ar
Feedback
🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓

🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓

الذهاب إلى القناة على Telegram

⚠️情侣自拍二群 @avnvyou6 707优惠机器人 @The707CommunityBot 707赛事直播 @livescore707 情侣自拍  @ahmoisexy 707担保网 https://707guarantee.com 电影群 @movieat707 吃瓜亚洲  @chiguaasia DJ舞曲  @musicwabo 大马路况消息 @myblockchecking

إظهار المزيد
Buy Ad
682
المشتركون
+124 ساعات
+197 أيام
+3030 أيام
أرشيف المشاركات
Aduhhh gaduh kes potong Q , mengalah jelaa kak sekali sekala , pompuan asyik nk menang je kan 🤣 @myblockchecking

🚨 OPERASI PENGHANTARAN BEKALAN AIR BERSIH BERTUKAR KEPADA MISI MENYELAMAT MANGSA LEMAS DI LAYAR Layar, 3 September 2026 – Operasi penghantaran bekalan air bersih oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong kepada penduduk di sebuah rumah panjang di kawasan Layar bertukar kepada operasi bantuan menyelamat selepas pasukan menerima maklumat mengenai kejadian seorang lelaki dewasa dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga. Dalam kejadian tersebut, sebuah keluarga yang menjalankan aktiviti perkhemahan dan riadah di kawasan berkenaan berdepan detik cemas apabila seorang lelaki dewasa dalam lingkungan usia 30 hingga 40 tahun dipercayai mengalami kejadian lemas. Mangsa terlebih dahulu berjaya diselamatkan oleh ahli keluarganya sebelum ketibaan pasukan APM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di lokasi kejadian. Setibanya pasukan penyelamat, pemeriksaan awal mendapati mangsa memerlukan bantuan segera. Pasukan kemudiannya melaksanakan bantuan awal pernafasan dan CPR bagi memastikan mangsa kembali bernafas dan berada dalam keadaan stabil. Hasil tindakan pantas pasukan penyelamat, mangsa kemudiannya sedarkan diri dan menunjukkan keadaan yang semakin stabil. Mangsa seterusnya dipindahkan menggunakan kenderaan Hilux ATM untuk dibawa ke Klinik Mid Layar bagi mendapatkan rawatan lanjut. Dalam masa yang sama, kenderaan LRV APM bertindak sebagai pengiring dan membuka laluan bagi memastikan perjalanan penghantaran mangsa ke klinik dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan selamat. Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil serta masih menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Klinik Mid Layar. Kecekapan serta tindakan pantas ahli keluarga yang terlebih dahulu menyelamatkan mangsa, disusuli tindakan segera pasukan APM dan ATM, amat penting dalam memastikan bantuan kecemasan dapat diberikan secepat mungkin. APM turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menjalankan aktiviti riadah, perkhemahan dan aktiviti berhampiran sungai atau kawasan berair, khususnya dengan memastikan keadaan persekitaran serta tahap keselamatan sentiasa dipantau. APM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas menyelamat, bantuan kecemasan dan pengurusan bencana demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Pusat Pertahanan Awam Sarawak Apm Betong Apm Spaoh APM DEBAK Angkatan Pertahanan Awam Saratok Mohtar Samat Sumber Apm Betong @myblockchecking

Polis siasat dua kanak-kanak duduk atas bumbung MPV bergerak Muhammad Zulsyamini Sufian Suri am Polis menyiasat kejadian tular membabitkan dua kanak-kanak duduk di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sedang bergerak di jalan raya mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti pemilik kenderaan itu yang mendakwa menjadikan MPV jenis Toyota Alphard terbabit sebagai kenderaan sewa. Katanya, usaha mengesan pemandu ketika kejadian berlaku sedang dijalankan. "Maklumat berhubung video tular itu diterima hari ini yang memaparkan MPV terbabit sedang bergerak di Jalan Meru-Jelapang, di sini dengan beberapa kanak-kanak duduk di atas bumbung kenderaan. "Tindakan boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak. Sehubungan itu kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, dan mereka yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Zurainie Syamira Mohd Zainudin di talian 017-955 8984. Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya. Disiarkan pada: September 3, 2026 6:03pm Artikel Harian Metro @myblockchecking

