🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓
前往频道在 Telegram
⚠️情侣自拍二群 @avnvyou6 707优惠机器人 @The707CommunityBot 707赛事直播 @livescore707 情侣自拍 @ahmoisexy 707担保网 https://707guarantee.com 电影群 @movieat707 吃瓜亚洲 @chiguaasia DJ舞曲 @musicwabo 大马路况消息 @myblockchecking
显示更多683
订阅者
+124 小时
-27 天
+3530 天
帖子存档
Shahril Abd Rahman yang ditemukan semalam.
"Mayat mangsa yang memakai jaket keselamatan itu akan dibawa ke Jeti Hutan Melintang. Proses lanjut berhubung pengecaman identiti mangsa dengan ahli keluarga atau waris akan dilakukan pihak polis," katanya.
Tinjauan Bernama di sekitar PHC di sini mendapati suasana pilu menyelubungi lokasi itu yang dipenuhi puluhan ahli keluarga mangsa sejak pagi Khamis.
Pada Isnin lepas, Maritim Malaysia Selangor melancarkan SAR selepas menerima laporan berhubung kehilangan tujuh pemancing di One Fathom Bank pada jam 3.35 pagi.
Empat daripada mereka ditemukan selamat di perairan Sekinchan pada hari kedua operasi itu sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Semalam, polis mengesahkan penemuan mayat Mohd Shahril Abd Rahman, 43, di perairan Hutan Melintang manakala dua lagi yang masih hilang ialah Muhamad Ridzuan Ruhaizat, 37, dan Raja Mohd Rozi Raja Mohamad, 49. - Bernama
17 September 2026 06
Kredit ➡️ BERNAMA
@myblockchecking
+4
Satu lagi mayat dipercayai pemancing ditemukan di perairan Perak
KLANG - Satu lagi mayat dipercayai pemancing yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di sini ditemukan di sekitar perairan Hutan Melintang, Perak petang tadi.
Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Leftenan Mohd Syafiq Sazali berkata, mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh nelayan tempatan pada jam 4.26 petang.
"Penemuan itu kemudian segera dimaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak bagi tindakan lanjut.
"Kapal Maritim (KM) Nusa yang melakukan operasi pencarian bergerak ke lokasi penemuan yang terletak kira-kira tiga batu nautika persegi di sempadan perairan Selangor dan Perak," katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Sementa di sini pada Khamis.
Mohd Syafiq berkata, lokasi penemuan terbaru itu berada pada jarak dua batu nautika daripada mayat mangsa pertama Mohd
dipercayai memasuki laluan lori sebelum berlaku perlanggaran.
"Akibatnya, lori terbabas dan terlanggar sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 41 tahun dan dibonceng isterinya berusia 45 tahun.
"Akibat kemalangan itu, lelaki berusia 41 tahun terbabit dan pembonceng wanita berusia 45 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Sebuah lagi motosikal ditunggang lelaki berusia 51 tahun bersama isteri berusia 50 tahun sebagai pembonceng dipercayai terlanggar muatan tanah yang terjatuh di atas permukaan jalan.
"Pemandu lori, penunggang motosikal wanita berusia 51 tahun serta penunggang dan pembonceng motosikal, masing-masing berusia 51 dan 50 tahun cedera dan dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.
"Mayat dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca sebenar masih dalam siasatan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767 atau balai polis berhampiran.
Nurul Fatihah Sulaini
September 17, 2026 5:37pm
Artikel ➡️ Berita Harian
@myblockchecking
Suami isteri maut, 3 cedera nahas lori dan 3 motosikal berkonvoi
BESUT: Suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga motosikal di Jalan Gong Kedak, di sini hari ini yang turut menyaksikan tiga lagi individu cedera.
Mohd Zamri Mohd Zaki, 41, dan isterinya, Norlyana Ismail, 45, dari Batu Rakit disahkan maut di lokasi kejadian, manakala satu lagi pasangan, lelaki berusia 51 tahun dan isteri 50 tahun serta seorang wanita 51 tahun cedera.
Mereka dalam konvoi 12 motosikal jenama Aveta Nova 250 dari Kuala Terengganu untuk ke Perlis.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim, berkata kejadian dipercayai kira-kira jam 9.45 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati nahas membabitkan lori Nissan Tipper dipandu lelaki berusia 57 tahun dalam perjalanan dari arah Jertih ke Bachok, Kelantan dan tiga motosikal.
