ch
Feedback
EBOOK FAWRAA ||

EBOOK FAWRAA ||

前往频道在 Telegram

Nak Ebook Pain² Sedih/Red Flag/KRT come heree Berminat untuk order 👇 http://www.wasap.my/601136955188/sayanakbeliebook Main : @ebookfawraa

显示更多
745
订阅者
-124 小时
无数据7
-930
帖子存档
Buy1free1 rm14 promo
Buy1free1 rm14 promo

LELAKI YANG AKU CINTAI Sejak bergelar yatim piatu, Hana terpaksa tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya sekeluarga. Mereka adalah penjaga yang sah. Namun, di sebalik layanan yang kelihatan baik di mata orang luar, Hana sebenarnya menjadi mangsa penindasan dan kezaliman. Dia dipaksa melakukan pelbagai kerja rumah, dihina, dan sering dipersalahkan atas setiap perkara yang berlaku dalam keluarga itu. Dikurniakan wajah yang jelita, turut menjadi beban hingga membuatkan dia dibenci tanpa alasan munasabah. Lebih menyakitkan, harta peninggalan arwah ibu bapanya turut dikuasai oleh mereka demi kepentingan sendiri. Hari-hari Hana dipenuhi air mata dan kesunyian. Bahkan, satu-satunya adik yang sudah cacat kekal kerana kemalangan yang berlaku, telah diserahkan kepada keluarga angkat tanpa persetujuan dan pengetahuannya. Hana tidak mampu menghalang juga tiada keupayaan untuk mempertahan. Tiada siapa yang mengetahui penderitaan yang dipendamnya selama bertahun-tahun. Namun, takdir menemukan Hana dengan seorang lelaki bernama Hilman, dalam keadaan tidak terduga. Lelaki itu ialah teman baik kepada Bella, si sepupu. Entah dimana permulaannya, Hilman hadir menghantar rombongan meminang. Bukan Bella sebaliknya Hana yang menjadi pilihan. Kematian adiknya akibat terperangkap dalam kenderaan penjaga yang keluar menonton wayang, menjadi titik tolak dendam Hana. Pinangan Hilman diterima sekaligus membuatkan hubungan Zailan anak beranak berantakan. Kejadian demi kejadian, menambah benci mereka terhadap Hana hingga sanggup menggagalkan niat Hilman untuk memperisterikan Hana. "Tak banyak. Pak long minta 50K hantaran serta tajaan dewan berserta makanan untuk 500 tetamu." - Zailan "Pak long nak jual Hana ke? Hana tak ada apa-apa. Cuma ada SPM je."- Hana "Jika Hilman tak mampu, pesan pada dia supaya abaikan sahaja niat nak menikah dengan kamu."- Ifa Sebagai seorang lelaki yang tegas, penyayang dan sentiasa mempertahankan kebenaran, Hilman kekal berjuang untuk menjadikan Hana sebagai isteri yang sah. "Mereka letak 50k. Harga yang tak munasabah."- Hana "Untuk gadis seperti awak, lebih daripada itu, sanggup saya adakan."- Hilman Bagi Bella, pinangan Hilman terhadap Hana umpama satu pengkhianatan. Jika dia tidak boleh hidup bersama Hilman, tiada perempuan lain boleh berdampingan dengan lelaki itu. Mampukah Hana berdepan penindasan demi penindasan? Dan adakah Hilman benar-benar menjadi pelindung yang diutuskan Tuhan untuk menghapuskan segala derita yang pernah menghuni hidup seorang gadis suci seperti Hana? Untuk selanjutnya, mari dapatkan naskah ini Lelaki Yang Aku Cintai 460+ ms

photo content

KOMBO PENGKHIANAT 1 EBOOK RM14 KOMBO RM20 Hadirmu Sembuhkan Deritaku Pelangi Yang Tidak Kucari
KOMBO PENGKHIANAT 1 EBOOK RM14 KOMBO RM20 Hadirmu Sembuhkan Deritaku Pelangi Yang Tidak Kucari

