EBOOK FAWRAA ||
Open in Telegram
Nak Ebook Pain² Sedih/Red Flag/KRT come heree Berminat untuk order 👇 http://www.wasap.my/601136955188/sayanakbeliebook Main : @ebookfawraa
Show more751
Subscribers
-124 hours
-17 days
+130 days
Posts Archive
SINOPSIS/BLURB
IRINA : THE UNWANTED WIFE
“Aku ada beberapa peraturan untuk kau. Aku tak nak sesiapa tahu yang kau isteri aku. Kau bebas buat apa sahaja di rumah ini atau di luar. Tapi kau perlu ingat status kau sebagai isteri aku. Jangan malukan keluarga aku! Dan akhir sekali, aku dah ada kekasih. Nama dia Nura. Kau tak perlu tahu lebih-lebih. Cukup kau tahu aku cintakan dia.”- Riyad Adha
Atas desakan nenda, Toh Puan Rukayyah, Riyad terpaksa menerima perkahwinan yang tidak pernah diinginkannya. Hatinya sudah lama dimiliki oleh Nura Hani, wanita yang dicintainya sepenuh jiwa. Bagi Riyad, Irina hanyalah seorang isteri pada nama, tidak lebih daripada itu.
Namun Irina mempunyai prinsip yang berbeza.
Baginya, perkahwinan bukan untuk dipermainkan apatah lagi untuk berakhir dengan perpisahan. Sejak kali pertama melihat gambar Riyad, hatinya sudah terpaut. Kerana itu dia menerima lamaran keluarga lelaki tersebut tanpa ragu-ragu.
“Jangan cabar aku Irina?” - Riyad Adha
“Ya saya cabar awak, kalau awak lelaki awak sentuh lah saya malam ni. Saya isteri awak.” - Irina Aileen
Riyad tak mahu dia mengandung, tapi takdir tidak kata begitu. Irina mengandung, dan saat itu Irina sedar. Riyad tak pernah ingin kan anak dengan nya. Irina lari.
Pada waktu yang sama, kebenaran tentang Nura akhirnya terbongkar. Wanita yang selama ini dicintai rupanya menyimpan pengkhianatan. Dan buat pertama kalinya, Riyad menyedari satu hakikat yang terlambat.
Wanita yang selama ini berada di sisinya… Wanita yang tidak pernah berhenti mencintainya… Adalah Irina.
Tetapi ketika cinta itu hadir, Irina sudah menghilang tanpa jejak. Mampukah Riyad mencari semula wanita yang pernah dilukainya?
Masih adakah ruang untuk dia menebus segala kesalahan yang pernah dilakukan? Dan yang paling penting… Mampukah Irina memaafkan lelaki yang pernah menghancurkan seluruh harapannya?
Kerana ada cinta yang hadir sejak awal, dan ada cinta yang hanya disedari setelah kehilangan. ❤️
KOMBO HOT
1 EBOOK RM16
KOMBO RM28
Married To Mr Hot Lecturer
https://t.me/hashauliaebooks/969
Mengapa Aku
https://t.me/hashauliaebooks/967
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_HOT_RM28
SINOPSIS MENGAPA AKU?
"Jaga mak sebab kau tak kerja." - kaklong
Tanpa persetujuan Aira, dia dipaksa untuk jaga mak mentuanya yang strok. Dengan alasan..
"Sekejap saja sementara cari orang nak jaga"
Dari seorang isteri, Aira bertukar menjadi jururawat, pembantu rumah dan pengasuh tanpa gaji.
Dari sebulan dah terlajak ke 3 bulan tak ada tanda-tanda 'nak cari orang jaga'
Bila penatnya tidak dihargai, suaminya curang.
"Aira tu bau kepam... Macam mana abang nak dekat Aira. Rupa Aira pun dah macam bibik." - Azlan.
Bila dia mula melawan, dia diceraikan.
Mereka sangka Aira akan hancur, akan kembali semula kepada Azlan.
