EBOOK FAWRAA ||
Ir al canal en Telegram
Nak Ebook Pain² Sedih/Red Flag/KRT come heree Berminat untuk order 👇 http://www.wasap.my/601136955188/sayanakbeliebook Main : @ebookfawraa
Mostrar más742
Suscriptores
+124 horas
-17 días
-430 días
Archivo de publicaciones
+2
FEEDBACK TUAN DZARHAM HER UNEXPECTED HERO
1 EBOOK RM10
last promo esokk❗️🔥
Sinopsis 👇
Ebuku : Kau Buat Semesta Tersenyum
PP : 29k
MS : 264
KAU BUAT SEMESTA TERSENYUM : SINOPSIS
SETELAH kehilangan Athirah, Nurin dan Husna yang sama-sama membesar dengan Athirah di Rumah Asuhan Patimah (RAP) menerima sepucuk surat. Athirah telah meninggalkan wang kepada mereka beserta satu senarai pendek perkara-perkara yang ingin Athirah lakukan bersama mereka, tetapi tidak berkesempatan.
Terkejut dengan wasiat kecil itu, Nurin dan Husna mengambil keputusan untuk melaksanakan tiga perkara yang dipinta Athirah. Tanpa diduga, tindakan itu menemukan semula mereka dengan Azran, seorang jejaka yang pernah dicintai Husna.
Azran bujang, berjaya dan baik hati; namun bila dia memberi tahu Zahir, seorang lagi penghuni RAP tentang rakan lama mereka Nurin dan Husna, Zahir seolah tidak suka. Sikap dinginnya membuat Nurin menjauhkan diri, sekali gus menjadi penghalang bermulanya hubungan baik Husna dengan Azran.
Nurin dapat mengagak apa sebabnya Zahir bersikap begitu, tapi demi menjaga maruah Zahir dan menutup sebuah episod hitam dalam hidup mereka, dia terpaksa membiarkan Zahir mengeruhkan segalanya.
🌹 SINOPSIS
🌹 DEDALU DI HATI SAKINAH
✨ Seperti dedalu api, hinggap di pohon kayu
Sakinah hidupnya hanya biasa biasa. Dia hanya tahu menjadi anak yang taat, dia hanya tahu nasib keluarga berada di tangannya. Sedangkan takdir hidupnya tiris dalam genggaman. Alasan keluarga itu lah yang membawa duka dalam kehidupan Sakinah.
Jodoh yang di atur, hati yang akur menerima menyebabkan Sakinah menjadi pohon yang menumpangkan DEDALU DI hatinya. Indah kelihatan pada awalnya namun akhirnya dedalu itulah yang berakar hingga melukakan hati Sakinah. Curang bukan tentang memilih cinta lain, curang apabila dibohongi dengan kepalsuan kebaikan yang berpura-pura. Siapa sangka Sakinah lah tempat di mana segunung harapan di sandarkan dalam diam, Sakinah lah tempat untuk meletakkan segala kesalahan seorang suami dan anak kepada keluarga suaminya.
Sakinah yang terluka bangkit dengan keyakinan diri, semangat yang ditiup ke dalam hati, demi keluarga kecilnya sendiri, dia tidak lagi peduli... Tak mahu meratap menangis nasib dia terus berjalan dan berjuang.
Mampukah Sakinah menjadi ibu sekaligus ayah kepada anak - anaknya. Mampukah Sakinah merawat luka di hatinya dan menerima kehadiran insan lain yang membawa cinta sedangkan dedalu itu sudah meninggalkan parut yang sangat dalam di hatinya.
400+ mks
SINOPSIS GALAU DI HATI NABIHA
Patah Perkataan : 20K++
Mukasurat :345
Kerana mengalah bukan bermaksud kalah, dan berdiam diri bukan bererti tiada maruah."
Demi arwah abahnya, Nabiha rela mengorbankan kerjaya dan masa depannya. Namun, selepas pemergian abahnya, beban menjaga Mak Biah yang uzur tetap tergalas di bahunya seorang. Di mata Mak Biah, tiga anak lelakinya,Bahrin, Bazlan, dan Bahri yang sentiasa dipuji melangit tinggi kerana berkerjaya hebat. Nabiha pula dipandang sebelah mata, dituduh 'tiada komitmen' dan memang selayaknya menjadi penjaga di rumah.
Duka Nabiha mencapai kemuncak apabila tunangnya memutus pertunangan secara kejam di ruang wad hospital, tempat ibunya sedang dirawat dengan alasan Nabiha seorang wanita yang tiada masa depan. Bukan pembelaan yang diterima daripada Mak Biah, sebaliknya hanya kemarahan dan penghinaan yang terus dihamburkan kepadanya.
