ru
Feedback
Sayheart

Sayheart

Открыть в Telegram

Di sinilah saya kongsikan banyak info dan tip pemakanan sihat.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Sayheart

Канал Sayheart (@elzerabiz) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 12 189 подписчиков, занимая 1 772 место в категории ЗОЖ и 2 970 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 12 189 подписчиков.

Согласно последним данным от 19 сентября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -456, а за последние 24 часа — -21, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 14.79%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 4.04% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 1 803 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 493 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 4.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Di sinilah saya kongsikan banyak info dan tip pemakanan sihat.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 20 сентября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории ЗОЖ.

12 189
Подписчики
-2124 часа
-667 дней
-45630 дней
Архив постов
Sayheart
12 181

Sayheart
12 181
Disebabkan ramai nak tahu macam mana app ni berfungsi. Saya share video kat dalam ni. Tengok video sampai habis untuk faham c
Disebabkan ramai nak tahu macam mana app ni berfungsi. Saya share video kat dalam ni. Tengok video sampai habis untuk faham cara guna. InsyaAllah boleh bantu sesiapa yang nak mula konsisten rutin sihat lepas ni. Yang mana belum betul boleh konsisten lagi, ni antara cara saya boleh bantu. Moga bermanfaat. 😃 Klik sini, tengok video. https://ezy.la/rutih40an

Sayheart
12 181
Alhamdulillah, saya baru siapkan 1 app untuk sesiapa yang susah nak konsisten buat habit sihat.  Dulu saya nak konsisten tinggalkan minum manis dan makanan gandum ni memang struggle.  Paling hebat pun 6 hari je disiplin, last-last hujung minggu cheatday. 😅 Cheat day pulak jadi hari balas dendam. Manis, makanan gandum kita balun 1 hari, terutamanya bila kenduri. Makanan free, lagi la sedap.  Dah kenyang kita bersandar. Tidur lepas Zohor sampai Asar. Sedap betul masa tu. Badan pun senang buncit. 😅 Namun... Lepas penyakit saya dulu tak hilang2, merana setiap bulan, nak solat susah, nak begerak susah. Baru la saya nekad. 2 tahun pulun stop drastik.  Tapi takkan nak tunggu kronik baru kita nak konsisten ye tak?  Selama saya guide orang tentang ekzema, tentang makanan gandum (gluten). Memang banyak yang susah nak tinggalkan makanan radang ni.  Walaupun diorang dah tahu tu puncanya.  Sebab tu kali ni saya keluarkan app untuk bagi 1 kemudahan untuk biasakan tabiat baru. Senang buat, senang konsisten, senang jadi habit.  Dalam gambar ni appsnya. Siapa nak tengok cara fungsinya?  Komen NAK TAHU. 

Sayheart
12 181
photo content

Sayheart
12 181
Baru je habis makan. Nasi dah. Lauk dah. Perut pun sebenarnya dah kenyang. Tapi entah kenapa… Mulut macam rasa ada benda belu
Baru je habis makan. Nasi dah. Lauk dah. Perut pun sebenarnya dah kenyang. Tapi entah kenapa… Mulut macam rasa ada benda belum selesai. “Tak ada benda manis ke?” Mulalah cari. Ada kuih, ambil satu. Ada coklat, buka sikit. Kalau makan kat luar, terus terfikir nak order air manis. Bukan sebab lapar pun. Tapi sebab kita dah terbiasa… Lepas makan, mesti ada penutup. Kalau dah bertahun-tahun buat macam ni, memang rasa pelik bila tak ada. Sebab tu tak perlu terus paksa diri, “Mulai hari ni aku tak boleh makan manis langsung!” Cuba ubah habit tu perlahan-lahan. Lepas makan, jangan terus cari benda manis. Bangun dulu. Minum air. Kemas meja. Berjalan sekejap. Buat aktiviti lain dan bagi masa sebelum decide nak makan lagi. Kadang-kadang bila perhatian kita dah beralih… Keinginan nak mengunyah tu pun berlalu. Kita nak latih satu benda je. Bila makan dah habis, tak semestinya kena sambung makan lagi. Korang pula macam mana? Lepas makan, benda manis apa yang paling selalu cari? 😅 Cikgu Kahar