Mereka silap.
Kadang-kadang wanita yang paling terluka adalah wanita yang paling kuat untuk bangkit semula.
Aira memilih untuk kerja dan di sana di berjumpa dengan Raqib. Lelaki yang menaruh rasa cinta pada dirinya atas kesungguhan Aira menjaga kedua anaknya.
Adakah ini permulaan kepada kebahagiaan yang selama ini dirampas daripadanya?
http://www.wasap.my/601136955188/MENGAPA_AKU_RM16
KOMBO CINTA DUDA
1 EBOOK RM18
KOMBO RM32
Misi Pikat Bakal Duda
Cinta Teragung Untuk Encik Duda
Cinta Teragung Untuk Encik Duda - Ivy Zinnia
Zairyl yang sudah lima tahun menduda mengadakan satu temuduga untuk mencari calon isteri di sebuah kampung. Temuduga itu tidak mendatangkan hasil kerana tidak ada yang menarik hatinya walaupun ramai anak dara yang hadir. Ikutkan perancangannya, dia mahu mencari kampung lain. Namun, sesuatu yang tak terduga terjadi sehingga dia membatalkan hasratnya itu. Pertemuan tanpa sengaja antaranya dan Fathima membuka kisah antara mereka.
“Saya minta maaf, encik. Saya tak sengaja langgar encik.” - Fathima
“Eh, tak apa. Lain kali, hati-hati tahu. Nasib baik saya yang kena. Kalau orang lain, mungkin awak dah kena marah.” - Zairyl
Tiba-tiba, terlanggar. Tiba-tiba juga dia mahu mendekati Fathima, perempuan bersaiz XXXL. Dia yang memulakan perkenalannya dengan Fathima. Hajatnya, dia ingin berkawan dengan gadis itu. Fathima pula berat hati untuk terima kehadiran Zairyl kerana dia pernah dipermainkan oleh lelaki sebelum ini. Tapi, melihat kesungguhan Zairyl, akhirnya dia terima.
Tidak sampai sebulan tinggal di kampung, Zairyl terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana arahan orang tuanya. Berminggu-minggu mereka berpisah. Seorang di KL dan seorang lagi di kampung. Penantian Fathima berakhir apabila Zairyl kembali semula ke kampung dengan niat yang lain. Sesuatu yang tak terjangka oleh Fathima.
“Dahlah encik. Kalau encik tak ada benda nak cakap, baik saya masuk dalam rumah je. Encik cakaplah seorang diri dekat sini. Saya dah malas nak layan.” - Fathima
“Kalau awak sudi, izinkan saya taaruf dengan awak. Boleh awak beri peluang kepada kita berdua?” - Zairyl
Terkejut dan terkesima dengan keberanian Zairyl. Tapi, kalau dah jodoh takkan ke mana. Mereka bersatu juga sebagai suami isteri. Bahagia melimpah dalam rumahtangga mereka. Fathima tidak sangka ada juga lelaki yang mahukan perempuan gemuk sepertinya. Namun, badai menyapa dalam hubungan mereka. Fathima yang baru mengecapi bahagia kini terduduk kerana ujian itu.
“Saya nak jujur dengan awak. Maaf, saya langsung tak ingat siapa awak. Saya tahu awak akan rasa sedih dengan apa yang saya cakap ni. Tapi, saya betul-betul tak boleh ingat awak. Maafkan saya...” - Zairyl
Fathima menyangka hubungannya dengan Zairyl akan baik-baik saja. Dia hampir berputus asa. Namun, kerana semangat orang-orang di sekelilingnya, dia bangkit menjadi isteri yang kuat. Mampukah dia terus bertahan dengan sang suami yang lupa tentang segala-galanya? Adakah memori Zairyl akan kembali semula?
Ini bukanlah kisah cinta yang semata-mata. Tapi, ia adalah kisah cinta yang tak sempurna antara dua insan. Dan Allah telah menyempurnakan mereka dengan cinta yang tulus.
