EBOOK FAWRAA ||
Kanalga Telegramâda oâtish
Nak Ebook Pain² Sedih/Red Flag/KRT come heree Berminat untuk order đ http://www.wasap.my/601136955188/sayanakbeliebook Main : @ebookfawraa
Ko'proq ko'rsatish741
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-17 kunlar
-430 kunlar
Postlar arxiv
KOMBO CINTA ARTIS
1 EBOOK RM14
KOMBO RM24
Buy2Free2 sah shg 14/9
Cinta Hati Thaqif Iman
https://t.me/ebookfawraa2/4574
PA Aku Artis Aku
https://t.me/ebookfawraa/9432
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_CINTA_ARTIS_RM24_B2F2
BLURB â CINTA HATI THAQIF IMAN | NUR ISMA
Thaqif Iman menolak untuk menjadi pemilik Bayu Angsana Resort serta menguruskan resort itu. Sebaliknya, dia memilih Assistant. Hanya seorang pekerja biasa tanpa sesiapa pun mengetahui bahawa dialah pemilik sebenar Bayu Angsana Resort.
âWalid, Qif tak nak uruskan resort tu. Walid boleh serahkan pada abang.â â Thaqif
Pertemuan pertama dengan Qaireen membuatkan Thaqif mula suka mengusik gadis itu. Apatah lagi Qaireen baru sahaja bekerja di resort yang sama.
âMasuk jamban pun kena bayar, makcik panda oiiâŚâ â Thaqif
Bermula daripada usikan, akhirnya Thaqif jatuh cinta pada gadis yang berjaya membuatkan hatinya berbunga. Mencintai dan dicintai seseorang adalah satu perasaan yang tidak dapat dihalang apabila hati sudah memilih. Lebih-lebih lagi apabila dia menemukan seseorang yang tidak pernah menilai dirinya berdasarkan harta dan kemewahan.
âAwak panggil saya makcik?â â Qaireen
âBetullah. Makcik kan?â â Thaqif
âSaya ni nampak macam makcik ke?â â Qaireen
âMarah nampak comel pulaâŚâ â Thaqif
Namun, keadaan mula berubah apabila Thariq muncul untuk menguruskan resort dan semua staf menganggap lelaki itu sebagai pemilik sebenar Bayu Angsana Resort. Dalam masa yang sama, Thariq mula rapat dengan Qaireen.
Api cemburu mula membara dalam hati Thaqif.
âAwak sengaja nak dekat dengan Thariq tu, kan?â â Thaqif
âSaya ni nampak macam desperate nakkan harta orang, Qif? Saya ni nampak macam mata duitan sangat ke, Qif?â â Qaireen
Salah faham demi salah faham membuatkan hubungan mereka semakin rumit. Thaqif pula terpaksa berdepan dengan rasa tidak yakin apabila menyangka Qaireen mungkin memilih Thariq kerana kekayaan dan kedudukannya.
Dalam kekusutan itu, satu kebenaran akhirnya terbongkar.
Mampukah cinta yang bermula dengan usikan itu berakhir dengan sebuah ikatan yang kekal?
KOMBO PILIHAN HATI
Sah shg 30/9
1 EBOOK RM14
KOMBO RM27
Calon Isteri Pilihan Mikhael
https://t.me/ebookfawraa/9429
Hayder Haq Bukan Suami Pilihan Hati
https://t.me/ebookfawraa2/4571
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_PILIHAN_HATI_RM27
HAYDER HAQ :
BUKAN SUAMI PILIHAN HATI
BLURB
âKau dengar sini! Jangan ingat bila kau dah jadi isteri aku, aku akan layan kau dengan baik. Jangan mimpi! Aku jijik dengan kau! Anak dalam kandungan kau itu bukan anak aku. Aku cuma kambing hitam kau, kan?â - Hayder Haq
Satu fitnah telah memusnahkan kehidupan Airyn Dinara dalam sekelip mata.
