cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Terkini dan Sensasi Palestin

TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!

إظهار المزيد
Advertising posts
161 525المشتركون
-4124 hour
-4817 يوم
-1 03130 يوم

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Sebagai seorang Muslim, rasa sangat tersentuh hati dengan semangat pelajar-pelajar universiti yang sehingga kini masih kuat berkempen untuk Palestin. Mereka sanggup ‘bergaduh’ dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelajar-pelajar Muslim yang lain dapat menunaikan solat dengan tenang. Hormati satu sama lain, tidak kisah apa pun kepercayaan kita, itu yang kita perlukan di kala dunia sekarang ini sedikit demi sedikit sudah hilang kehormatan. Stand and be loud! Video: Leajas TikTok
إظهار الكل...
🔥 314 171👍 50❤‍🔥 14😢 8
Melihat kepada pendekatan rejim Zionis yang lebih ke arah polisi haluan kanan (right-wing), Zionisme Liberal masih memainkan peranan yang penting dalam ideologi Zionis. Ia masih memenuhi fungsinya yang kritikal dalam membantu projek Zionis bersama peradaban Barat ala-Demokratik serta politik yang progresif. Natijahnya, rejim Israel sangat jarang dijelaskan dalam arus perdana Barat untuk apa yang telah dilakukan; iaitu negara penjajah yang mengamalkan apartheid. Ahli politik dan stesen media merentas pelbagai spektrum politik di Eropah, Amerika Utara dan di kawasan sekitarnya menyifatkan Israel sebagai “negara tunggal demokrasi di Timur Tengah”, berkongsi nilai Barat yang membuatkan ia sebagai suar (beacon) untuk politik progresif di kawasan yang bukan bersifat autoritarian. Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/liberal-zionis-tiang-seri-projek-penjajahan-israel #CGMKongsi
إظهار الكل...
👎 118💩 32👍 11😢 6 3🔥 3
Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan di bahagian leher. Kenderaan yang dinaikinya itu terbalik dalam kemalangan kereta. Polis Israel berkata, dua kenderaan terbabit dalam perlanggaran itu dan lima orang dibawa ke hospital selepas cedera ringan. Itamar Ben Gvir adalah antara menteri yang paling 'biadap' sebaik sahaja dia dilantik sebagai menteri dibawah kerajaan Netanyahu. Dia pernah bercadang untuk menjadikan Masjid al-Aqsa sebagai tempat ibadah untuk orang Yahudi sehingga tercetusnya Operation Shield and Arrow selama 5 hari (9 - 13 Mei 2023).
إظهار الكل...
👍 420🤣 231👏 85 46🔥 8😍 1
Ini adalah gambar Masjid Salim Abu Musallam di Beit Lahia, utara Gaza sebelum dan selepas ia dimusnahkan sepenuhnya oleh pesawat rejim Zionis. Siapa sangka masjid yang cantik dan indah ini telah dibom oleh tentera rejim Zionis 😢 Masjid ini merupakan mercu tanda untuk semua penduduk Gaza yang tinggal di Gaza Utara dan antara masjid yang pertama menjadi sasaran serangan udara rejim Zionis selepas 7 Oktober 2023. Asbab sumbangan wakaf kalian, InsyaAllah kita dapat membina semula masjid-masjid yang dibom oleh rejim Zionis di Gaza. Jika kalian berminat untuk berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
إظهار الكل...
Pertahanan Awam Palestin berkata bahawa mereka percaya bahawa sekurang-kurangnya 20 orang ditanam oleh tentera rejim Zionis secara hidup-hidup di Hospital Nasser. “Tentera rejim Zionis menanam beberapa mayat di Hospital Nasser dalam beg plastik pada kedalaman 3 meter”, tambah mereka dalam sidang media. "Kami menemui kesan lebam seolah-olah diseksa pada mayat syuhada di Hospital Perubatan Nasser. Kami tidak tahu mengapa terdapat mayat kanak-kanak di kubur besar di Hospital Nasser." Sumber: Quds News Network
إظهار الكل...
😢 307🤬 40👍 12🔥 7 2👎 1
"Ada teladan buat kita yang berkelana di rantau orang." Link pembelian buku Tuan Nadir Al-Nuri https://ezy.la/ulatbuku
إظهار الكل...
🔥 69😢 10👍 4
"Saya cuma mahu tidur." 😢 Respon anak kecil ini selepas dia ditarik keluar dari runtuhan rumahnya yang dibom di Semenanjung Gaza. Sumber: Times of Gaza
إظهار الكل...
😢 366👍 5 5🔥 2
Assalamualaikum & salam sejahtera ⛅️ PODCAST CINTA GAZA MALAYSIA 🆕 episod #SemejaBersamaCGM [Misi Musim Sejuk] - "Kami Ditahan Kerana Kamera" Dengarkan di Spotify atau di Youtube sekarang! Jangan disangka menjadi jurugambar dan juruvideo di kem pelarian Palestin semudah ABC kerana menurut Cik Puan Syafwa, mereka telah ditahan kerana sebuah kamera! Ikuti perkongsian pereka grafik, Cik Puan Syafwa Merlyn berkaitan Misi Musim Sejuk di Tiga Negara Arab - Syria, Lubnan dan Turki. 🎧 Spotify: https://shorturl.at/hnpGH 📸 Youtube: https://youtu.be/glqBiSuD7Kk #podcastCGM #SemejaBersamaCGM #weareCGM #heroes4hope
إظهار الكل...
👍 75 8
Seorang pegawai politik tertinggi Hamas, Khalil al-Hayya memberitahu pihaknya bersedia untuk gencat senjata selama lima tahun atau lebih dengan Israel. Jelasnya, Hamas akan meletakkan senjata dan menjadi parti politik jika penubuhan negara Palestin yang merdeka benar-benar dilaksanakan. Penjelasan terkini Khalil al-Hayya dalam sebuah wawancara di tengah kebuntuan rundingan untuk gencatan senjata di Gaza mendapat perhatian. Idea Hamas untuk melucutkan senjata nampaknya merupakan keputusan penting oleh kumpulan pejuang mujahidin Islam yang jelas komited untuk memusnahkan Israel. Berita penuh: https://www.cgm.com.my/latest-news/h-bersetuju-dengan-5-tahun-gencatan-senjata-menyokong-penuh-two-state-solution Sumber: AP News
إظهار الكل...
🤨 124 40🔥 21👍 18👎 1
Video kesan kemusnahan yang teruk berlaku di Masjid Hassan al-Banna serta beberapa buah rumah di sekelilingnya selepas dimusnahkan dalam serangan bom rejim Zionis Israel di utara kem Nuseirat, di tengah Gaza. Allahuakbar. Setakat statistik 25 April 2024, sebanyak 317 masjid separa musnah dan 239 masjid musnah sepenuhnya. RM5 juta sahaja tidak cukup untuk menampung kerosakan dan kemusnahan masjid-masjid yang dimusnahkan oleh rejim Zionis ini tetapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk membaiki sedikit demi sedikit dengan dana yang ada setelah perang selesai nanti. Perang kali ini yang kita sendiri tidak pasti dan masih berteka-teki bilakah kesengsaraan rakyat Palestin ini akan berakhir. Jika kalian berminat untuk berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
إظهار الكل...
😢 168🤬 28👍 5🔥 3 2