uk
Feedback
🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓

🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓

Відкрити в Telegram

⚠️情侣自拍二群 @avnvyou6 707优惠机器人 @The707CommunityBot 707赛事直播 @livescore707 情侣自拍  @ahmoisexy 707担保网 https://707guarantee.com 电影群 @movieat707 吃瓜亚洲  @chiguaasia DJ舞曲  @musicwabo 大马路况消息 @myblockchecking

Показати більше
Buy Ad
685
Підписники
+124 години
+57 днів
+930 днів
Архів дописів
Bantuan dan Kawalan Lalu Lintas Kemalangan Jalan Raya Baling, 01 Oktober 2026 - Anggota Balai Polis Baling telah respon untuk memberi bantuan dan membuat kawalan lalu lintas ekoran satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Kg Bawah Gunung, Baling. @myblockchecking

Tengok video ni panas hati kesian kat rider yang susah payah mencari rezeki, hanya disebabkan beg rider tak sama seperti di apps, dia xnak ambik makanan tu 😤 Rider ni punya baik siap halalkan je makanan tu. Tak tahulah kalau ini taktik untuk ambil makanan free? Mungkin dah malam kepenatan malas nak layan 🥹 dunia dah moden tak belajar lagi hal dunia, Rider bukan ada satu akaun je. kadang 4 5 akaun, dia boleh jadi foodpanda, grab, shoope, ninja. lalamove.. apa problem. @myblockchecking

KEMALANGAN DI PULAU PINANG FLYOVER SUNGAI NIBONG.. TIADA INFO LANJUT KETIKA INI @myblockchecking

KENYATAAN MEDIA : PENJELASAN BERHUBUNG VIDEO TULAR MELIBATKAN KETUA PENGARAH AKPS DI KLIA TERMINAL 1 Kredit ➡️ Agensi Kawalan
+1
KENYATAAN MEDIA : PENJELASAN BERHUBUNG VIDEO TULAR MELIBATKAN KETUA PENGARAH AKPS DI KLIA TERMINAL 1 Kredit ➡️ Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia - AKPS @myblockchecking

Zinc Oxide tumpah sepanjang 30 meter di SKVE Oleh MOHD YUNUS YAKKUB 1 Oktober 2026, 11:23 am KUALA LANGAT – Sejumlah bahan kimia jenis Zinc Oxide dari sebuah lori tumpah sepanjang kira-kira 30 meter di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sebelum mengalir masuk ke dalam parit, pagi tadi. Situasi itu memaksa anggota bomba bertindak pantas melakukan sekatan bagi mengelakkan bahan kimia berkenaan terus mengalir dan merebak ke kawasan sekitar. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.07 pagi. Menurutnya, kemalangan membabitkan lori yang membawa 120 tong bahan kimia Zinc Oxide. “Pemandu memaklumkan ketika mengambil selekoh, penghadang kunci terbuka dan tong yang membawa acid terjatuh dan pecah di jalan raya. “Setiap tong seberat 200 kilogram dan mengandungi Zinc Oxide 50 peratus,” katanya hari ini. Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan bahan kimia berkenaan tumpah sepanjang kira-kira 30 meter di atas lebuh raya sebelum mengalir ke dalam parit di bawah lebuh raya. Tambahnya, anggota kemudian membuat tindakan membendung dan menyekat sisa bahan kimia yang mengalir dalam parit supaya tidak terus merebak. “Pasukan khas Bahan Berbahaya (Hazmat) dari BBP Shah Alam telah bergerak ke lokasi untuk mengendalikan tumpahan bahan kimia tersebut,” katanya. @myblockchecking

JOHOR 01/10/2026. Rakaman kemalangan motosikal dan MPV di Km 4.3 arah selatan dari Desa Palma ke persimpangan Dato' Onn sekitar jam 9.45 pagi tadi. Sumber ➡️ Media sosial @myblockchecking

𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐆𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐀! 😍 Zoo Melaka menerima kelahiran seekor anak harimau kumbang jantan pada 22 Julai 2026. Si kecil
+1
𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐆𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐀! 😍 Zoo Melaka menerima kelahiran seekor anak harimau kumbang jantan pada 22 Julai 2026. Si kecil ini telah dilahirkan secara semula jadi hasil daripada harimau kumbang betina bernama Minah Beting yang berumur anggaran 6 tahun dan harimau kumbang jantan bernama Tommy yang berusia 11 tahun. Setakat hari ini (29 September), si comel ini sudah pun berusia 2 bulan 7 hari! Perkembangannya sangat sihat, semakin tegap, dan sangat aktif di bawah jagaan rapi ibunya. Cuba teka nama apa yang sesuai untuk baby boy baru kita ni? 🤩 @myblockchecking