Semuanya bermula apabila Manisah, tunang Hayder Haq, menuduh Airyn mengandungkan anak hasil hubungan terlarang dengan lelaki itu. Walaupun berkali-kali Airyn menafikannya, tiada seorang pun yang mahu mempercayai kata-katanya.
Demi menutup aib keluarga yang kononnya telah tercipta, Hayder terpaksa menikahi Airyn atas dasar tanggungjawab, bukan kerana cinta.
Namun, perkahwinan itu bukanlah penyelamat buat Airyn. Sebaliknya, ia menjadi sebuah hukuman yang harus ditanggungnya setiap hari.
Dia dihina, dipandang jijik dan dipersalahkan atas dosa yang tidak pernah dilakukannya. Lebih menyakitkan, Hayder terus mendesaknya untuk memberitahu tempat Manisah bersembunyi. Bagi lelaki itu, Airynlah punca tunangnya menghilangkan diri tanpa khabar.
Sedangkan tiada siapa tahu, dalang di sebalik segala kekacauan itu ialah Manisah sendiri.
Namun, mengapa Airyn memilih untuk berdiam diri? Rahsia apakah yang disembunyikannya sehingga dia sanggup menggantikan tempat Manisah dan menanggung kebencian Hayder?
Apabila kebenaran akhirnya terbongkar, mampukah Hayder menerima hakikat bahawa wanita yang paling dibencinya itu sebenarnya telah mengorbankan segala-galanya demi dirinya?
Atau penyesalan Hayder sudah terlambat untuk menyembuhkan hati Airyn yang telah hancur?
+2
FEEDBACK TUAN DZARHAM HER UNEXPECTED HERO
1 EBOOK RM10
last promo esokkâď¸đĽ
Sinopsis đ
Ebuku : Kau Buat Semesta Tersenyum
PPÂ : 29k
MSÂ : 264
KAU BUAT SEMESTA TERSENYUM : SINOPSIS
SETELAH kehilangan Athirah, Nurin dan Husna yang sama-sama membesar dengan Athirah di Rumah Asuhan Patimah (RAP) menerima sepucuk surat. Athirah telah meninggalkan wang kepada mereka beserta satu senarai pendek perkara-perkara yang ingin Athirah lakukan bersama mereka, tetapi tidak berkesempatan.
Terkejut dengan wasiat kecil itu, Nurin dan Husna mengambil keputusan untuk melaksanakan tiga perkara yang dipinta Athirah. Tanpa diduga, tindakan itu menemukan semula mereka dengan Azran, seorang jejaka yang pernah dicintai Husna.
Azran bujang, berjaya dan baik hati; namun bila dia memberi tahu Zahir, seorang lagi penghuni RAP tentang rakan lama mereka Nurin dan Husna, Zahir seolah tidak suka. Sikap dinginnya membuat Nurin menjauhkan diri, sekali gus menjadi penghalang bermulanya hubungan baik Husna dengan Azran.
Nurin dapat mengagak apa sebabnya Zahir bersikap begitu, tapi demi menjaga maruah Zahir dan menutup sebuah episod hitam dalam hidup mereka, dia terpaksa membiarkan Zahir mengeruhkan segalanya.
đš SINOPSIS
đš DEDALU DI HATI SAKINAH
⨠Seperti dedalu api, hinggap di pohon kayu
Sakinah hidupnya hanya biasa biasa. Dia hanya tahu menjadi anak yang taat, dia hanya tahu nasib keluarga berada di tangannya. Sedangkan takdir hidupnya tiris dalam genggaman. Alasan keluarga itu lah yang membawa duka dalam kehidupan Sakinah.
Jodoh yang di atur, hati yang akur menerima menyebabkan Sakinah menjadi pohon yang menumpangkan DEDALU DI hatinya. Indah kelihatan pada awalnya namun akhirnya dedalu itulah yang berakar hingga melukakan hati Sakinah. Curang bukan tentang memilih cinta lain, curang apabila dibohongi dengan kepalsuan kebaikan yang berpura-pura. Siapa sangka Sakinah lah tempat di mana segunung harapan di sandarkan dalam diam, Sakinah lah tempat untuk meletakkan segala kesalahan seorang suami dan anak kepada keluarga suaminya.