KOMBO CEKAL
1 EBOOK RM14
KOMBO RM27
Arash Akasyah Mr Povider
https://t.me/ebookfawraa/8799
Separuh Sayang Di Bawa Pergi - Wan Nur Najihah
https://t.me/ebookfawraa2/4232
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_CEKAL_RM27
SAPARUH SAYANG DI BAWA PERGI
BLURB
15 tahun SERI bergelar isteri kepada NADIR dan perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata. Semuanya nampak sempurna dan bahagia. Sehinggalah muncul MILIA, orang ketiga dalam hidup NADIR.
“Abang nak kahwin lagi.” - NADIR
“Kalau abang nak sangat kahwin, pergilah.” - SERI
Semudah itu SERI setuju. Dan bagi NADIR, SERI isteri yang sangat memahami kehendaknya.
“Saya izinkan. Saya dah tak boleh buat apa. Kalau saya tak bagi pun abang tetap nak kahwin, kan? Jadi saya permudahkan niat abang.” - SERI
“Terima kasih sayang. Abang janji takkan lupa awak dengan anak-anak.” - NADIR
Memilih gadis yang lebih muda, harapan NADIR perkahwinan keduanya akan lebih bahagia. Ternyata dia silap perhitungan.
“Lepas ni kita nak duduk banglo mana? Sebulan abang nak bagi I berapa ribu? Lepas tu abang nak bagi I bawak kereta apa?” - MILIA
Tak pernah Nadir sangka, MILIA rupanya seorang perempuan mata duitan. Tak cukup itu, mak mentuanya pun sama.
“Aku ni mak mentua. Sama taraf dengan mak kandung. Isteri, kau bagi duit. Tapi untuk aku takde. Tak bolehlah macam tu. Kat aku kau kenalah bagi jugak. Takkan benda ni aku nak kena minta?” - MAK CIK ROKIAH
Baru saja kahwin, entah berapa banyak duit NADIR habis diguna oleh dua beranak itu. Untuk berundur, dia sedar sudah terlambat. Suka atau tak terpaksa hadap walaupun hati mula terkilan.
“I teringin sangat nak ada produk sendiri. Macam influencer lain. For now I akan keluarkan lipmatte jenama I. You sponsor boleh?” - MILIA
Tanpa NADIR sedar persetujuannya untuk menunaikan impian MILIA membawa kepada kejatuhannya sendiri. Ditambah lagi konflik dengan isteri pertama.
“Abang tahu tak kenapa semudah tu saya izin abang kahwin lain?” - SERI
Kebenaran terbongkar. Rupanya dalam tenang SERI menyimpan cerita sendiri.
“Saya tak mampu teruskan lagi hubungan kita. Hati saya betul-betul dah tawar. Saya tak nak paksa diri lagi. Sekalipun kita bahagia, takkan sama macam dulu.” - SERI
Baru NADIR tahu, punyai dua isteri itu tidak mudah. Waktu itu ujian terbesar pula menimpanya. Sehingga buat dia terduduk. Dan kesetiaan dua isterinya turut diuji.
“You jangan risau. Walau macam mana pun keadaan you I tetap sayang you. I akan jaga sampai you sembuh.” - MILIA
“Kalau abang selesa dengan dia, pergilah.” - SERI
Apa yang berlaku pada NADIR? Antara SERI dan MILIA, siapa akan bertahan sebagai isteri dan siapa akan pergi? Dan mampukah Nadir bahagia atau dia akan menyesal dengan keputusannya?
Repost from EBOOK - FAWRAA
TRIO DUDA HOT
jualan trio sahajaa RM27
Sah shg 20/6
Duda Not Available
https://t.me/ebookfawraa/8794
Proposal Cinta Si Duda
https://t.me/ebookfawraa/8796
Terkahwin Tuan Duda
https://t.me/ebookfawraa2/4229
http://www.wasap.my/601136955188/TRIO_DUDA_HOT_RM27
*TUAN FALIQ EISA, TERKAHWIN TUAN DUDA by DheyaWang*
“Kalau mereka itu suami yang baik, mereka tak akan jadi duda.”
