🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓
Открыть в Telegram
⚠️情侣自拍二群 @avnvyou6 707优惠机器人 @The707CommunityBot 707赛事直播 @livescore707 情侣自拍 @ahmoisexy 707担保网 https://707guarantee.com 电影群 @movieat707 吃瓜亚洲 @chiguaasia DJ舞曲 @musicwabo 大马路况消息 @myblockchecking
Больше682
Подписчики
+124 часа
+207 дней
+3030 дней
Архив постов
4 SEPTEMBER 2026 0640HRS BBP RAUB Pasukan Bersih bergegas ke Kes Khidmat Khas Kemalangan Jalan Raya melibatkan sebuah kenderaan motorvan telah terbabas sendirinya dan melanggar tiang bertempat di Jalan Raub - Lipis, Persimpangan Pintu Padang, Raub.
Setibanya di lokasi didapati pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami kecederaan dan telah keluar dengan sendirinya dan Pasukan melaksanakan pemeriksaan selanjutnya bagi memastikan keadaan persekitaran selamat bersama kawalan dari pihak PDRM sehingga kenderaan tersebut ditunda keluar dari tempat kejadian.
Sumber Bbp Raub
@myblockchecking
Kebakaran Kilang Kayu di Kg Tok Muda, Kapar – Operasi Besar-Besaran Bomba
Kapar, 3 September – Satu kebakaran besar melibatkan sebuah kilang kayu di Kampung Tok Muda, Kapar, berlaku awal pagi tadi sekitar jam 1.20 pagi. Api marak dengan cepat memusnahkan struktur kilang berkenaan dan mencetuskan operasi pemadaman berskala besar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
🚒 Pasukan Bomba Dikerahkan
Seramai 43 anggota bomba digerakkan dari beberapa balai berdekatan termasuk:
- BBP Kapar
- BBP Klang Utara
- BBP Klang Selatan
- BBP Bukit Jelutong
- BBP Pelabuhan Klang
- PBS Rantau Panjang
Selain itu, bantuan jentera tanker turut dikerahkan dari Klang Utara, Subang Jaya, dan Puchong, manakala ALP Petaling Jaya digunakan bagi memperkuatkan operasi.
📌 Situasi Terkini
Operasi pemadaman masih giat dijalankan dengan anggota bomba bertungkus-lumus mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan, namun kebakaran melibatkan keseluruhan struktur kilang kayu menjadikan usaha kawalan lebih mencabar.
Bomba Kapar
@myblockchecking
Dua maut motosikal bertembung
04 September 2026, 9:42am
Oleh: Farhanah Yaakob
JASIN: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu dan pemandu lori maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Gapam, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, pelajar UiTM Lendu, Muhammad Thoriq Thani Ahmad Azam, 21, dan pemandu lori syarikat kurier, Md Samsul Mat Halif, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, kemalangan membabitkan motosikal Yamaha Lagenda 110Z yang ditunggang Muhammad Thoriq dari arah Bemban menghala ke Ayer Keroh dan Honda Dash 125 yang ditunggang Md Samsul dari arah bertentangan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggang Md Samsul dipercayai sedang memotong kenderaan di hadapan.
“Namun motosikal ditunggang Md Samsul masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal Muhammad Thoriq yang sedang bergerak lurus di laluannya.
“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Artikel Buletin Tv3
@myblockchecking
dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan serta pihak-pihak yang terlibat,” katanya.
Muhamad Mustafah berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh disahkan, khususnya berkaitan identiti individu yang terlibat dalam kejadian.
Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-48429999 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Sarjan Shamsuldalila Mohamad di talian 011-10129038 atau mana-mana balai polis berdekatan.
SYAMILAH ZULKIFLI
04 September 2026 08
Artikel ➡️ Sinar Harian
@myblockchecking
Tiga remaja perempuan bergaduh gara-gara gambar tersebar di media sosial
KUALA PILAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kes pergaduhan di Dataran Melang di sini yang tular di media sosial membabitkan tiga remaja perempuan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu lepas.
"Dalam kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun telah hadir ke lokasi berkenaan bersama abangnya untuk bertemu dengan dua kenalan.
"Difahamkan pertemuan itu bagi berbincang berkaitan salah faham susulan penyebaran gambarnya di media sosial," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, semasa pertemuan tersebut, berlaku pergelutan antara pengadu dengan dua individu berkenaan sehingga menyebabkannya cedera.
Tambahnya, susulan insiden itu, dia bersama bapanya telah ke kediaman salah seorang individu terbabit pada Khamis untuk berbincang sebelum membuat laporan polis.
“Polis memandang serius kejadian berkenaan
4 SEPTEMBER 2026 0826HRS BBP RAUB Pasukan Amanah bergegas ke Kes Kebakaran Rumah di bahagian tingkat atas rumah teres kekal 2 tingkat bertempat di Taman Raub Jaya 3, Raub.
