en
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Open in Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Astro AWANI

Channel Astro AWANI (@astroawani) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 71 982 subscribers, ranking 3 773 in the News & Media category and 401 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 71 982 subscribers.

According to the latest data from 26 July, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -537 over the last 30 days and by -18 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Verified (Officially confirmed by Telegram)
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.31%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.93% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 2 381 views. Within the first day, a publication typically gains 2 110 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 24.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 27 July, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the News & Media category.

71 982
Subscribers
-1824 hours
-1197 days
-53730 days
Posts Archive
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan sebanyak 7,105 operasi merangkumi 96,994 pemeriksaan dan 41,596 penahanan terha
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan sebanyak 7,105 operasi merangkumi 96,994 pemeriksaan dan 41,596 penahanan terhadap pendatang asing di seluruh negara setakat 15 Julai lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban. Sehubungan itu, beliau berkata penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) akan terus diperkasa bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Imigresen 1959/63. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/41596-warga-asing-ditahan-setakat-15-julai-ketua-pengarah-jim #AWANInews

Seorang bapa tidak menyangka keizinan yang diberikan kepada anak bongsunya untuk menemani rakan mengambil pakaian, menjadi de
Seorang bapa tidak menyangka keizinan yang diberikan kepada anak bongsunya untuk menemani rakan mengambil pakaian, menjadi detik terakhir melihat remaja itu masih bernyawa, sebelum maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Padang Tembak di Teluk Intan, petang semalam. Mohd Said Zaini, 55, berkata anaknya Nur Atikah, 16, tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau petanda sebelum keluar dari rumah, malah masih ceria seperti biasa bersama keluarga. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-keluar-temankan-rakan-ambil-baju-sebelum-maut-ayah #AWANInews

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka mematahkan cubaan menyeludup 5,069 kilogram (kg) sirip ikan yu dianggarkan berni
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka mematahkan cubaan menyeludup 5,069 kilogram (kg) sirip ikan yu dianggarkan bernilai RM8.36 juta termasuk duti dan cukai susulan penahanan sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor pada 2 Julai lepas. Pengarahnya Roslan Yusoff berkata 180 guni berisi sirip ikan yu yang dirampas itu dipercayai diimport dari Guyana, sebuah negara di Amerika Latin, untuk pasaran tempatan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cubaan-seludup-sirip-ikan-yu-bernilai-rm836-juta-dari-amerika-latin-gagal #AWANInews

Keutuhan ekonomi serta hubungan diplomatik yang kukuh menjadi antara faktor utama Malaysia diberi kepercayaan untuk menjadi p
Keutuhan ekonomi serta hubungan diplomatik yang kukuh menjadi antara faktor utama Malaysia diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur pengganti perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC). Penganalisis sukan, Mohamad Faithal Hassan berkata, pemilihan SIC dalam tempoh persediaan yang singkat membuktikan keupayaan serta rekod cemerlang negara dalam mengendalikan acara sukan bertaraf dunia. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini-malaysia/f1-ekonomi-kukuh-hubungan-diplomatik-faktor-malaysia-dipilih-sebagai-pengganti #AWANInews

Kepulangan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang Petronas (SIC) bukan sekadar menandakan kembalinya sebuah perlumbaan b
Kepulangan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang Petronas (SIC) bukan sekadar menandakan kembalinya sebuah perlumbaan bertaraf dunia, malah mengimbau semula sejarah hampir dua dekad yang pernah meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi paling ikonik dalam kalendar perlumbaan F1. Walaupun Grand Prix Bahrain Gulf Air di SIC hanya akan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober depan selepas dipindahkan ke Malaysia susulan pembatalannya di Bahrain, keterujaan peminat sudah mula dirasai apabila beberapa pasukan F1 berkongsi karya grafik, video khas dan paparan nostalgia bagi meraikan kepulangan Sepang ke pentas F1. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini-malaysia/formula-1-kembali-ke-sepang-mengimbau-19-tahun-kegemilangan-malaysia #AWANInews