"Tiga motosikal jenis Aveta Nova 250 itu bergerak dari arah Kuala Besut untuk ke Perlis. Setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang wanita berusia 51 tahun
+3
𝗡𝗚 𝟵𝟵𝟵 𝗜 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗝/𝗥𝗮𝘆𝗮 (𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗞𝗠)
17.09.2026 I KHAMIS
1300 PM
Kg. Iboi, Kupang Baling Kedah
Pasukan : C Balai Bomba dan Penyelamat Baling
PESANAN KHIDMAT NASIHAT:
Ambil langkah berjaga-jaga dan peka, peduli dan prihatin dengan persekitaran semasa. Sentiasa berhati-hati dijalan raya dan patuhi had laju ditetapkan. Sentiasa bertimbang rasa dan saling menghormati. Elak bahaya, elak tragedi. Sayangi nyawa. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Dapatkan khidmat bantuan agensi berkepentingan untuk kepakaran keanggotaan dan peralatan terlatih. Kami sedia membantu anda.
TERUS BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BANGKIT! BALING! BANGKIT
Kredit ➡️ BBP BALING
Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
@myblockchecking
🔥 TOPUP GAME MURAH & LAJU — SEMUA DALAM 1 BOT! 👍
Nak topup game tapi malas cari banyak seller?
Sekarang semua boleh settle terus kat Telegram je dengan ⚡️
Di Revolix Gaming, kau boleh beli/topup:
🎮 Game Topup
- Mobile Legends
- Free Fire
- EA Sports FC
- Roblox
- Minecraft
- banyak lagi
📱 Telco & Wallet
- Xpax
- Hotlink
- TNG eWallet
- banyak lagi
🎁 Voucher
- Shopee Voucher
- Watson Voucher
- AEON Voucher
- banyak lagi
🕹 Steam CD Key Murah
- Forza Horizon 6
- Pragmata
- Resident Evil
- Banyak lagi game PC lain
Kenapa pilih Revolix Gaming?
✅ Harga murah
✅ Proses laju
✅ Order terus melalui Telegram bot
✅ Banyak pilihan game & digital product
✅ Senang bayar, tak leceh
Payment Supported
⭐ Telegram Stars
💰 TNG eWallet
💰 Online Banking
📱 Crypto — USDT, BTC, ETH & lain-lain
Tak perlu tunggu lama. Tak perlu chat seller.
Pilih item, buat payment, terus jalan.
👉 Klik sini untuk beli sekarang:
Gaming — topup game murah, laju, dan senang.
@myblockchecking
Lima pendaki tersesat di Bukit Larut diselamatkan
Abd Razak Mohd Ali
17/09/2026 | 07:55 MYT
IPOH: Lima pendaki yang tersesat ketika beraktiviti di Bukit Larut, Taiping petang semalam, berjaya diselamatkan lewat malam tadi.
Mangsa terdiri daripada dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun dan tiga wanita kesemuanya berumur 29 tahun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan 999 mengenai kejadian itu pada 6.01 petang semalam.
Menurutnya sebaik menerima maklumat, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dan Kamunting digerakkan ke lokasi.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, ketua operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa pemanggil telah berjaya dihubungi dan telah sesat bersama empat orang sahabat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi telah berjaya mendapatkan lokasi mangsa dan bergerak untuk melakukan operasi penyelamatan dengan bantuan Land Rover dari pihak pengurusan Bukit Larut.
“Ketua operasi melakukan size up dan membuat perbincangan bersama dengan Renjer Hutan, seterusnya mengaplikasikan konsep LAST dengan mengarahkan anggota kerja-kerja penyelamatan,” ujarnya.
Menurutnya, pada jam 9.42 malam, ketua operasi memaklumkan operasi terkawal dan mangsa-mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat, tidak mengalami kecederaan serius dan kekejangan kaki akibat keletihan.
Katanya, mangsa kemudiannya dibawa turun dari atas bukit dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang membabitkan 15 anggota bomba dengan bantuan lapan anggota polis dan dua kakitangan pengurusan Bukit Larut tamat sepenuhnya jam 12.03 tengah malam.
