ru
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 16 313 подписчиков, занимая 968 место в категории Семья и дети и 2 352 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 16 313 подписчиков.

Согласно последним данным от 12 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -126, а за последние 24 часа — -3, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 4.19%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 684 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 13 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

16 313
Подписчики
-324 часа
-257 дней
-12630 день
Архив постов
Ibu Ayah Boleh Bantu Anak Latih 'Coping Skill' dan Bentuk Personaliti Mereka dengan Memberi Respons Kepada Anak Sewaktu Emosi Mereka Masih di Peringkat Awal... Ia sama seperti kita memberi susu sewaktu anak bayi perlu diberi setiap2 jam, iaitu secara berjadual (cegah atau beri sebelum diminta), atau beri sewaktu petanda awal mula ditunjukkan dari 7 peringkat itu). Bayi peringkat ini yang dipenuhi keperluan fisiologi (makan minum, bersihnya) akan bentuk seorang anak yang lebih tenang, yakin, dan selamat. Juga percaya kepada penjaga utamanya (prime carer) : ibu/ayah, pengasuh... Kat sini juga sebenarnya bayi mula membentuk personalitinya yang yakin diri dan percaya kepada ibu ayah, dari respon diterima setiap kali mereka memerlukan, dan itu yang dikatakan 'secure attachment' - dan kait dengan parenting jenis autoritatif = memenuhi dan merespon kepada keperluan emosi anak bersama dengan ekspektasi (demand) terhadap anaknya.... Maka, apabila anak sudah semakin besar, peringkat awal kanak-kanak, kanak-kanak dan remaja, respon dari awal ini membantu membentuk gaya tindak balas anak terhadap stres yang dia tak mampu tangani sendiri, hasil dari perasaan yakin kepada ibu ayah yang telah wujud secara konsisten sejak bayi hingga 6 tahun sekurangnya. Konsisten, sama cara, dan segera... Bukanlah sewaktu anak 3-4 tahun bergaduh sesama abang kakak, kita terus menjurus kepada mereka dan intervene/masuk campur. Tapi sekurangnya petanda itu sudah ada, dan boleh tunggu hingga skor mungkin 5,6 dan mula beri ingatan dengan 'keyword' biasa sebut, seperti "Abang....". "Kakak....", "Apa tu....", "main elok-elok...", "bincang, bincang..." - anak sudah faham 'keyword' apabila telah dilatih sebelum ini, skil memberitahu emosi, skil meminta elok-elok - semuanya asertif namanya... bukan pelik, tapi itulah sebenarnya yang boleh dilatih sejak anak usia 2 tahun yang mula ada bunga-bunga tantrumnya... Termometer emosi. Baru ini saya menghadiri program webinar keibubapaan Dr Umi Adzlin dan Dr Nurul Wafa... antara keyword kita ibubapa perlu ada dalam minda ialah: kendali (handle) anak sewaktu emosi mereka masih di intensiti rendah. Contoh, sebelum marah mengamuk, ada bunga-bunga kurang puas hatinya, dan cubaan memberitahu sama ada kepada adik- beradiknya atau ibubapanya, kan? Sewaktu ini, bila kita merespon dengan empati, insyaAllah anak akan rasa dihargai akan aduannya dan berkemungkinan ledakan dari konflik akan tidak ter letus macam gunung berapi terus meletus, sebab biasanya, letusan gunung berapi tiba-tiba itu boleh saya katakan ia adalah hasil pendaman dan campuran peristiwa lain, yang telah lalu dan berlaku. Katakan anak trigger dan terus merampas dengan kasar, barang dari tangan adiknya, anak yang besar ini berkemungkinan telah ada marah dan tidak puas hati kepada adik ini, hasil kisah lalu, sebelum ini, yang banyak juga puncanya mungkin dari tindakan / cara gaya kita meleraikan konflik mereka. Jadi bukanlah semata kerana si adik bermain mainan si abang, tetapi kerana juga beberapa peristiwa lain, yang ada kaitan dengan kita, ibubapa. Jadi, saranan saya: 1. DENGARI dan ambil berat luahan si anak, mungkin anak A beritahu kita dahulu (aduan ni kisah besar ya, sebab anak meminta pertolongan, kepada siapa lagi mereka nak minta jika bukan kepada ibu ayah di rumah? maka pastinya kita tidak mahu kelak remaja nya meminta bantuan dari bf/gf dan bukan kepada kita sebagai pertama, kan? Jadi sebenarnya di sinilah peranan pembentukan gaya tindak kepada stres dihadapi si anak, apabila dibantu oleh kita, ibarat pekerja adu dan minta bos bantu..) 2. RESPON, beri tindakbalas empati, memandang wajah mereka dan mengulang saja apa diberitahu. Tambah perkataan emosi mereka sedang rasai, itu lagi baik dan tepat. "Adik rasa sedih sebab abang marah adik main mainan dia ya?"

