cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Terkini dan Sensasi Palestin

TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!

Ko'proq ko'rsatish
Advertising posts
161 481Obunachilar
-7224 soatlar
-4757 kunlar
-1 09030 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Обуначиларнинг ўсиш даражаси

Ma'lumot yuklanmoqda...

TERKINI | Lebih 400 mayat syuhada ditemui di perkarangan Kompleks Perubatan Nasser. Allahuakbar. Makin hari makin meningkat jumlah mayat syuhada yang ditemui di perkarangan Kompleks Perubatan Nasser 😔 Beberapa mangsa juga ditemui dengan kesan tembakan di kepala. Mayat-mayat ini termasuk mayat kanak-kanak ditanam dengan tangan yang terikat di belakang badan. Kebanyakan mayat dibalut dengan kain kafan hitam dan biru yang diperbuat daripada plastik dan nilon, tidak seperti warna kain kafan yang biasa digunakan di Gaza, yang menimbulkan keraguan bahawa Pasukan rejim Israel berbuat sedemikian untuk menaikkan suhu badan untuk mempercepatkan proses penguraian dan menyembunyikan bukti. Sumber: Middle East Monitor
Hammasini ko'rsatish...
Tamadun Arab bermula dengan orang Arab yang berasal dari lembah padang pasir Arab yang terbentang luas. Mereka telah mula menganut agama Islam pada kurun ke-7 Masihi dan telah menakluk majoriti kawasan Asia Barat dari empayar Sassanid dan empayar Byzantine kemudian mendirikan empayar Arab-Islam yang bermula dari Sepanyol ke Asia Tengah dan dari Caucasus ke India. Disebabkan itu, Islam telah diterima sebagai undang-undang dan budaya oleh orang Parsi, orang Turki dan ramai lagi. Apa yang dirujuk sebagai Tamadun Arab adalah gabungan antara nilai klasik Arab , budaya Islam dan institusi, warisan keilmuan tamadun-tamadun yang hebat di Dunia Lama (Old World) dan kesatuan yang diberikan oleh bahasa Arab. Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/kenapa-tiada-superstate-untuk-negara-arab #CGMKongsi
Hammasini ko'rsatish...
👍 118💩 1
Sebagai seorang Muslim, rasa sangat tersentuh hati dengan semangat pelajar-pelajar universiti yang sehingga kini masih kuat berkempen untuk Palestin. Mereka sanggup ‘bergaduh’ dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelajar-pelajar Muslim yang lain dapat menunaikan solat dengan tenang. Hormati satu sama lain, tidak kisah apa pun kepercayaan kita, itu yang kita perlukan di kala dunia sekarang ini sedikit demi sedikit sudah hilang kehormatan. Stand and be loud! Video: Leajas TikTok
Hammasini ko'rsatish...
🔥 407 209👍 65❤‍🔥 16😢 11
Melihat kepada pendekatan rejim Zionis yang lebih ke arah polisi haluan kanan (right-wing), Zionisme Liberal masih memainkan peranan yang penting dalam ideologi Zionis. Ia masih memenuhi fungsinya yang kritikal dalam membantu projek Zionis bersama peradaban Barat ala-Demokratik serta politik yang progresif. Natijahnya, rejim Israel sangat jarang dijelaskan dalam arus perdana Barat untuk apa yang telah dilakukan; iaitu negara penjajah yang mengamalkan apartheid. Ahli politik dan stesen media merentas pelbagai spektrum politik di Eropah, Amerika Utara dan di kawasan sekitarnya menyifatkan Israel sebagai “negara tunggal demokrasi di Timur Tengah”, berkongsi nilai Barat yang membuatkan ia sebagai suar (beacon) untuk politik progresif di kawasan yang bukan bersifat autoritarian. Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/liberal-zionis-tiang-seri-projek-penjajahan-israel #CGMKongsi
Hammasini ko'rsatish...
👎 138💩 36👍 13😢 6 3🔥 3
Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan di bahagian leher. Kenderaan yang dinaikinya itu terbalik dalam kemalangan kereta. Polis Israel berkata, dua kenderaan terbabit dalam perlanggaran itu dan lima orang dibawa ke hospital selepas cedera ringan. Itamar Ben Gvir adalah antara menteri yang paling 'biadap' sebaik sahaja dia dilantik sebagai menteri dibawah kerajaan Netanyahu. Dia pernah bercadang untuk menjadikan Masjid al-Aqsa sebagai tempat ibadah untuk orang Yahudi sehingga tercetusnya Operation Shield and Arrow selama 5 hari (9 - 13 Mei 2023).
Hammasini ko'rsatish...
👍 472🤣 259👏 93 48🔥 8😍 2
Ini adalah gambar Masjid Salim Abu Musallam di Beit Lahia, utara Gaza sebelum dan selepas ia dimusnahkan sepenuhnya oleh pesawat rejim Zionis. Siapa sangka masjid yang cantik dan indah ini telah dibom oleh tentera rejim Zionis 😢 Masjid ini merupakan mercu tanda untuk semua penduduk Gaza yang tinggal di Gaza Utara dan antara masjid yang pertama menjadi sasaran serangan udara rejim Zionis selepas 7 Oktober 2023. Asbab sumbangan wakaf kalian, InsyaAllah kita dapat membina semula masjid-masjid yang dibom oleh rejim Zionis di Gaza. Jika kalian berminat untuk berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
Hammasini ko'rsatish...
Pertahanan Awam Palestin berkata bahawa mereka percaya bahawa sekurang-kurangnya 20 orang ditanam oleh tentera rejim Zionis secara hidup-hidup di Hospital Nasser. “Tentera rejim Zionis menanam beberapa mayat di Hospital Nasser dalam beg plastik pada kedalaman 3 meter”, tambah mereka dalam sidang media. "Kami menemui kesan lebam seolah-olah diseksa pada mayat syuhada di Hospital Perubatan Nasser. Kami tidak tahu mengapa terdapat mayat kanak-kanak di kubur besar di Hospital Nasser." Sumber: Quds News Network
Hammasini ko'rsatish...
😢 318🤬 42👍 12🔥 7 2👎 1
"Ada teladan buat kita yang berkelana di rantau orang." Link pembelian buku Tuan Nadir Al-Nuri https://ezy.la/ulatbuku
Hammasini ko'rsatish...
🔥 70😢 10👍 4
"Saya cuma mahu tidur." 😢 Respon anak kecil ini selepas dia ditarik keluar dari runtuhan rumahnya yang dibom di Semenanjung Gaza. Sumber: Times of Gaza
Hammasini ko'rsatish...
😢 386👍 5 5🔥 2
Assalamualaikum & salam sejahtera ⛅️ PODCAST CINTA GAZA MALAYSIA 🆕 episod #SemejaBersamaCGM [Misi Musim Sejuk] - "Kami Ditahan Kerana Kamera" Dengarkan di Spotify atau di Youtube sekarang! Jangan disangka menjadi jurugambar dan juruvideo di kem pelarian Palestin semudah ABC kerana menurut Cik Puan Syafwa, mereka telah ditahan kerana sebuah kamera! Ikuti perkongsian pereka grafik, Cik Puan Syafwa Merlyn berkaitan Misi Musim Sejuk di Tiga Negara Arab - Syria, Lubnan dan Turki. 🎧 Spotify: https://shorturl.at/hnpGH 📸 Youtube: https://youtu.be/glqBiSuD7Kk #podcastCGM #SemejaBersamaCGM #weareCGM #heroes4hope
Hammasini ko'rsatish...
👍 76 8