Itu prinsip Anisha Maisara. Dan sebab itu juga dia menjauh daripada mana-mana lelaki yang bergelar duda.
Namun malangnya, takdir langsung tak peduli dengan prinsip hidupnya.
Selepas berbulan-bulan menganggur, Anisha akhirnya diterima bekerja di sebuah syarikat ternama. Namun, keterujaannya tidak bertahan lama.
Kerana bos baharunya ialah Faliq Eisa. Lelaki yang pernah dia kenal. Lelaki yang pernah dia benci. Bekas tunangnya 5 tahun yang lepas.
Dan Faliq tidak sepatutnya muncul lagi dalam hidupnya lagi, dan bukan dengan cara ini.
“Awak masih bencikan saya?” - FALIQ EISA
“Kenapa tanya soalan yang awak sendiri dah tahu?” - ANISHA MAISARA
Anisha fikir itu sudah cukup menyeksakan. Rupa-rupanya belum. Kerana ada satu perkara tentang Faliq Eisa yang langsung tidak pernah dia tahu.
“Saya nak kenalkan seseorang kepada awak.” - FALIQ EISA
“Siapa?” - ANISHA MAISARA
“Anak saya.” - FALIQ EISA
Anak? Tunggu. Anak?
Jadi siapa sebenarnya Faliq Eisa? Apa hal yang dia tak pernah tahu selama 5 tahun mereka tak bersua muka lagi?
Dan kenapa daripada berjuta lelaki dalam dunia ini, dia juga yang muncul semula dalam hidup Anisha?
Sedangkan Anisha tahu, lelaki itu adalah lelaki yang tidak patut dia cintai lagi.
MARYAM ANTARA LUKA
SINOPSIS :
Dua dunia berbeza disatukan di bawah satu ikatan sah, namun terasa begitu menyakitkan. Segalanya termeterai melalui ikrar suci antara dua jiwa yang tidak pernah sehaluan.
Siti Maryam. Orang kata, itu nama terindah yang pernah diberikan oleh arwah ibu kepadanya. Namun, di mata seorang Firman Uqasyah, Maryam hanyalah anak kepada perampas kebahagiaan rumah tangga orang lain. Firman menjadi saksi keruntuhan rumah tangga ibunya, Puan Ummu, semenjak dia meningkat dewasa.
Ibu kau perempuan jalang, Siti!
Tak habis bapa Anis, bapa Hajar pulak!
Mak kau memang janda tak tahu malu!
Firman Uqasyah. Dahulu dia tidak mahu termakan akan momokan bahawa ibu Siti Maryam itu bukan perempuan yang baik. Namun, apabila mamanya sendiri merasai pengalaman itu, kebencian terhadap Siti Maryam tertanam dengan sendirinya. Menginjak dewasa, mereka berpisah hala.
Siti Maryam terus mekar dalam luka dan kepiluan. Dibenci, dipinggirkan dan dihukum atas dosa yang tidak pernah dilakukannya. Sehinggalah satu peristiwa akhirnya menyatukan mereka.
Bagi Firman, inilah peluang untuknya membalas segala luka yang pernah ditinggalkan oleh arwah itu terhadap keluarganya. Sebuah rumah yang dahulu teguh berdiri, akhirnya rebah satu per satu tiangnya. Yang akhirnya meninggalkan serpihana kenangan dan hati yang musnah di dalamnya.
Merampas ikatan suci sepasang kekasih!
Tapi, Firman silap percaturan. Semakin menyakiti, semakin cinta itu berkecai. Diragut tanpa belas sehinggalah yang tinggal hanya luka yang semakin dalam dan berdarah.
