πβΌοΈ πβπ½π βπ πππΉππ ππ ππͺπ
Ir al canal en Telegram
β οΈζ δΎ£θͺζδΊηΎ€ @avnvyou6 707δΌζ ζΊε¨δΊΊ @The707CommunityBot 707θ΅δΊη΄ζ @livescore707 ζ δΎ£θͺζ @ahmoisexy 707ζ δΏη½ https://707guarantee.com η΅ε½±ηΎ€ @movieat707 εηδΊζ΄² @chiguaasia DJθζ² @musicwabo 倧马路ε΅ζΆζ― @myblockchecking
Mostrar mΓ‘s689
Suscriptores
+124 horas
+37 dΓas
+2330 dΓas
Archivo de publicaciones
KAPAR, 27 September 2026 β Seorang lelaki berusia 22 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza dan sebuah lori backhoe di Jalan Haji Abdul Manan, awal pagi tadi.
Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.20 pagi sebelum pasukan tiba di lokasi tujuh minit kemudian. Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Bezza bernombor pendaftaran UPM 1999 terbabas lalu melanggar bahagian belakang lori backhoe bernombor pendaftaran VPC 8573.
Mangsa, Lushan Paulraj A/L Joseph Selwadurai, pemandu Perodua Bezza, tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seorang lagi mangsa, Ari Krishnan A/L Rajoo, pemandu lori backhoe, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Komander Operasi, PBK II KUP Mohd Hafiz bin Noorbik, bersama anggota menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident dan scoop stretcher untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi turut mendapat bantuan daripada PDRM (4 anggota) dan KKM (3 anggota). Setelah selesai kerja-kerja menyelamat dan pemeriksaan, anggota bersama jentera kembali ke balai.
Kemalangan tragis di Kapar ini meragut nyawa seorang anak muda berusia 22 tahun, sementara pemandu lori terselamat tanpa kecederaan. Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.
Sumber Bbp Kapar
@myblockchecking
Lelaki cuba tikam anggota polis dalam balai
28 September 2026, 10:34am
Oleh: Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Austin Camoens
CHERAS: Nyawa seorang anggota polis hampir melayang apabila seorang lelaki tiba-tiba mengeluarkan pisau dan menikamnya ketika dia membuka pintu pagar Balai Polis Batu 9, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam kelmarin, anggota terbabit yang sedang menjalankan tugas didatangi seorang lelaki menunggang motosikal untuk memasuki kawasan balai.
Anggota terbabit kemudian membuka pintu pagar sebelum menghampiri lelaki itu bagi bertanyakan tujuan kedatangannya.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak menjawab sebarang pertanyaan sebelum turun dari motosikal dan membuka kotak simpanan di bahagian belakang.
Tanpa diduga, suspek mengeluarkan sebilah pisau sebelum cuba menikam anggota terbabit tepat ke bahagian kanan perut.
Nasib menyebelahi anggota polis terbabit apabila tikaman itu terkena tali pinggangnya, sekali gus mengelakkan kecederaan lebih serius.
Anggota polis terbabit kemudian bergelut dengan suspek sebelum dibantu dua lagi rakan setugas yang berada di kawasan balai sebelum berjaya menahan suspek.
Dalam pergelutan itu, seorang anggota polis yang membantu menahan suspek turut mengalami luka pada kedua-dua tapak tangannya.
Pemeriksaan awal terhadap suspek berusia 54 tahun itu mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah dikehendaki polis.
Polis kemudian merampas sebilah pisau berukuran kira-kira 20 sentimeter untuk tindakan lanjut.
Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
Kes kini disiasat bagi mengetahui motif lelaki itu datang ke balai polis dan membawa senjata terbabit.
Artikel Buletin Tv3
@myblockchecking
Polis buru pemandu Myvi lawan arus
27 September 2026, 10:32pm
Oleh: Mary Victoria Dass
KULAI: Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), berhampiran susur keluar ke Persimpangan Bandar Senai, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kereta itu dipercayai disewakan kepada pemandu berkenaan.