GEMPAR DI KLIA: KETUA PENGARAH AKPS DIDAKWA HANTUK KEPALA ANGGOTA POLIS EMPAT KALI Laporan polis yang dibuat seorang anggota keselamatan di KLIA pada 28 September 2026 kini menjadi perhatian selepas mendakwa berlaku insiden kekerasan fizikal membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain. Menurut laporan tersebut, kejadian didakwa berlaku ketika tinjauan keselamatan sempena ketibaan delegasi Kejohanan Formula 1 (F1) di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengadu mendakwa beliau melihat Ketua Pengarah AKPS membawa seorang lelaki warga Bangladesh masuk ke ruang tertutup di hujung Kaunter J bagi urusan dokumentasi. Tidak lama kemudian, pengadu mendakwa beliau didatangi Ketua Pengarah AKPS dalam keadaan marah sebelum dipersoalkan mengapa pergerakannya diekori. Lebih mengejutkan, pengadu mendakwa kepalanya telah dihantukkan ke kepala Ketua Pengarah AKPS sebanyak empat kali. Dalam kejadian sama, seorang lagi anggota keselamatan yang dikenal pasti sebagai L/Kpl/D Mohd Faiz turut didakwa dimarahi sebelum kedua-dua telinganya ditarik dan kepalanya digoncangkan. Pengadu mendakwa akibat kejadian itu, beliau mengalami sakit di bahagian dahi serta sedikit bengkak dan trauma. Laporan polis tersebut dibuat bagi membolehkan kejadian berkenaan disiasat serta tindakan lanjut diambil mengikut undang-undang. Bagaimanapun, semua dakwaan berkenaan masih merupakan kandungan laporan polis yang dibuat oleh pengadu dan tidak boleh dianggap sebagai pengesahan bahawa kejadian berlaku seperti yang didakwa sehingga siasatan serta penjelasan pihak berkaitan diperoleh. DISCLAIMER: Perkongsian ini dibuat berdasarkan maklumat yang tular dan kandungan laporan polis yang didakwa dibuat oleh pengadu. Sebarang komen atau pandangan adalah tanggungjawab individu yang menulisnya. DESCRIPTION: Laporan polis bertarikh 28 September 2026 itu mendakwa berlaku insiden kekerasan fizikal dan verbal di Terminal 1 KLIA melibatkan seorang anggota keselamatan dengan Ketua Pengarah AKPS. @myblockchecking

NEGERI SEMBILAN 01/10/2026. Insiden lori langgar palang jalan di sempadan Bukit Mahkota ke Nilai 3. Tiada butiran lanjut mengenai kejadian. Sumber ➡️ Media sosial @myblockchecking

+4
WANITA MAUT DLM KEMALANGAN DI JAWI 30/09/2026. PULAU PINANG. Kemalangan dekat Kampung Valdor, Jawi, Seberang Perai melibatkan lori, kereta dan sebuah motosikal yg sedang berhenti di lampu isyarat. Mangsa kereta cedera manakala rider wanita meninggal dunia di hospital. Nasihat kepada semua jgn tukar lorong secara mengejut. Dlm video jelas berpunca dari Perodua Bezza menukar lorong secara mengejut manakala lori di lorong betul tetapi dipandu agak laju. Innalillahiwainnailaihirojiun dan takziah kpd waris mangsa. @myblockchecking

🔥 KEBAKARAN PANGSAPURI CARLINA, KOTA DAMANSARA 1 Oktober 2026 | 4:52 pagi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran sebuah pangsapuri di Pangsapuri Carlina Jalan Sepah Puteri 5/1, Kota Damansara. Pasukan BBP Sungai Buloh yang diketuai oleh PBK I Mohd Khairul Bin Mat Yassin bersama bantuan BBP Damansara telah digerakkan ke lokasi. Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit pangsapuri berkeluasan kira-kira 20 x 40 kaki persegi, dengan kebakaran berlaku di bahagian bilik dan dianggarkan 40% terjejas. Anggota bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 300 kaki sehingga kebakaran berjaya dipadamkan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Operasi selesai dan jentera bersama anggota kembali ke balai. Sumber Bbp Sungai Buloh @myblockchecking

KEBAKARAN STOR – BBP PANDAN INDAH Rabu | 30 September 2026 – Bilik kawalan BBP Pandan indah terima panggilan telefon pada jam 5.42 petang memaklumkan mengenai kejadian kebakaran sebuah stor. Susulan panggilan tersebut, BBP Pandan Indah telah menggerakkan jentera ke lokasi kejadian bagi membantu BBP Bandar Tun Hussein Onn memadam kebakaran. Turut digerakkan ke lokasi ialah jentera EMRS dan Water Tanker dengan kekuatan seramai 10 orang anggota dari BBP Pandan Indah turut serta dari Pasukan Bomba Sukarela dari Pandan Indah bagi menjalankan tindakan pemadaman dan kerja-kerja berkaitan. Laporan sepenuhnya di buat oleh BBP Bandar Tun Hussein Onn. Sumber Bbp Pandan Indah @myblockchecking