Ibu Ayah Boleh Bantu Anak Latih 'Coping Skill' dan Bentuk Personaliti Mereka dengan Memberi Respons Kepada Anak Sewaktu Emosi Mereka Masih di Peringkat Awal...
Ia sama seperti kita memberi susu sewaktu anak bayi perlu diberi setiap2 jam, iaitu secara berjadual (cegah atau beri sebelum diminta), atau beri sewaktu petanda awal mula ditunjukkan dari 7 peringkat itu).
Bayi peringkat ini yang dipenuhi keperluan fisiologi (makan minum, bersihnya) akan bentuk seorang anak yang lebih tenang, yakin, dan selamat. Juga percaya kepada penjaga utamanya (prime carer) : ibu/ayah, pengasuh...
Kat sini juga sebenarnya bayi mula membentuk personalitinya yang yakin diri dan percaya kepada ibu ayah, dari respon diterima setiap kali mereka memerlukan, dan itu yang dikatakan 'secure attachment' - dan kait dengan parenting jenis autoritatif = memenuhi dan merespon kepada keperluan emosi anak bersama dengan ekspektasi (demand) terhadap anaknya....
Maka, apabila anak sudah semakin besar, peringkat awal kanak-kanak, kanak-kanak dan remaja, respon dari awal ini membantu membentuk gaya tindak balas anak terhadap stres yang dia tak mampu tangani sendiri, hasil dari perasaan yakin kepada ibu ayah yang telah wujud secara konsisten sejak bayi hingga 6 tahun sekurangnya.
Konsisten, sama cara, dan segera...
Bukanlah sewaktu anak 3-4 tahun bergaduh sesama abang kakak, kita terus menjurus kepada mereka dan intervene/masuk campur.
Tapi sekurangnya petanda itu sudah ada, dan boleh tunggu hingga skor mungkin 5,6 dan mula beri ingatan dengan 'keyword' biasa sebut, seperti "Abang....". "Kakak....", "Apa tu....", "main elok-elok...", "bincang, bincang..."
- anak sudah faham 'keyword' apabila telah dilatih sebelum ini, skil memberitahu emosi, skil meminta elok-elok - semuanya asertif namanya... bukan pelik, tapi itulah sebenarnya yang boleh dilatih sejak anak usia 2 tahun yang mula ada bunga-bunga tantrumnya...
Termometer emosi.
Baru ini saya menghadiri program webinar keibubapaan Dr Umi Adzlin dan Dr Nurul Wafa... antara keyword kita ibubapa perlu ada dalam minda ialah: kendali (handle) anak sewaktu emosi mereka masih di intensiti rendah.
Contoh, sebelum marah mengamuk, ada bunga-bunga kurang puas hatinya, dan cubaan memberitahu sama ada kepada adik- beradiknya atau ibubapanya, kan?
Sewaktu ini, bila kita merespon dengan empati, insyaAllah anak akan rasa dihargai akan aduannya dan berkemungkinan ledakan dari konflik akan tidak ter letus macam gunung berapi terus meletus, sebab biasanya, letusan gunung berapi tiba-tiba itu boleh saya katakan ia adalah hasil pendaman dan campuran peristiwa lain, yang telah lalu dan berlaku.
Katakan anak trigger dan terus merampas dengan kasar, barang dari tangan adiknya, anak yang besar ini berkemungkinan telah ada marah dan tidak puas hati kepada adik ini, hasil kisah lalu, sebelum ini, yang banyak juga puncanya mungkin dari tindakan / cara gaya kita meleraikan konflik mereka.
Jadi bukanlah semata kerana si adik bermain mainan si abang, tetapi kerana juga beberapa peristiwa lain, yang ada kaitan dengan kita, ibubapa.
Jadi, saranan saya:
1. DENGARI dan ambil berat luahan si anak, mungkin anak A beritahu kita dahulu (aduan ni kisah besar ya, sebab anak meminta pertolongan, kepada siapa lagi mereka nak minta jika bukan kepada ibu ayah di rumah? maka pastinya kita tidak mahu kelak remaja nya meminta bantuan dari bf/gf dan bukan kepada kita sebagai pertama, kan? Jadi sebenarnya di sinilah peranan pembentukan gaya tindak kepada stres dihadapi si anak, apabila dibantu oleh kita, ibarat pekerja adu dan minta bos bantu..)
2. RESPON, beri tindakbalas empati, memandang wajah mereka dan mengulang saja apa diberitahu. Tambah perkataan emosi mereka sedang rasai, itu lagi baik dan tepat. "Adik rasa sedih sebab abang marah adik main mainan dia ya?"