Beliau berkata, pemilik kereta itu sudah dikesan, namun tidak berada di daerah ini.
βKami sudah mengesan pemilik kenderaan. Kini, penyewa sedang dikesan dan tindakan susulan akan diambil,β katanya ketika dihubungi.
Video kejadian yang tular pagi ini menerusi satu pautan di Facebook menunjukkan kereta berwarna merah itu dipandu melawan arus.
Perbuatan itu bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya lain, malah nyaris mengakibatkan kemalangan.
Beberapa kenderaan termasuk treler bagaimanapun berjaya mengelak kereta berkenaan bagi mengelak berlaku kemalangan.
Tindakan pemandu itu turut mencetuskan situasi cemas kepada pengguna jalan raya lain.
Artikel Buletin Tv3
@myblockchecking
Ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di kediaman beliau di Seri Kembangan, hari ini.
@myblockchecking
ζ₯εΈΈζ°ι»ηΎ€Malaysia POP News
π 707guarantee payout
π΅ 彩ιθͺε©ζΊε¨δΊΊ
π claim bonus bot
manakala pada 1974, Dr Siti Hasmah merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.
Sebagai bekas Presiden Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Dr Siti Hasmah aktif menjalankan pelbagai usaha mendidik remaja Malaysia tentang bahaya penyalahgunaan dadah sehingga dijemput oleh bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Nancy Reagan, untuk menghadiri First Ladies' Conference on Drug Abuse di Washington pada 1985.
Dr Siti Hasmah juga aktif dalam bidang sukan dan bermain badminton secara kompetitif sehingga berumur 75 tahun.
Kecintaan dan penglibatan mendalam Dr Siti Hasmah dalam sukan badminton menyebabkan Allahyarham dianggap sebagai "ibu" kepada barisan pemain badminton negara.
Allahyarham juga merupakan bekas Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bekas penaung Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia.
Dr Siti Hasmah merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia pertama yang menerima Anugerah Persekutuan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.
Disiarkan pada: September 28, 2026 10:13am
Artikel β‘οΈ Harian Metro
@myblockchecking
Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN
Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.
Berita pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Dr Siti Hasmah ialah tokoh wanita Malaysia yang dihormati bukan sahaja sebagai isteri kepada bekas perdana menteri, tetapi juga atas sumbangannya sendiri dalam bidang perubatan dan kebajikan masyarakat yang menjadi inspirasi rakyat negara ini.
Sepanjang hayatnya, Dr Siti Hasmah merupakan wanita Melayu pertama ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura.
Pada 1965, Allahyarham menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak,
harap2 pihak kastam tak bagi merc singapore ni pulang
@myblockchecking
27/09/2026 - Pasukan B
Balai Bomba Gua Musang
Kebakaran pencawang TNB di alamat PDT KG BARU RELAI 2 GUA MUSANG
Pemangku Penyelia Pasukan : PBK II NORHIDIR BIN KARIM
Sumber Bbp Gua Musang
@myblockchecking
SETIU: Murid perempuan Tahun Dua maut, manakala neneknya parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29 di Kilometer 50 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain berkata Putri Jannatul Arisha Abdullah berusia lapan tahun dari Kampung Langkap, Permaisuri disahkan maut di lokasi kejadian.
Katanya, kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggang nenek mangsa dalam perjalanan untuk menghantar kanak-kanak itu ke sekolah kira-kira 6.40 pagi.
"Ketika itu motosikal keluar dari simpang Langkap menuju jalan utama dan terus membelok ke kanan untuk masuk ke simpang sekolah.
"Pada masa sama Proton Waja dari arah Kuala Terengganu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan motosikal, menyebabkan penunggang dan pembonceng terjatuh.
"Penunggang motosikal parah pada kepala dan dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan, manakala pembonceng meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita Harian
@myblockchecking
Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.
Berita pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.
Al-Fatihah..
@myblockchecking
