en
Feedback
Terkini dan Sensasi Palestin

Terkini dan Sensasi Palestin

Open in Telegram

TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Terkini dan Sensasi Palestin

Channel Terkini dan Sensasi Palestin (@cintagaza) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 118 801 subscribers, ranking 1 879 in the News & Media category and 193 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 118 801 subscribers.

According to the latest data from 07 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -1 766 over the last 30 days and by -64 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 2.00%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 1.31% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 2 372 views. Within the first day, a publication typically gains 1 556 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 31.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œTELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 08 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the News & Media category.

118 801
Subscribers
-6424 hours
-4107 days
-1 76630 days
Posts Archive
Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan. Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu
Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan. Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu undang-undang diluluskan yang membuka jalan kepada hukuman mati terhadap tahanan Palestin β€” mereka yang sudah pun terkurung dan dinafikan kebebasan. Satu bentuk kezaliman yang tiada kata dapat menjelaskan situasi tersebut. Ini bukan sekadar isu perundangan. Ini adalah persoalan nilai kemanusiaan sejagat. Adakah dunia akan terus berdiam diri? 🌐 Follow, Like and Share β€’ Info terkini dan sensasi hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin. β€’ Setiap tindakan anda mungkin menjadi asbab kepada kemerdekaan Palestin. #Heroes4Hope #cintagazamalaysia

Suara anda membantu kami melakukan yang lebih baik. Cinta Gaza Malaysia menjemput para penderma untuk menyertai Kaji Selidik
Suara anda membantu kami melakukan yang lebih baik. Cinta Gaza Malaysia menjemput para penderma untuk menyertai Kaji Selidik Penderma CGM 2026. Pandangan dan maklum balas anda amat bermakna dalam membantu kami menambah baik pengurusan bantuan, komunikasi serta program kemanusiaan pada masa hadapan. πŸ“± Imbas kod QR pada poster dan klik link https://form.questionscout.com/6a7d88b862d1ee234755b6aa kongsikan pandangan anda. Terima kasih kerana terus mempercayai dan bersama Cinta Gaza Malaysia dalam setiap langkah kemanusiaan. #Heroes4Hope #CintaGazaMalaysia

Pada pagi Ahad, Wafa Yusuf Akilah, seorang kanak-kanak Palestin di Gaza membawa beg sekolahnya dan berangkat ke sekolah seper
Pada pagi Ahad, Wafa Yusuf Akilah, seorang kanak-kanak Palestin di Gaza membawa beg sekolahnya dan berangkat ke sekolah seperti ribuan kanak-kanak lain yang cuba kembali menjalani kehidupan harian selepas bertahun-tahun berdepan peperangan dan perpindahan. Namun, hari yang sepatutnya menjadi permulaan tahun persekolahan baharu itu berakhir dengan tragedi apabila Wafa terkorban bersama bapanya, Yusuf Akilah dalam serangan rejim Israel di bandar Gaza. Sebuah kenderaan yang dinaiki Wafa dan bapanya diserang dari udara berhampiran persimpangan Hamid, di barat bandar Gaza. Serangan itu mengorbankan kedua-duanya, manakala beberapa lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital as-Shifa untuk mendapatkan rawatan. Wafa tidak mengetahui bahawa hari pertamanya di sekolah itu akan menjadi hari terakhir dalam hidupnya. Dia sepatutnya kembali ke sekolah pada keesokan harinya, membawa semula begnya, duduk di kerusi dan meneruskan tahun persekolahan seperti kanak-kanak lain. Namun, tempat duduknya kini menjadi kosong. Kisah Wafa tersebar di media sosial selepas gambar dan kisahnya dikongsi oleh aktivis serta wartawan. Ramai menyoroti kisah tragis ini sebagai kisah seorang kanak-kanak yang pergi ke sekolah pada waktu pagi sebelum terbunuh bersama bapanya pada hari yang sama. Kisah itu turut dilihat sebagai gambaran penderitaan kanak-kanak Gaza yang cuba kembali mendapatkan pendidikan dan menikmati semula kehidupan kanak-kanak, sedangkan serangan masih mengancam mereka. Dalam perkembangan yang sama, Al Jazeera melaporkan bahawa tujuh rakyat Palestin cedera, termasuk seorang yang berada dalam keadaan kritikal selepas sekumpulan penduduk di kawasan Kem as-Shati, barat bandar Gaza diserang pada Ahad. Pada awal Isnin pula, menurut sumber perubatan, sekurang-kurangnya lima lagi rakyat Palestin syahid dalam serangan udara rejim Israel di beberapa kawasan di Gaza. Seorang kanak-kanak terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal diserang di kawasan tengah Gaza, manakala empat lagi rakyat Palestin syahid dan beberapa yang lain cedera dalam serangan berasingan di al-Rimal, barat bandar Gaza. Dalam perkembangan lain, penduduk Gaza pada Sabtu mengebumikan kira-kira 100 mangsa termasuk sekitar 62 kanak-kanak selepas jasad dan sisa tubuh mereka ditemukan di bawah runtuhan rumah yang musnah di kawasan al-Zaytoun. Mereka dipercayai telah terbunuh hampir tiga tahun lalu sebelum jasad berjaya dikeluarkan dari runtuhan. Rejim Israel didakwa berterusan melanggar perjanjian gencatan senjata dan menjejaskan usaha melaksanakan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menamatkan perang di Gaza yangmelibatkan pengunduran rejim Israel dari wilayah itu dan pelucutan senjata HAMAS. Menurut data Kementerian Kesihatan Gaza, sebanyak 1,344 rakyat Palestin telah terbunuh dan 4,464 lagi cedera akibat pelanggaran rejim Israel terhadap perjanjian gencatan senjata sejak ia mula berkuat kuasa pada Oktober 2025. Sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Oktober 2023, jumlah kumulatif rakyat Palestin yang terbunuh dilaporkan mencecah 73,651 orang, manakala 174,592 lagi cedera. Sumber: Shehab News dan al-Jazeera 🌐 Follow, Like & Share β€’ Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin. β€’ Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia. #Heroes4Hope #CintaGazaMalaysia