Sakinah yang terluka bangkit dengan keyakinan diri, semangat yang ditiup ke dalam hati, demi keluarga kecilnya sendiri, dia tidak lagi peduli... Tak mahu meratap menangis nasib dia terus berjalan dan berjuang.
Mampukah Sakinah menjadi ibu sekaligus ayah kepada anak - anaknya. Mampukah Sakinah merawat luka di hatinya dan menerima kehadiran insan lain yang membawa cinta sedangkan dedalu itu sudah meninggalkan parut yang sangat dalam di hatinya.
400+ mks
SINOPSIS GALAU DI HATI NABIHA
Patah Perkataan : 20K++
Mukasurat :345
Kerana mengalah bukan bermaksud kalah, dan berdiam diri bukan bererti tiada maruah."
Demi arwah abahnya, Nabiha rela mengorbankan kerjaya dan masa depannya. Namun, selepas pemergian abahnya, beban menjaga Mak Biah yang uzur tetap tergalas di bahunya seorang. Di mata Mak Biah, tiga anak lelakinya,Bahrin, Bazlan, dan Bahri yang sentiasa dipuji melangit tinggi kerana berkerjaya hebat. Nabiha pula dipandang sebelah mata, dituduh 'tiada komitmen' dan memang selayaknya menjadi penjaga di rumah.
Duka Nabiha mencapai kemuncak apabila tunangnya memutus pertunangan secara kejam di ruang wad hospital, tempat ibunya sedang dirawat dengan alasan Nabiha seorang wanita yang tiada masa depan. Bukan pembelaan yang diterima daripada Mak Biah, sebaliknya hanya kemarahan dan penghinaan yang terus dihamburkan kepadanya.
Dalam runtuhan emosi dan jiwa yang retak, hadir Doktor Fahmi. Kata-kata dan nasihat doktor muda itu memberi sinar baharu, membakar semangat Nabiha untuk bangkit mempertahankan haknya.
Dengan tekad yang bulat, Nabiha menyusun strategi. Dia melangkah pergi, membiarkan abang-abangnya merasai sendiri apa yang dia lalui. Apabila seorang demi seorang anak jantan kesayangan Mak Biah tewas dan terduduk menguruskan kerenah ibu mereka, ego yang melangit akhirnya runtuh diganti penyesalan yang membakar jiwa.
Mampukah pintu kemaafan Nabiha terbuka semula selepas sekian lama dilukai? Dan di manakah akhirnya pelabuhan kasih yang hakiki buat seorang wanita bernama Nabiha?
KOMBO MR PILOT
Sah shg 31/8
1 EBOOK RM14
KOMBO RM27
Suami Pilot Isteri Tomboi
https://t.me/ebookfawraa/9371
Kapten Firaz El Akif Takdir Yang Tertangguh
https://t.me/ebookfawraa2/4558
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_MR_PILOT_RM27
KAPTEN FIRAZ EL AKIF :
TAKDIR YANG TERTANGGUH
Blurb
âSaya tak minat nak bersama dengan playboy cap ayam macam awak. Gaya awak langsung tak berubah. Dasar mata keranjang. Good bye, Kapten Firaz El Akif.â INARA.
Takdir mempunyai jalan cerita yang aneh apabila Inara dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah menghancurkan hatinya. Bila dia ingin dijodohkan dengan Firaz, Inara mengamuk besar.
Kalau hanya Firaz lelaki yang ada dalam dunia ini sekalipun, dia tidak sudi untuk berkahwin dengan kapten kapal terbang itu. Titik!
âBoleh tahan garang awak sekarang. Memang langsung tak ada perasaan dengan saya lagi ke?â - FIRAZ.
âSaya tak sudi.â - INARA.
Namun perkahwinan yang dirancang itu berlaku juga walaupun tanpa kerelaan Inara. Dalam terpaksa, Firaz sah menjadi suaminya. Suka ataupun tidak, dia harus terima kenyataan itu.
