Astro AWANI
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Больше📈 Аналитический обзор Telegram-канала Astro AWANI
Канал Astro AWANI (@astroawani) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 71 187 подписчиков, занимая 3 704 место в категории Новости и СМИ и 395 место в регионе Малайзия.
📊 Показатели аудитории и динамика
С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 71 187 подписчиков.
Согласно последним данным от 04 сентября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -611, а за последние 24 часа — -28, при этом общий охват остаётся высоким.
- Статус верификации: Верифицирован (официально подтверждён Telegram)
- Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 3.23%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.62% реакций от общего числа подписчиков.
- Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 299 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 1 867 просмотров.
- Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 20.
📝 Описание и контентная политика
Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Channel telegram rasmi Astro AWANI...
Ikuti kami di grid.astroawani.com”
Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 05 сентября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Новости и СМИ.
Загрузка данных...
| Дата | Привлечение подписчиков | Упоминания | Каналы | |
| 05 сентября | 0 | |||
| 04 сентября | 0 | |||
| 03 сентября | 0 | |||
| 02 сентября | +1 | |||
| 01 сентября | 0 |
| 2 | Pengalaman Eksklusif di Kilang Haojin, China, mengintai masa depan Super Moped & Skuter Adventure Letbe
Pengalaman melawat kilang Haojin di Guangzhou, China, sememangnya satu detik yang sukar dilupakan.
Sebagai wakil pencipta kandungan dari Malaysia, kami diberi peluang keemasan untuk melihat dari dekat serta mendengar penerangan terperinci mengenai beberapa model prototaip yang masih dalam fasa Penyelidikan & Pembangunan (R&D).
#AWANInews | 1 085 |
| 3 | Kerajaan Melaka akan meneliti cadangan menjadikan negeri itu antara yang terawal menetapkan gaji asas antara RM2,500 hingga RM2,800 sebelum mengemukakan syor mengenainya kepada kerajaan Persekutuan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penelitian dan penilaian akan dibuat daripada pelbagai sudut bagi memastikan cadangan berkenaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
"Ini supaya anak-anak muda kita mempunyai pendapatan yang lebih baik untuk membina masa depan mereka di negeri ini,” katanya.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/melaka-teliti-cadangan-tetapkan-gaji-asas-rm2500-ab-rauf
#AWANInews | 928 |
| 4 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menafikan individu pada poster tular di media sosial yang didakwa terlibat dalam pergaduhan mulut adalah petugas di universiti itu.
UTM dalam kenyataan memaklumkan individu itu bukan individu dinamakan dalam poster asal dan pihaknya memandang serius sebarang manipulasi atau penyalahgunaan bahan komunikasi, logo dan identiti yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi staf dan universiti tersebut.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/utm-nafi-individu-dalam-poster-tular-petugas-universiti
#AWANInews | 989 |
| 5 | Seorang wanita berjaya ditemukan hidup dari sebuah rumah yang tertimbus akibat tanah runtuh di Nepal pada Sabtu, 10 hari selepas banjir besar melanda lembangan Sungai Bhote Koshi dan Trishuli.
Rakaman video menunjukkan pasukan penyelamat menarik Chandika Kumari Shrestha keluar dari bangunan yang dipenuhi lumpur itu.
Shrestha ditemukan di tingkat atas sebuah bangunan empat tingkat di Betrawati, Daerah Nuwakot, selepas pasukan penyelamat menerima laporan mengenai bunyi suara manusia dari dalam bangunan berkenaan.
#AWANInews | 1 110 |
| 6 | Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan.
Menurutnya, tawaran itu dibuat ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014 selepas beberapa pemimpin Pas dipelawa menghadiri pertemuan di Kedutaan AS.
Beliau berkata, pertemuan itu dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang ketika itu merupakan Setiausaha Politiknya, serta Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyandang jawatan Penolong Setiausaha Agung Pas.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/muktamar-pas-hadi-awang-dakwa-pernah-tawar-bantu-jatuhkan-umno
#AWANInews | 1 359 |
| 7 | Jasad mangsa terakhir, Mohamad Haiman Fitri Supian, yang lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, ditemukan kira-kira jam 3.05 petang pada Sabtu, sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari empat.
Pegawai Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili, Leftenan Komander Mohamed Shafiee Bakar berkata, jasad mangsa, ditemukan orang awam berdekatan Tanjung Siang pada jarak 12 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-terakhir-mangsa-lemas-pantai-tanjung-lompat-ditemukan
#AWANInews | 977 |
| 8 | Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) menggesa istilah ‘kuil haram’ tidak digunakan sewenang-wenangnya terhadap rumah ibadat yang berdepan isu tanah atau kelulusan.
Ketuanya, Kumaresan Baby Kalidawson berkata, masyarakat India tidak selesa dengan penggunaan label berkenaan kerana ia boleh mengguris perasaan mereka.
Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-politik/muktamar-pas-hentikan-label-kuil-haram-dhpp
#AWANInews | 1 175 |
| 9 | Cadangan mencari lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada masa hadapan dibuat bagi memastikan acara itu kekal kompetitif susulan persaingan sengit pameran pertahanan di rantau ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia perlu sentiasa melakukan penambahbaikan termasuk dari segi keluasan kawasan dan kemudahan penganjuran, terutama apabila semakin banyak negara jiran turut menganjurkan pameran pertahanan.
Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-lokasi-alternatif-tampung-penyertaan-lebih-besar-pastikan-kekal-kompetitif-khaled
#AWANInews | 1 212 |
| 10 | Kesemua sampel asid deoksiribonukleik (DNA) waris terdekat 55 rakyat Malaysia yang masih gagal dikesan susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal selesai diperoleh, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata sampel tersebut akan dihantar ke Nepal bagi membolehkan proses padanan DNA dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu, namun dijangka mengambil masa berikutan jumlah mangsa yang ramai.
Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-nepal-sampel-dna-waris-rakyat-malaysia-hilang-selesai-diperoleh-mohamad
#AWANInews | 1 174 |
| 11 | Bekas pemain Liverpool, Jordon Ibe terlepas hukuman penjara selepas didapati bersalah menyerang bekas teman wanitanya dalam satu pertengkaran di selatan London.
Ibe, 30, dijatuhi perintah khidmat masyarakat selama 12 bulan selepas mengaku bersalah atas kesalahan menyerang seseorang sehingga menyebabkan kecederaan fizikal sebenar.
Bekas pemain antarabangsa remaja England itu turut diarahkan melakukan 80 jam kerja tanpa bayaran dan menyertai 27 hari aktiviti pemulihan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/tarik-rambut-bekas-teman-wanita-bekas-bintang-liverpool-terlepas-hukuman-penjara
#AWANInews | 1 279 |
| 12 | Ketidakhadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 bukan petanda parti itu akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau boleh mengesahkan perkara itu kerana terlibat secara langsung dalam rundingan antara kedua-dua parti.
“Tidak langsung, tidak sama sekali. Saya boleh mengesahkan perkara itu kerana saya antara yang terlibat secara langsung.
“Perundingan kita akan diteruskan, mungkin dalam sehari dua ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Kota Bharu, pada Sabtu.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/muktamar-pas-zahid-tidak-hadir-bukan-petanda-umno-bergerak-solo-prn-melaka
#AWANInews | 1 332 |
| 13 | Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang, pada Ahad.
Berdasarkan atur cara program, Anwar dijadual tiba pada 10.30 pagi sebelum menyampaikan Amanat Penutup di Dewan D2 serta menyempurnakan gimik penutup MAHA 2026.
Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-rasmi-majlis-penutup-maha-2026-esok
#AWANInews | 1 388 |
| 14 | Seekor ular sawa besar dikesan berenang meredah air banjir di kawasan perumahan di Bandar Olongapo, Filipina, selepas hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Rakaman pada 29 Ogos menunjukkan ular berkenaan bergerak melalui air banjir di Barangay Sta Rita, menyebabkan penduduk panik.
#AWANInews | 1 389 |
| 15 | Seorang warga China berjaya diselamatkan dalam keadaan hidup selepas terperangkap di dalam sebuah terowong loji hidroelektrik di Nepal selama 10 hari susulan kejadian banjir besar.
Tentera Nepal memaklumkan mangsa berjaya ditemui dan diselamatkan pada Sabtu.
#AWANInews | 1 373 |
| 16 | Perjudian tidak seharusnya dianggap sebagai hak masyarakat bukan Islam kerana kegiatan itu membawa kemudaratan kepada seluruh lapisan masyarakat.
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Kumaresan Baby Kalidawson berkata, akses kepada perjudian kini semakin luas dan tidak lagi terhad kepada premis atau kaunter nombor ramalan.
Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-politik/muktamar-pas-judi-bukan-hak-bukan-islam-tetapi-virus-masyarakat-dhpp
#AWANInews | 1 481 |
| 17 | Ahli Pas tidak perlu terpalit dengan gelaran ‘walaun’ (penyokong tegar) selagi mereka tidak menjadi ‘malaun’ (dilaknati), kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya.
Beliau berkata, kesetiaan dan kepatuhan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan amat penting dalam usaha parti itu mencapai kemenangan serta menuju ke Putrajaya.
Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-politik/muktamar-pas-biarlah-kita-digelar-walaun-tidak-jadi-masalah-ketua-dewan-ulama
#AWANInews | 1 391 |
| 18 | Sembilan bayi baharu lahir dipindahkan selepas asap dan kebakaran dikesan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Asian Hospital, Maharashtra pada Jumaat.
Rakaman CCTV menunjukkan kakitangan hospital membawa keluar bayi berkenaan sebagai sebahagian daripada proses pemindahan kecemasan melibatkan 58 individu.
#AWANInews | 1 350 |
| 19 | Projek pelebaran lorong susur sepanjang 400 meter berhampiran Persimpangan Seri Kembangan (arah Selatan) di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) kini siap dan akan dibuka kepada trafik bermula Isnin ini.
Berikutan itu, pengguna Lebuhraya BESRAYA dari Kuala Lumpur menuju ke Balakong dan Putrajaya bakal menikmati perjalanan lebih selesa.
Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-pelebaran-lorong-besraya-siap-dibuka-isnin-ini
#AWANInews | 1 428 |
| 20 | Pas tidak akan menyerahkan kerusi yang dikenal pasti berpotensi dimenanginya kepada mana-mana parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerusi berkenaan akan dikenal pasti bersama Dewan Pemuda Pas serta jentera pilihan raya parti di peringkat negeri.
Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-politik/muktamar-pas-kita-parti-gajah-jangan-serah-kerusi-menang-kepada-orang-sanusi
#AWANInews | 1 404 |
