EBOOK FAWRAA ||
الذهاب إلى القناة على Telegram
Nak Ebook Pain² Sedih/Red Flag/KRT come heree Berminat untuk order 👇 http://www.wasap.my/601136955188/sayanakbeliebook Main : @ebookfawraa
إظهار المزيد735
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-17 أيام
-630 أيام
أرشيف المشاركات
AZKALILY BAHAGIA YANG DICURI
⚪️SINOPSIS⚪️
Hati anak mana yang tak hancur apabila mengetahui papanya selama ini dianggap sibuk bekerja, sebaliknya menghabiskan masa bersama skandal di sebuah hotel.
Lebih mengejutkan, wanita yang disangka sekadar skandal itu rupanya isteri kedua papanya.
“She’s not mistress, but my wife.” - Encik Nazem
“Tiga tahun papa kahwin, habiskan masa papa dengan isteri baru papa, abaikan isteri dan anak kandung papa sendiri… Dan sekarang, papa muncul macam tak pernah buat salah kepada mama dan Azka?” - Nur Azka
Tiga tahun.
Selama tiga tahun jugalah Puan Amna hidup sebagai seorang isteri tanpa mengetahui bahawa suaminya telah membina keluarga lain di belakangnya. Namun, pengkhianatan itu belum berakhir…
“Punggah semua barang kau, pergi dari sini. Sekarang rumah ni dah jadi hak milik aku.” - Maria Imelda
Ketika Puan Amna masih terluka dengan pengkhianatan suaminya, dia pula dihalau dari rumah dan kereta Nur Azkalily juga dirampas. Tinggallah Azka bersama mamanya, terkontang-kanting tanpa tempat untuk dituju.
Sedangkan papanya? Sibuk berbahagia bersama bini muda dan anak tirinya.
Sehinggalah Doktor Isa Ajwad muncul dan menawarkan tempat tinggal sementara buat Azka dan mamanya, atas tiket ‘kawan’.
Namun, Maria Imelda bukan sekadar mahu merampas suami Puan Amna. Dia inginkan semua hak bekas madunya itu jatuh dalam genggamannya.
Namun, bila satu demi satu rahsia di sebalik perkahwinan papanya dengan Maria terbongkar, Azka mula menyedari… Maria seorang wanita yang sangat licik.
🟢SINOPSIS🟢
Bagi Aleesya Qaireen, melupakan masa lalu bukan semudah meninggalkan sebuah kota. Ada luka yang masih menghantui tidurnya, ada ketakutan yang membuatkan dia sukar mempercayai lelaki, dan ada seorang manusia yang tidak pernah berhenti merosakkan hidupnya.
Danish Raqib, lelaki yang pernah dicintainya sepenuh hati, kini berubah menjadi mimpi ngeri yang enggan melepaskannya. Selepas merampas ketenangan dan maruahnya, Danish masih berani menuntut Aleesya kembali ke sisinya.
“Kalau aku tak boleh bahagia dengan kau, jangan harap kau boleh bahagia dengan lelaki lain.”
Aleesya menyangka hidupnya akan terus terperangkap dalam kegelapan sehinggalah takdir menemukan dia dengan Hariz Mikael. Lelaki yang bukan sahaja menyelamatkannya, malah menerima segala luka yang selama ini cuba disembunyikannya.
Buat pertama kali, Aleesya berani membuka hatinya. Dia berkahwin dengan Hariz, berharap rumah tangga mereka menjadi tempat paling selamat untuknya kembali bernafas.
Namun, dia terlupa bahawa bukan semua orang akan menerima kehadirannya.
Puan Sri Marlia, ibu kepada Hariz, menganggap Aleesya tidak layak menjadi menantunya. Fitnah demi fitnah dilemparkan, setiap kesilapan diperbesarkan, malah kebahagiaan mereka cuba diruntuhkan dari dalam.
“Mama tak suka perempuan tu! Entah apa yang dia dah buat sampai Hariz sanggup membelakangkan mama sendiri!”
Hariz hanya memandang ibunya dengan rahang mengetat.
“Hariz tetap anak mama. Tapi Aleesya isteri Hariz. Selagi dia tak bersalah, Hariz takkan biarkan sesiapa pun pijak dia, termasuk keluarga Hariz sendiri.”
Ketika Aleesya mula percaya bahawa cintanya mampu menyembuhkan segala luka, Danish kembali membawa ancaman yang jauh lebih berbahaya. Rahsia lama terbongkar satu demi satu, dan orang yang selama ini kelihatan paling baik mula menunjukkan wajah sebenar.
Mampukah Hariz melindungi wanita yang dicintainya daripada masa lalu yang kembali memburu mereka?