Bersama Tuan Nasaie Ismail. Satu kupasan menarik daripada penulis Arus Politik Palestin apabila beliau menekankan bahawa pemb
Bersama Tuan Nasaie Ismail. Satu kupasan menarik daripada penulis Arus Politik Palestin apabila beliau menekankan bahawa pembebasan Palestin perlukan semangat penentangan (resistance) yang berterusan kendatipun dalam bentuk diplomasi. Terlepas dengan siaran langsung? Ikuti rakaman di - YouTube: https://shorturl.at/GKgS8 Spotify: https://shorturl.at/kTurv Apple Podcast: https://shorturl.at/9DEDB #LingkarWacana2026 #CintaGazaMalaysia

Tentera penjajah Israel menyerbu beberapa kediaman rakyat Palestin ketika melakukan pencerobohan di Kota Lama Qalqilya, Tebing Barat yang diduduki. 🌐 Follow, Like & Share β€’ Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin. β€’ Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia. #Heroes4Hope #CintaGazaMalaysia

Adakah kemusnahan di Gaza hari ini satu kebetulan? Hakikatnya, ia adalah ulangan skrip Nakba 1948, sebuah rekayasa terancang
+4
Adakah kemusnahan di Gaza hari ini satu kebetulan? Hakikatnya, ia adalah ulangan skrip Nakba 1948, sebuah rekayasa terancang untuk memadamkan kewujudan Palestin. Apabila pengusiran paksa gagal, taktik bertukar kepada 'de-development' (pembangunan mundur) melumpuhkan infrastruktur agar Gaza tidak lagi mampu dihuni. Lebih parah, apa yang dicanang dunia sebagai "zon selamat" dan "pembangunan semula" seolah-olah menjadi perangkap penjajahan moden yang memenjarakan kebebasan pelarian. Di sebalik tabir kemanusiaan ini, wujud persekongkolan geopolitik dan ekonomi serantau yang membisukan kezaliman, dibantu oleh kekebalan undang-undang antarabangsa yang berat sebelah. Namun, sejarah membuktikan rekayasa fizikal dan ekonomi tidak akan mampu memadamkan roh penentangan dan Hak Kembali (Right of Return) rakyat Palestin.

Rejim Zionis berlagak seperti helang menunggu mangsanya di darat. Tersilap langkah, tembakan akan dilepaskan! Tonton SumudOnCamera sekarang! Spotify: https://tinyurl.com/dxcch8cn YouTube: https://tinyurl.com/2h67b8xw Apple Podcast: https://tinyurl.com/bdzydwna #CGM+ #SumudOnCamera #SumudNusantara #Global Sumud Flotilla