Dendam hanya memakan dirinya! Si teruna menyimpan cinta terhadap si dara semenjak zaman sekolah, yang akhirnya terpaksa dikuburkan dek kebencian. Cinta itu hadir sekali lagi di celah hati perlahan-lahan.
Mampukah sebuah ikatan yang terbentuk itu menongkah badai?
Mampukah seorang suami menutup mata dan memeluk tubuh yang semakin lemah itu? Atau akhirnya memilih untuk biarkan wanita itu lenyap perlahan-lahan seperti bayangan mimpi?
MENCARI SERPIHAN RINDU
Sinopsis :
Dari kecil, hidup seorang Dhia Latisya tidak berlangsung mudah. Selepas kematian ibu dan abahnya hidup dia dan adiknya bagaikan di neraka dunia. Menumpang kasih di rumah mak lang, bagaikan tiada ruang untuk dia merasakan hangatnya kasih yang didambakan.
“Kau tak payah nak menangis depan akulah. Air mata kau tu, aku dah tak hairan! Hish, meluat betul aku tengok air mata kau ni! Kau dengan arwah mak kau sama aje. Suka sangat buat drama supaya orang kasihan.” - Mak lang Karina.
Tak hanya mak lang, kasih yang baru tersemai juga turut dikhianati, lelaki yang hampir membuatnya jatuh cinta pula ditangkap khalwat bersama dengan sepupunya. Malah tak cukup dengan khianat, lelaki itu juga hampir meragut maruahnya.
“Memang aku gila, aku gilakan kau! Kau menjerit pun sia-sia, takkan ada orang yang akan percayakan kau. Zana lebih percayakan aku.” - Badrul.
“Kau cakap, kau buat apa dekat kakak aku setan?” -Hesyam.
“Hesyam! Tolong, jangan…Kakak cuma ada adik seorang saja dalam dunia ni. Kalau Hesyam tak ada, siapa nak jaga kakak?” -Lati
Tragedi itu, bagaikan satu titik hitam dalam hidup Lati. Bermula dari situ, dia perlu kehilangan satu demi satu orang-orang yang dia sayang. Ujian yang datang menghentamnya bertubi-tubi. Namun Lati tetap percaya dan reda dengan takdir yang tercipta untuknya.
Dan, detik itu juga takdir telah menemukan dia dengan seseorang.
“Saya merayu kat awak, tolong jangan sentuh saya…” -Lati
“Sumpah long, kau ingat aku sangap sangat ke dengan perempuan sampai tak boleh beza baik buruk… Nanti bila dia dah sedar, along tanya sendiri pada dia. Kalau betul uda ada cabul dia, along bawak dia pergi balai buat report. Sumbat adik along ni dalam lokap.” - Reza.
“Yang kau pun satu! Kau baru kenal anak teruna aku ni, kenapa kau ikut dia? Mudah sangat kau serah diri, mana letak maruah kau?” -Puan Nani.
Mungkinkah pertemuan tanpa sengaja, yang pada awalnya bermula dengan salah faham itu akan membuka lembaran baru dalam hidupnya?
“Hidup saya macam langit tu, kosong, gelap, sunyi. Dan bintang-bintang tulah penyeri.” - Lati.
“Kalau macam tu, biar aku jadi bintang.” -Reza.
“Sampai masa bintang pun akan tinggalkan saya walaupun saya selalu berharap yang bintang-bintang tu takkan pernah pergi…tapi sayangnya saya tak mampu nak halang. Hakikatnya bintang tu tetap akan hilang bila siang menjelma.” -Lati
“Kau salah. Bintang tak pernah hilang, dia selalu ada dekat dengan langit. Hanya waktu siang dia tak bersinar supaya nanti malam cahayanya yang paling terang dalam gelap. Kalau diberi peluang aku nak jadi bintang, supaya selalu dekat dengan langit.” -Reza
Kasih dihulur, namun Lati masih ragu. Benarkah setelah bintang mula bersinar, langit tidak akan lagi kesepian seperti yang dijanjikan dalam dongeng sebuah cinta?
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