Setibanya pasukan di lokasi didapati api marak membakar bahagian tingkat atas rumah dan pasukan selanjutnya memadamkan kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan 1 pancutan nozel sehingga padam sepenuhnya.
Pasukan seterusnya melaksanakan proses overhaul sehingga operasi selesai sepenuhnya.
Sumber Bbp Raub
@myblockchecking
JOHOR 04/09/2026.
Kemalangan langgar gajah di Jalan Petani, Kota Tinggi.
Sumber ➡️ Media sosial
@myblockchecking
SEPTEMBER 2026 (JUMAAT)
KES KEMALANGAN JALAN RAYA (KJR) JALAN KUCHAI LAMA
Skuad Alpha Pusat Kawalan Operasi Daerah Cheras telah menerima 1x Kes Kemalangan Jalan Raya (KJR) di Jalan Kuchai Lama. Seramai 1x Pegawai Pasukan & 3x Anggota LLP telah dikerahkan untuk respon kes tersebut. Kes ini telah melibatkan 1x mangsa lelaki dewasa.
Terima kasih kerana mempercayai servis perkhidmatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan tidak lupa juga kepada pegawai dan anggota yang terlibat bagi menyelesaikan kes tersebut.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
@myblockchecking
Saya pelik dia masuk tak keluar-keluar’
Oleh NOR AINNA HAMZAH
4 September 2026, 9:54 am
REMBAU – Rasa curiga pemandu e-hailing terhadap seorang pelanggan warga emas yang mahu ke sebuah bank berjaya menyelamatkan wanita itu memindahkan wang RM10,000 kepada individu yang disyaki love scam semalam.
Kata Noraini Othman, 61, selepas menghantar wanita itu ke sebuah bank, dia berada terlalu lama dalam premis itu membuatkan dia curiga dan mencarinya dalam premis itu sebelum dia sempat memindahkan sejumlah wang.
“Saya ambil dia dari rumah pukul 4.30 petang dia ada cakap hendak buat pemindahan wang, jadi saya tunggu di luar bank tetapi pelik kenapa lama sangat,” jelasnya kepada Kosmo! semalam.
Kata Noraini, ketika jumpa warga emas itu dalam bank, ada orang lain yang cuba membantunya memindahkan sejumlah wang berkenaan dan perkara itu sempat dihalangnya.
“Individu itu juga pelik warga emas itu mahu pindahkan sejumlah wang kepada akaun lain, jadi saya terus panggil polis dekat bank itu. Rupa-rupanya warga emas itu cakap ada peguam tampan (scammer) suruh dia masukkan wang berkenaan,” jelasnya.
Tambahnya, warga emas itu mendakwa mengenali individu yang didakwa tampan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, tetapi tidak pernah berjumpa dengannya secara bersemuka.
“Dia tidak kenal orang itu pun. Tiba-tiba terima WhatsApp. Gambar profilnya pakai baju kot segak macam peguam,” ujarnya.
Jelasnya, rupanya mangsa sudah pun mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji terlebih dahulu untuk dipindahkan kepada individu menyamar peguam segak berkenaan.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika wanita Melayu berusia 71 tahun itu dihantar oleh pemandu e-hailing ke Bank Simpanan Nasional di sini.
“Pemandu wanita itu mengesyaki transaksi tersebut ada kaitan dengan love scam yang kemudian menghubungi Balai Polis Rembau,” katanya.
Ooi Ming berkata, susulan maklumat itu, Timbalan Ketua Polis Balai Rembau bersama beberapa anggota polis bergegas ke bank berkenaan untuk pemeriksaan.
“Setibanya di lokasi, mangsa sedang cuba memasukkan wang sebanyak RM10,000 ke dalam akaun berkenaan. Transaksi tersebut berjaya dihentikan dan wang RM10,000 itu dimasukkan semula ke dalam akaun BSN milik mangsa,” jelasnya. –
KOSMO! ONLINE
@myblockchecking
Anil Kumar berkata, ibu mangsa mula menyedari sesuatu tidak kena apabila bayinya menangis tanpa henti.
Ketika cuba menenangkan anaknya, wanita itu mendapati mangsa mengalami pendarahan serius pada bahagian sulit sebelum meminta bantuan.
Keluarga mangsa segera membawanya ke hospital daerah untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dirujuk ke Kolej Perubatan Saifai berikutan keadaannya yang kritikal dan kini masih menerima rawatan.
Susulan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan polis pada Rabu.
Polis kemudian mendaftarkan kes terhadap Jetendra mengikut peruntukan undang-undang berkaitan sebelum melancarkan operasi mengesannya.
Suspek berjaya ditahan pada hari sama selepas polis menyerbu beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyiannya.
Siasatan lanjut berhubung kejadian diteruskan. - Agensi
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
04 September 2026 08:10am
Artikel ➡️ Sinar Harian
@myblockchecking
Bayi tiga bulan dirogol jiran
NEW DELHI - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan dipercayai menjadi mangsa rogol oleh jirannya yang berusia 35 tahun di sebuah perkampungan di Mainpuri, Uttar Pradesh, India.