Sayheart
12 181
Lepas makan tengah hari… Mula-mula duduk kejap. Lepas tu mata rasa berat. Badan pun mula lemau. Dalam kepala terus terfikir… "Ngantuk ni. Tidur kejaplah." Terus cari sofa. Kalau kat rumah, memang lagi bahaya. Bantal macam tengah panggil-panggil. 😅 Tapi bila rasa mengantuk lepas makan, jangan biasakan diri automatik terus baring atau tidur. Cuba bergerak dulu. Tak perlu buat exercise berat. Jalan perlahan 5–10 minit pun boleh. Kalau kat pejabat, bangun pergi isi air. Jalan sekejap sekitar pejabat. Kalau kat rumah, kemas meja makan. Sapu sikit. Siram pokok. Buat apa-apa aktiviti ringan yang buat badan kita bergerak. Kita nak ubah satu habit je. Daripada… "Lepas makan → ngantuk → baring." Cuba tukar kepada… "Lepas makan → bangun → bergerak sekejap" Buat sampai badan kita terbiasa. Badan mengantuk lepas makan bermakna tenaga ada, tapi bila tidak digunakan, ia mengundang ngantuk.  Sebab itu lepas makan jangan pasif. Duduk, baring, mengelamun. Semua tu mengundang mengantuk.   Ubah habit lama kepada yang baru. Lepas sarapan atau makan tengah hari, selalu buat apa?  Jenis terus sambung kerja, berjalan kejap… atau cari tempat nak lelap? 😅 Cikgu Kahar

Sayheart
12 181
photo content

Sayheart
12 181
NAK PILIH MAKANAN PACKAGED? JANGAN TENGOK DEPAN PEK SAJA. “High Protein” “Less Sugar” “Made With Whole Grains” Nampak macam sihat kan? Tapi kalau betul-betul nak tahu apa yang kita beli… Pusing belakang dan cari INGREDIENTS. Ini 4 benda mudah yang saya selalu cadangkan untuk tengok. 1. Tengok 3 bahan paling awal Ingredient biasanya disenaraikan daripada yang paling banyak kepada paling sedikit mengikut berat. Jadi bahan yang duduk paling depan memang patut kita beri perhatian. Kalau sugar/ gula jadi bahan paling awal, maksudnya itulah yang paling banyak. Masalah tu kalau itu paling banyak. 😅 2. Cari gula yang ‘menyamar’ dengan nama lain Jangan cari perkataan “sugar” saja. Pemanis tambahan boleh muncul dengan pelbagai nama seperti syrup, glucose, fructose, dextrose, maltose atau honey. Sebab tu kena baca keseluruhan senarai. 3. Hati-hati dengan terlalu banyaknya bahan melebihi 10. Dan namanya pelik. Tapi tak bermaksud semuanya tak baik.  Ada yang digunakan sebagai vitamin, pengawet, pengemulsi atau untuk tekstur makanan. Tapi semuanya dalam bentuk sintetik.  Lagi bagus elakkan.  4. Bandingkan produk yang sama Kalau tengah pilih susu, dark chocolate atau yogurt…  Jangan tengok packaging siapa nampak paling “healthy”. Pusing belakang. Bandingkan ingredient list dan maklumat nutrisi kedua-dua.  Mesti ada tambahan tinggi gula, perasa dan pewarna.  Lepas ni bila pergi supermarket… Jangan terus percaya bahagian depan pek. Biasakan pusing belakang dulu. Ada yang jenis baca ingredient sebelum beli… atau terus masuk troli? 😅 Cikgu Kahar

Sayheart
12 181
photo content

Sayheart
12 181
Pukul 9 malam. Makan malam dah. Perut sebenarnya okay. Tapi bila duduk depan TV… Tangan mula cari sesuatu. Buka kabinet. “Ada
Pukul 9 malam. Makan malam dah. Perut sebenarnya okay. Tapi bila duduk depan TV… Tangan mula cari sesuatu. Buka kabinet. “Ada biskut tak?” Buka peti ais pula. “Macam nak makan sesuatu…” Padahal kalau orang tanya, “Lapar ke?” Entah. Macam tak lapar pun. Cuma mulut rasa nak mengunyah. Kadang-kadang kita makan bukan sebab perut minta makan. Kita makan sebab dah terbiasa makan dalam situasi tertentu. Tengok TV, nak mengunyah. Buat kerja malam, cari kudap-kudap. Bosan, buka peti ais. Sebab tu sebelum kita sibuk nak tukar semua makanan dalam rumah… Cuba perhatikan satu benda dulu. Bila tangan mula nak cari makanan, tanya diri sendiri: “Aku lapar ke sebenarnya?” Tak perlu terus pantang macam-macam. Cuma belajar kenal dulu bila kita betul-betul lapar… Makan tanpa sebab, makan saja-saja, makan sebab rasa nak mengunyah. Itu semua mengundang tu. 😅 Ada sesiapa pernah ada habit ni? Jangan risau, tak terlambat lagi nak berubah. 😅 Cikgu Kahar

