es
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Ir al canal en Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Astro AWANI

El canal Astro AWANI (@astroawani) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 70 907 suscriptores, ocupando la posición 3 760 en la categoría Noticias y medios y el puesto 394 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 70 907 suscriptores.

Según los últimos datos del 19 septiembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -577, y en las últimas 24 horas de -33, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: Verificado (confirmado oficialmente por Telegram)
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 3.05%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.67% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 2 161 visualizaciones. En el primer día suele acumular 1 890 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 17.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 20 septiembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Noticias y medios.

70 907
Suscriptores
-3324 horas
-1797 días
-57730 días
Archivo de publicaciones
"Daddy betul-betul tak sangka begitu ramai yang sanggup menyumbang. I would never force it on anyone." Datuk Seri Najib Razak
"Daddy betul-betul tak sangka begitu ramai yang sanggup menyumbang. I would never force it on anyone." Datuk Seri Najib Razak menyatakan perkara itu ketika dilawati keluarganya pada Sabtu, selepas mengetahui kesediaan orang ramai memberikan sumbangan bagi tujuan pembayaran denda RM50 juta. Perkara itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa, menerusi hantaran di Instagramnya pada Ahad, yang turut meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai keadaan bekas Perdana Menteri itu dan keluarganya. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita/tahanan-rumah-ayah-terharu-tidak-sangka-ramai-sanggup-sumbang-tabung-solidariti-dsn-anak-najib #AWANInews

Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah stesen pemantauan yang mencatatkan bacaan Indek
Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah stesen pemantauan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 32 setakat jam 4 petang hari ini. Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), beberapa kawasan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung terus merekodkan peningkatan bacaan, manakala sebahagian besar kawasan di Sarawak kekal pada paras tinggi. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-32-stesen-catat-ipu-tidak-sihat-serian-dan-putrajaya-antara-tertinggi #AWANInews

Seorang lelaki tempatan dipercayai tertidur di dalam kereta Audi yang dipandunya ketika berhenti di persimpangan lampu isyara
Seorang lelaki tempatan dipercayai tertidur di dalam kereta Audi yang dipandunya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Tanjung Puteri, di Johor Bahru, pada Jumaat. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Ng Swie Chait, berkata polis mengesan video kejadian yang tular di Facebook jam 10.06 malam pada hari sama, lapor Sinar Harian. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-audi-dipercayai-tertidur-sebelum-memandu-lawan-arus

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh inisiatif Jom Beli Produk Malaysia (JOM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh inisiatif Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) sebagai gerakan nasional bagi meningkatkan keyakinan, penggunaan dan pembelian produk tempatan. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendekatan itu bukan sekadar menggalakkan rakyat membeli produk buatan Malaysia, sebaliknya turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh jenama tempatan, meningkatkan daya saing usahawan serta membuka akses pasaran ke peringkat nasional dan global. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/jom-malaysia-perkasa-produk-tempatan

Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang sepatutnya diadakan pada malam ini (20 September 2026), telah ditangguhkan
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang sepatutnya diadakan pada malam ini (20 September 2026), telah ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak. Penangguhan itu dinyatakan menerusi satu surat bertarikh 15 September yang ditandatangani Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Menurut surat berkenaan, keputusan menangguhkan mesyuarat dibuat oleh Pengerusi PN selepas mengambil kira alasan-alasan yang wajar. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/hubungan-pas-bersatu-berakhir-mesyuarat-majlis-tertinggi-pn-ditangguh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh inisiatif Jom Beli Produk Malaysia (JOM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh inisiatif Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) sebagai gerakan nasional bagi meningkatkan keyakinan, penggunaan dan pembelian produk tempatan. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendekatan itu bukan sekadar menggalakkan rakyat membeli produk buatan Malaysia, sebaliknya turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh jenama tempatan, meningkatkan daya saing usahawan serta membuka akses pasaran ke peringkat nasional dan global. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/jom-malaysia-perkasa-produk-tempatan #AWANInews

Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis sebelum mengambil tindakan lanjut berhubung pelaksan
Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis sebelum mengambil tindakan lanjut berhubung pelaksanaan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut jabatan itu, keputusan berkenaan membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahanan-rumah-najib-jabatan-penjara-tunggu-pemakluman-rasmi