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini. β€œSekarang ada perbahasan sedikit tentang Tabung Haji. Saya tak mahu bicara panjang, mudah-mudahan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita akan putuskan. Ada laporan biar orang baca. β€œKalau tak salah, pertahankan...kalau salah dakwa, kalau dihukum masuk penjara, masuk penjaralah. Sistem kita menetapkan siasat itu badan siasat, buat pertuduhan itu Peguam Negara, hukum itu para hakim dan itu bukan urusan Perdana Menteri,” kata beliau. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keputusan-terbit-laporan-rci-tabung-haji-diputuskan-dalam-mesyuarat-kabinet-rabu-ini-pm #AWANInews

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 14 ekor lembu pedaging dipercayai diseludup dari negara jiran dengan nilai keseluruhan ramp
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 14 ekor lembu pedaging dipercayai diseludup dari negara jiran dengan nilai keseluruhan rampasan RM334,000 dalam Ops Taring Wawasan Kelantan di tepi Jalan Lebuhraya Timur-Barat, Tanah Merah, malam tadi. Komander Briged Tenggara SAC Ahmad Radzi Hussain berkata dalam operasi kira-kira 8 malam itu, anggota Cawangan Risik Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menahan sebuah lori Hino 500 dalam keadaan mencurigakan, di simpang tiga lampu isyarat Gual Ipoh. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pga-rampas-lembu-seludup-di-tanah-merah-rampasan-bernilai-rm334000 #AWANInews

photo content
+4

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 d
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sementara itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Yang Dipertua PERKIM mengumumkan tiga resolusi utama bagi memperkasa institusi wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang moden, mampan dan berimpak tinggi. Resolusi itu dicapai hasil kesepakatan sepanjang konvensyen yang menjadi platform memperkukuh peranan wakaf di masa hadapan. πŸ“Έ: Astro AWANI/ @shahiromar #AWANInews

Gabenor Bank Indonesia (BI) Perry Warjiyo telah menyerahkan surat peletakan jawatannya manakala Timbalan Gabenor Kanan Destry
Gabenor Bank Indonesia (BI) Perry Warjiyo telah menyerahkan surat peletakan jawatannya manakala Timbalan Gabenor Kanan Destry Damayanti akan mengambil alih jawatan secara automatik sebagai Pemangku Gabenor selaras dengan peruntukan Undang-Undang BI. Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata kerajaan telah menerima surat peletakan jawatan Perry secara rasmi pada Ahad dan Presiden Prabowo Subianto menerima peletakan jawatan itu. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gabenor-bank-indonesia-perry-warjiyo-letak-jawatan #AWANInews

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan terbesar di Sotillo de la Adrara, Sepanyol dan suasana dikelilingi asap tebal serta api dilihat semakin merebak. Pasukan bomba turut memasang hos di sepanjang garisan kebakaran dan menyembur air ke kawasan panas ketika api menghampiri jalan raya. Sebahagian anggota juga dilihat sedang bertarung di hadapan api yang menjulang tinggi, manakala yang lain meredah kawasan dipenuhi asap bagi memperkukuh usaha memadam kebakaran. Menurut Menteri Alam Sekitar Sara Aagesen, kebakaran itu telah memusnahkan lebih 50,000 hektar kawasan dan menjadi kebakaran hutan terbesar dalam sejarah moden Sepanyol. Pihak berkuasa turut memaklumkan lebih 75,000 penduduk telah dipindahkan, manakala 30,000 lagi diarahkan berlindung di kediaman masing-masing. #AWANInews

Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Thomas Massie, mendakwa penglibatan ketenteraan negara itu dalam konflik melibat
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Thomas Massie, mendakwa penglibatan ketenteraan negara itu dalam konflik melibatkan Iran telah menjejaskan kestabilan ekonomi serta keupayaan pertahanan domestik dengan ketara. Menerusi satu hantaran di platform X, wakil rakyat Republikan dari Kentucky itu berkata pelbagai pengorbanan melibatkan aset strategik dan kepentingan domestik yang dilakukan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump dilaksanakan demi kepentingan Israel. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/thomas-massie-dakwa-konflik-dengan-iran-jejas-ekonomi-pertahanan #AWANInews