Dalam runtuhan emosi dan jiwa yang retak, hadir Doktor Fahmi. Kata-kata dan nasihat doktor muda itu memberi sinar baharu, membakar semangat Nabiha untuk bangkit mempertahankan haknya.
Dengan tekad yang bulat, Nabiha menyusun strategi. Dia melangkah pergi, membiarkan abang-abangnya merasai sendiri apa yang dia lalui. Apabila seorang demi seorang anak jantan kesayangan Mak Biah tewas dan terduduk menguruskan kerenah ibu mereka, ego yang melangit akhirnya runtuh diganti penyesalan yang membakar jiwa.
Mampukah pintu kemaafan Nabiha terbuka semula selepas sekian lama dilukai? Dan di manakah akhirnya pelabuhan kasih yang hakiki buat seorang wanita bernama Nabiha?
KOMBO MR PILOT
Sah shg 31/8
1 EBOOK RM14
KOMBO RM27
Suami Pilot Isteri Tomboi
https://t.me/ebookfawraa/9371
Kapten Firaz El Akif Takdir Yang Tertangguh
https://t.me/ebookfawraa2/4558
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_MR_PILOT_RM27
KAPTEN FIRAZ EL AKIF :
TAKDIR YANG TERTANGGUH
Blurb
“Saya tak minat nak bersama dengan playboy cap ayam macam awak. Gaya awak langsung tak berubah. Dasar mata keranjang. Good bye, Kapten Firaz El Akif.” INARA.
Takdir mempunyai jalan cerita yang aneh apabila Inara dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah menghancurkan hatinya. Bila dia ingin dijodohkan dengan Firaz, Inara mengamuk besar.
Kalau hanya Firaz lelaki yang ada dalam dunia ini sekalipun, dia tidak sudi untuk berkahwin dengan kapten kapal terbang itu. Titik!
“Boleh tahan garang awak sekarang. Memang langsung tak ada perasaan dengan saya lagi ke?” - FIRAZ.
“Saya tak sudi.” - INARA.
Namun perkahwinan yang dirancang itu berlaku juga walaupun tanpa kerelaan Inara. Dalam terpaksa, Firaz sah menjadi suaminya. Suka ataupun tidak, dia harus terima kenyataan itu.
“Hanya awak yang ada dalam hati abang sekarang, sayang. Yang lain, bukan pemenangnya. Pada akhirnya, awak yang berjaya menjadi isteri saya.” - FIRAZ.
Firaz berusaha untuk dapatkan kepercayaan si isteri. Dia akan lakukan apa saja untuk menjadi yang nombor satu dalam hati Inara.
“Abang kenal Bashira?” - INARA.
Namun, bukan mudah untuk kekalkan bahagia yang ada. Pasti ada badai yang cuba meruntuhkan segalanya. Bila kepercayaan Inara hilang, Firaz seakan hilang arah.
“Dalam hati abang, hanya ada awak, sayang. Tak kira berapa ramai manusia yang cuba pisahkan kita, semua itu tak akan berlaku kerana abang akan pertahankan hubungan suci kita sampai akhir hayat.”
Itu janji Firaz. Walau apapun yang berlaku, dia akan sentiasa mencintai Inara.
“Terima kasih, abang. Untuk segalanya.” - INARA.
Mampukah rumahtangga yang dibina itu kekal buat selamanya? Ataupun hubungan suci itu akan terputus begitu saja?
Semuanya boleh disaksikan dalam nukilan kecil ini. " KAPTEN FIRAZ EL AKIF : TAKDIR YANG TERTANGGUH "
KOMBO CINTA VVIP
Sah shg 15/9
1 EBOOK RM16
KOMBO RM28
Tawanan Cinta Mr Ceo
https://t.me/ebookfawraa/9368
Penyondol 3502
https://t.me/ebookfawraa2/4555
http://www.wasap.my/601136955188/KOMBO_CINTA_VVIP_RM28
PENYONDOL 3502 : MEJAR BILAL BAIHAQQI
Humaira Anati
BLURB
SEPULUH tahun lalu, Rose Ladeena pernah menjadi isteri kepada lelaki yang paling dicintainya.
Bilal Baihqqi bin Dato’ Badrol.
Malangnya, perkahwinan atas dasar cinta itu hanya bertahan beberapa bulan dek tuntutan emosi dan ego semata-mata. Bilal terlalu sibuk mengejar cita-cita dalam kententeraan, sedangkan Rose pula mendambakan kasih sayang dan masa dari seorang suami.