photo content

Jemput mempelajari Ilmu Karektor melalui ilmu Personaliti Genetik STIFIn, pada 24 Julai 2021, Sabtu depan. 1) Test dulu STIFIn, mesin terdekat di lokasi: ada senarai mesin di T.me/STIFInMalaysia 2) Hadiri PIS (sehari) 3) Refresh banyak kali dengan trainer lain-lain 4) Hadir tematik khusus seperti Couple, Parenting, Teaching, Learning yang kita perlukan ilmunya. InsyaAllah yang dah pernah hadir boleh refresh, Program Intro STIFIn (PIS) secara Zoombinar, 24 Julai 2021 9 pagi - 4.00 petang Link daftar: https://tinyurl.com/pisjulai2021 Pertanyaan Lanjut: whatsap: https://wa.me/60123500094?text=PIS24Julai .

photo content

STIFIn Maz Tshie Kinot 24 Julai 2021.mp458.46 MB

Cream Yellow and Red Girl Illustrative Comedy Podcast Cover.mp445.26 MB

Audio Post Episod Anak, Episod ke-14. *Boleh install Spotify Lite di hp ya Bagaimana respon kita agar kesan pandemik covid-19 tidak terkesan banyak kepada anak-anak kita. Membiarkan bakal memberi kesan kepada mereka, sebab diri ibubapa sendiri ada yang hampir burnout. Sekurangnya sedikit perubahan cara kita bertindak boleh membantu anak. Nanti saya kongsikan lagi ya. Kongsikan dengan sahabat kita yang lain. Terima kasih kepada adik yang menemubual saya, ini umum dan boleh kita manfaatkan kepada ramai orang ya. https://open.spotify.com/episode/3Efq7sY8XFESt4lPVydokY?si=8UklTlTXTWCxfz2gYtQgEA&dl_branch=1 .

3. Jaga makan, makananan seimbang dan baik, meal utama dan selingan serta minuman air kosong/jus yang sesuai. Ajar anak makan apa yang ada, katakan zaman dulu jika darurat tak boleh keluar rumah, makan ubi kayu aja, tanam luar rumah. Kita ada pandafood atau grab food, order makanan sedap, kan😃, maka syukurlah dan makan lah apa Mama masak untuk semua orang ok... Yang penting modelkan tingkahlaku bersyukur, dengan menyebut dan bersama berdoa dengan anak-anak, agar mereka ingat zaman kesusahan ini untuk akan datang. Bila kita sendiri banyak mengeluh dan berkeluh kesah, marah benda lain, anak juga belajar tidak bersyukur dengan apa ada... Banyakkan real food, kurangkan jajan biskut gula semua, buah dan aiskrim homemade as jajan / meal selingan juga. Ia sebenarnya sebab tersembunyi tak nampak juga, sehingga anak dan kita jadi emosi kurang stabil, otak tidak dapat berfikir dengan sebaiknya, sebab pemakanan.... . 4. Banyakkan aktiviti free play dan sedikit aktiviti struktur yang anda plan, agar anda tak rasa macam teruk sangat tak bagi anak aktiviti sihat yang sesuai perkembangan dia (selain tonton tv kan). Maka, jika ada jadual, sebenarnya adalah lebih baik. Jadual masa terbaik ialah berdasarkan 5 waktu solat fardhu, yang diselitkan celahnya aktiviti bersesuaian, seperti sedikit kognitif dan sensori motor pagi, tidur tengahari, free play petang, art n craf petang, dan memasak 1 kali dengan anak-anak. Sebenarnya aktiviti rutin menjadikan kanak-kanak kurang stres sebab tahu apa boleh di 'expect' seperti di sekolah. Cumanya bukanlah terlalu rigid sebab anda adalah seorang ibu, yang juga perlu lakukan tugas bersih kemas seperti 'pembantu guru', dan memasak seperti 'tukang masak sekolah kantin', kan, selain jadi 'Prime Teacher' dan juga kerja pejabat sendiri... jadi ada berbanding tak ada lebih baik, tak buat dari buat adalah kadangkala lebih baik, sebab bila buat, akan damage dan adverse effect, kita taknak macam tu, bila dah susun atur semula, baru sentuh bab yang kita rasa paling sukar nak handle (cth akademik anak). . 5. Gunakan peluang ini untuk solat jemaah keluarga, jika dapat, untuk dekat dengan spiritual, dan selitkan makna kait dengan spiritual, keyakinan kepada Tuhan dan tanggungjawab dalam diri sebagai khalifah, pelihara alam dari mudarat. Jika anda belum tahu, elemen spiritual adalah salah satu dari penstabil dan pelindung manusia untuk sejahtera. Manusia yang lebih tinggi spiritualnya, lebih tenang dan stabil, saya selalu kata, baiki hubungan dengan Tuhan, hubungan dan urusan kita dengan selainnya (semua pun adalah makhluk ciptaan Tuhan), otomatik akan baik... percayalah. . Saya akan kongsikan dan up semula video lama berkaitan PKP dan stres ini untuk kita sama-sama refresh dan susun atur semula kehidupan kita, ok. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

