu beroperasi semula esok kecuali di Johor dan beberapa jawasan di Kua
Sesi persekolahan yang sebelum ini terjejas akibat jerebu beroperasi semula esok kecuali di Johor dan beberapa jawasan di Kuala Lumpur serta Selangor. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-sekolah-di-lima-negeri-putrajaya-beroperasi-semula-isnin #AWANInews

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus menang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus menangguhkan pendaftaran baharu kenderaan itu sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dapat dikenal pasti. Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan penggantungan sementara itu akan dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian yang berpotensi terlibat. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpj-gantung-sementara-sijil-kelulusan-jenis-kenderaan-chery-omoda-5 #AWANInews