Atau kali ini, musuh mereka berada lebih dekat daripada yang Aleesya sangka?
+1
Najwa Sabar Seorang Perempuan
Rm16
380ms
https://t.me/ebookfawraa2/4371
http://www.wasap.my/601136955188/NAJWA_SABAR_SEORANG_PEREMPUAN_RM16
🥀 SINOPSIS ISTERI DIJANDAKAN DEMI JANDA 🥀
Anisa merupakan anak angkat kepada pasangan Dato’ Jefri dan Datin Saliza. Sejak kecil, dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan dianggap seperti anak kandung sendiri.
“Masuklah sayang, ni rumah baru kamu.” -Datin Saliza
“Welcome home, anak papa.” -Dato' Jefri
Anisa membesar bersama Firdaus, anak lelaki tunggal pasangan itu.
“Siapa ni?” -Firdaus
“Daus, ni adik Daus.” -Dato' Jefri
“Adik Daus? Daus ada adik? Yeayyyy! Daus nak ajak adik main Spiderman!” -Firdaus
Mereka berkongsi rumah, kenangan dan kasih sayang yang sama sehinggalah takdir menentukan bahawa hubungan mereka bakal berubah menjadi ikatan suami isteri.
Ketika kesihatannya semakin merosot, Dato’ Jefri mula memikirkan masa depan kedua-dua anak yang amat disayanginya. Sebelum dijemput menghadap Ilahi, dia menyampaikan hasrat agar Anisa dan Firdaus disatukan dalam sebuah perkahwinan.
“Papa nak Anisa dan Daus disatukan. Sekurang-kurangnya papa tahu Daus boleh jagakan kamu, masa depan kamu akan terjamin dan Daus akan melindungi kamu selamanya, Anisa. Begitu juga sebaliknya, papa yakin kamu wanita yang selayaknya untuk Daus.” -Dato' Jefri
Namun, Firdaus menolak hasrat itu sekeras-kerasnya. Baginya, Anisa tidak lebih daripada seorang adik yang membesar bersamanya. Dia tidak pernah membayangkan wanita itu sebagai teman hidup.
“Daus sayang Anisa sebagai adik, papa. Tak lebih dari tu.” -Firdaus
Akan tetapi, setelah berkali-kali dipujuk oleh Datin Saliza, Firdaus akhirnya mengalah demi memenuhi hasrat terakhir arwah bapanya.
“Kamu tak kesian pada papa?” -Datin Saliza
“Baik, Daus boleh terima semua ni sebab papa. Jangan harap lebih daripada itu.” -Firdaus
Pernikahan itu pada awalnya disangka bakal menjadi permulaan sebuah kehidupan yang bahagia. Anisa melangkah ke alam rumah tangga dengan harapan agar kasih yang dipendamnya selama ini akhirnya berbalas. Dia berusaha menjadi isteri yang baik, menjaga rumah tangga dan memberikan sepenuh kesetiaan kepada lelaki yang dicintainya.
“Tak apa, Anisa. Ini baru permulaan. Masih banyak masa untuk kau ambil hati dia.” -Anisa
Malangnya, kebahagiaan yang diimpikan hanya tinggal angan-angan.
Firdaus tidak pernah benar-benar menerima Anisa sebagai isterinya. Hatinya semakin hanyut dalam percintaan dengan seorang janda sehingga dia mula mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak sendiri.
“Papa dah tak suka main dengan Qayyum ka, mama?” -Qayyum
“Eh, jangan cakap macam tu. Papa sayang Qayyum. Papa sayang mama dan adik juga.” -Anisa
Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berteduh bertukar menjadi medan penderitaan. Anisa terpaksa menelan air mata, memendam kecewa dan membesarkan anak-anak dengan kasih sayang yang sepatutnya mereka terima daripada kedua-dua ibu bapa.
“Dulu kalau abang balik Qayyum orang pertama yang abang cari. Sekarang, Qayyum perlu tunggu abang sampai tertidur. Qaira pula? Budak tu dah boleh menapak pun abang tak tahu, kan?” -Anisa
“Awak duduk rumah pandai- pandailah urus anak-anak. Anak okey saja. Awak yang lapar perhatian.” -Firdaus
Lebih menyakitkan, anak-anak yang tidak mengerti apa-apa turut menjadi mangsa keegoan dan kelalaian seorang ayah. Mereka membesar dengan kerinduan terhadap perhatian seorang lelaki yang masih bergelar bapa, tetapi semakin jauh daripada kehidupan mereka sendiri.
“Panasnya, sayang… Ya Allah, Qayyum... bangun, sayang. Bangun.” -Anisa
“Qayyum nak papa…” -Qayyum
Demi mempertahankan rumah tangga, Anisa terus bertahan. Dia percaya bahawa suatu hari nanti Firdaus akan sedar akan kesilapannya dan kembali menjadi suami serta ayah yang bertanggungjawab.
