ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 000 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 963,并在 马来西亚 地区排名第 2 298

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 000 名订阅者。

根据 31 八月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -114,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 5.03%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.17% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 805 次浏览,首日通常累积 347 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 01 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 000
订阅者
-424 小时
-227 天
-11430 天
帖子存档
photo content

Fasa Anak Kita Mula Menyembunyikan Sesuatu dari Kita dan Kita Dapat Tahu Kemudian.... Hayati 4 steps ini. . 1. Tarik nafas dalam dan rasa kan apa kita rasa. Ucapkan alhamdulillah aja walau amat perit. Ia bantu kita lebih relaks sebab kita sendiri tak berlawan/bergelut dengan emosi kita (dan bisikan jahat syaitan). Saya panggil, team jeneral khusus oleh syaitan bagi bidang parenting kita / isu anak-anak kita - agar kita jauh lagi dari anak kita... Team ni sangat handal dan cekap, tau bila nak selit masuk bisik kat kita... . 2. Ingat ayat saya, iaitu 'bekerjasama dengan mereka jauh lebih baik daripada bergaduh/berkeras dengan mereka' sebab bergaduh tidak membawa ke mana melainkan hati hancur, luka, dan berbekas. So work with them 😉. Bagaimana? . 3. Fasa ini juga bukan fasa terus menghukum dan memancung tidak boleh terus, tutup terus, cut terus, tetapi ini fasa kita ambil peluang mendidik mereka. Bayangkan fasa ini akan kita hadapi lagi pada masa akan datang dan ia lebih besar isunya pada masa depan? Maka inilah dianya fasa latihan momen keibubapaan kita untuk buat masa ini. Berjaya kendali isu ini di fasa ini, insyaAllah lebih mudah ke depan nanti. Allah latih kita sekarang, kecil aja, dan sesuai dengan kemampuan kita, sebab tu sebut Alhamdulillah masa step 1 tadi 🙂. . 4. Komunikasi asertif: - luahkan rasa kita, "Mama Ayah rasa ... (sedih, kecewa, terkejut, tak sangka) bila .... (dapat tahu atau nampak begitu begini dan rupanya begini begitu...) - Mama Ayah nak minta agar abang/ kakak ...... (apa solusi atau apa permintaan kita nak dia buat? Nak dia luah? nak dia berubah bagaimana?) Bincangkan dua hala. Kadangkala atau kebiasaannya dia ada 'reason' dia tersendiri dan dengarilah luahannya.... empati. - Pantau dan review semula dalam 2 minggu, beri masa untuk mereka hayati perubahan / peraturan baru.. ia tetap satu proses, makan masa berbulan juga bukan terus berubah, boleh baik 100%, nak nak bila dah berbulan anak buat silap yang dia sembunyi dari kita itu... - Puji dia untuk usaha dia, walau kecil, noted kan. - Banyakkan bonding activity semua ahli keluarga sekurangnya sekali sehari dan boleh selitkan nasihat dan doa untuk dia... . Positif dan terus membimbing. Care, Maznah Ibrahim. . Join telegram keibubapaan positif dan psikologi anak kita di sini ya: T.mazn.me/chan *** p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t6

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Mesej untuk Kita Berkenaan Anak Lelaki Kita 💝💪🏆

Kita sering silap faham kepada anak melalui tingkahlaku dan karektor yang ditunjukkan seperti 'mengada-ngada', drama king/queen la, degil kepala keras batu dsb.. Tukar perspektif, pandang dari sudut positif aja. https://maznahibrahim.com/14-sikap-anak-yang-sering-buat-kita-hilang-sabar/