PEKERJA WARGA NEPAL DIDAKWA HINA ISLAM, SYARIKAT BUAT LAPORAN POLIS DAN AMBIL TINDAKAN Tular di media sosial sebuah video daripada seorang individu yang didakwa warga Nepal dan dikatakan mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Video berkenaan mencetuskan kemarahan ramai selepas kandungannya tersebar di platform media sosial. Individu terbabit dipercayai bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan, Mitraforce (M) Sdn Bhd. Susulan isu tersebut, pihak syarikat memaklumkan bahawa mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Dalam kenyataan yang dikongsikan, syarikat berkenaan menegaskan kenyataan individu tersebut dibuat atas kapasiti peribadi dan bukan pendirian rasmi syarikat. Pihak syarikat turut menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan membatalkan permit kerja individu berkenaan serta menguruskan penghantarannya pulang ke negara asal mengikut prosedur pihak berkuasa. Sementara itu, tindakan dan siasatan lanjut terhadap individu terbabit adalah tertakluk kepada pihak berkuasa. @myblockchecking

Lori muatan kotak terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo Utusan Sarawak September 3, 2026 BINTANGOR: Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan barangan kitar semula berupa kotak terbakar berhampiran Petros Skim B, Lebuh Raya Pan Borneo di sini, hari ini. Bagaimanapun, pemandu lori dan kelindannya sempat menyelamatkan diri dalam kejadian itu dan tiada kecederaan dilaporkan. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.37 pagi. Susulan itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bersama sebuah jentera penyelamat kebakaran ringan (LFRT) dan sebuah Hilux digerakkan ke lokasi. Pasukan bomba yang tiba pada 10.58 pagi mendapati kebakaran melibatkan sebuah lori tiga tan dengan anggaran kemusnahan sekitar 60 peratus. Anggota kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadam kebakaran. Muatan kotak di bahagian belakang lori turut dibongkar dan dialihkan menggunakan ceiling hook bagi memudahkan kerja pemadaman serta memastikan tiada bara api yang masih menyala. Kebakaran berjaya dikawal pada 11.18 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.01 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat. Operasi diketuai Wan Azri Wan Adannan dengan Mahmudin Narudin sebagai Komander Operasi Kanan, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi. Artikel Utusan Sarawak @myblockchecking

Van penjaja terbakar, MBKS hulur bantuan Utusan Sarawak September 3, 2026 KUCHING: Sebuah van milik seorang penjaja dilaporkan terbakar kira-kira pukul 5.00 pagi tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan. Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bersyukur kerana tiada individu tercedera. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas tindakan pantas anggota bomba memadamkan kebakaran serta mengawal keadaan daripada menjadi lebih serius. Menurutnya, golongan penjaja merupakan sebahagian penting daripada komuniti yang bekerja keras setiap hari untuk mencari rezeki, selain menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di Kuching. “Apabila kejadian tidak diingini seperti ini berlaku, kami mahu mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian. “Ahli-ahli Majlis MBKS akan membantu dan melawat sendiri penjaja yang terjejas bagi melihat keadaannya serta mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Wee berkata, bantuan itu termasuk membantu penjaja terbabit dalam urusan laporan polis serta perkara lain yang diperlukan susulan kejadian berkenaan. Katanya, keselamatan dan kebajikan golongan penjaja akan terus menjadi antara perkara yang diberi perhatian oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Artikel Utusan Sarawak @myblockchecking

Mangsa kedua lemas di Kota Tinggi ditemukan 03 September 2026, 4:47pm Oleh: Azizi Majid KOTA TINGGI: Mangsa kedua daripada empat mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 1.53 tengah hari tadi. Pegawai Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili, Leftenan Komander Mohamed Shafiee Bakar berkata, mangsa, Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, disahkan ahli keluarga. “Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung di lokasi berhampiran penemuan mangsa pertama,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, hari ini. Mohamed Shafiee berkata, operasi SAR hari kedua diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), komuniti masyarakat serta nelayan tempatan. “Kita akan kekalkan radius pencarian dua lagi mangsa pada jarak dua batu nautika. Cabaran dihadapi adalah ombak besar setinggi 1.5 meter,” katanya. Semalam, mangsa pertama, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, 16, ditemukan pada jam 1.25 tengah hari. Dua lagi mangsa yang masih belum ditemukan ialah Mohamad Haiman Fitri Supian dan Muhammad Adib Hafiy Kamal, kedua-duanya berusia 16 tahun. Terdahulu, media melaporkan empat remaja dikhuatiri lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan selepas bermandi-manda di pantai berkenaan kira-kira jam 8 pagi semalam. Kejadian dipercayai bermula apabila seorang mangsa hampir lemas sebelum rakannya cuba menyelamatkannya tetapi turut dipercayai lemas. Artikel Buletin Tv3 @myblockchecking