Artikel Astro Awani
@myblockchecking
Bangunan Pasti di Pendang musnah terbakar
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
17 September 2026, 2:12 pm
PENDANG – Bangunan dua tingkat Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Kampung Charok Kudong, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kira-kira 80 peratus bangunan tersebut musnah dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Beberapa video kebakaran turut tular di media sosial memaparkan keadaan api marak selain kanak-kanak yang belajar di situ dalam keadaan selamat di bangunan berhampiran.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, setibanya pasukan di lokasi, kebakaran didapati melibatkan bangunan Pasti kelas B berukuran kira-kira 24 meter panjang dan sembilan meter lebar.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan empat aliran hos sepanjang 61 meter dengan empat pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada tangki jentera. Anggaran kemusnahan bangunan adalah sebanyak 80 peratus,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, operasi turut dibantu 21 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) daripada sembilan pasukan.
“Kebakaran turut memusnahkan dua motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha Lagenda dengan anggaran 90 peratus terbakar. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.27 pagi dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut,” ujarnya.
Artikel Kosmo Online
@myblockchecking
Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sedang berusaha bagi mengesan waris kepada satu mayat lelaki yang berumur dalam lingkungan 70 tahun tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik, HRPZ II.
Untuk makluman, lelaki warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu bernama Mat Ali bin Jaafar, telah dimasukkan ke HRPZ II pada 5 Ogos 2026 dan disahkan meninggal dunia pada 7 September 2026 (Isnin). Alamat terakhir lelaki ini adalah di Lot 1097, Berek 12, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Sehubungan dengan itu, pihak HRPZ II memohon waris si mati ataupun orang ramai yang mengenali si mati dan waris si mati supaya dapat tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, HRPZ II atau menghubungi talian 09-7452436. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan untuk membuat hebahan berkenaan amatlah dihargai.
PENGARAH
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
17 SEPTEMBER 2026
@myblockchecking
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan motosikal dan kereta.
Lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Sumber ➡️ Media sosial
@myblockchecking
17 SEPTEMBER 2026 0502HRS BBP RAUB Pasukan Bersih bergegas ke Kes Kebakaran Vessel Skid Tank bertempat di Kawasan Perindustrian Batu 3 Jalan Lipis, Raub.
Setibanya pasukan di lokasi didapati api sedang marak membakar vesel skid tank di dalam kepungan bund wall dan seterusnya Pasukan Bersih melaksanakan tindakan pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, 2 pancutan nozel satu aliran dengan bancuhan busa buih AR-AFFF sehingga padam sepenuhnya.
Tiada mangsa terlibat di dalam insiden dan Pasukan seterusnya melaksanakan proses overhaul bagi memastikan keadaan persekitaran selamat sepenuhnya.
Sumber Bbp Raub
@myblockchecking
ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang sah, termasuk melalui penentuan kehakiman. Pendirian ini selaras dengan UUTKNS 1959 dan ketetapan DKU," katanya.
Raja Norazli berkata, berdasarkan Perkara 16 UUTKNS 1959, persoalan adat Melayu termasuk pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan jawatan Yang di-Pertuan Besar serta Undang terletak dalam bidang kuasa DKU.
"Menurut Perkara 16 (3) UUTKNS 1959, nasihat DKU mengenai persoalan sedemikian adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
"MMK dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa menentukan keabsahan proklamasi itu atau kedudukan Yang di-Pertuan Besar," katanya.
Beliau turut menegaskan dokumen bertajuk 'Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Bil 6 Tahun 2026' bertarikh 16 September lalu tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang, setakat mana ia bertujuan mengesahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz, mengiktiraf pemilihan Yang di-Pertuan Besar baharu dan mengarahkan pelaksanaannya serta-merta.
Katanya, dokumen itu menyentuh perkara di luar bidang kuasa MMK dan bertentangan dengan ketetapan DKU yang mengikat.
"Dengan itu, ia tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan," katanya.
Raja Norazli berkata, DKU turut menegaskan semula pendiriannya proklamasi bertarikh 19 April 2026 adalah cacat dan terbatal.
Mohd Amin Jalil
September 17, 2026 12:41pm
Kredit ➡️ Berita Harian
@myblockchecking
Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan - DKU
SEREMBAN: Kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kekal sah, sekali gus menolak keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang didakwa mengiktiraf pemerintah baharu.
Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU), Raja Norazli Raja Nordin berkata, perkara itu selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.
"Dewan (DKU) menegaskan semula Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan Yang di-Pertua Dewan. Tiada kekosongan jawatan dan tiada pengganti selagi jawatan itu dipegang secara sah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, DKU turut mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bertarikh 15 September lalu menegaskan Menteri Besar tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.
"Keabsahan serta kesan proklamasi itu hendaklah
SARAWAK 17/09/2026.
Kemalangan di Niah.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Miri Edition
@myblockchecking