Kepulangan Formula 1 (F1) ke Malaysia selepas sembilan tahun bukan sahaja membuatkan peminat sukan permotoran teruja, malah t
Kepulangan Formula 1 (F1) ke Malaysia selepas sembilan tahun bukan sahaja membuatkan peminat sukan permotoran teruja, malah turut mencetuskan persoalan siapakah barisan artis yang bakal menghiburkan penonton sepanjang perlumbaan hujung minggu dari 2 hingga 4 Oktober ini. Setakat ini, pihak penganjur belum mengumumkan senarai rasmi artis yang akan membuat persembahan sempena F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC) itu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini-malaysia/pentas-f1-di-malaysia-bakal-meriah-siapa-artis-pilihan-penganjur #AWANInews

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang memuat naik kenyataan menghina institusi diraja di media sosial. Beliau berkata, kandungan yang tular sejak beberapa hari lalu itu bukan sahaja bersifat biadab, malah boleh menimbulkan persepsi seolah-olah satu kaum tidak menghormati institusi diraja, sekali gus mengganggu keharmonian masyarakat. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-negeri-sembilan-aminuddin-gesa-tindakan-segera-pihak-hina-institusi-diraja #AWANInews

Pengumuman peletakan jawatan mengejut Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo, mencetuskan reaksi segera dalam pasaran kewangan
Pengumuman peletakan jawatan mengejut Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo, mencetuskan reaksi segera dalam pasaran kewangan dan kebimbangan pelabur terhadap kebebasan bank pusat serta pengurusan fiskal Indonesia. Timbalan Gabenor Kanan, Destry Damayanti, dilantik sebagai gabenor sementara bagi menerajui institusi itu. Ikuti berita terkini di https://www.astroawani.com #AWANInews

Perdana Menteri berkata kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan tiket MADANI bagi perlumbaan Fromula 1 (F1) Grand Prix
Perdana Menteri berkata kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan tiket MADANI bagi perlumbaan Fromula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC), Oktober depan. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu dibuat selepas menerima maklum balas orang ramai yang menganggap harga tiket perlumbaan bertaraf antarabangsa itu agak tinggi. Ikuti berita terkini di https://www.astroawani.com #AWANInews

Bila fakta diabaikan, isu perkauman jadi β€˜bahan bakar’. Bukan soal Melayu, Cina atau India. Ini soal prosedur undang-undang dan etika media. #AWANInews

Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok
Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau berkata keyakinan itu disokong oleh kedudukan Malaysia yang meningkat dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) kepada kedudukan ke-15 daripada tangga ke-23 pada 2025. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-di-landasan-tepat-capai-sasaran-12-ekonomi-paling-berdaya-saing-dunia-mohd-shahar #AWANInews

Ribuan orang berkumpul di ibu negara Porto-Novo, Benin di barat Afrika bagi menghadiri Festival Topeng tahunan yang ketiga, sebuah acara yang meraikan tradisi topeng, adat warisan nenek moyang dan kekayaan budaya negara itu. Persembahan menampilkan peserta yang memakai topeng kayu berukir serta kostum berwarna-warni, berarak di jalanan mengikut rentak gendang sambil menghidupkan semula ritual dan kisah yang diwarisi sejak ratusan tahun lalu. Festival ini mengetengahkan tradisi topeng daripada komuniti Yoruba, Somba dan Betammaribe. Watak bertopeng yang dikenali sebagai Egungun atau Zangbeto dipercayai melambangkan roh nenek moyang, berperanan melindungi masyarakat, memupuk keharmonian sosial serta menjadi penghubung antara dunia fizikal dan dunia spiritual. #AWANInews

Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders, membidas tindakan kerajaan AS yang disifatkannya bersubahat dalam krisis keman
Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders, membidas tindakan kerajaan AS yang disifatkannya bersubahat dalam krisis kemanusiaan berterusan di Gaza menerusi pemberian bantuan ketenteraan kepada Israel. Menerusi kenyataan di platform X, beliau berkata puluhan bilion dolar bantuan kewangan dan ketenteraan terus disalurkan kepada kerajaan Israel yang didakwanya berulang kali melanggar undang-undang antarabangsa. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/bernie-sanders-dakwa-bersubahat-dalam-krisis-kemanusiaan-di-gaza #AWANInews