en
Feedback
Sayheart

Sayheart

Open in Telegram

Di sinilah saya kongsikan banyak info dan tip pemakanan sihat.

Show more

šŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Sayheart

Channel Sayheart (@elzerabiz) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 12 302 subscribers, ranking 1 771 in the Healthy Lifestyle category and 2 982 in the Malaysia region.

šŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on невіГомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 12 302 subscribers.

According to the latest data from 06 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -398 over the last 30 days and by -6 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 10.90%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 5.04% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 1 341 views. Within the first day, a publication typically gains 620 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 7.

šŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
ā€œDi sinilah saya kongsikan banyak info dan tip pemakanan sihat.ā€

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 07 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Healthy Lifestyle category.

12 302
Subscribers
-624 hours
-827 days
-39830 days
Posts Archive
Sayheart
12 302
Isnin sampai Jumaat… Bukan main jaga makan. ā€œYang ni tak boleh.ā€ ā€œYang tu tak boleh.ā€ Kawan ajak minum pun tahan. Nampak makanan kegemaran pun tahan. Sampai hujung minggu… ā€œAlaa… seminggu dah jaga. Hari ni makan je lah.ā€ Sekali bila dah mula… Sarapan lain. Tengah hari lain. Petang mengunyah lagi. Malam sambung. Esok kita rasa bersalah. Isnin, tart balik dari kosong. Ibarat dah jaga betul-betul 5 hari, hujung minggu kita cheat day.. Diet lari, lemak bertambah, tetiba pulak datang gatal, bersin dan lain-lain. Pernah jadi macam ni? Kadang-kadang bukan sebab kita tak ada disiplin. Mungkin cara yang kita pilih tu terlalu ketat untuk kita buat lama-lama. Nak jaga makan, jangan cari cara yang kita mampu tahan 5 hari. Cari cara yang kita masih boleh buat minggu depan. Tak perlu makan ā€œperfectā€ setiap masa. Kalau satu waktu kita makan lebih daripada biasa, tak bermaksud semuanya dah rosak. Makan seterusnya, sambung balik rutin macam biasa. Jangan tunggu Isnin. Sebab kita bukan nak menang seminggu. Kita nak bina cara makan yang kita boleh hidup dengannya. Siapa pernah jadi macam ni? Isnin sampai Jumaat jaga… weekend terus ā€œmerdekaā€? šŸ˜… Kalau tak jumpa cara konsisten nak ubah, saya syorkan belajar dalam panduan ni. Start small, end big results. Klik sini : https://ezy.la/sihat40an

Sayheart
12 302
photo content

Sayheart
12 302
Ada lagi yang nak dapatkan Tepung premix Doh Gluten Free? Kami baru restok untuk batch ke-2. Sapa nak boleh pm atau order terus di link šŸ‘‡šŸ˜ https://ezy.la/produkelzera

Sayheart
12 302
Nasihat saya pada yang masih susah nak pantang. Moga bermanfaat.
+1
Nasihat saya pada yang masih susah nak pantang. Moga bermanfaat.

Sayheart
12 302
Pernah tak baru habis makan… Bangun daripada meja… Beberapa minit kemudian baru rasa, ā€œEh, cepat pulak habis makan. Nak makan
Pernah tak baru habis makan… Bangun daripada meja… Beberapa minit kemudian baru rasa, ā€œEh, cepat pulak habis makan. Nak makan apa lagi eh.ā€ Siapa perasan camtu? Rupanya kita makan terlalu laju atau fokus benda lain.Ā  Bila makan mesti sambil tengok telefon. Lagi-lagi bila makan seorang diri.Ā  Suap. Scroll. Suap. Scroll. Tahu-tahu pinggan dah kosong. Kita sendiri macam tak sedar bila habis. Sebab tu sekali-sekala cuba satu benda ni. Bila makan, makan je dulu. Letak telefon tepi. Kunyah perlahan sikit. Tak perlu berlumba nak habiskan makanan. Bagi peluang pada diri sendiri untuk betul-betul perasan kita tengah makan. "Bila kita makan relax dan steady, kita akan lebih kenyang, tak perlu nak cari makanan lain sebagai topup." Nak jaga pemakanan bukan semestinya setiap hari kena fikir… ā€œApa yang aku boleh makan?ā€ ā€œApa yang aku tak boleh makan? Kadang-kadang kita cuma perlu perhatikan… ā€œMacam mana aku makan selama ni?ā€ Siapa ada tabiat lama macam ni? Jom kita ubah.