🌈 SINOPSIS: PELANGI YANG TIDAK KU CARI Nur Hayfa dilahirkan dalam sebuah keluarga yang lengkap. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia membesar tanpa merasai kasih sayang yang adil daripada ibu bapanya. Sejak kecil, dirinya sering dibandingkan dengan kakaknya, Dania. “Mak, boleh tak kalau Dania nak beli kasut sukan baru? Dania nak kasut macam kawan-kawan Dania.” -DANIA- “Hayfa pun nak juga. Lagipun kasut yang Hayfa pakai tu kasut lama akak.” -NUR HAYFA- “Tak payahlah, kamu pakai kasut akak punya tu. Jangan nak membazir sangat. Selagi boleh pakai tu, pakai.” -PUAN MARLINA- Begitulah kehidupan Hayfa sejak kecil. Segala keinginannya sering dipinggirkan. Mujurlah masih ada ibu dan bapa saudaranya yang sentiasa menghulurkan kasih sayang. “Ibu Ngah, Hayfa ni bukan anak mak abah ka? Semua permintaan Hayfa, diorang buat tak tahu saja.” -NUR HAYFA- “Jangan cakap macam tu, Hayfa anak kandung diorang. Tak apa, biar Ibu Ngah yang masak untuk Hayfa. Lagipun Ibu Ngah tak bagi apa-apa lagi hadiah untuk Hayfa. Anggap ini hadiah dari Ibu Ngah, ya.” -PUAN AISHAH- Masa berlalu dan Hayfa melanjutkan pengajian di universiti. Di situlah hadir seorang lelaki yang tidak pernah jemu mengejar cintanya. “Saya suka awak.” -IRHAM- Pada mulanya Hayfa menolak, namun akhirnya dia membuka ruang untuk mereka saling mengenali. “Okay macam ni, kita kawan baik tapi kita jaga hati masing-masing. Hayfa jaga hati untuk Abang Am dan Abang Am jaga hati untuk Hayfa, deal?” -NUR HAYFA- Empat tahun hubungan mereka bertahan. Ketika cuti semester, Hayfa pulang ke kampung dan dikejutkan dengan berita pertunangan Dania. “Irham?” -NUR HAYFA- Hayfa terpaku. Lelaki yang selama ini berjanji setia dengannya rupa-rupanya bertunang dengan kakaknya sendiri. Hayfa tak mampu menahan sebak. Dia berlari meninggalkan rumah dan membawa dirinya ke sebuah tempat yang sunyi. “Kadang-kadang kita perlu melalui ribut yang menyakitkan sebelum menemui pelangi yang tidak pernah kita sangka akan hadir.” -TENGKU SYAMIL- “Dia curang dengan kakak saya sendiri…” -NUR HAYFA- Walaupun perit, Hayfa memilih untuk bangkit dan menamatkan pengajiannya. Dia pulang ke kampung, dan sekali lagi menyaksikan sesuatu yang membuatkan hatinya terluka. "Aku terima nikahnya Nur Dania binti Ismail dengan mas kahwin sebentuk cincin emas.” -IRHAM- “Mungkin saya tak berada di tempat awak, tapi saya pernah dikhianati seperti mana yang awak rasa. Sebab itu saya faham semua yang awak lalui, Hayfa.” -TENGKU SYAMIL- “Dia pernah janji dengan saya, dia nak kahwin dengan saya selepas saya tamat pengajian. Sekarang dia kahwin, tapi bukan dengan saya… dengan kakak saya.” -NUR HAYFA- “Hayfa, kamu cakap apa ni?” -NAIM- Ketika masih bergelut dengan luka yang Irham berikan, Hayfa dikejutkan pula dengan satu kebenaran yang akhirnya menjawab persoalan mengapa ibu bapanya membezakan dirinya dan kakaknya sejak kecil. “Hayfa faham sekarang ni. Hayfa minta maaf kalau kehadiran Hayfa buat mak dan abah terseksa. Hayfa akan pergi dan selepas ini, mak dan abah tak perlu terseksa lagi.” -NUR HAYFA- Di sebalik setiap luka dan air mata Hayfa, ada seorang lelaki yang setia memerhati dari jauh, sentiasa berharap Hayfa akan menemukan kebahagiaannya. Setelah sekian lama memendam rasa, Syamil akhirnya nekad meluahkan perasaannya dan bertekad memberi kebahagiaan yang selama ini tidak pernah dimiliki Hayfa. “Hayfa, kita kahwin…” -TENGKU SYAMIL- Namun, Hayfa masih belum bersedia. Terlalu banyak luka yang masih belum sembuh, daripada pengkhianatan Irham hinggalah kebenaran yang melibatkan ibu bapa dan kakaknya sendiri. “Syamil, saya ni baru saja dapat tahu pasal…” -NUR HAYFA- “Hayfa, kita tutup kisah cinta itu. Kita buka kisah cinta kita pula. Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya.” -TENGKU SYAMIL- Walaupun berkali-kali Hayfa mengelak dan menolak, Syamil tidak pernah berputus asa. Sedikit demi sedikit, dia membuktikan bahawa cintanya lahir daripada keikhlasan, bukannya simpati. “May I Keep You Forever, Dr. Nur Hayfa?” -TENGKU SYAMIL-