Sayheart
12 181
Lama sangat dah tak singgah rak ni Kalau saya pergi pasaraya, ni rak pertama akan jumpa dulu. Tapi sekarang, inilah rak yang
Lama sangat dah tak singgah rak ni Kalau saya pergi pasaraya, ni rak pertama akan jumpa dulu. Tapi sekarang, inilah rak yang saya akan skip terus. Dulu, masa masih takde ilmu, ni tempat saya cari kudap-kudapan. Cari jajan. Cari biskut. Cari cereal. Bagi kat anak-anak, kita sendiri pun makan juga. Tapi bila dah ada ilmu ni, ni rak yang patut kita elakkan dulu. Anak-anak saya ni pun sensitif, dia akan trigger hingus, bersin, batuk bila makan makanan macam ni. Bila elakkan, “Eh memang elok je pulak badan”. Takde nak bagi supplemen apa pun. Fokus jangan bagi makan makanan ringan macam ni je. Lagi 1, apa benda baik bila elakkan makanan ni? Jimat betul duit, kalau dulu RM50-RM100 habis kat sini je sebulan. Alhamdulillah, bila dah ubah tu, duit lebih boleh beli real food lebih sikit. Siapa dah tak lalu lagi rak ni? Kita geng. 😆

Sayheart
12 181
Isnin sampai Jumaat… Bukan main jaga makan. “Yang ni tak boleh.” “Yang tu tak boleh.” Kawan ajak minum pun tahan. Nampak makanan kegemaran pun tahan. Sampai hujung minggu… “Alaa… seminggu dah jaga. Hari ni makan je lah.” Sekali bila dah mula… Sarapan lain. Tengah hari lain. Petang mengunyah lagi. Malam sambung. Esok kita rasa bersalah. Isnin, tart balik dari kosong. Ibarat dah jaga betul-betul 5 hari, hujung minggu kita cheat day.. Diet lari, lemak bertambah, tetiba pulak datang gatal, bersin dan lain-lain. Pernah jadi macam ni? Kadang-kadang bukan sebab kita tak ada disiplin. Mungkin cara yang kita pilih tu terlalu ketat untuk kita buat lama-lama. Nak jaga makan, jangan cari cara yang kita mampu tahan 5 hari. Cari cara yang kita masih boleh buat minggu depan. Tak perlu makan “perfect” setiap masa. Kalau satu waktu kita makan lebih daripada biasa, tak bermaksud semuanya dah rosak. Makan seterusnya, sambung balik rutin macam biasa. Jangan tunggu Isnin. Sebab kita bukan nak menang seminggu. Kita nak bina cara makan yang kita boleh hidup dengannya. Siapa pernah jadi macam ni? Isnin sampai Jumaat jaga… weekend terus “merdeka”? 😅 Kalau tak jumpa cara konsisten nak ubah, saya syorkan belajar dalam panduan ni. Start small, end big results. Klik sini : https://ezy.la/sihat40an

Sayheart
12 181
photo content

Sayheart
12 181
Ada lagi yang nak dapatkan Tepung premix Doh Gluten Free? Kami baru restok untuk batch ke-2. Sapa nak boleh pm atau order terus di link 👇😍 https://ezy.la/produkelzera

Sayheart
12 181
Nasihat saya pada yang masih susah nak pantang. Moga bermanfaat.
+1
Nasihat saya pada yang masih susah nak pantang. Moga bermanfaat.

Sayheart
12 181
Pernah tak baru habis makan… Bangun daripada meja… Beberapa minit kemudian baru rasa, “Eh, cepat pulak habis makan. Nak makan
Pernah tak baru habis makan… Bangun daripada meja… Beberapa minit kemudian baru rasa, “Eh, cepat pulak habis makan. Nak makan apa lagi eh.” Siapa perasan camtu? Rupanya kita makan terlalu laju atau fokus benda lain.  Bila makan mesti sambil tengok telefon. Lagi-lagi bila makan seorang diri.  Suap. Scroll. Suap. Scroll. Tahu-tahu pinggan dah kosong. Kita sendiri macam tak sedar bila habis. Sebab tu sekali-sekala cuba satu benda ni. Bila makan, makan je dulu. Letak telefon tepi. Kunyah perlahan sikit. Tak perlu berlumba nak habiskan makanan. Bagi peluang pada diri sendiri untuk betul-betul perasan kita tengah makan. "Bila kita makan relax dan steady, kita akan lebih kenyang, tak perlu nak cari makanan lain sebagai topup." Nak jaga pemakanan bukan semestinya setiap hari kena fikir… “Apa yang aku boleh makan?” “Apa yang aku tak boleh makan? Kadang-kadang kita cuma perlu perhatikan… “Macam mana aku makan selama ni?” Siapa ada tabiat lama macam ni? Jom kita ubah.

Sayheart
12 181

Sayheart
12 181
PROMO MERDEKA dilancarkan sekarang... Saya nak bagi diskaun sehingga RM30. Terhad hanya sehari je ya. Saya akan buka pada tar
+1
PROMO MERDEKA dilancarkan sekarang... Saya nak bagi diskaun sehingga RM30. Terhad hanya sehari je ya. Saya akan buka pada tarikh 28 Ogos, jam 9 malam. Hingga 29 Ogos, jam 8.59 tamat. Komen SAYA GRAB. Klik link ni : https://ezy.la/ekzemaoffer

Sayheart
12 181
photo content

Sayheart
12 181
photo content