en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 774 subscribers, ranking 974 in the Family & Children category and 2 334 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 774 subscribers.

According to the latest data from 20 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -141 over the last 30 days and by -8 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.88%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.15% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 612 views. Within the first day, a publication typically gains 339 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 21 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 774
Subscribers
-824 hours
-337 days
-14130 days
Posts Archive
Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam baru dibuka. Harga istimewa pembukaan. https://we
Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam baru dibuka. Harga istimewa pembukaan. https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live *Limited seat untuk REFRESHER, kod kupon khas akan diberi melalui email, nantikan ya.😍

Anak bergaduh, dimarah Anak menangis kuat, dimarah Anak main kejar-kejar happy, dimarah Usah ditanya kenapa berulang perlakuan 'kurang menyenangkan hati kita' itu berulang. Anak bergaduh, dua-dua ditegur namun dikukuhkan / noticed tingkhlaku betul salah seorang itu, walau kebaikan kecil => dipuji. Anak menangis, diempati kemudian dinyatakan sekali kekuatan si anak waktu lain yang kuat semangat dan tenang sekali => diingatkan kemampuan kekuatan emosinya tetap ada. Anak main kejar-kejar, ditegur dan diarahkan 'lari hati-hati' di kawasan lain, dan turut dipuji semangat dan banyaknya tenaga mereka waktu ini => diperkukuhkan dan dichannelkan ke solusi lebih baik. . Fahami Pengukuhan Positif atau 'Positive Reinforcement' untuk Anak Kita di Rumah Semoga kita sentiasa menjadi #ibubapakini yang mampu menawarkan ganjaran positif banyak-banyak dan besar-besaran berbanding ganjaran negatif sehingga anak amat suka, mengejari dan sukarela untuk berbuat tingkahlaku yang baik, berbanding tingkahlaku kurang enak itu ya. . Maznah Ibrahim Telegram Channel Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif: T.mazn.me/chan Malam ini saya buka pendaftaran untuk Webinar Penat Emosi, 27 Nov 2021 ya. Nantikan. .

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Anak yang selalu lawan cakap, memberontak, hempas barang, keluar dari rumah lari sekejap…, saja kacau adik dia untuk buat ibubapa lagi marah, sebenarnya anak ini sedang 'disconnected' dengan kita. Jum baca penuh untuk dapat idea macam mana nak atasi perkara ini. https://maznahibrahim.com/kenapa-anak-memberontak-dan-lawan-cakap-ibubapa/

Hari-hari Juga Adalah Hari Ayah... Mana mungkin anak tak rasa sayang kat ayah dia. Ayah selalu ada pada waktu anak memerlukan teguran, bimbingan, kasih sayang, dan teman bermain mahupun diskusi. Cuma ayah yang proaktif tetap ikut fitrah ciri kebapaan yang disanjungi... Dan... pemimpin utama dalam keluarga dan keibubapaan tetap AYAH. Tidak perlu terlalu keras dan dingin untuk ditakuti si anak. Kami sayang ayah. Maznah Ibrahim. Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif T.mazn.me/chan

Hari-hari adalah Hari Ibu. Ibu, perlu jaga emosi dia saja, maka semua jadi ok (cuaca rumah). Pancarannya besar ke seluruh isi rumah. Namun, ketahuilah emosi ibu akan amat mudah stabil bila ayah main peranan yang baik dalam keibubapaan (80%). Jum, ayah, bantu ibu agar anak cinta sama ibu semaksimanya. Maznah Ibrahim. Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif T.mazn.me/chan Webinar keibubapaan kita pada bulan November ini, nantikan, Saya buka kembali Webinar Penat Emosi: Pengurusan Emosi Ibu Bapa. Nantikan link dibuka. Tarikh pada 27 November, malam. Refresher pun boleh join dengan harga istimewa ya.

photo content

photo content

Persekolahan sudah bermula dan kita perlu ajari, latih skil cegah buli ini bersama anak usia 3-6 tahun di rumah. https://maznahibrahim.com/ajar-anak-skil-cegah-buli-2/

'Reconnecting' dengan Anak (7) Diri kita sebenarnya boleh menjadi 'partner' kepada si anak. Dengan cara masuk ke dalam dunianya. Bila dia usia 9 dan banyak kacau kakak, dia 'mastermind' dalam geng mengganggu, boleh lah aku jadi 'thinking partner' dia macam mana nak bagi kakak adik suka kat dia, geng dengan dia dulu. Bila dia usia 14 tahun selalu melawan kata dan banyak ber'online friends/games', boleh lah aku masuk dalam dunia dia dan jadi 'online friend/game partner' dia. Berbanding aku jadi lawan dia, baik aku jadi geng dia. Sama-sama berfikir untuk minat dia dan kemudian bolehlah pengaruhi dia untuk perkara lain yang bermanfaat pulak. Mainlah atau luangkanlah masa dengan dia walau 10 min berfokus pun. Pasti banyak yang kita boleh fahami dunia uniknya. Rendahkan diri dan jadi 'thinking partner/ game partner/ lanun partner' dan apa-apa lah. Sebab kita nak dekati dia, 'rebonding' dengan dia. Tamat. Mudahan bermanfaat. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

'Reconnecting' dengan Anak (6) Fokus. Fokus kepada kebaikan kecil anak di sebalik ‘jutaan’ ibaratnya kesalahan anak. Jadi mata lebah bukan mata lalat, orang kata. Mata lalat mencari sampah walau di kebun bunga indah, manakala mata lebah mencari madu walau di hutan belantara semak. Apa kita fokuskan akan menjadi semakin besar. Fokus kepada permasalahan anak, maka semakin membaralah emosi kita geram kepada si anak. Fokus kepada kebaikan kecil dia, maka semakin banyak kebaikan dan nikmat memiliki anak ini yang mampu kita cas kan, jana kan. Cari, cari, cari, fikir, fikir, fikir, sebut, sebut, sebutkan. Oh… walau anak aku selalu main games siang malam, alhamdulillah dia masih sihat walafiat dan aktif. Oh walaupun dia saban hari kacau adik kakak, dia bijak panjang akal dan banyak betul tenaga dia. Oh walau dia selalu melawan, dia berani menyatakan ketidaksetujuan dia dan tidak pendam saja… Sambung. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

'Reconnecting' dengan Anak (5) Kita tertanya-tanya kenapa anak berubah. Dulu dia tidak begini, dulunya dia adalah bayi paling comel dan manis yang kita pernah lihat dalam dunia ini, dia anak kita yang paling mulus dan baik. Kini? Elakkan kenapa tetapi tanyakan apa kepada dirinya: “Apa abang buat ni, apa maksud abang bila pukul badan adik?, Mama nak faham...” Tertanya-tanya apa sebabnya ya? Kenapa dia macam ni? Pasti ada underlying 90% iceberg puzzle tingkahlaku dia ni. Macam mana nak bantu? Cek tangki emosi (5: perkataan, layanan, sentuhan, masa, dan material) dan keperluan fisiologi asasinya (makan, minum, rehat/tidur dan aktivitinya). Banyakkan ‘wondering’ dan ‘curiosity’, bukan ‘labelling’ terus jatuh hukum (baca post sebelum ini). Hmm… apa sebenarnya yang dia tak cukup ya?..... (jawapannya ada, setiap persoalan ada jawapannya, mohon pada Tuhan untuk ilhamkan). . Sambung. . Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Parenting Maznah Ibrahim - Statistics & analytics of Telegram channel @ehsabar