5 TIPS 'STAYING AT HOME PARENT WITH SMALL KIDS' AGAR EMOSI POSITIF DAN 'LESS STRESS'. Saya nak ucapkan SYABAS TAHNIAH kepada anda semua #IbuBapaKini sebab telah berjaya 'berpuasa' dengan sangat tabah, Duduk saja di rumah dengan keluarga, Mengendali kerja sendiri dan anak-anak, Tuhan aja tahu bagaimana kelam kelibutnya kita.... . Saya review penulisan tahun lalu dan update untuk kita sama-sama hayati dan dapat serba sedikit input ya. Untuk saya sewaktu mula-mula PKP sepenuhnya tidak boleh keluar rumah, saya sudah perasan bunga-bunga kecil 'unknown reason meltdown' si Yumna toddler yang saya kenalpasti sebagai stres dia sebagai anak kecil, lalu saya lakukan perubahan (adjustment) segera. . Saya kongsikan 5 tips penting yang boleh saya senaraikan agar kita sebagai IbuAyah boleh kekal positif. . 1. Memandangkan kurang aktiviti luar rumah dan keluar dari rumah yang boleh dihabiskan masanya dan tenaga, maka tenaga dan masa anak sepenuhnya adalah di dalam rumah. Ia sememangnya mudah mengundang stres, kepada kanak-kanak sebenarnya, sebab segalanya terhad (dan ingat, anak-anak adalah bergantung kepada pohon utama iaitu IBU dan AYAH sebab mereka masih belum sepenuhnya berdikari): -- maka, UBAH SUSUNATUR PERABOT agar lebih luas, lapang untuk anak lakukan aktiviti fizikal seperti merangkak, berlari pusing, melompat, berbasikal kecil tricycle/kereta kecil dll. -- beli di shopee alat gayut (door chin bar pasang kat rumah nanti boleh gayut), buaian dan alat panjat, kolam besar agar anak ada aktiviti indoor dan outdoor -- adakan rutin untuk 'jumpa' atau 'dilihat' oleh matahari pagi dan petang walau di beranda/balkoni rumah untuk aktiviti alam semulajadi walau 10 minit, . 2. Tidur juga mudah lewat sebab tenaga banyak 'reserve', berbanding hari biasa banyak travel ke sekolah, aktiviti di sekolah, tenàga saling berpindah dengan individu lain (kanak-kanak/orang dewasa), maka anda akan dapati anak kurang letih gitu. Jika tidur biasanya lepas isya kini jadi lepas pukul 10 mungkin 😄😅. Kini ada yang sampai 2-3 pagi juga. Jadi PENATKAN mereka dengan AKTIVITI 'HOUSE CORES' harian anda. Mana yang boleh mop, mop, kacau bancuhan cekodok, mem vakuum, sidai baju, melipat kain atau hang ke hanger, dll. Ia PELUANG BAIK sebenarnya, untuk latihan anak dan juga kurangkan bebanan tenaga terpendam anak dan kita sendiri. Walau kecah, kecoh, haru biru, just libatkan mereka, ok. Dan ia untuk bantu emosi anda 'clean and clear' bila rumah walau sepah sebab anak kreatif, namun bersih dan sedikit kemas. Benar, rumah sepah buatkan emosi, kepala semua serabut, emosi pun cepat ribut taufan meletup aja 😣, ia sebenarnya prioriti, bukan satu 'option'. Juga penatkan mereka dengan SEKURANGNYA 30 minit dua kali sehari sesi pagi dan petang, aktiviti outdoor/tepi tingkap, untuk anak dapat cahaya matahari. Cahaya ini bantu rembes hormon antistress anak-anak dan mak pak sekali. Saya tahu kita rasa melibatkan anak dalam aktiviti tugas utama kita (memasak so on) adalah ibarat buang masa dan menambah kecah, hakikatnya kepuasan si anak perolehi sebenarnya jauh lebih besar kesannya kelak untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka remaja ke atas nanti, keyakinan diri, keberdikarian (mandiri) dan coping skill mereka bila hadapi stres dewasa kelak. Juga masa kita, kita rasa masa kita terbuang, namun fikirkan semula: fokus dan siap berbanding (vs) tak dapat fokus dan tak dapat siap, malahan buat silap lagi, mungkin ada ketikanya kita akan buat kerja malam hari sewaktu anak-anak telah tidur, atau kita time off sebentar block masa 30 min tutup pintu bila sudah layani mereka 30 minit (sepertinya 1:1, sama banyak masa dengan mereka dan masa untuk kerja kita sendiri..), namun adalah output kerja kita siap sikit sikit itu (walau block masanya 1:1 ialah 10min:10min tau) 😅😅 (maka siapkan setting meja kerja kita yang boleh check in dan out anytime tu).