Superstar pop antarabangsa, Ed Sheeran, dilihat sebak ketika menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada peminat susul
Superstar pop antarabangsa, Ed Sheeran, dilihat sebak ketika menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada peminat susulan kontroversi pengguguran penyanyi rap Macklemore daripada siri jelajah Loop Tour, yang mencetuskan pengunduran beberapa artis pembuka tirai sebagai tanda solidariti. Kontroversi itu mencetuskan reaksi dalam industri muzik apabila beberapa artis pembuka tirai, termasuk Finneas O'Connell, Lukas Graham, Aaron Rowe dan kumpulan Beoga, menarik diri daripada jelajah itu selepas Macklemore digugurkan daripada baki persembahan di Amerika Syarikat. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/ed-sheeran-sebak-akui-kesilapan-susulan-kontroversi-pengguguran-macklemore-daripada-jelajah-konsert

Seorang lelaki warga Bangladesh yang bertindak agresif dan mengganggu penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Seorang lelaki warga Bangladesh yang bertindak agresif dan mengganggu penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 17 Sept lalu disyaki mengalami masalah kesihatan mental. Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, ACP M Ravi, lelaki berusia 26 tahun itu dilaporkan menjerit dengan nada tinggi serta mengganggu penumpang di kaunter syarikat penerbangan kira-kira jam 4.40 petang. Beliau berkata anggota kawalan keselamatan terminal yang tiba di lokasi berjaya menenangkan keadaan sebelum membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Terminal 1 untuk tindakan lanjut. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-warga-bangladesh-cetus-kekecohan-di-klia-disyaki-kurang-siuman

Sebuah van Balai Polis Bergerak dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dijangka ditempatkan di pekarangan kediaman Datuk
Sebuah van Balai Polis Bergerak dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dijangka ditempatkan di pekarangan kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, di Kuala Lumpur, jam 7 pagi Isnin. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penempatan van berkenaan adalah bagi membantu aspek keselamatan sepanjang proses kemasukan bekas Perdana Menteri itu ke kediamannya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/langgak-duta-bersedia-sambut-kepulangan-najib-van-polis-mula-ditempatkan-esok-pagi

Ed Sheeran menyentuh isu Gaza ketika membuka konsert solonya di Philadelphia, Amerika Syarikat, dengan menyifatkan apa yang berlaku sebagai “malapetaka dan tidak boleh dibenarkan”. Penyanyi itu berkata hatinya hancur melihat skala kemusnahan serta kehilangan nyawa orang awam, termasuk kanak-kanak. Dalam masa sama, Sheeran menegaskan beliau mahu muzik dan persembahannya menjadi wadah penyatuan serta kemanusiaan, bukan politik. Kenyataan itu hadir selepas kontroversi susulan penarikan diri beberapa artis sokongan daripada siri jelajahnya, termasuk selepas Macklemore digugurkan daripada jelajah berkenaan kerana kenyataan pro-Palestin di pentas. Sheeran menyingkirkan 'B-stage' daripada konsertnya di Philadelphia, atas faktor keselamatan dan sekuriti, kerana tidak dapat menjangka reaksi penonton terhadapnya. #AWANInews

Datuk Seri Najib Tun Razak kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar kepada mahkamah. Pasukan peguamnya
Datuk Seri Najib Tun Razak kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar kepada mahkamah. Pasukan peguamnya kini meneliti syarat pengampunan serta pilihan yang tersedia. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/home #AWANInews

BTS, Cortis dan Katseye menambah pencalonan masing-masing bagi MTV Video Music Awards (VMA) 2026, sekali gus memperkukuh keha
BTS, Cortis dan Katseye menambah pencalonan masing-masing bagi MTV Video Music Awards (VMA) 2026, sekali gus memperkukuh kehadiran artis berkaitan K-pop menjelang acara berprestij itu pada 27 September ini. MTV mengumumkan senarai calon tambahan pada Jumaat dengan ketiga-tiga kumpulan berkenaan dicalonkan dalam kategori Kumpulan Terbaik. BTS kini memperoleh tiga pencalonan selepas sebelum ini disenaraikan bagi kategori Lagu Terbaik Tahun Ini dan K-pop Terbaik menerusi “Swim”, lagu utama daripada album kelima mereka, “Arirang”. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/hiburan-dunia/bts-cortis-dan-katseye-tambah-pencalonan-vma-2026