Sayheart
12 302

Sayheart
12 302
PROMO MERDEKA dilancarkan sekarang... Saya nak bagi diskaun sehingga RM30. Terhad hanya sehari je ya. Saya akan buka pada tar
+1
PROMO MERDEKA dilancarkan sekarang... Saya nak bagi diskaun sehingga RM30. Terhad hanya sehari je ya. Saya akan buka pada tarikh 28 Ogos, jam 9 malam. Hingga 29 Ogos, jam 8.59 tamat. Komen SAYA GRAB. Klik link ni : https://ezy.la/ekzemaoffer

Sayheart
12 302
photo content

Sayheart
12 302
photo content

Sayheart
12 302
PROMO MERDEKA... Siapa yang dah lama nak dapatkan buku Resipi Ekzema ni? Saya nak bagi diskaun sehingga RM30. Terhad hanya se
PROMO MERDEKA... Siapa yang dah lama nak dapatkan buku Resipi Ekzema ni? Saya nak bagi diskaun sehingga RM30. Terhad hanya sehari je ya. Saya akan buka pada tarikh 28 Ogos, jam 9 malam. Hingga 29 Ogos, jam 8.59 tamat. Kalau nak, komen NAK.

Sayheart
12 302
Pernah tak bila kita tahu sesuatu makanan tu ā€œsihatā€ā€¦ Terus rasa macam boleh makan lebih? Buah sihat. Kekacang sihat. Yogurt
Pernah tak bila kita tahu sesuatu makanan tu ā€œsihatā€ā€¦ Terus rasa macam boleh makan lebih? Buah sihat. Kekacang sihat. Yogurt pun nampak sihat. Jadi kita ambil lagi. Dan lagi. Sebab dalam kepala kita… ā€œTak apa. Benda sihat.ā€ Kadang-kadang kita terlalu fokus nak cari APA yang sihat, sampai terlupa satu lagi benda. Berapa banyak kita makan. Bukan bermaksud lepas ni semua benda kena timbang. Nak makan pun kena buka calculator. Tak perlu. Cuma mula sedar portion kita. Contohnya kalau biasa makan sambil tengok TV… Jangan bawa satu bekas terus ke sofa. Ambil sedikit dalam mangkuk. Makan yang tu dulu. Sebab nak jaga pemakanan bukan sekadar tukar makanan yang kita makan. Cara kita makan pun kena belajar jaga. Rendahkan portion pun sesuatu yang sihat. Berlebih tu tak sihat. Walaupun makanan sihat. Ada sesiapa kat sini pernah tak terlebih makan sesuatu sebab fikir… ā€œTak apa, benda ni sihatā€? Apa makanan tu? Contoh kacang almond. Cer komen.. Cikgu Kahar

Sayheart
12 302
Sarapan saya memang jarang bertepung. Bukan sebab tepung tu tak boleh makan. Boleh je pilih gluten free. Cuma saya perasan, untuk rutin harian saya, sarapan macam ni lebih sesuai. Saya biasanya pilih nasi + protein. Kadang-kadang nasi goreng dengan telur macam ni. Kadang nasi lemak. Kadang nasi berlauk. Sebab lepas sarapan, saya memang nak bertahan lama sampai waktu makan seterusnya sebelah petang. Jadi saya tak cari sarapan yang sekadar nak alas perut. Saya nak makan betul-betul. Ada nasi sebagai sumber karbohidrat, dan saya akan cuba pastikan ada sumber protein sekali seperti telur, ayam atau ikan. Protein ni antara yang membantu kita rasa kenyang lebih lama. Tapi kalau yang kerjanya banyak duduk kat pejabat. Jangan ambil nasi sebagai permulaan hari. Nasi cepat mengantuk. Makanan tadi jadi lemak, sebab tak digunakan.  Melainkan ada aktiviti berjalan 5-10 minit.  Bagi saya yang penting ialah cari corak makan yang kita boleh buat secara konsisten dan sesuai dengan rutin sendiri. Ini cara saya. Sarapan bagi puas. Lepas tu buat kerja. Selepas sarapan, biasanya saya berkebun dalam 30 minit.  Orang masuk kerja terus duduk je, tak sesuai ikut cara saya. Namun sarapan begini ada baiknya. Kita tak mudah cepat lapar.  Tak perlu asyik fikir nak mengunyah setiap dua tiga jam. šŸ˜„ Siapa rasa dia nak perbetulkan ritun makan dia selepas umur 40 tahun, ikut panduan ni.  Klik sini : https://ezy.la/sihat40an