âHanya awak yang ada dalam hati abang sekarang, sayang. Yang lain, bukan pemenangnya. Pada akhirnya, awak yang berjaya menjadi isteri saya.â - FIRAZ.
Firaz berusaha untuk dapatkan kepercayaan si isteri. Dia akan lakukan apa saja untuk menjadi yang nombor satu dalam hati Inara.
âAbang kenal Bashira?â - INARA.
Namun, bukan mudah untuk kekalkan bahagia yang ada. Pasti ada badai yang cuba meruntuhkan segalanya. Bila kepercayaan Inara hilang, Firaz seakan hilang arah.
âDalam hati abang, hanya ada awak, sayang. Tak kira berapa ramai manusia yang cuba pisahkan kita, semua itu tak akan berlaku kerana abang akan pertahankan hubungan suci kita sampai akhir hayat.â
Itu janji Firaz. Walau apapun yang berlaku, dia akan sentiasa mencintai Inara.
âTerima kasih, abang. Untuk segalanya.â - INARA.
Mampukah rumahtangga yang dibina itu kekal buat selamanya? Ataupun hubungan suci itu akan terputus begitu saja?
Semuanya boleh disaksikan dalam nukilan kecil ini. " KAPTEN FIRAZ EL AKIF : TAKDIR YANG TERTANGGUH "
KOMBO CINTA VVIP
Sah shg 15/9
1 EBOOK RM16
KOMBO RM28
Tawanan Cinta Mr Ceo
https://t.me/ebookfawraa/9368
Penyondol 3502
https://t.me/ebookfawraa2/4555
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_CINTA_VVIP_RM28
PENYONDOL 3502 : MEJAR BILAL BAIHAQQI
Humaira Anati
BLURB
SEPULUH tahun lalu, Rose Ladeena pernah menjadi isteri kepada lelaki yang paling dicintainya.
         Bilal Baihqqi bin Datoâ Badrol.
         Malangnya, perkahwinan atas dasar cinta itu hanya bertahan beberapa bulan dek tuntutan emosi dan ego semata-mata. Bilal terlalu sibuk mengejar cita-cita dalam kententeraan, sedangkan Rose pula mendambakan kasih sayang dan masa dari seorang suami.
         Akhirnya, mereka ambil jalan mudah. Mereka berpisah!
         Bagi BILAL BAIHAQQI, Rose hanyalah wanita yang tidak mampu memahami tuntunan hidup dia sebagai lelaki beruniform. Bagi ROSE LADEENA pula, Bilal adalah suami yang membuatkan dia paling sunyi ketika mereka jauh dari keluarga masing-masing.
         Sepuluh tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula.
         Rose dikenali sebagai âcleanerâ yang berdikari, keras kepala dan terkenal dengan mulut yang tidak bertapis. Manakala Bilal telah menjadi seorang juruterbang kebanggaan TUDM.
         Pertemuan semula mereka langsung tidak manis!
âSepuluh tahun aku tak jumpa kau, sekali jumpa rupanya kau dengan suami orang?â â MEJAR BILAL BAIHAQQI
âAre you being serious, Rose Ladeena? Penyondol?â
Rose hampir hilang akal. Jawapan Rose mudah.
âApa kau merepek ni, setan!â â ROSE LADEENA
Lelaki yang pernah menceraikannya itu masih sama. Suka menyibuk, suka mengarah dan paling menyakitkan hati... berlagak seolah-olah nak lindungi dia!
Tapi, dia rasa. Segila-gila Bilal, keluarga mentuanya dan keluarganya sendiri lebih gila!
Kelurga dia merancang sesuatu. Dia sangka dia dipaksa berkahwin dengan lelaki asing yang dia tidak kenali langsung. Rupanya...
Calon itu... duda dia sendiri!
Dulu mereka bercerai dek tidak tahu cara mencintai dengan cara yang betul meskipun saling mencintai.
Kini mereka dipaksa bersatu semula untuk belajar mencintai orang yang sama â buat kali kedua... Dengan cara yang sewajarnya. Dapatkah mereka?