photo content

photo content

photo content

Jaga diri semua, Fokus kepada yang utama: diri kita dahulu kemudian impaknya akan sampai/tempias kepada anak-anak, pasangan kita. Saya doakan yang baik-baik untuk kita semua ya Tarik yang positif, bertindak yang baik-baik. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Dalam memastikan memori yang anak ada bersama kita adalah baik dan positif, kita buat 'check and balance' seharian kita sewak
Dalam memastikan memori yang anak ada bersama kita adalah baik dan positif, kita buat 'check and balance' seharian kita sewaktu sesi penutup sebelum tidur nanti ya: Agar jelas makna kepada peristiwa dilalui, untuk tiada salah faham dan berakhir dengan kebaikan... Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Carta 'Quick Win' untuk Emosi Sihat Keluarga Kita Mari kita letakkan niat dan langkah strateginya agar kita dapat pimpin diri
Carta 'Quick Win' untuk Emosi Sihat Keluarga Kita Mari kita letakkan niat dan langkah strateginya agar kita dapat pimpin diri dan anak-anak ke arah yang lebih baik setiap hari. #reminderdiri Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Jemput bersama segmen bual bicara tentang: ‘Kembalikan Ceria Kanak-Kanak’ bersama Hos, Hj. Bro dan dua tetamu khas Pn. Ruhana
Jemput bersama segmen bual bicara tentang: ‘Kembalikan Ceria Kanak-Kanak’ bersama Hos, Hj. Bro dan dua tetamu khas Pn. Ruhana Mahmod, Ketua Psikologi Kaunseling, HKL serta Pn. Maznah Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan KKM pada Isnin ini 12 Julai 2021, 3 petang di Facebook Utusan TV. https://www.facebook.com/utusantv

Marah adalah salah satu emosi asas biasa yang menunjukkan kita normal. Hanya perlu cara selamat luahkan atau 'balut' dengan b
Marah adalah salah satu emosi asas biasa yang menunjukkan kita normal. Hanya perlu cara selamat luahkan atau 'balut' dengan baik aja sesudah mungkin ter'lajak'. Periksa / buat 'check and balance' selalu dengan anak-anak, dan baiki segera bila sedar. Anak akan sangat hargainya. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Seharian penat, yang antara puncanya ialah anak-anak bergaduh saja di dalam rumah kita ni. Jika mereka kembar 4 sama usia lain pula gayanya sekali hadap aja kaedah/pendekatan, ini 4 orang yang berbeza usia, dan tahap pemikirannya... Mari kita baca penulisan lama saya ini ya, mudahan bermanfaat sedikit buat kita semua :) https://maznahibrahim.com/cara-efektif-kendali-anak-anak-yang-kerap-bergaduh/