cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

Terkini dan Sensasi Palestin

TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!

Show more
Malaysia416The language is not specifiedNews & Media678
Advertising posts
161 667Subscribers
-9724 hours
-5147 days
-1 05630 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Terjemahan video ucapan Abu Ubaidah, sempena Perang Taufan al-Aqsa Hari ke-200 | Bahagian Kedua. Isi penting: πŸ›‘ Serangan kita terhadap musuh akan berterusan dengan pertolongan Allah dan kita akan mengambil langkah yang progresif dengan taktik-taktik yang pelbagai dan bersesuaian selagi mana berterusannya pencerobohan musuh atau wujudnya mereka di setiap inci tanah kami. πŸ›‘ Salah satu pendustaan kerajaan musuh yang telah berlanjutan sejak beberapa minggu lalu adalah perkaitan yang mereka gelar sebagai kemenangan dalam perang ini dengan β€˜pembersihan’ Rafah lalu cuba mengaburi dunia bahawa mereka telah berjaya menghapuskan majoriti mujahidin al-Qassam di Gaza lalu berbaki hanya mujahidin di Rafah. Terjemahan: Penterjemah Cinta Gaza Malaysia #CGMKongsi
Show all...
πŸ‘ 109❀ 37πŸ”₯ 12πŸ₯° 2
β€œAntara kejayaan Nabi Daud adalah Baginda berjaya melahirkan pelapis yang hebat.” LIVE UPDATE DAURAH NASTIA UMMAH SIRI 9 Masih sempat lagi untuk kalian mendaftar hadir secara online! Klik di sini https://tinyurl.com/DaurahNastia #DaurahCGM
Show all...
❀ 96πŸ‘ 4
LIVE UPDATE DAURAH NASTIA UMMAH SIRI 9 Masih sempat lagi untuk kalian mendaftar hadir secara online! Klik di sini https://tinyurl.com/DaurahNastia #DaurahCGM
Show all...
LIVE UPDATE DAURAH NASTIA UMMAH SIRI 9 Ayuh redakan kemarahan kalian dengan sertai Daurah Nastia Ummah petang ini ✨ Masih sempat lagi untuk kalian mendaftar hadir secara online! Klik di sini https://tinyurl.com/DaurahNastia #DaurahCGM
Show all...
Tindakan Universiti Malaya (UM) menjemput seorang profesor pro-Zionis dari Amerika Syarikat (AS) telah menerima kecaman ramai selepas ucapan beliau menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai penyebar kebencian terhadap bangsa Yahudi. Bruce Gilley, profesor sains politik yang pernah menimbulkan kontroversi kerana mendokong tindakan kuasa Barat menjajah negara lain mengaggap ahli politik Malaysia mahukan "Holocaust kedua" atau pembunuhan beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi. Gilley turut menyerang bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad melalui sebuah kenyatan di laman media sosial X: "Ini sikap buruk lama di kalangan ahli politik Malaysia yang mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi. Kini, penyampai berita TV menamatkan siaran harian dengan ungkapan 'Dari Sungai ke Segara' dan 'Israel cuak'." Tinjauan di akaun X Gilley mendapati dia telah memadam semua hantaran berkaitan ucapan mahupun kenyataan berbaur propaganda Israel yang diucapkan di Kuala Lumpur. Gilley sempat memuat naik satu hantaran bahawa dia telah selamat berlepas dari Malaysia dan menggelar Malaysia sebagai sebuah negara Islamo-fasis pagi tadi. "Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, selangkah ke hadapan daripada gerombolan Islamo-fasis yang 'dibentuk' kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang. Ikuti saya untuk tahu info selanjutnya." Menteri Pendidikan Tinggi, Dr. Zambry Abd Kadir memuat naik satu kenyataan malam tadi bahawa, "KPT memandang serius isu berlaku di UM dan telah mengarahkan laporan segera dikemukakan. Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia." Sumber: Malaysia Now, Awani, X Zambry Official dan X Bruce D Gilley
Show all...
πŸ‘Ž 144πŸ‘ 24πŸ’© 14😱 7🀬 6😒 4❀ 3πŸ”₯ 1🀨 1
Tahukah anda, ketiadaan matawang rasmi di Palestin menyebabkan negara barakah itu bergantung kepada matawang Israel, tidak lain tidak bukan – shekel. Berbeza dengan negara-negara lain yang turut tidak mempunyai matawang sendiri seperti Scotland, Timor Leste dan Zimbabwe; Palestin terpaksa meneruskan kelangsungan ekonominya menggunakan matawang shekel, dinar Jordan dan dolar Amerika Syarikat (AS) selepas ketumbangan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Palestin pada era Perang Dunia Pertama (WWI). Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/hilangnya-matawang-palestin-dijajah-shekel #CGMKongsi
Show all...
😒 146πŸ”₯ 5πŸ‘ 4
2. Kumpulan yang ditugaskan untuk memancing tentera Israel agar memasuki kawasan perkampungan sewaktu peristiwa Intifadah adalah Anonymous voting
  • Al-Majmuβ€˜ah al-Mutadarrijah
  • Al-Majmuβ€˜ah al-Muraqibah
0 votes
πŸ‘ 39❀ 3
β€œSesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” - Riwayat Muslim Untuk makluman semua, salah satu masjid yang hancur di Gaza adalah Great Omari Mosque yang ditubuhkan pada era awal kedatangan Islam. Masjid itu pada zaman penjajahan Byzantine adalah sebuah gereja yang dibina oleh Permaisuri Eudocia. Tambahan pula, setakat 26/4/2024 sebanyak 317 masjid musnah sepenuhnya dan 239 masjid separa musnah. Bayangkan jika masjid ini siap dibina setelah tamat perang nanti, wakaf Tuan/Puan salurkan pada hari ini akan menjadi asbab kepada: πŸ”ΊRuangan aktiviti untuk kegiatan agama untuk penduduk sekitar. πŸ”ΊPara jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa. πŸ”ΊPelajar tahfiz (anak-anak Palestin) mempunyai kelas hafazan yang lebih baik. πŸ”ΊKeselamatan para jemaah lebih terjamin, kemalangan dapat dielakkan. Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
Show all...
πŸ‘ 70❀ 23