Namun, sampai bilakah seorang wanita harus mengorbankan kebahagiaannya demi lelaki yang tidak pernah menghargai pengorbanannya?
KOMBO SECOND CHANCE
Jualan kombo sahaj RM24
Yang Pernah Aku Lepaskan
Mencintaimu Untuk Kedua Kali
BLURB
Hampir dua tahun selepas perceraian mereka, Esha Irdina tidak pernah menyangka dia akan bertemu semula dengan bekas suaminya. Nail Farhan kembali dengan satu tujuan. Iaitu memikat hati wanita yang pernah menjadi isterinya. Walaupun perkahwinan mereka sudah lama berakhir, Nail tidak mampu menafikan hakikat bahawa dia masih mencintai Esha. Malah, dia menyesali segala yang pernah berlaku antara mereka.
Namun, Esha yang dikenalinya dahulu bukan lagi wanita yang sama. Sejak kejadian itu, Esha tidak mahu berhadapan dengannya, apatah lagi memberi peluang kedua. Bagi Esha, Nail ialah punca di sebalik kehilangan yang terpaksa ditanggungnya. Lelaki itu terlalu mengutamakan kerja hingga sering membiarkan dia menunggu, dengan satu perkataan yang tidak pernah lekang daripada bibirnya. Nanti. Sehinggalah perkataan itu menjadi antara sebab yang memisahkan mereka.
“Saya menyesal dengan apa yang jadi antara kita. Saya tahu, saya banyak buat salah. Saya tahu, saya tak sepatutnya biarkan awak rasa macam awak hadap semuanya seorang diri.” — Nail
“Awak ingat dengan maaf tu, apa yang awak dah hilang boleh kembali semula?” — Esha
Namun, Nail enggan mengalah. Semakin Esha menjauh, semakin kuat keinginannya untuk mendapatkan semula hati wanita itu. Dia tahu, luka yang ditinggalkannya bukan sesuatu yang mudah untuk disembuhkan. Dahulu, dia pernah berjanji untuk menjaga Esha, tetapi akhirnya dia sendiri yang memungkiri janji itu. Kesilapannya bukan sekadar membuatkan Esha kehilangan kepercayaan, malah turut meragut sesuatu yang paling berharga dalam hidup wanita itu.
Malangnya, bukan penolakan Esha sahaja yang perlu dihadapinya. Tengku Rizq turut hadir dalam hidup bekas isterinya itu, tanpa pernah berputus asa mengejar wanita yang diingininya. Walaupun berkali-kali ditolak, lelaki itu tetap berkeras untuk memiliki Esha. Dan sanggup melakukan apa saja demi mencapai keinginannya.
“Saya tak minta banyak… Saya tak minta awak cintakan saya sekarang. Saya cuma nak peluang.” — Rizq
Saat Esha berdepan kesusahan, kedua-dua lelaki itu muncul menawarkan bantuan. Namun, dalam keadaan hatinya yang masih terluka, Esha sendiri tidak tahu kepada siapa harus dia berpaling. Dia tidak pernah mencintai Tengku Rizq, tetapi kembali kepada Nail juga bukan pilihan yang sanggup dia pertimbangkan.
Mungkin, menerima lamaran Tengku Rizq ialah jalan terbaik untuk memulakan hidup baharu. Atau mungkin, itulah caranya untuk memastikan Nail akhirnya berhenti mengejarnya.
Mampukah Nail membuktikan bahawa dia sudah berubah dan mendapatkan semula kepercayaan wanita yang masih dia cintai itu? Atau akhirnya, Esha memilih untuk membuka buku baru bersama lelaki yang tidak pernah dia cinta?
YANG PERNAH AKU LEPASKAN
SINOPSIS
Faris bukan lelaki sempurna, tetapi dia sentiasa berusaha menjadi suami terbaik buat Qaireen, wanita yang dicintainya sepenuh jiwa. Sepanjang tiga tahun perkahwinan, Qaireen tidak pernah dibiarkan berasa kekurangan. Makan minumnya dijaga, kehendaknya dituruti dan kebahagiaannya sentiasa menjadi keutamaan. Bagi Faris, melihat Qaireen tersenyum sudah cukup untuk membuat hidupnya terasa sempurna.
Namun, di sebalik kebahagiaan yang terlihat indah, tersimpan satu kekurangan yang mula meresahkan hati Qaireen. Dia mendambakan seorang suami yang mampu membimbingnya lebih dekat kepada Tuhan, memimpin solat berjemaah dan menjadi imam dalam setiap langkah kehidupan. Kehadiran Ustaz Zafran, seorang pendakwah muda yang berilmu dan petah berbicara tentang rumah tangga, perlahan-lahan mengubah pandangannya terhadap Faris.
