en
Feedback
🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓

🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓

Open in Telegram

⚠️情侣自拍二群 @avnvyou6 707优惠机器人 @The707CommunityBot 707赛事直播 @livescore707 情侣自拍  @ahmoisexy 707担保网 https://707guarantee.com 电影群 @movieat707 吃瓜亚洲  @chiguaasia DJ舞曲  @musicwabo 大马路况消息 @myblockchecking

Show more
Buy Ad
683
Subscribers
No data24 hours
+167 days
+3030 days
Posts Archive
Saya hanya diam, bimbang diapa-apakan pemandu sembang lucah' - Penuntut kolej Kuala Lumpur: Perjalanan pulang ke asrama kolejnya di Setapak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini, membuatkan seorang penuntut trauma selepas pemandu e-hailing yang ditempahnya didakwa berbual lucah sepanjang perjalanan. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Putery, 19, sempat merakam video perbualan itu sebelum ia tular di media sosial. Menurutnya, dia yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan menaiki bas ke Kuala Lumpur pada Rabu lalu dan sepatutnya tiba di TBS pada 9 malam, namun perjalanan bas mengalami kelewatan sebelum tiba pada 1.30 pagi. "Saya sudah membuat tempahan perkhidmatan e-hailing ketika di Seremban lagi dan pada awalnya menerima seorang pemandu lain sebelum tempahan berkenaan dibatalkan susulan kelewatan bas. "Selepas itu saya mendapat pemandu lelaki terbabit. Dia menghubungi nombor telefon saya dan memberitahu berada berhampiran TBS. "Saya beritahu masih dalam perjalanan kerana bas mengalami

sekaligus boleh menjejaskan kehidupan harian jutaan penduduk. Menurut NASA lagi, kebakaran tanah gambut boleh dianggap antara kebakaran hutan yang paling berbahaya kerana sering berlaku secara perlahan-lahan, menghasilkan pencemaran yang tinggi dan antara yang paling sukar dipadam disebabkan situasi kebakaran yang turut berlaku di bawah permukaan tanah. Satu kajian yang diterbitkan di Nature menganggarkan kebakaran tanah gambut menghasilkan tiga kali ganda lebih banyak zarah halus berbanding kebakaran hutan tropika lain, selain lima kali ganda sulfur dioksida, tiga kali ganda karbon organik serta dua kali ganda metana dan karbon monoksida. Sumber: NASA, Nature Kredit ➡️ Siakap Keli @myblockchecking

Imej Satelit Nasa Dedah Keadaan Kebakaran Di Kalimantan Dari POV Angkasa Lepas Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Kebangsaan (N
Imej Satelit Nasa Dedah Keadaan Kebakaran Di Kalimantan Dari POV Angkasa Lepas Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat mendedahkan satu imej yang menunjukkan keadaan kebakaran tanah gambut yang sedang berlaku di Kalimantan yang dilihat dari angkasa lepas. Menurut NASA, imej berkenaan diambil menggunakan instrumen MODIS (Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer) yang ada pada Satelit Aqua miliknya pada 1 September lalu. Tambah NASA, setiap titik merah pada imej berkenaan menunjukkan titik kebakaran yang berjaya dikesan oleh satelit tersebut. Kebakaran tanah gambut merupakan situasi yang berlaku berulang kali di Indonesia, yang merupakan rumah kepada kira-kira 36 peratus daripada kawasan tanah gambut tropika di dunia. Apabila kawasan berkenaan bertukar menjadi kering akibat kemarau, kebakaran berpotensi berlaku seperti yang dilihat dalam beberapa dekad ini. Kebakaran yang berlaku biasanya turut menghasilkan asap tebal yang boleh berlarutan selama berminggu-minggu,

JOHOR 05/09/2026. Kemalangan selepas persimpangan lampu isyarat Econsave Senai menghala ke Lapangan Terbang Senai, malam tadi. Sumber ➡️ Media sosial @myblockchecking

video daripada rakaman papan pemuka kenderaan itu yang berdurasi enam saat memaparkan insiden pelanggaran berkenaan. Menerusi video itu, kelihatan dua gajah dengan seekor berada di bahu jalan sebelah kanan kenderaan dan seekor lagi di tengah jalan. Gajah yang di tengah jalan itu dilihat terus berlari ke kiri jalan dipercayai ke arah hutan sebaik pelanggaran berlaku. Disiarkan pada: September 4, 2026 8:22pm Izz Laily Hussein am ➡️ Harian Metro @myblockchecking