Tahun persekolahan baharu Palestin bermula dalam keadaan penuh cabaran apabila ratusan ribu pelajar di Gaza, Tebing Barat dan
Tahun persekolahan baharu Palestin bermula dalam keadaan penuh cabaran apabila ratusan ribu pelajar di Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur berdepan krisis pendidikan yang berbeza daripada kemusnahan sekolah akibat perang, masalah kewangan dan ancaman perobohan hinggalah sekatan terhadap guru serta campur tangan terhadap kurikulum. Di Gaza, kira-kira 541,000 pelajar dijangka kembali mengikuti sesi pendidikan bagi tahun 2026/2027, namun mereka tidak lagi kembali ke sekolah seperti sebelum perang. Kemusnahan besar terhadap bangunan dan kemudahan pendidikan memaksa Kementerian Pendidikan Palestin menyediakan sekitar 700 pusat pembelajaran serta 25 sekolah sementara, selain meneruskan pembelajaran secara dalam talian bagi pelajar yang tidak mampu hadir secara fizikal. Usaha itu dilakukan bagi mengelakkan satu lagi generasi pelajar Gaza kehilangan akses kepada pendidikan, meskipun cabaran menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan stabil masih berterusan. Di Tebing Barat pula, sistem pendidikan dibelenggu krisis kewangan berpanjangan yang memberi kesan kepada kira-kira 32,000 guru dan 625,000 pelajar. Guru dilaporkan tidak menerima gaji secara penuh dan konsisten sejak beberapa tahun lalu, sehingga mencetuskan pertikaian mengenai jumlah hari persekolahan. Ketika pihak kementerian mahu sesi persekolahan berjalan lima hari seminggu, terdapat cadangan untuk menghadkan pengajaran kepada tiga hari sahaja. Keadaan itu membimbangkan kerana kehilangan pembelajaran dilaporkan meningkat sehingga hampir 60 peratus pada tahun lalu. Dalam masa yang sama, sekolah-sekolah Palestin turut berdepan ancaman langsung daripada rejim Israel. Sebanyak 84 sekolah dilaporkan menerima arahan perobohan atau pemberhentian kerja, melibatkan sekitar 13,000 pelajar dan lebih 1,000 guru serta kakitangan. Sebahagian besar sekolah yang menerima arahan perobohan atau pemberhentian kerja itu terletak di kawasan yang diklasifikasikan sebagai Kawasan C, termasuk penempatan Badwi dan komuniti penggembala, yang turut berdepan ancaman pengusiran penduduk, sekatan pergerakan serta serangan pendatang haram Israel. Di Baitul Maqdis Timur yang diduduki pula, tekanan terhadap pendidikan Palestin semakin ketara apabila lebih 70 guru dan kakitangan dari Tebing Barat dihalang daripada memasuki bandar itu selepas permit mereka tidak diperbaharui. Langkah tersebut menjejaskan sekolah yang memberikan pendidikan kepada lebih 8,500 pelajar dan menyebabkan beberapa sekolah Kristian melancarkan mogok tanpa had. Selain sekatan terhadap guru, kebimbangan turut meningkat terhadap usaha rejim Israel dalam memperluas kurikulum Israel di sekolah-sekolah Palestin. Langkah itu dilihat bukan sekadar melibatkan perubahan buku teks, tetapi turut menyentuh naratif sejarah, identiti dan masa depan generasi Palestin di Baitul Maqdis. Dari Gaza yang dipenuhi runtuhan, Tebing Barat yang berdepan krisis kewangan dan ancaman perobohan sekolah, hinggalah ke Baitul Maqdis yang menyaksikan tekanan terhadap guru dan kurikulum, pendidikan Palestin kini berdepan perjuangan yang semakin kompleks. Bagi ratusan ribu pelajar Palestin, pergi ke sekolah bukan lagi sekadar untuk menuntut ilmu, tetapi juga satu perjuangan untuk memastikan masa depan dan identiti mereka terus dipertahankan. Sumber: Shehab News

Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan. Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu
Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan. Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu undang-undang diluluskan yang membuka jalan kepada hukuman mati terhadap tahanan Palestin β€” mereka yang sudah pun terkurung dan dinafikan kebebasan. Satu bentuk kezaliman yang tiada kata dapat menjelaskan situasi tersebut. Ini bukan sekadar isu perundangan. Ini adalah persoalan nilai kemanusiaan sejagat. Adakah dunia akan terus berdiam diri? 🌐 Follow, Like and Share β€’ Info terkini dan sensasi hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin. β€’ Setiap tindakan anda mungkin menjadi asbab kepada kemerdekaan Palestin. #Heroes4Hope #cintagazamalaysia