photo content

❤️‍🩹 SINOPSIS HADIRMU SEMBUHKAN DERITAKU ❤️‍🩹 Haris Jazman dan Afrina Najla telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun. Sepanjang perkahwinan mereka Afrina bukanlah seorang isteri yang begitu melayani Haris dengan penuh kasih sayang, tetapi masih terselit kemanjaan yang membuat Haris terus bertahan mempertahankan rumah tangga mereka. Namun kehadiran Daniel, seorang peguam baharu di firma tempat Afrina bekerja memusnahkan segala harapan itu. Afrina bukan sahaja mengabaikan suaminya, malah sanggup mengkhianati ikatan suci perkahwinan mereka. “You… you cakap you outstation…” - Afrina Najla “Kalau aku outstation, kau boleh bawa balik lelaki lain masuk rumah aku?! Dalam bilik aku?! Eh selalunya perempuan bila dah dapat lelaki yang setia, yang sayangkan dia sepenuh hati patutnya pandai jaga tingkah tu. Ni kau pulak yang buat onar? Kau tak cukup dengan satu jantan ke?”- Haris Jazman Namun Haris masih mahu berharap pada mahligai perkahwinan yang dibina. “Aku ingatkan Afrina tu mahal. Rupanya dia memang tak ada harga diri langsung.”- Farid Mustaqim “Aku masih harap dia berubah dan aku paling harap apa yang aku sedang lalui ni hanya mimpi je.” - Haris Jazman “Masih nak bagi peluang?” - Farid Mustaqim Semakin hari Farid melihat penderitaan sahabatnya, dia mencadangkan agar Haris mengupah seorang perempuan untuk berpura-pura menjadi kekasihnya. “Aku tak tahu nak buat apa, Farid.” - Haris Jazman “Balas balik apa yang dia buat dekat kau.” - Farid Mustaqim “Maksud kau cari perempuan lain? Curang? No!” - Haris Jazman “Why not? Walaupun aku lelaki, aku pantang tau kalau kaum aku mainkan hati wanita. Tapi kalau kes kau dengan Afrina ni sorry, pendirian aku dah lari. Kau cari lah orang yang boleh bahagiakan kau, Haris.” - Farid Mustaqim Akhirnya setelah dipujuk Haris menerima tawaran sahabatnya. Pilihan mereka jatuh kepada Alya, seorang penjual bakso yang bergelut untuk melangsaikan hutang judi arwah ayahnya dengan ahlong. “Awak nak saya tipu isteri awak?” -Alya Maisarah “Bukan tipu selamanya.” -Haris Jazman “Maksud?” -Alya Maisarah “Bila semuanya selesai, kita tamatkan lakonan.” -Haris Jazman Apa yang bermula sebagai sebuah lakonan perlahan-lahan mengubah hati dua insan yang sama-sama terluka. Seorang terluka kerana tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa yang kaki judi, seorang lagi pula luka dikhianati isteri. “Kalau awak tak mesej saya sehari, saya mula tertanya-tanya awak okey ke tak. Kalau awak cakap awak penat, saya risau. Kalau awak sedih, saya rasa tak tenang dan kalau awak senyum, saya rasa hari saya jadi paling bertuah.” - Haris Jazman Di saat Haris menemui ketenangan dalam kelembutan Alya, mampukah dia terus mempertahankan rumah tangga yang hanya tinggal pada nama? Atau adakah takdir telah menyediakan pengganti yang lebih menghargai cintanya?