EMPAT CEDERA KEMALANGAN 3 KENDERAAN DI LAHAD DATU LAHAD DATU; 3 SEPT 2026 (Khamis) – Empat individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Markas Briged ESSCOM, Lahad Datu, awal pagi tadi. Kemalangan kira-kira 12.21 tengah malam itu membabitkan sebuah Toyota Vios, Proton Saga BLM dan Proton Wira. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, PKPgB Sumsoa Rashid berkata, kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan. Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.25 tengah malam. “Dua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam, manakala dua lagi dibawa ke hospital menggunakan ambulans KKM Lahad Datu,” katanya. Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.45 tengah malam. Identiti kesemua mangsa belum diperoleh. Artikel Utusan Borneo @myblockchecking

Lelaki cedera selepas kereta langgar tiang lampu September 3, 2026, Khamis - 1:07pm MIRI: Seorang lelaki berusia 21 tahun cedera selepas kereta dinaikinya melanggar tiang lampu dalam kemalangan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Miri-Pujut, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada 2.37 pagi. Menurut laporan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 2.33 pagi. Berikutan itu, sepasukan enam anggota digegaskan ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer dari balai. Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta yang melanggar tiang lampu sebelum terbalik. “Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi. “Setelah membuat penilaian, pasukan bomba telah membawa mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu. Pasukan bomba turut menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya jam 3.30 pagi. Turut terlibat dalam operasi ialah seorang anggota polis trafik dan dua anggota Sarawak Energy Berhad. oleh Rosemaria Buma Artikel Utusan Borneo @myblockchecking

BBP KAPIT TARIKH INSIDEN:- 02.09.2026 (Rabu) MASA TERIMA: -10:44:00 JENIS INSIDEN: -Kebakaran Kenderaan (Lori) ALAMAT: -Kawasan Mumu,Jalan Kapit-Song. *Laporan Komander* Setibanya di lokasi kejadian,didapati benar berlaku kebakaran lori model DAI / Delta V50R-HS,no pendaftaran QSM 3557.Kebakaran melibatkan bahagian hadapan kenderaan tersebut (60% kemusnahan),pemandu tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak menjadi besar. *Tindakan Operasi* Size up dijalankan,anggota PPE lengkap,operasi pemadaman segera dilakukan dengan 1 aliran salur bantu mula jentera dan juga alat pemadam api,anggota juga bertindak membuka sambungan wayar pada bateri kenderaan.Setelah kebakaran dipadam dan keadaan selamat sepenuhnya,kesemua anggota bertolak balik. Sumber Bbp Kapit @myblockchecking

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA, SALAM MALAYSIA MADANI PEMAKLUMAN OPERASI TEAM C DISAMBUNG TEAM A SEHINGGA SEKARANG JENIS INSIDEN: KHIDMAT KHAS (ORANG LEMAS) TARIKH/MASA PANGGILAN: 02.09.2026 / 14:20:48 PM ALAMAT: D'SUNGAI CAFE, 64, JALAN PUTRA, CHOW KIT, 50350 KL MASA JENTERA SAMPAI: 14:22:06 JARAK KE TEMPAT KEJADIAN: 850 METER MANGSA: 1 LELAKI INDIA BALAI JAGAAN: BBP SENTUL BALAI BANTUAN: PPDA (BBP HANG TUAH) LAPORAN: I/C SENTUL LAPOR BENAR BERLAKUNYA MANGSA LEMAS 1 LELAKI INDIA TERKAPAI-KAPAI DI DALAM SUNGAI YANG DIMAKLUMKAN OLEH ORANG AWAM SETERUSNYA IC STL MOHON BANTUAN UNIT PPDA UNTUK HADIR KE LOKASI KEJADIAN.OPERASI MASIH DIJALANKAN OLEH PASUKAN A SAR DITERUSKAN KAWASAN TEBING SUNGAI JENTERA: FRT – 1 - EMRS - 1 SEKIAN, TERIMA KASIH. BILIK KAWALAN BBP SENTUL @myblockchecking

GEMPA BUMI LEMAH 3.4 GEGAR KENINGAU, BOMBA JALANKAN PEMANTAUAN KENINGAU, 3 September – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 menggegarkan Keningau, Sabah pada 9.31 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 10 kilometer barat Keningau dan gegarannya dirasai di kawasan sekitar. Susulan kejadian, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Keningau menjalankan pemeriksaan di empat lokasi termasuk bangunan G-MART, Pejabat Kesihatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau. Pemeriksaan mendapati tiada kerosakan struktur, runtuhan, kebakaran atau kecederaan dilaporkan. Operasi pemantauan tamat 11.05 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal. Wartawan : Miriam Ajem Sumber : JBPM Sabah 'Yang sahih di RTM' @myblockchecking