Akhirnya, mereka ambil jalan mudah. Mereka berpisah!
Bagi BILAL BAIHAQQI, Rose hanyalah wanita yang tidak mampu memahami tuntunan hidup dia sebagai lelaki beruniform. Bagi ROSE LADEENA pula, Bilal adalah suami yang membuatkan dia paling sunyi ketika mereka jauh dari keluarga masing-masing.
Sepuluh tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula.
Rose dikenali sebagai ‘cleaner’ yang berdikari, keras kepala dan terkenal dengan mulut yang tidak bertapis. Manakala Bilal telah menjadi seorang juruterbang kebanggaan TUDM.
Pertemuan semula mereka langsung tidak manis!
“Sepuluh tahun aku tak jumpa kau, sekali jumpa rupanya kau dengan suami orang?” – MEJAR BILAL BAIHAQQI
“Are you being serious, Rose Ladeena? Penyondol?”
Rose hampir hilang akal. Jawapan Rose mudah.
“Apa kau merepek ni, setan!” – ROSE LADEENA
Lelaki yang pernah menceraikannya itu masih sama. Suka menyibuk, suka mengarah dan paling menyakitkan hati... berlagak seolah-olah nak lindungi dia!
Tapi, dia rasa. Segila-gila Bilal, keluarga mentuanya dan keluarganya sendiri lebih gila!
Kelurga dia merancang sesuatu. Dia sangka dia dipaksa berkahwin dengan lelaki asing yang dia tidak kenali langsung. Rupanya...
Calon itu... duda dia sendiri!
Dulu mereka bercerai dek tidak tahu cara mencintai dengan cara yang betul meskipun saling mencintai.
Kini mereka dipaksa bersatu semula untuk belajar mencintai orang yang sama – buat kali kedua... Dengan cara yang sewajarnya. Dapatkah mereka?
BISSMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Tajuk: AKU ISTERI BUKAN KULI
Penulis: Nuha Elsufi
Terbitan: Buku Digital
Edisi: Ebook/ Ogos 2026
Status: PreOder
Harga: RM14 (DALAM TEMPOH PROMO)
INI kisah Dian Seroja. Kerana ibu dan ayah angkatnya mahu berpindah keluar negara mengikut anak kandung mereka melanjutkan pengajian, Dian dikahwinkan dengan Putra yang diyakini mampu menjaga dan melindungi.
Dian cuba menolak perkahwinan aturan keluarga namun dia pasrah menerima apabila keluarga angkatnya tidak mampu membawa Dian ikut bersama tinggal di luar negara.
Rajuk dan kecewa dengan tindakan keluarga angkat, membuatkan Dian memutuskan hubungan. Dia menjalani hidup bersama suami, dan tiga orang anak.
Sebagai menantu perempuan yang tidak berkerja, Dian turut menjaga kebajikan mentua yang uzur dan sepupu suami yang koma.
Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah satu kemalangan mengubah keikhlasan seorang wanita solehah seperti Dian.
Pengorbanannya menjaga mentua sudah dianggap satu tugas hakiki hingga dia yang sakit di hospital, diminta pulang oleh ipar-iparnya kerana tiada sesiapa dapat mengambil cuti menguruskan ibu mereka.
"Suruh Dian balik. Kalau dia betul-betul ikhlas jaga keluarga ni, dia takkan bagi banyak alasan."- Ipar
"Macam mana saya nak sabar? Dah berapa hari isteri saya kena tahan. Saya ada ibu yang uzur. Anak-anak masih kecil dan perlukan penjagaan. Saya tak mampu nak ulang-alik setiap hari."- Putra
"Isteri encik sekarang juga seorang pesakit. Dia perlu dapatkan rawatan.”- Doktor
Sikap Putra yang semakin lepas tangan, baran dan ketagihan permainan video semakin menjadi-jadi. Putra mula mengabaikan tanggungjawab sekaligus meletakkan semua urusan anak, ibunya dan sepupu yang terlantar di atas kepala Dian.
Tanpa pendapatan, tanpa kemahiran dan pendidikan, Dian terperangkap dalam perkahwinan toksik. Namun mulutnya tidak berhenti berdoa agar diberi jalan untuk keluar dari kesulitan yang ditanggung.
"Kamu kena ingat Dian, kamu tak ada sesiapa. Kamu sebatang kara. Duit tak ada, pelajaran tak kemana, macam mana kamu nak mula hidup.”- Mentua
Namun, satu kejadian membongkar rahsia besar. Dian terduduk apabila mengetahui sepupu suami yang dijaga rapi, rupa-rupanya 'kekesalan' masa lampau seorang lelaki bernama Putra.
