🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓
前往频道在 Telegram
⚠️情侣自拍二群 @avnvyou6 707优惠机器人 @The707CommunityBot 707赛事直播 @livescore707 情侣自拍 @ahmoisexy 707担保网 https://707guarantee.com 电影群 @movieat707 吃瓜亚洲 @chiguaasia DJ舞曲 @musicwabo 大马路况消息 @myblockchecking
显示更多690
订阅者
+424 小时
+27 天
+630 天
数据加载中...
吸引订阅者
十月 '2610月 '26
十月 '26
+9
在2个频道中
九月 '26
+42
在2个频道中
Get PRO
八月 '26
+54
在2个频道中
Get PRO
七月 '26
+14
在0个频道中
Get PRO
六月 '26
+10
在0个频道中
Get PRO
五月 '26
+27
在0个频道中
Get PRO
四月 '26
+14
在0个频道中
Get PRO
三月 '26
+40
在0个频道中
Get PRO
二月 '26
+53
在1个频道中
Get PRO
一月 '26
+55
在0个频道中
Get PRO
十二月 '250
在1个频道中
Get PRO
十一月 '250
在0个频道中
Get PRO
十月 '250
在0个频道中
Get PRO
九月 '250
在0个频道中
Get PRO
八月 '250
在0个频道中
Get PRO
七月 '250
在0个频道中
Get PRO
六月 '250
在0个频道中
Get PRO
五月 '250
在0个频道中
Get PRO
四月 '250
在0个频道中
Get PRO
三月 '25
+4
在0个频道中
Get PRO
二月 '25
+29
在0个频道中
Get PRO
一月 '25
+38
在0个频道中
Get PRO
十二月 '24
+23
在0个频道中
Get PRO
十一月 '24
+79
在0个频道中
Get PRO
十月 '24
+51
在0个频道中
Get PRO
九月 '24
+72
在0个频道中
Get PRO
八月 '24
+96
在5个频道中
Get PRO
七月 '24
+55
在0个频道中
Get PRO
六月 '24
+964
在7个频道中
| 日期 | 订阅者增长 | 提及 | 频道 | |
| 07 十月 | 0 | |||
| 06 十月 | +4 | |||
| 05 十月 | +1 | |||
| 04 十月 | +1 | |||
| 03 十月 | +1 | |||
| 02 十月 | +1 | |||
| 01 十月 | +1 |
频道帖子
Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkaitan.
“Sepanjang tempoh penutupan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Dr. Muhammad Naqib, kerajaan negeri memahami bahawa keputusan ini mungkin memberi kesan kepada urusan ibu bapa serta penjaga yang masih perlu bekerja.
“Justeru, kerjasama dan pertimbangan majikan amatlah dihargai untuk memberikan fleksibiliti yang bersesuaian kepada ibu bapa yang terkesan, termasuk pengaturan kerja yang munasabah mengikut kesesuaian organisasi masing-masing.
“Saya juga menyeru ibu bapa dan penjaga terus memantau kesihatan anak-anak, mengurangkan aktiviti di luar rumah, memastikan mereka minum air secukupnya serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas,” katanya.
Beliau turut memberitahu, kerajaan negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari semasa ke semasa.-UTUSAN
Oleh KHAIRUL MOHD ALI
7 Oktober 2026, 6:57 pm
Artikel ➡️ Utusan Online
@myblockchecking
| 2 | Jerebu bertambah teruk, semua sekolah di Johor tutup esok
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar semua sekolah di negeri ini ditutup susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara yang sedang berlaku di semua daerah, negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr. Muhammad Naqib Md. Ghazali berkata, penutupan itu ditetapkan buat dua hari, iaitu pada esok dan lusa.
Katanya, penutupan ini melibatkan seramai 617,258 murid dan pelajar di sebanyak 1,198 buah sekolah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta sekolah agama dibawah pentadbiran kerajaan negeri.
“Semua sekolah di seluruh negeri Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan dan kesihatan murid dan pelajar.
“Bagi sekolah yang terlibat dengan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) atau mana-mana pentaksiran, pelaksanaannya akan ditangguhkan dan dijadualkan semula tertakluk kepada ketetapan Jabatan | 5 |
| 3 | @myblockchecking | 5 |
| 4 | Tak Lama Lagi, Kerusi Dan Meja Pula
MBPP perlu bertindak lebih tegas dalam memastikan keselamatan di jalan-jalan utama, termasuk di Lebuh Chulia.
Ini bukan kawasan tepi pantai, tetapi jalan utama yang mempunyai garisan kuning. MBPP perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya.
Suatu hari nanti, mungkin ada pemandu mabuk yang merempuh kerusi dan meja sehingga mencederakan orang ramai. Apa-apa sahaja boleh berlaku La ni.
🎥Mohd Zulkifli Zainal Abidin
@myblockchecking | 5 |
| 5 | 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗜?
𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗠𝗨𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗣𝗜 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡, 𝗗𝗜𝗦𝗬𝗔𝗞𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗡𝗨𝗛
07 Oktober 2026 01:56pm
SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di tepi jalan, Jalan Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di sini pada Rabu.
Orang awam menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa kira-kira jam 4.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, identiti mangsa setakat ini, masih belum dikenal pasti.
"Pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput menjalankan pemeriksaan luaran terhadap tubuh lelaki berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat unsur jenayah," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
@myblockchecking | 5 |
| 6 | KEBAKARAN KENDERAAN DI KM 298 LEBUHRAYA PLUS ARAH SELATAN
07 Oktober 2026 | 4.24 petang
Pasukan dari BBP Gopeng menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran sebuah kenderaan di KM 298 Lebuhraya PLUS arah Selatan, Perak.