Perak/Highway 03/09/2026 4:02pm Changkat Jering muka tengok Taiping/Kamunting arah Utara ada kebakaran belukar hati2 memandu dilokasi🔥⚠️ #PBRC16🍼

Perak/Highway 03/09/2026 4:00pm Sebelum susur Sungkai muka tengok Bidor arah Utara trafik jem km359 ada treler rosak dilorong kiri terhalang hati2⚠️ #PBRC9🍼

Ops SAR diteruskan, kesan Muhamad Arif Daniel dipercayai lemas Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhamad Arif Daniel Nizamuddin, 16, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai berhampiran Prima Klebang, Melaka, petang semalam diteruskan sejak pagi tadi. Mangsa dikatakan hilang selepas mengalami kesukaran ketika mandi bersama rakannya kira-kira jam 3 petang. @myblockchecking

AB33 CASINO MALAYSIA - TRUSTED ONLINE CASINO PLATFORM AB33 | 亚博33 (formerly known as AsiaBet33) 🌐 https://ab33.io 🎉 AB33 VI
AB33 CASINO MALAYSIA - TRUSTED ONLINE CASINO PLATFORM AB33 | 亚博33  (formerly known as AsiaBet33) 🌐  https://ab33.io 🎉 AB33 VIP Members Exclusive Notice 🎉 Dear AB33 VIP Members,Your VIP Weekly Bonus has been successfully credited to your wallet! 💰Please log in to your account to check your bonus balance. 🎉 AB33 VIP 会员专属福利通知 🎉 AB33 VIP 会员,您的 VIP 周彩金 已成功派发至您的钱包!💰 请登录您的账号查看彩金余额。 💥Super Welcome Bonus        Free Up tp 2880 💥Slot Strater Pack        Free 100% bonus 💥Daily First deposit        Free Up to 200 💥Weekly First Deposit       Free Up to 50% 🎰🎰🎰 🎰🎰🎰🎰🎰 🎰🎰🎰 🌐  Register 📱   Channel 📱   Group 📱   Facebook 📱   Instagram 📱   Customer Service 🔞 movie

SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika TAUFIK SALIMIN 03 September 2026 12:16pm KOTA TINGGI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis. Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu. “Apabila diluaskan pencarian, ada kemungkinan mereka berada lebih jauh dari lokasi asal,” katanya ketika sidang media di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar pada Khamis. Terdahulu, enam remaja dilaporkan lemas selepas mandi di Pantai Tanjung Lompat sebelum dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam. Operasi SAR diaktifkan pada Rabu berikutan empat lagi mangsa dilaporkan masih hilang sebelum seorang daripadanya ditemui jam 1.15 tengah hari, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian. Mohd Najib berkata, operasi SAR bagi mengesan tiga lagi mangsa bermula jam 7 pagi melibatkan 41 pegawai dan anggota pelbagai agensi. Katanya, dua dron daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan. “APMM dan bomba telah menerbangkan dua dron sebanyak dua kali pada sesi pagi hari ini,” ulasnya. Katanya, dron-dron itu akan terus diterbangkan semasa air pasang nanti bagi melihat kemungkinan ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ke kawasan pantai lain. Operasi SAR turut berdepan cabaran berikutan keadaan ombak yang mencapai ketinggian 1.15 meter. “Keadaan mungkin berubah pada tengah hari berikutan air pasang dan berkemungkinan cuaca buruk,” ujarnya. Mohd Najib memberitahu, pihak berkuasa negara jiran turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan menerusi Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru. Namun, fokus pencarian ketika ini tetap tertumpu di perairan Malaysia termasuk di kawasan darat. Artikel Sinar Harian @myblockchecking

KEDAH 03/09/2026. Kemalangan di Batu 3, Gurun. @myblockchecking

kemungkinan gegaran susulan serta memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecemasan. "Setelah pemeriksaan dan rondaan selesai dijalankan serta didapati keadaan di lokasi adalah selamat dan terkawal, pasukan bomba segera menamatkan operasi," katanya. ASYIKIN ASMIN 03 September 2026 12:05pm Kredit ➡️ Sinar Harian @myblockchecking