Sayheart
12 302
photo content

Sayheart
12 302
Salam Maulidur Rasul Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Pemimpin ummah, pemberi syafaat di akhirat nanti.
Salam Maulidur Rasul Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Pemimpin ummah, pemberi syafaat di akhirat nanti. Moga kita bersama-sama tergolong dalam kalangan orang yang mencintai Nabi SAW. Mendapat syafaat, pertolongan dan berkat baginda di dunia dan akhirat. Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad. Cikgu Kahar & Sis Zati

Sayheart
12 302
PELANCARAN TEPUNG PREMIX DOH GLUTEN FREE di buka sekarang. Stok terhad, siapa cepat dia dapat. Tekan link utk order : https://ezy.la/produkelzera

Sayheart
12 302
Malam ni kita open order.. Tepung Premix DOH Gluten Free. Atas permintaan ramai. Kita pilih tepung premix ni sebagai permulaa
Malam ni kita open order.. Tepung Premix DOH Gluten Free. Atas permintaan ramai. Kita pilih tepung premix ni sebagai permulaan. Stok sangat terhad, sebab penyediaannya agak leceh dan ambil masa. Kami buka pelancaran jam 9 malam. Di telegram dan facebook. Siapa dah bersedia? Komen SEDIA.

Sayheart
12 302
Bila berat mula naik sikit… Selalunya benda pertama kita pandang atas pinggan ialah nasi. ā€œHa… nasi ni lah punca.ā€ Esok terus ambil nasi separuh. Lusa cuba tak makan nasi langsung. Tapi lauk masih macam biasa. Air manis masih ada. Petang lapar, cari kuih. Malam pula rasa nak mengunyah sebab siang tadi tahan makan. Sampai satu tahap kita mula rasa… ā€œSusahnya nak makan sihat ni.ā€ Padahal mungkin dari awal lagi kita terlalu sibuk salahkan satu benda. Nak jaga makan, jangan tengok nasi saja. Tengok satu pinggan tu keseluruhannya. Apa yang kita minum? Apa lauk yang kita ambil? Ada sayur tak? Berapa banyak kita ambil? Dan selepas makan, apa pula yang kita kunyah? Tak semestinya esok kena buang nasi terus. Cuba tengok keseluruhan cara kita makan dulu. Kadang-kadang perubahan yang kita perlukan bukan: ā€œApa yang aku kena berhenti makan?ā€ Tapi… ā€œApa yang aku boleh makan dengan lebih baik?ā€ Saya sendiri tak pernah tinggalkan nasi. Nasi bukan punca badan naik. Malah nasi dapat buat saya lebih cepat kenyang. Bila kenyang, saya tak cari makanan lain dah. Siapa sini tinggalkan nasi? Atau terus makan nasi pun badan masih maintain. Cikgu Kahar

Sayheart
12 302
photo content

Sayheart
12 302
Bila orang cakap nak mula makan lebih sihat… Kita selalu bayangkan kena tukar semuanya. Nasi kena tinggal. Air manis terus tak boleh sentuh. Sarapan kena tukar. Makan malam pun kena lain. Last-last baru tiga empat hari dah penat nak fikir. Lepas tu kembali makan macam biasa. Sebenarnya kalau nak bina tabiat makan yang lebih baik, tak perlu tukar satu pinggan sekaligus. Tengok apa yang kita selalu makan dulu. Kemudian cari satu benda kecil yang kita boleh perbaiki. Contohnya kalau setiap kali makan tengah hari kita biasa ambil air manis… Cuba tukar kepada air kosong dulu. Yang lain jangan kacau lagi. Buat sampai kita rasa benda tu dah biasa. Lepas tu baru tengok apa lagi yang kita boleh perbaiki. Sebab nak makan lebih sihat bukan pertandingan siapa paling cepat berubah. Kita nak cari cara yang kita boleh terus buat. Kalau tengok cara makan sekarang… Apa SATU benda yang rasa paling senang nak ubah dulu? Cikgu Kahar

Sayheart
12 302
photo content