Polis memaklumkan suspek dikenali sebagai Jetendra ditahan pada Rabu selepas pihak berkuasa melakukan serbuan di beberapa lokasi persembunyiannya.
Kejadian dipercayai berlaku lewat petang Selasa ketika bayi berkenaan sedang berbaring di atas katil di dalam rumah, manakala ibunya sedang menyediakan makan malam dan bapanya melakukan kerja rumah.
Ketua Balai Polis Bewar, Anil Kumar Singh berkata, suspek yang tinggal berhampiran dan dikenali keluarga mangsa memasuki rumah sebelum bermain bersama bayi tersebut.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudian membawa bayi itu keluar dari rumah, namun tindakannya tidak menimbulkan syak wasangka kerana keluarga berkenaan mengenalinya.
Kira-kira setengah jam kemudian, suspek dipercayai membawa mangsa pulang sebelum meletakkannya semula di atas katil dan beredar.
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
03 September 2026 10:00pm
GEORGE TOWN- Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di tempat parkir Desa Penang 2, Lebuh Sungai Pinang 7, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.59 petang.
Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa yang juga penduduk setempat berusia 62 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia.
“Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap mayat tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, satu laporan mati mengejut dibuka dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Artikel Sinar Harian
@myblockchecking
JOHOR 04/09/2026.
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Pekan Nenas, Pontian semalam.
Sumber ➡️ Media sosial
@myblockchecking
MELAKA 04/09/2026.
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Bemban, malam tadi.
Sumber ➡️ Media sosial
@myblockchecking
Mayat remaja lemas dekat Pantai Klebang ditemukan
Oleh Reza A Hamid - 3 September 2026
MELAKA – Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mencari ketam di kawasan tambak laut berhampiran pantai Prima Klebang, di sini, semalam, ditemukan nelayan berdekatan Pulau Upeh, kira-kira dua batu nautika dari daratan, malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata, mangsa, Muhammad Arif Daniel Nizamuddin, 16, ditemukan kira-kira jam 7.20 malam.
Menurutnya, mangsa kemudian dikenal pasti oleh waris kira-kira jam 8.30 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Mangsa lemas dipercayai telah dijumpai oleh nelayan berhampiran Pulau Upeh lebih kurang pada jam 7.20 malam tadi.
“Anggaran jarak mangsa ditemui adalah dua batu nautika dari daratan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Arif Daniel Nizamuddin dipercayai masuk ke kawasan tambak laut itu bersama rakannya untuk mencari ketam sebelum berenang lebih jauh dari pesisir pantai.
Muhammad Arif Daniel merupakan pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta anak bongsu daripada dua beradik.
Mengulas lanjut, Mohd Shahrom berkata, pengecaman mangsa dilakukan pihak waris kira-kira jam 8.30 malam tadi sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Zahrul Azha Mokhtar.
Dalam operasi hari pertama, pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan pencarian menggunakan kaedah selaman serta teknik pencarian ‘arc pattern’ sejauh kira-kira 30 meter dari pesisir pantai.
Operasi turut membabitkan 25 anggota JBPM dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pencarian kemudiannya disambung semula pada jam 8 pagi hari ini sebelum mayat mangsa ditemukan.
Artikel MalaysiaGazette
@myblockchecking
dijalankan," katanya.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Disiarkan pada: September 3, 2026 11:56pm
Audrey Dermawan
audreymd ➡️ Harian Metro
@myblockchecking
Mekanik cedera ditembak dua lelaki bermotosikal
Bukit Mertajam: Mekanik berusia 43 tahun cedera di tapak tangan kanannya selepas ditembak di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Lembu di sini, hari ini.
Sekurang-kurangnya tiga das tembakan dilepaskan ke arah mangsa dalam kejadian pada 1.45 tengah hari itu.
Mangsa dilaporkan didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal ketika berada di bengkel sebelum mereka melepaskan tembakan.
Dia kemudian berlari kira-kira 50 meter dari bengkel tersebut dan melompat pagar yang bertentangan dengan tanah perkuburan Cina untuk melarikan diri.
Difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kulim di Kedah sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Polis sedang menyiasat motif kejadian dan berkata, mangsa mempunyai rekod jenayah lampau.
Terdahulu, polis dan anggota forensik menemui peluru dan kelongsong terpakai di tempat kejadian.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
"Usaha mengesan suspek sedang
#频道互推 #相似推荐
------------------------------
📢 【丰田】社工库开户开盒查档查人查车
📢 三角洲威龙数据号【三角洲0.1数据号】
📢 Alway业务频道
📢 三角粥《柠檬内部》官方频道
📢 ws群发【WhatsApp群发】ws打粉、引流
📢 灰白通知频道【持续送卡】
📢 代认证/备案域名加急/注册营业执照/
📢 短信通道 短信群发 106通道 国内短信
📢 谷歌Gmail邮箱批发
📢 【柠檬】iMessage推/苹果推
------------------------------
☁️ 互推入口:@souso
