cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Terkini dan Sensasi Palestin

TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!

Mostrar más
Malasia382El idioma no está especificadoNoticias y medios662
Advertising posts
162 609Suscriptores
-6324 hours
-4827 days
-2 00730 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Keadaan di Gaza sekarang setelah lebih 5 bulan berlakunya pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis. Mengikut statistik terkini lebih 70,000 unit kediaman musnah sepenuhnya dan lebih 290,000 unit kediaman separa musnah. Sekurang-kurangnya sebayak USD 15 bilion diperlukan untuk membina semula rumah di Gaza, menurut laporan agensi berita Reuters. Allahuakbar. Lindungilah mereka Ya Allah. Berikanlah mereka kekuatan untuk menempuh ujian ini Ya Allah 😢🤲🏻 Gambar: Fabio Bucciarelli
Mostrar todo...
Majoriti rakyat Amerika tidak setuju dengan tindakan Israel di Gaza. Dalam satu tinjauan terkini Gallup pada Rabu menunjukkan, 55 peratus responden tidak bersetuju dengan tindakan tentera Zionis itu. Ia meningkat daripada jumlah 45 peratus yang mengatakan mereka tidak bersetuju pada November lalu, iaitu sebulan selepas Israel memulakan operasinya. Dalam kalangan pengundi Parti Demokrat, peratusan itu lebih tinggi, iaitu 75 peratus menyatakan pandangan negatif terhadap tindakan Israel, manakala 60 peratus daripada bebas juga berkata mereka tidak bersetuju. Sumber: TV Pertiwi #IsraelCuak #TaufanalAqsa
Mostrar todo...
👍 133🔥 14❤‍🔥 2 1
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-173. ▪️ Rejim Israel melancarkan 8 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 76 syahid manakala 102 mangsa yang cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu. ▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. ▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 32,490 syuhada dan 74,889 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu. Sumber: Kementerian Kesihatan di Gaza
Mostrar todo...
😢 82🤬 18👍 7🔥 3 1
Hari ini sudah masuk Ramadan ke-17. Bagaimana dengan amal ibadah kalian? 😇 Semalam kami terima gambar dan video bantuan agihan juadah berbuka puasa untuk rakyat Gaza yang berada di Tengah Gaza. Daging di sana sangat mahal tetapi disebabkan sumbangan kalian yang tak putus putus kita dapat membantu penduduk Tengah Gaza merasa berbuka puasa makan nasi dan daging. Kenyang perut mereka! Alhamdulillah, berkat sumbangan kalian kita dapat membantu seramai 2,000 penduduk! Rasa bersyukur  melihat senyuman manis mereka apabila bantuan tiba ❤️ Terima kasih orang-orang baik! Kalian boleh menyumbang ke ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Ramadan. Jom, jadikan doa-doa mereka pada hari ini untuk kita 😇 #Heroes4Hope  #Ramadan4Gaza
Mostrar todo...
178👍 8🔥 8
132👍 4🔥 3
125🔥 6👍 1
Situasi demonstrasi besar-besaran yang mengagumkan yang dihadiri ribuan rakyat Jorban di sekitar kedutaan rejim Israel di Amman, Jordan sebagai menyokong rakyat Gaza dan Palestin. Sumber: Shehab Agency #IsraelCuak #TaufanalAqsa
Mostrar todo...
❤‍🔥 253 31🔥 17👍 6
Berikut adalah rangkuman beberapa perkembangan utama perang Israel terhadap Palestin (28 Mac 2024): — Israel mendakwa membunuh ‘berpuluh-puluh’ pejuang Hamas dan Jihad Islam, tetapi Hamas menafikan dakwaan itu dengan menegaskan tiada pejuangnya dimasukkan ke hospital. — Salah seorang wartawan yang berada di dalam hospital, Bayan Abulsultan, tidak kelihatan sejak 19 Mac, ekoran itu Reporters Without Borders menyeru tentera Israel untuk berkongsi sebarang maklumat mengenai wartawan itu. — Hizbullah berkata ia melancarkan berpuluh-puluh roket di Kiryat Shmona, sebuah bandar sempadan Israel, sebagai tindak balas kepada serangan Israel ke atas kampung al-Habbariyeh di selatan Lubnan yang mengorbankan tujuh orang. — Sebagai tindak balas kepada serangan roket, Israel mengebom dua bandar Lubnan, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang. — Sekurang-kurangnya 18 rakyat Palestin maut ketika cuba mendapatkan bantuan yang dijatuhkan ke Gaza, dengan enam lagi mayat ditemui di laut. — Al Jazeera melaporkan beberapa orang terbunuh dan cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan jawatankuasa suku yang bertanggungjawab mendapatkan bantuan di selatan Kota Gaza. — Israel telah meminta untuk menjadualkan semula pertemuan dengan pegawai AS untuk membincangkan rancangan ketenteraannya di bandar Rafah di selatan Gaza beberapa hari selepas Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu secara tiba-tiba membatalkan rundingan yang dirancang. Sumber: Ismaweb Kredit: Dunia Palestin #IsraelCuak #TaufanalAqsa
Mostrar todo...
🤬 126👍 7👎 6🔥 3😢 1
Demonstrasi yang dihadiri kira-kira ribuan rakyat di Amman, Jordan sebagai 'suara' menyokong penduduk Gaza. Sumber: Al Jazeera #IsraelCuak #TaufanalAqsa
Mostrar todo...
190👍 17🔥 8
Sumber tempatan: Pasukan rejim Israel menahan Sheikh Ahmed Ayaidah, imam Masjid al-Hadmi yang berada di bandar Shuyoukh, utara al-Khalil (Hebron). Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
Mostrar todo...
🤬 134👎 28😢 19🔥 3👍 2
Inicia sesión y accede a información detallada

Te revelaremos estos tesoros después de la autorización. ¡Prometemos que será rápido!