photo content

photo content

SINOPSIS - CEMPAKA ERINA: CINTA HATI DIA Perkahwinan yang sepatutnya menjadi satu permulaan ke arah kebahagiaan bertukar menjadi sebuah perjalanan yang penuh tanda tanya dan keterpaksaan buat Cempaka Erina binti Dato’ Ehsan. Dibesarkan tanpa perhatian dan kasih sayang sebenar dari keluarga, Erina menerima lamaran Harith Wajdi dengan hati yang benar-benar tak rela. Baginya, ikatan perkahwinan itu hanyalah satu takdir yang harus diterimanya, bukan sebuah cerita cinta yang didambakan olehnya sebagai seorang wanita. Namun, Harith hadir dengan kesabaran yang amat sukar untuk difahami. Sedikit demi sedikit dan hari demi hari, lelaki itu akhirnya berjaya mengisi ruangan kosong dalam hidup Erina dengan perhatian, kelembutan dan kasih sayang yang sebelum ini memang tak pernah dimiliki, apatah lagi dinikmati. Sewaktu hati Erina mula mempercayai, sebuah salah faham menghancurkan segala-galanya. Luka lama berdarah semula, dan kali ini dia segera menjauh kerana dia yakin dirinya tak akan pernah menjadi pilihan sesiapa. Namun, dalam diam Harith tetap sabar menunggu. Dalam diam juga, Erina telah mula merindu. Dia mula merindukan sesuatu yang selama ini disangkakan cuma satu beban yang terpaksa digalas di bahu. Apabila satu demi satu rahsia akhirnya terbongkar oleh satu kebenaran, Erina sedar bahawa tak semua kehilangan yang berlaku itu satu titik akhir yang menyakitkan. Ada perkara yang mungkin Allah sorokkan seketika, cuma untuk dipulangkan semula pada satu saat lain yang paling tepat pada hamba-Nya. Dan adakalanya jalan menuju bahagia bukanlah tentang mencari cinta semata-mata, tapi tentang menemukan sekeping hati yang begitu ikhlas dan tak pernah berhenti memilih kita.

photo content

KOMBO SUAMI ISTERI 1 EBOOK RM14 KOMBO RM27 IAN RADEN SUAMI RAHSIA ALYANA MAIRA ISTERI TAK DIRAI
KOMBO SUAMI ISTERI 1 EBOOK RM14 KOMBO RM27 IAN RADEN SUAMI RAHSIA ALYANA MAIRA ISTERI TAK DIRAI

IAN RADEN: SUAMI RAHSIA ALAYNA BLURB Hidup Alayna Medina bagai neraka dunia. Demi bebas daripada cengkaman Nahar dan Misah, serta mengelakkan dirinya dikahwinkan dengan Haji Fuad, lelaki tua yang tak sedar diri, Alayna nekad membuat keputusan paling gila dalam hidupnya. Suatu malam, dia perangkap Ian Raden, lelaki asing yang menginap di resort tempat dia bekerja. Niat Alayna cuma satu, dia mahu bebas. Namun, siapa sangka rancangan itu memakan diri apabila mereka dipaksa bernikah pada malam yang sama. Marah dengan tindakan Alayna, Ian meninggalkan gadis itu di hentian rehat tanpa belas kasihan. Tetapi takdir seolah-olah mempermainkan mereka. Selepas seminggu, Alayna muncul semula di pejabat Ian… sebagai cleaner. “Kau buat apa dekat sini?” – Ian Raden “S… s…” - Alayna Medina  “Selain pandai perangkap aku, kau gagap juga ke? Sejak bila kau gagap? Masa kau jerit dulu tak pula kau gagap.” - Ian Raden  “Saya kerja dekat sini, Tuan.” - Alayna Medina  Baru sehari pegang jawatan “Cleaner”, Alayna tiba-tiba jadi PA kepada Ian. Sejak itu, hidupnya mula huru-hara. Fitnah, sindiran dan tuduhan mula menghimpit, apatah lagi Ian sudah pun mempunyai tunang bernama Marya. Dalam hubungan yang bermula kerana paksaan itu, masih adakah ruang untuk menyemai cinta? Apatah lagi, Alayna diam-diam mula menyukai Ian. Berbalaskah cinta nya?  Atau semua itu hanya akan berakhir dengan luka?