Tiga individu selamat, kereta dinaiki rempuh gajah Kota Tinggi: Tiga individu terselamat selepas Perodua Bezza dinaiki merempuh seekor gajah melintas di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian pada 10.50 malam itu berlaku ketika kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing. Katanya, hasil siasatan awal mendapati seekor gajah melintas jalan dari arah kanan secara tiba-tiba. "Keadaan itu menyebabkan pemandu Perodua Bezza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang gajah terbabit. "Dalam kemalangan itu, pemandu serta kedua-dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini. Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya. Terdahulu, tular

Penunggang motosikal maut terbabas di LinKedua Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026 KULAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia-Singapura kedua (LinKedua) di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 42 tahun, bekerja sebagai pemandu bas terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk LinKedua, kira-kira 5 pagi tadi. “Siasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba dikawasan kemalangan. “Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk proses bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Seng Lee meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette @myblockchecking

TINDAKAN PANTAS EMPV NKVE BANTU PENGGUNA LEBUHRAYA YANG MENGALAMI KESAKITAN BERSEORANGAN DIRI Pada 04 September 2026 jam lebih kurang 0300 hrs, dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sewaktu tugas rondaan di lebuhraya, anggota EMPV NKVE Zon Tengah A1 iaitu KPL 147384 AMRI BIN ALIAS dan L/KPL 210306 MOHD ALIFFNAJMI BIN KASSIM telah menunjukkan keprihatinan tinggi apabila menyedari seorang pengguna jalan raya yang mengalami kesakitan telah membunyikan hon yang panjang di kawasan parking di Plaza Tol Subang. Anggota bertugas telah bertindak pantas dengan memberikan bantuan awal termasuk memanggil Ambulan dan mengawal lokasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Pemandu telah diberikan rawatan awal dan telah dibawa oleh Ambulan ke Hospital Shah Alam dalam keadaan selamat Situasi ini membuktikan komitmen berterusan JSPT PDRM dalam memastikan setiap pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat, khususnya bila memandu berseorang diri. _Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan_ _Keselamatan Diutamakan_ Sumber Jspt @myblockchecking

Pesakit didakwa larikan diri, bawa baju dan ubat Oleh KOSMO! 4 September 2026, 10:56 am PETALING JAYA – Seorang pengguna Threads mendakwa terserempak dengan seorang pesakit sebuah hospital kerajaan yang didakwa melarikan diri di ibu negara pagi tadi. Menerusi hantaran akaun Threads individu berkenaan didakwa masih memakai baju pesakit selain membawa satu set plastik dipercayai bekalan ubat. Menurutnya, individu yang dipercayai warga asing itu turut mempunyai kesan luka pada muka dan dilihat mundar-mandir sebelum cuba memasuki pondok pengawal keselamatan sebuah institusi seolah-olah mahu menyorok. “Pesakit tersebut bawa lari baju pesakit, ubat dan muka ada kesan luka. Masa saya ambil gambar, dia perasan dan dia mundar-mandir cuba masuk ke postguard (pondok pengawal) menyorok dan keluar balik. Mungkin risau ditangkap,” katanya menerusi hantaran di Threads. Pengguna berkenaan turut mendakwa telah menghubungi talian utama hospital itu bagi memaklumkan kejadian terbabit berserta lokasi individu berkenaan. “Harap dia serah diri semula ke hospital dan pulangkan kelengkapan yang dibawa lari,” katanya. Hantaran berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi orang ramai, termasuk komen seorang pengguna mengkritik sikap warga asing ketika menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan. “Banyak ja macam ini, time sakit datang hospital kerajaan, kemudian larikan diri bila nak kena bayar, dasar perangai warga asing betul,” kata seorang pengguna. “Ke dia ini memang dah keluar hospital? Tapi kalau ya pun, baju hospital jangan bawa sekali, pulangkan dulu. Masalah la,” tegur Sayuti. – KOSMO! ONLINE @myblockchecking