Ada adegan anak pecahkan pinggan? Pasti ada, kan. Setiap rumah ada alaminya. Kita cakna dan tahu kesan jika marah anak kaw kaw punya, efek ke 'reptilian brain' dia (terancam dan terjejas rasa sekuriti dia). Ketakutan, rasa bersalah, rasa diri amat kecil bila dimarahi. Sedangkan orang dewasa terbuang air kecil di masjid pun Rasulullah s.a.w tidak marah malah mengarahkan sahabat lain untuk membersihkan air kencing itu kemudian baru memberitahu ayat peraturan masjid *Teknik Nabi, oleh Tim Pengkaji Hadith Nabi (TPH). Mudah aja: 1. dalam rumah anak kecil, kita sediakan pinggan plastik yang bpa free untuk makanan panas. 2. anak sudah besar sedikit, kita izinkan untuk adegan pecah berlaku. Belilah pinggan kaca yang tidak terlalu mahal. 3. adegan pecah telah berlaku, kita katakan: Hati-hati, takmau pijak. Tidak mengapa, mama ambil penyapu dan kita bersihkan. (permulaan ayah ibu bersihkan kerana tentunya si anak terkejut dengan adegan ini). 4. anak sudah besar sedikit, usia 7 ke atas, pecah berlaku, anak sendiri akan katakan: jangan bergerak (kepada semua ahli keluarga), abang/kakak nak ambil penyapu dan sapu. Modelkan semasa anak kecil, dan anak laksanakan sewaktu dia sudah mampu. Berapa harga pinggan kaca kita tu? RM3? RM10? RM30 seunit? Berapa harga keyakinan diri anak yang telah punah akibat kita memarahi mereka? Mampukah kita bayar kembali? Fikir-fikirkan. Maznah Ibrahim. t.mazn.me/chan *** p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t5 .

photo content

Anak Kita Usia 2-7 Tahun (Praoperasi): 💨 memiliki imaginasi yang sangat tinggi 💨 banyak idea dan eksperimennya nak buat sendiri 💨 dah diterangkan berulang kali pun akan faham separa aja nanti 💨 egonsentrik, memahami dari dunia dan perspektifnya sahaja dulu Tapi tak apa, 🌈 fahami dia dan beri ruang peluang kepada apa dia nak, 🌈 terangkan aja berulang kali sebaik berlaku sesuatu (tunjuk bukti dengan berhemah) 🌈 libatkan dia untuk sama-sama alami, secara konkrit jelas 🚀 ini adalah persediaan untuk kognitif matang dia fasa bimbingan usia 7 ke atas nanti... Key nya sabar dan terus perkuatkan kesabaran. 🗝Terang dan ulang terang berkali akan peraturan yang betul: boleh dan disusuli tidak boleh (contoh : "TAK BOLEH main tepung merata tapi BOLEH MAIN tepung dalam bekas besen ini saja), 👨‍🌾 Maka dia akan gembira dan puas, 👩‍🎨 Keyakinan diri tinggi, 👩‍🔬 Optimis: positif, 👨‍🚀 Kreatif dan imaginatif dalam penyelesaian masalahnya nanti. Ok ibu ayah Maznah Ibrahim. p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t4

photo content

Video Panduan Kaedah Therapeutic Storytelling: https://courses.maznahibrahim.com/therapeutic-story-telling

Bagaimana Gunakan Kaedah Otak Kanan dengan anak kecil yang sememangnya major kat otak kanan sewaktu usia dini... Pastikan memenuhi 3 aspek ini: i. Indirect ii. Guna metafora iii. Everything can be anything, anything can be everything Maznah Ibrahim https://www.youtube.com/watch?v=uiAVtr16uYo

photo content

( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK) Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau . Otak kita akan merembeskan hormon serotonin, iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser). Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi. Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin, lebih dekat kepada kemurungan (depression). Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine, iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan, Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati). Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari, Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan. Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda, dan positif emosi. Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami, sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi . Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasama Mak pak pun kurang stres sebab mereka. Buat ya? Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga. Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah. Buat ya. CARE , Maznah Ibrahim Telegram peringatan mesra keibubapaan kita bersama di : t.mazn.me/chan . p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=fp3

Sebab anak duduk di rumah saja, mereka juga : 💥Penat bgaduh, 💥Penat panggil kita, 💥Penat cari perhatian kita, 💥Penat ajak kita buat itu ini... Dalam pada kita sibuk bekerja dari rumah (atau kita memang fulltime house manager di rumah), Maka, 💝 Luangkanlah masa melihat mereka sepenuhnya 💝 Fokus bermain : berpusatkan minat mereka 💝 Cuba 10 minit penuh dulu 💝 Masuklah dan 'enjoy' lah terjun ke level mereka (posisi badan kita, pilihan aktiviti mereka, pandang wajah mereka tak berbelah bahagi, rehatkan minda kita turun ke level badan kita) InsyaAllah anak-anak akan happy sangat-sangat. Rasa bahagia, ⛄Rasa segan pun ada sebab Mama Ayah tengok mereka macam peminat admire besar sungguh. Hm... tadi mama ayah kerja, sekarang mama ayah jadi playmate awak ya. . Care ❤, Maznah Ibrahim. p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t2