Hari ini 839 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi mula mengepung Baitulmaqdis. Kekalahan besar di Hattin pada 4 Julai menyebabkan kuasa Kristian ketandusan tentera untuk mempertahankan kota-kotanya sekitar Levant khususnya al-Quds. Ini dimanfaatkan Sultan Ayyubiyah, Salahuddin untuk menakluk satu persatu kota terbabit. Dari Tibnin, angkatan Ayyubiyah menawan Ramla, Ibelin (Yibna), Darum (Dier al-Balah) & Ashkelon dengan mudah tanpa perlu bertempur. Kemudian, Salahuddin menumpukan seluruh kekuatannya untuk menakluk kembali kota suci Baitulmaqdis. Beliau bertemu dengan perwakilan al-Quds di luar Ashkelon untuk berunding, namun mereka tetap enggan menyerah walau apa pun ditawarkan. Maka Salahuddin mempersiap angkatannya & mula mengepung al-Quds pada 20 September 1187. Serangan selama beberapa hari gagal memecah masuk pertahanan kota, sehingga Salahuddin menyedari kesilapan taktikalnya: membariskan tentera pada kedudukan berdepan matahari terbit yang menyilaukan & mengganggu pandangan mereka. Apabila posisi diubah ke timur pada 25 September, serangan Ayyubiyah lebih memberi impak & hampir berjaya memecah masuk benteng pertahanan kota sebelum Balian Ibelin, pemimpin pertahanan Kristian al-Quds, keluar untuk berunding. Persetujuan dicapai, orang Kristian dijanjikan keselamatan untuk berhijrah ke Tyre (pangkalan Kristian yang masih tinggal di Levant) namun tentera Salib dijadikan tawanan sebagai hamba atau membayar tebusan untuk membebaskan diri. Salahuddin memasuki kota al-Quds tanggal 2 Oktober yang jatuh pada 27 Rejab, tarikh ulangtahun peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW. Masjid al-Aqsa dibersihkan & salib-salib bersama artifak-artifak Kristian lain dialihkan. Mimbar yang dibuat atas perintah Nur ad-Din (Emir Syria Empayar Zengid yang juga guru Salahuddin yang bercita-cita untuk menawan kota itu namun tak kesampaian) didirikan, permaidani dihampar & wangian dipercikkan ke segenap sudut masjid itu. Selepas 88 tahun, azan berkumandang semula & solat Jumaat didirikan kembali di dalam al-Aqsa. Sumber: World History Encyclopedia *gambar daripada sedutan filem 'Kingdom of Heaven' edaran 20th Century Fox #PeristiwaHariIni

photo content

Cadangan memperkenalkan Akta Tahanan Rumah adalah bertujuan menguruskan isu kesesakan penjara khususnya melibatkan tahanan re
Cadangan memperkenalkan Akta Tahanan Rumah adalah bertujuan menguruskan isu kesesakan penjara khususnya melibatkan tahanan reman dan bukannya untuk pesalah yang telah disabitkan kesalahan. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, cadangan itu telah dibawa sejak 2024 sebagai antara inisiatif bagi menangani jumlah tahanan reman yang tinggi di institusi penjara seluruh negara. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akta-tahanan-rumah-disasar-kurangkan-kesesakan-penjara-saifuddin-nasution

Isu pementasan teater kontroversi tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat kebebasan seni secara keseluruhan, tegas P
Isu pementasan teater kontroversi tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat kebebasan seni secara keseluruhan, tegas Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah berkata, industri seni dan persembahan memerlukan ruang untuk berkarya, mengkritik serta menyampaikan pandangan. Bagaimanapun, katanya, kebebasan itu perlu disertai tanggungjawab serta menghormati undang-undang, Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti masyarakat majmuk. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/hiburan-malaysia/siasat--malaysia-tetapi-jangan-hukum-seluruh-industri-seni-seniman

Suasana di perkarangan kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur masih tenang tanpa sebarang pergerakan setakat ini. Pengamal media mula berkumpul seawal pukul 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini dari kediaman bekas Perdana Menteri itu. #AWANInews

Anggota polis bantuan merupakan rakan strategik utama yang bertindak sebagai mata serta telinga bagi Polis Diraja Malaysia (P
Anggota polis bantuan merupakan rakan strategik utama yang bertindak sebagai mata serta telinga bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam. Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata peranan itu amat penting bagi menyalurkan maklumat dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-bantuan-rakan-strategik-jadi-mata-dan-telinga-pdrm #AWANInews

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sedang memperkukuh kesiapsiagaan aspek keselamatan dan pemeriksaan s
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sedang memperkukuh kesiapsiagaan aspek keselamatan dan pemeriksaan sempadan menjelang pengoperasian Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada Januari tahun depan. Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata persediaan itu merangkumi penggunaan teknologi, latihan anggota serta simulasi operasi bagi memastikan pemeriksaan dokumen dan barangan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akps-perkukuh-kesiapsiagaan-keselamatan-menjelang-pengoperasian-rts-link #AWANInews