Pengawal keselamatan warga Nepal disiasat polis, didakwa hina Islam Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini Lumpur: Pengawal keselamatan warga Nepal yang didakwa menghina Islam, kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, pihaknya menerima laporan kes itu daripada majikan pengawal keselamatan terbabit di Balai Polis Jinjang pada 31 Ogos lalu. "Syarikat keselamatan yang menggajikan individu terbabit mengambil tindakan segera selepas dimaklumkan mengenai hantaran berkenaan. "Pengawal keselamatan terbabit turut dibawa ke Balai Polis Jinjang dan sudah pun diambil keterangannya. "Kami sedang menunggu perintah penyiasatan (OTI) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi hari ini. Pengawal keselamatan terbabit sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila berterusan menyebarkan video di laman sosial yang didakwa menghina agama Islam dan Malaysia. Menurut kenyataan tular yang dikaitkan dengan pihak syarikat majikan terbabit, mereka menyatakan kesediaan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan. Pada masa sama, tindakan dikatakan akan diambil bagi membatalkan permit kerja pengawal keselamatan berkenaan serta menguruskan penghantarannya pulang ke negara asal. Bagaimanapun, proses itu tertakluk kepada prosedur serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Jabatan Imigresen. Disiarkan pada: September 4, 2026 6:37pm Artikel Harian Metro @myblockchecking

tol sg dua dua² arah clear🌸 [ 8:12pm ]

Demi tiga anak, ibu tunggal berniaga sate ikan pakai kostum 'dinosaur' Mahaizura Abd Malik mahaizura Mengenakan kostum 'dinosaur' sambil menolak troli berisi sate ikan dan jejari ketam dari satu sudut ke sudut taman permainan dan perumahan, di sini, mungkin sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran Nur Shamimi Md Shaied sebelum ini. Namun bagi ibu tunggal berusia 29 tahun itu, perasaan malu terpaksa diketepikan apabila memikirkan tiga anaknya berusia satu, tujuh dan sembilan tahun yang perlu dibesarkan dan ditanggung dengan kudratnya sendiri. Lebih mencabar, anak bongsunya masih menyusu badan menyebabkan Nur Shamimi perlu mengendongnya ketika berniaga selain menghantar dan mengambil dua lagi anak yang bersekolah. Nur Shamimi yang sebelum ini suri rumah berkata, dia mula mencari pendapatan sendiri sejak lebih sebulan lalu dengan menjual sate ikan atau lokching dari rumah. "Saya mulakan dari rumah, promosikan dalam grup penduduk dan pasang banting di pagar rumah. Kadang-kadang ada kanak-kanak datang ketuk pintu untuk membeli. "Tetapi hampir sebulan, jualan agak perlahan sebab mereka bersekolah dan kebanyakan penduduk di sini bekerja, jadi saya fikir kena keluar dari zon selesa untuk mencari pelanggan di luar," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, dia mula mencari idea menerusi media sosial sebelum mengambil keputusan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukannya dengan membeli kostum 'dinosaur' berharga RM35 untuk menarik perhatian kanak-kanak. Katanya, dia memilih 'dinosaur' kerana beranggapan karakter itu digemari kanak-kanak lelaki dan perempuan. "Memang masa mula-mula pakai saya malu, malah ada juga yang ketawakan saya tetapi akhirnya saya tidak fikir lagi. "Dengan modal RM80 hasil jualan di rumah sebelum ini, saya bawa 30 bungkus jualan dulu dan pergi ke taman sekitar Country Homes Rawang dengan anak. "Saya keliling taman sambil tolak makanan dan tegur kanak-kanak. Lama-lama mereka ikut dari belakang dan tanya jual apa, dari situ mereka mula membeli," katanya. Nur Shamimi berkata, dia mula berniaga jam 4.30 petang sebelum mengambil anak pulang dari sekolah pada 6 petang setiap hari. "Kalau masih ada masa, saya akan sambung menjual sehingga 7 malam. Ada juga saya sampaikan amanah infak. "Alhamdulillah, sehari dapat RM20 hingga RM40 mencukupi untuk belanja sekolah, keperluan anak dan barangan dapur kami," katanya yang turut menerima bantuan pembayaran sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor. Menurutnya, kepanasan ketika mengenakan kostum antara cabaran ditempuhinya selain perlu menguruskan anaknya yang kadangkala mahu menyusu ketika dia berniaga. "Bila panas atau kadang-kadang anak hendak menyusu, saya berhenti bawah pokok sekejap. "Penat dan sedih memang ada, tetapi sekarang saya sudah mula nampak rentaknya dan yakin boleh pergi lebih jauh, cuma perlukan masa. "Sebenarnya kita tidak perlu bergantung kepada orang kerana rezeki Allah tetap ada, yang penting usaha," katanya yang turut mendapat sokongan ibu bapa serta adik-beradiknya. Nur Shamimi berkata, dia sanggup menempuh segala kepayahan itu demi memastikan anaknya mendapat kehidupan dan pendidikan yang baik. "Sebagai ibu, saya cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak saya. "Biarlah apa orang hendak kata, saya tidak peduli kerana saya cuma mahu melihat anak-anak menjadi manusia berguna dan berjaya suatu hari nanti," katanya. Disiarkan pada: September 4, 2026 6:27pm Artikel Harian Metro @myblockchecking