"Aku nak jaga mental dia. Aku tak nak dia jadi gila."- Putra
"Abang pentingkan mental Julia. Mental Dian bagaimana pula? Dian ni mak Baem, mana ada seorang mak sanggup lepaskan anak dia untuk jadi anak perempuan lain!"- Dian
Apakah yang berlaku terhadap hubungan keduanya? Bagaimana Dian berdepan dengan kejutan demi kejutan yang diberikan oleh Putra.
Sudikah Dian mengorbankan perasaan sebagai seorang ibu lalu menyerahkan anaknya kepada jagaan wanita lain.
Bagaimanakah pula keadaan Ramlah yang tak pernah puas membuli Dian dan mencerca cucu dari menantu perempuannya?
Semuanya bakal terjawab dalam naskah Aku Isteri, Bukan Kuli.
KOMBO KALBU
sah shg 31/8
1 EBOOK - RM14
TRIO RM28
Marry My Crush
https://t.me/ebookfawraa/9359
Love Unscripted
https://t.me/ebookfawraa/9361
Dia Yang Aku Pilih
https://t.me/ebookfawraa2/4549
http://www.wasap.my/601136955188/TRIO_KALBU_RM28
Blurb
DIA YANG AKU PILIH
DHEA CAMELIA - Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada yang hidup serba mencukupi, hatinya tetap merasakan kekurangan. Jeritan, amukan dan kata-kata hinaan sudah terlalu lali di telinga sehingga hatinya tiada lagi RASA.
Setelah hampir 7 tahun menuntut ilmu di luar negara, dia pulang ke tanah air dan memilih untuk memulakan hidup baharu di utara Semenanjung bersama ibu angkat merangkap pengasuhnya sejak kecil.
MOHD HABIB - Pemuda kampung biasa yang sukakan donut susu. Dengan berat melebihi 100 kilogram, dia sudah terbiasa menganggap dirinya bukan lelaki yang akan dipandang atau menjadi pilihan hati mana-mana perempuan.
Sehinggalah kepulangan selepas OJT dari US menemukan dia dengan Dhea, guru perempuan di sekolah adiknya merangkap jiran yang menyewa rumahnya.
“Saya yakin tak ada perempuan akan pandang saya dengan cara macam tu.” - HABIB
“Kenapa you selalu letakkan diri you paling bawah? You sedar tak… you ada banyak kelebihan?” - DHEA
Tanpa disedari, keluarga Habib yang sentiasa riuh dan meriah mula menambat hati Dhea. Puan Hanum dan Encik Helmi yang tak pernah lokek bertanya khabar membuatkan dia mengenal sesuatu yang selama ini tidak pernah dirasainya... hangat, mendamaikan dan membahagiakan.
“I dah cuba menafikan hati I sendiri. Tapi, I tak boleh. Seriously, I memang sukakan you.” - DHEA
“Kenapa saya?” - HABIB
“Sebab you ada sesuatu yang I tak pernah ada.” - DHEA
Namun, kebahagiaan mereka dibantah sekeras-kerasnya oleh Puan Sabila yang menganggap Habib tidak setaraf dengan keluarga mereka.
“Mama tetap takkan setuju dengan pilihan Dhea. Budak kampung tu langsung tak setaraf dengan keluarga kita. Low class! Tak ada masa depan.”
“I tetap tak setuju! Kalau you tetap nak kahwinkan juga Dhea dengan budak kampung tu… Okay, fine. I nak hantaran RM100,000.”
Dhea sudah terlalu lali dengan perangai keluarganya sehingga hatinya tidak lagi mudah terusik.
“Tipulah kalau I kata I tak sayang papa dengan mama. Diorang tetap keluarga I. Cuma, keluarga I terlalu toksik.” - DHEA
“Mulai sekarang, mak dengan abah saya… mak dengan abah awak juga. Adik-adik saya pun adik-adik awak juga. Keluarga saya… keluarga awak.” - HABIB
Ini bukan kisah lelaki gemuk yang mahu menjadi kurus demi cinta hatinya. Bukan juga kisah keluarga dua darjat. Ini kisah dua hati yang menemukan sesuatu yang selama ini mereka cari... kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang yang tulus.Ada sebab Dhea memilih untuk menjauh daripada keluarganya. Ada sebab Habib menjadi pilihan hatinya, bukan Cikgu Zaki, Raeef atau mana-mana lelaki lain.
“Terima kasih sebab pilih saya yang biasa-biasa ni.” - HABIB
“You sentiasa luar biasa dalam hati I, Habib.” - DHEA