Setibanya di lokasi pada jam 4.30 petang, didapati sebuah kereta jenis BMW 7 Series telah terbakar dan mengalami kemusnahan sekitar 80%. Kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa.
Ketua Operasi, PBK II Norazhan bin Noorfauzi, melaksanakan size up dan mengaplikasikan konsep RECEO sebelum pasukan menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Operasi terkawal pada jam 5.02 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 5.05 petang.
Kekuatan: 7 anggota
Jentera: FRT-1
Komander Operasi: PBK II Norazhan bin Noorfauzi
JBPM Negeri Perak
"CEPAT DAN MESRA"
Kredit ➡️ Bomba Perak Official
@myblockchecking | 4 |
| 7 | Kg melayu Ampang
indon gantung diri.
@myblockchecking | 5 |
| 8 | Benda ni warga Indonesia taknak banggakan ke? Baru je jadi lagi ni dekat Kalimantan Selatan.
Korang memang nak bakar hutan sampai tahun depan ke?
@myblockchecking | 6 |
| 9 | @myblockchecking | 5 |
| 10 | Lelaki Myanmar maut tersepit dalam kemalangan kereta dengan lori
Oleh Zulhisham Isahak - 7 October 2026
BATU PAHAT – Seorang lelaki warga Myanmar maut tersepit selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tanjung Laboh di sini malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan I Khairol Nizam Aresat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 7.30 malam.
Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 10 kilometer.
“Setibanya di lokasi Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari BBP Batu Pahat mendapati kemalangan melibatkan lori Nissan 10 tan dan kereta Proton Saga.
“Pemandu lori, lelaki berusia 20 tahun didapati selamat manakala pemandu Proton Saga, seorang lelaki dewasa warganegara Myanmar didapati tersepit dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, PKO mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat kemalangan jalan raya (RTA) sebelum warga asing itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir di lokasi.
Katanya, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, identiti dan umur mangsa masih tidak dapat dikenal pasti.
Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.05 malam.- MalaysiaGazette
@myblockchecking | 4 |
| 11 | 𝗧𝘂𝗯𝘂𝗵 𝗞𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶⁉️🤔
Part ni yg aku cam seram dengar negara sendiri tempat sendiri tapi dikuasai oleh warga asing ❗
𝖣iorang tak puas hati dgn kita diorang main belakang..
𝖬ula² aku dengar ayat belakang tu apa rupanyaa tikam wehhh..
Terima kasih isa & team bongkarkan semua ni utk kami tau lebih detail 🥹🙏🏼
@myblockchecking | 4 |
| 12 | @myblockchecking | 4 |
| 13 | 没有文字... | 6 |
| 14 | 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 :
Polis Daerah Pontian sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu yang telah dilaporkan hilang.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus menghubungi pegawai penyiasat SM Mohd Aziz bin Othman (KPB Ayer Baloi) di talian 019-7973696 atau hotline IPD Pontian di talian 07-686999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.
Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan PDRM amat diperlukan.
- IPD Pontian
@myblockchecking | 3 |
| 15 | @myblockchecking | 4 |
| 16 | Lima parah, tiga cedera selepas tiga kenderaan bertembung
7 Oktober 2026
PAPAR: Lima lelaki cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan selepas tiga kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Andus, di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian NG999 pada jam 7.24 pagi.
Menurutnya, seramai 10 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.
“Setibanya di lokasi pada jam 7.38 pagi, pasukan mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah Perodua Bezza, Isuzu D-Max dan motosikal.
“Kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Bezza membuat pusingan U sebelum bertembung dengan dua kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rony berkata, terdapat lapan mangsa dalam kemalangan itu dan kesemuanya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
“Empat lelaki berusia 36, 48, 27 dan 15 tahun yang menaiki Perodua Bezza mengalami kecederaan parah.
“Manakala seorang lelaki berusia 33 tahun yang menunggang motosikal turut cedera parah,” katanya.
Beliau berkata, tiga lagi mangsa lelaki berusia 50, 36 dan 39 tahun yang menaiki Isuzu D-Max mengalami kecederaan ringan.
“Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut menggunakan EMRS Bomba, ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Operasi ditamatkan pada jam 8.13 pagi selepas pemeriksaan dijalankan dan mendapati tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.
Artikel SayangSabah
@myblockchecking | 4 |
| 17 | 没有文字... | 5 |
| 18 | Sidang Media Kematian Tahanan IPD Cheras
Peguam Lawyer for Liberty, N Surendran bersama ahli keluarga mangsa menunjukkan gambar pada sidang media selepas bedah siasat mangsa, Noorizwan Zulkefly dipercayai dipukul sehingga menyebabkan kematiannya dalam lokap polis ketika di Petaling Jaya.
Foto : Sadiq Sani
@myblockchecking | 4 |
| 19 | @myblockchecking | 4 |
| 20 | Lelaki cedera kereta dipandu langgar tiang elektrik
Oktober 7, 2026, Rabu - 2:45pm
LUNDU: Seorang lelaki berusia 29 tahun cedera selepas kereta dipandunya melanggar tiang elektrik di kawasan R&R Lundu-Bau, Jalan Pan Borneo, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.22 tengah malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mangsa berjaya keluar sendiri dari kereta sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Tiada operasi menyelamat melibatkan mangsa tersepit dijalankan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Operasi membabitkan enam anggota BBP Lundu dan turut dibantu PDRM sebelum ditamatkan kira-kira jam 1.31 pagi.
oleh
Jeremy Lanson
Utusan Borneo
@myblockchecking | 4 |