Sertai diskusi buku Beneath The Gaza Sky bersama panel dari IRIS Institute, Muhammad Irfan secara langsung di Perpustakaan Ci
Sertai diskusi buku Beneath The Gaza Sky bersama panel dari IRIS Institute, Muhammad Irfan secara langsung di Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia! Muhammad Irfan bin Izhar, kini berkhidmat sebagai Pengurus di Suluh Press dan Penyelidik di Unit Kajian & Komersial, IRIS Institute. Beliau memiliki latar belakang akademik yang dengan kelulusan Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Sejarah Malaysia dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mempunyai kepakaran dan minat yang mendalam terhadap Sejarah Malaysia, Kuasa Nasional, serta Politik dan Kepimpinan, beliau aktif menyumbang hasil kajian dan penulisan kritis mengenai dasar negara di platform seperti FOKUS.my dan IRIS Brief. Selain penulisan, beliau juga sering berkongsi pandangan dan mengupas isu-isu sosiopolitik serta sejarah melalui ruang media digital. Hari: Sabtu Tarikh: 26 September 2026 Masa: 10:00 pagi - 11:30 tengahari Daftar sini https://forms.gle/h6UL1R3cywBx7rxJ8 atau imbas kod QR. #LingkarWacana2026 #CintaGazaMalaysia

Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan. Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu
Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan. Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu undang-undang diluluskan yang membuka jalan kepada hukuman mati terhadap tahanan Palestin β€” mereka yang sudah pun terkurung dan dinafikan kebebasan. Satu bentuk kezaliman yang tiada kata dapat menjelaskan situasi tersebut. Ini bukan sekadar isu perundangan. Ini adalah persoalan nilai kemanusiaan sejagat. Adakah dunia akan terus berdiam diri? 🌐 Follow, Like and Share β€’ Info terkini dan sensasi hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin. β€’ Setiap tindakan anda mungkin menjadi asbab kepada kemerdekaan Palestin. #Heroes4Hope #cintagazamalaysia

πŸ“š *Lingkar Wacana 2026* | ep. 3 πŸ§”πŸ»β€β™‚οΈ Bersama Shadi Salem Satu kupasan menarik daripada penulis Beneath The Gaza Sky. Di s
+9
πŸ“š *Lingkar Wacana 2026* | ep. 3 πŸ§”πŸ»β€β™‚οΈ Bersama Shadi Salem Satu kupasan menarik daripada penulis Beneath The Gaza Sky. Di sebalik angka korban yang semakin meningkat, Gaza juga pernah mempunyai kehidupan yang normal seperti kita semua jalani sekarang. Dari memori zaman kanak-kanak, gaya hidup, budaya, identiti mereka sebagai seorang rakyat Palestin. Mereka juga pernah bebas dan mereka berhak mendapat kebebasan. Terlepas dengan siaran langsung? πŸŽ₯ Ikuti rakaman di β€” YouTube: https://youtu.be/73XKjFS8pJE Spotify: https://shorturl.at/Ez8Ly Apple Podcast: https://shorturl.at/biGAm #LingkarWacana2026 #CintaGazaMalaysia

πŸ“š *Lingkar Wacana 2026* | ep. 3 πŸ§”πŸ»β€β™‚οΈ Bersama Shadi Salem Satu kupasan menarik daripada penulis Beneath The Gaza Sky. Di sebalik angka korban yang semakin meningkat, Gaza juga pernah mempunyai kehidupan yang normal seperti kita semua jalani sekarang. Dari memori zaman kanak-kanak, gaya hidup, budaya, identiti mereka sebagai seorang rakyat Palestin. Mereka juga pernah bebas dan mereka berhak mendapat kebebasan. Terlepas dengan siaran langsung? πŸŽ₯ Ikuti rakaman di β€” YouTube: https://youtu.be/73XKjFS8pJE Spotify: https://shorturl.at/Ez8Ly Apple Podcast: https://shorturl.at/biGAm #LingkarWacana2026 #CintaGazaMalaysia

Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah mengagihkan 70 pek makanan percuma dan kit kebersihan diri kepada penghuni Pusat Transit Gelandangan Anjung Kembara, Kuala Lumpur pada 2 September 2026. CGM turut menyumbang peralatan mencuci bagi membantu menjaga kebersihan dan keselesaan pusat transit tersebut. Program ini juga dijayakan dengan kerjasama pasukan CGM serta para sukarelawan yang turun padang menyantuni para penghuni. Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat dan meringankan keperluan mereka. Terima kasih kepada semua penyumbang dan teruskan menyokong Persatuan Cinta Gaza Malaysia. #SukarelawanCGM #CGMMeals #PercumaJe #cintagazamalaysia