Penunggang motosikal maut terbabas di LinKedua Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026 KULAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia-Singapura kedua (LinKedua) di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 42 tahun, bekerja sebagai pemandu bas terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk LinKedua, kira-kira 5 pagi tadi. “Siasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba dikawasan kemalangan. “Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk proses bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Seng Lee meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette @myblockchecking

Polis cari remaja perempuan hilang sejak dua minggu lalu Oleh Zulhisham Isahak - 4 September 2026 ISKANDAR PUTERI – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menghilangkan diri tanpa khabar berita hampir dua minggu lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya berkata, bapanya iaitu menyedari Nurhumairah Farhanna Abdul Rahman, 16, tidak berada di rumah pada pukul 5.30 petang pada 22 Ogos lalu selepas pulang dari tempat kerja. Katanya, bapa angkat remaja berkenaan kemudian tampil membuat laporan polis keesokannya hari pada pukul 6.54 petang setelah menyedarinya masih tidak pulang ke rumah. “Kali terakhir pengadu yang berusia 60 tahun bertemu anak angkatnya ialah sehari sebelum remaja perempuan itu disedari hilang selepas lelaki itu balik dari kerja. “Orang hilang itu merupakan anak angkat tunggal sejak dari kecil. Pengadu menjaga remaja perempuan itu bersendirian setelah isterinya meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu,” katanya dalam kenyataan. Saifullah berkata, deskripsi Nurhumairah Farhanna ialah berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian 1.58 meter dengan aggaran berat 65 kilogram. Menurutnya, kali terakhir remaja perempuan itu dilihat ialah di Jalan Pulai 23, Taman Pulai Utama, Skudai, di sini. “Hasil siasatan mendapati tidak berlaku perselisihan faham antara remaja terbabit dengan penjaganya, tiada jugak maklumat dia mempunyai teman lelaki. “Sehingga ke hari ini, bapa angkat dan pegawai penyiasat cuba menghubungi nombor telefonnya namun panggilan tidak berjawab,” ujarnya. Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung keberadaan remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Abdul Hafiz Abd Latif 011-27300764 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622.- MalaysiaGazette @myblockchecking

SELANGOR 04/09/2026. Kemalangan di Lebuhraya utara selatan Km 430 arah selatan dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya sekitar j
SELANGOR 04/09/2026. Kemalangan di Lebuhraya utara selatan Km 430 arah selatan dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya sekitar jam 3.30 petang tadi. Sumber ➡️ LLM @myblockchecking

Hati² penduduk taman universiti. Modus operandi india ni diorng akan bergerak 2-3 motor sorang akan tungu depan sorang tungu tengah sorang tungu belakang. Bila dah berjaya tahan mangsa satu² akan berkumpul dekat kereta mangsa utk bagi tekanan bayar gantirugi . Nasib adik ad video rekod. Motor JUQ 5806 dan motor Ninja HIJAU JPN 1709. Diorang masih berlegar legar dkt area taman u. Kredit ➡️ Media sosial @myblockchecking

proses pengendalian OKS. "SPRM kekal komited bagi memastikan setiap tindakan yang diambil dalam pengendalian OKS dilaksanakan secara profesional, berintegriti, berhemah dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan," katanya. Terdahulu media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan individu yang ditahan SPRM tidak lagi perlu memakai 'baju oren' ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman. Anwar dilaporkan berkata, individu yang hanya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa wajar disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain diputuskan. AHMAD ISMADI ISMAIL 04 September 2026 06:16pm Artikel ➡️ Sinar Harian @myblockchecking

SPRM gantung pemakaian baju oren OKS dibawa ke mahkamah berkuat kuasa serta-merta PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M
SPRM gantung pemakaian baju oren OKS dibawa ke mahkamah berkuat kuasa serta-merta PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah. "OKS kini dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, manakala pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh mereka berada dalam tahanan di lokap. "Bagi pemakaian gari pula adalah bergantung kepada keadaan tertentu dan dikecualikan kepada OKS yang uzur, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Bagaimanapun, beliau berkata, SPRM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga serta memastikan kawalan keselamatan dilaksanakan sewajarnya dalam setiap