Apa yang bermula sebagai kekaguman terhadap ilmu akhirnya bertukar menjadi perasaan yang sukar dikawal. Tanpa disedari, Qaireen mula membandingkan suaminya dengan lelaki yang hanya dikenalinya dari jauh. Faris yang selama ini menjadi seluruh dunianya mula terasa tidak lagi mencukupi. Lebih menyakitkan, Qaireen sendiri tidak mengerti mengapa hatinya begitu mudah tergelincir, sedangkan lelaki yang dicintainya tidak pernah berhenti membahagiakan dirinya.
Apabila perasaan itu semakin menghantui, Qaireen terperangkap dalam rasa bersalah, penyesalan dan ketakutan. Dia masih mencintai Faris, tetapi tidak sanggup terus hidup dalam perkahwinan yang dirasakannya tidak lagi adil buat lelaki itu. Akhirnya, dia meminta sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran Faris — perpisahan.
Bagi Faris, permintaan itu ibarat hukuman paling kejam terhadap sebuah cinta yang tidak pernah berbelah bahagi. Dia tidak pernah berhenti menyayangi Qaireen, namun sanggupkah dia terus mempertahankan seorang isteri yang hatinya mula mencari lelaki lain? Dalam keadaan jiwa yang remuk, Faris terpaksa berdepan pilihan paling sukar dalam hidupnya: mempertahankan wanita yang dicintai atau melepaskannya demi kebahagiaan yang mungkin tidak akan pernah menjadi miliknya lagi.
Jika cinta masih utuh, tetapi hati tidak lagi setia pada tempatnya, perlukah seseorang terus bertahan atau belajar melepaskan?
Kerana ada kalanya, kehilangan bukan bermula saat dua insan berpisah. Sebaliknya, ia bermula ketika seseorang masih berada di sisi, tetapi hatinya perlahan-lahan menjauh.
Dan apabila Faris akhirnya memilih untuk melepaskan, mampukah Qaireen menemukan kebahagiaan yang selama ini dicarinya, atau dia bakal menyedari bahawa lelaki yang pernah dilepaskannya itulah cinta yang paling tulus pernah dimilikinya?
30k pp
424 ms
DERITA SEORANG SUAMI
ARENA YIDIN
BLURB
Kerana tragedi, satu pernikahan dituntut demi menutup maruah keluarga yang sudah tercalar. Namun, pernikahan tanpa rela membuatkan hidup Gibran seakan-akan menemui titik penamat.
Masuk dalam keluarga Dato’ Herman membuatkan dia ibarat 'sampah' di mata isterinya Elena.
Sejak itu, rantaian derita silih berganti menyelubungi hidupnya.
“Kita tak sama level, Gib. Kau boleh tolak tapi kau pilih untuk setuju permintaan papa yang tak masuk akal ni. Aku benci kau, Gib!” QISHA ELENA
Dibenci isteri sendiri walaupun menjadi menantu kesayangan kedua mentuanya, tidak mampu membuatkan Gibran berasa lega. Ada saja yang tidak kena dalam kisah rumah tangga mereka.
“Papa cuma minta kamu bersabar dengan El, Gib. Papa tahu kamu boleh bimbing dia. Tapi kalau satu hari kamu dah tak sanggup, papa faham. Papa minta maaf atas semua salah anak papa.” DATO' HERMAN
Gibran cuba bertahan kerana jauh dari sudut hati dia memang kekalkan hati untuk mencintai. Apa daya kerana segala pengorbanan tidak dihargai, sekeping hatinya parah dilukai. Akhirnya dia tekad untuk pergi.
“Saya dah buat keputusan untuk pergi lepas awak pilih untuk keluar dengan Rayyan malam tu, El. Saya pergi ke kelab tu untuk tengok awak kali terakhir, tapi... lain pula yang jadi...” GIBRAN RAFFI
Mampukah Elena dan Gibran bersatu semula setelah hati lelaki itu sudah pasrah untuk melepaskan? Bagaimana pula dengan hati Elena yang sudah mula belajar mencintai setelah ditinggal pergi?
Bisakah derita seorang suami akan berakhir dengan satu kata maaf?
EBOOK OKTOBER/DISEMBER
Sah shg 15/12
1 EBOOK - RM15
KOMBO RM20
Mak Jemah The Real Wife Comeback
https://t.me/ebookfawraa2/4791
Cinta Pre Loved
https://t.me/ebookfawraa/9982
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_OKTDIS_RM20_RMA