Kempen Memberi Sambil Menerima kembali lagi tahun ini dengan pelbagai pilihan cenderamata eksklusif dari CGM Planner 2026 Tum
+3
Kempen Memberi Sambil Menerima kembali lagi tahun ini dengan pelbagai pilihan cenderamata eksklusif dari CGM Planner 2026 Tumbler Sumud Nusantara Canvas Bag Sumud Nusantara Koleksi Kuffiyeh Dengan kempen ni, bukan sekadar dapat cenderamata eksklusif CGM, tapi kali ini kalian boleh pilih sendiri kempen/projek semasa yang ingin disalurkan melalui pakej/item pilihan anda. 1️⃣ Pilih cenderamata yang anda suka 2️⃣ Pilih kempen yang ingin disokong 3️⃣ Sumbangan anda akan disalurkan kepada misi kemanusiaan yang sedang berjalan. Mudah je 😊 🎁 Dapat cenderamata. ❀️ Bantu mereka yang memerlukan. Klik link: https://shop.cgm.com.my/form/msm-membeli-sambil-menerima untuk tengok koleksi merchandise eksklusif CGM #heroes4hope #cintagazamalaysia

LINGKAR WACANA 2026 Cinta Gaza Malaysia menjemput anda untuk menonton dan mendengar kupasan Beneath The Gaza Sky hasil penulisan Shadi Salem. Tonton secara langsung podcast Lingkar Wacana: https://www.youtube.com/live/Hd0nfEXes0g?si=iPbygM4oZzO2M2nU #LingkarWacana2026 #CintaGazaMalaysia

Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan. Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu
Satu detik yang mencatat sejarah hitam dalam kemanusiaan. Ketika dunia sepatutnya mempertahankan hak asasi dan keadilan, satu undang-undang diluluskan yang membuka jalan kepada hukuman mati terhadap tahanan Palestin β€” mereka yang sudah pun terkurung dan dinafikan kebebasan. Satu bentuk kezaliman yang tiada kata dapat menjelaskan situasi tersebut. Ini bukan sekadar isu perundangan. Ini adalah persoalan nilai kemanusiaan sejagat. Adakah dunia akan terus berdiam diri? 🌐 Follow, Like and Share β€’ Info terkini dan sensasi hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin. β€’ Setiap tindakan anda mungkin menjadi asbab kepada kemerdekaan Palestin. #Heroes4Hope #cintagazamalaysia

Selamat Hari Kerja Amal Antarabangsa 2026! 🌍 Di sebalik setiap bantuan yang sampai, ada tangan-tangan yang bekerja tanpa men
Selamat Hari Kerja Amal Antarabangsa 2026! 🌍 Di sebalik setiap bantuan yang sampai, ada tangan-tangan yang bekerja tanpa mengenal sempadan demi membantu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, sehingga kini Cinta Gaza Malaysia telah menyampaikan bantuan kemanusiaan ke 19 buah negara. Terima kasih kepada para penyumbang, sukarelawan dan semua yang terus bersama kami menjayakan misi kemanusiaan ini. Perjalanan ini masih panjang. Teruskan bersama kami menyebarkan kebaikan ke seluruh dunia. Untuk menyumbang, klik link di bio! #CintaGazaMalaysia #Heroes4Hope #HariKerjaAmalAntarabangsa #Kemanusiaan

POV : Bila sumbangan kalian dah sampai ke Gaza! Okay, ini sebenarnya footage terkini yang staf kami di Gaza dapat rakam bulan Julai. Dalam video ni ada beberapa lori tangki air yang telah dipenuhi dengan air bersih untuk diedarkan kepada ke mereka yang berada di sekitar Gaza. So bila orang tanya sampai ke bantuan ke Gaza ni? Korang boleh terus share video ni. Nak pastikan lebih ramai dapat terima bantuan air bersih? Klik link https://donate.cgm.com.my/form/water4humanity-2026 sekarang! #CintaGazaMalaysia #BantuanKemanusiaan #Theyliedtous #Water4Humanity #Emergency4Gaza

Hari ini, Cinta Gaza Malaysia (CGM) menerima perkongsian daripada Tuan Azuan bin Adzhar, Pegawai SPRM mengenai pengurusan NGO
+8
Hari ini, Cinta Gaza Malaysia (CGM) menerima perkongsian daripada Tuan Azuan bin Adzhar, Pegawai SPRM mengenai pengurusan NGO serta kefahaman berkaitan Seksyen 23 dan Seksyen 17A Akta SPRM 2009. Sesi ini turut disertai Cinta Salam Malaysia dan Global Peace Mission (GPM) bagi bersama-sama memperkukuh integriti dan tadbir urus organisasi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu menambah baik pengurusan NGO masing-masing. #CintaGazaMalaysia #Heroes4Hope