photo content

MAIRA ISTERI TAK DIRAI BLURB HAMPIR tujuh perkahwinan mereka. Tujuh tahun yang membahagiakan Maira sebagai isteri Haziq. Impiannya, mahu menjadi isteri yang taat dan setia buat suaminya.  Benar-benar dia bahagia memanjakan suaminya. Seronok memasak untuk Haziq yang suka makan. Jam 3.00 pagi pun Maira sanggup bangun memenuhi selera Haziq yang hendak makan nasi berlaukkan gulai kak wok. Siap memasak, dia akan menemani suaminya di meja makan. Selepas sang suami kenyang, Maira akan kemaskan semuanya. Haziq dengan perut kenyang suka hati, menyambung tidur sampai pagi. Barangkali, dialah suami paling bertuah dalam dunia ini. Selepas tujuh tahun juga, baru Maira direzekikan hamil. Penantian sekian lama seorang perempuan bergelar isteri. Kegembiraan yang ingin dikongsi dengan suami tersayang, bagai tidak sampai hasratnya bila Haziq seakan-akan tidak gembira dengan situasi itu.  Dan di situ bermulanya ujian keretakan rumah tangga mereka yang selama ini bahagia. Alahan Maira terlalu teruk. Dia hanya mampu melepek sahaja. Haziq merasakan rutinnya terabai bila Maira tidak mampu lagi menjadi nombor satu untuk dia. Segala kerja rumah bagai berciciran. Haziq jadi bengang. Perkara kecil pun boleh jadi isu besar antara mereka. Maira rasakan pengorbanan dia selama ini bagai tidak memberi makna. Dia tidak kisah menjadi menantu yang tidak diraikan mentua. Padanya, cinta sang suami sudah mencukupi. Tetapi, bila Haziq pun jadi ‘geng’ mamanya, Maira benar-benar rasa terpinggir. Bila diri tidak lagi disukai, kebaikan setinggi gunung pun tidak dipandang, jauh sekali mahu menghargai dan meraikan. Maira sedar, dia umpama melukut di tepi gantang. Bukan mudah untuk ambil satu keputusan yang tepat untuk dirinya. Tidak mampu dia menduga, cinta yang selama ini dia perjuangkan, tidak pernah diberi trofi penghargaan oleh suami yang dia cintai tanpa sempadan. Perempuan, lemah bukan bererti kalah. Apa makna status isteri yang baik, jika suami gagal menjadi raja dalam rumah tangga? Serpihan luka ini tidak akan sembuh kalau bukan diri sendiri yang merawatnya.  Saat Haziq sedar sesudah kehilangan, Maira sudah nekad tidak akan berpaling semula. Janji-janji manis yang diberi tiada lagi ertinya. Maira sudah penat. Bosan dengan suami yang tak pernah meraikan dia sebagai isteri. Haziq tetap mahukan Maira semula.    Kejarlah sejauh mana pun. Merayu dengan air mata darah sekalipun, terlentang jatuh pun, Maira sudah tidak mahu peduli. Jiwa seorang isteri yang sudah mati rasa.

photo content

EBOOK LATEST EYFAH 1 EBOOK - RM16 KOMBO RM30
+4
EBOOK LATEST EYFAH 1 EBOOK - RM16 KOMBO RM30

SINOPSIS Ebook EZ _20260421_210652_0000.pdf4.98 MB

photo content
+5

photo content
+1