en
Feedback
BERITAmediacorp

BERITAmediacorp

Open in Telegram

Berita. Ehwal Semasa. Nadi masyarakat Melayu/Islam

Show more
1 981
Subscribers
+124 hours
+37 days
-630 days
Posts Archive
Jerebu tebal menyelubungi Kalimantan dan beberapa kawasan lain di Borneo sedang kebakaran hutan terus marak di Indonesia. Pihak berkuasa dilaporkan sudah menutup sembilan taman negara buat sementara waktu, selain mengutamakan operasi memadam kebakaran di enam wilayah. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/usaha-tangani-kebakaran-hutan-indonesia-disukarkan-fenomena-el-nino-menteri-kehutanan-indonesia-1065281

Berita baik bagi pemegang kad CHAS biru dan jingga! Mulai hari ini (3 Sep) hingga 1 Jan 2027, anda sekali lagi dapat menikmat
Berita baik bagi pemegang kad CHAS biru dan jingga! Mulai hari ini (3 Sep) hingga 1 Jan 2027, anda sekali lagi dapat menikmati diskaun 6% berbanding kadar biasa 3%, di FairPrice pada setiap Khamis dan Jumaat. Skim itu diperkenalkan semula menyusuli beberapa inisiatif FairPrice tahun ini bagi membantu rakyat Singapura menangani kos sara hidup yang lebih tinggi. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/fairprice-kembali-tawar-diskaun-6-kepada-pemegang-kad-chas-biru-oren-hingga-1-jan-1065746

Perubahan pada skim cuti penjagaan anak di Singapura akan mengambil masa “sekurang-kurangnya beberapa bulan” untuk dilaksanakan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah. Ini kerana, jelas beliau, pemerintah perlu terlebih dahulu menyiapkan pindaan undang-undang dan memperhalusi butiran pelaksanaan bersama majikan dan kesatuan sekerja. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/perubahan-cuti-penjagaan-anak-ambil-masa-sekurang-kurangnya-beberapa-bulan-untuk-dilaksanakan-indranee-rajah-1065681

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia menolak penayangan drama "Madu atau Racun" yang didakwa mengandungi elemen
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia menolak penayangan drama "Madu atau Racun" yang didakwa mengandungi elemen hubungan sesama jantina sehingga menimbulkan keresahan dan kontroversi. "Penerapan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya ketimuran ini perlu dibendung, agar pegangan akidah dan nilai moral masyarakat, khususnya generasi muda, sentiasa terpelihara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Buat masa ini, drama lakonan Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha itu disiarkan menerusi platform iQIYI pada setiap Jumaat dan Sabtu.

Malaysia akan menjalankan operasi pembenihan awan secara berperingkat di 13 kawasan di Sarawak, Kedah dan Perlis bermula esok
Malaysia akan menjalankan operasi pembenihan awan secara berperingkat di 13 kawasan di Sarawak, Kedah dan Perlis bermula esok (3 Sep) hingga 5 September. Operasi itu dijalankan bagi menangani jerebu yang semakin memburuk, selain membantu kawasan yang terjejas akibat cuaca ekstrem. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/operasi-pembenihan-awan-akan-dilaksana-di-13-kawasan-di-sarawak-kedah-dan-perlis-1065531

Seorang pemandu kereta sewa privet didenda S$650 kerana menunggu di perhentian teksi HarbourFront Centre untuk mencari penump
Seorang pemandu kereta sewa privet didenda S$650 kerana menunggu di perhentian teksi HarbourFront Centre untuk mencari penumpang meskipun tidak mempunyai sebarang tempahan. Ketika barisan di perhentian tersebut panjang, Steven Gan Teck Guan dikatakan menghampiri mereka yang sedang beratur dan menawarkan khidmatnya. Tambang yang dikenakan pula berdasarkan harga premium yang tertera dalam aplikasi Grab.

Yishun 10 dijangka menamatkan operasi pada 2 Mac 2027 sebelum dibangunkan semula menjadi projek kediaman dan komersial, menur
Yishun 10 dijangka menamatkan operasi pada 2 Mac 2027 sebelum dibangunkan semula menjadi projek kediaman dan komersial, menurut Frasers Property pada Rabu (2 Sep). Pembangunan baharu itu, yang dijangka siap pada pertengahan 2031, akan merangkumi sekitar 110 unit kediaman serta ruang komersial di tingkat bawah.

Yayasan MENDAKI dan Yayasan Tanoto memeterai Memorandum Perjanjian selama tiga tahun untuk memperkukuh usaha membina keupayaa
Yayasan MENDAKI dan Yayasan Tanoto memeterai Memorandum Perjanjian selama tiga tahun untuk memperkukuh usaha membina keupayaan pemimpin dalam masyarakat Melayu/Islam. Kerjasama itu akan menyokong Tunas Bersama M³+ 3.0 dan 4.0, iaitu program yang melengkapkan peserta dengan keupayaan, rangkaian dan pengalaman untuk menyumbang secara berkesan kepada masyarakat dan negara. Yayasan Tanoto merupakan sebuah yayasan keluarga bebas yang berusaha memacu perubahan sistem dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/mendaki-yayasan-tanoto-jalin-kerjasama-perkukuh-pembangunan-pemimpin-melayu-islam-21-pemimpin-sertai-tunas-30-1065251

Pengguna GetGo kini boleh sewa kereta GetGo di Singapura dan pandu masuk ke Malaysia, menerusi perkhidmatan baharu yang dilan
Pengguna GetGo kini boleh sewa kereta GetGo di Singapura dan pandu masuk ke Malaysia, menerusi perkhidmatan baharu yang dilancarkan pada Selasa (1 Sep). Khidmat yang dinamakan "Drive to Malaysia" itu membolehkan pengguna yang layak menempah kenderaan GetGo menerusi aplikasinya dan memandu ke mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/pengguna-getgo-kini-boleh-pandu-kereta-sewa-ke-malaysia-1065201

Menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), kes demam selesema di Singapura yang diuji positif naik kepada 36.6 peratus antara
Menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), kes demam selesema di Singapura yang diuji positif naik kepada 36.6 peratus antara 16 - 22 Ogos 2026. Ini berdasarkan kadar sampel jangkitan dalam masyarakat. CDA menyarankan individu yang berisiko lebih tinggi untuk dapatkan vaksin influenza sekurang-kurangnya sekali setahun. Vaksin influenza boleh didapatkan di klinik doktor keluarga yang menyertai Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) dan poliklinik. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/kes-demam-selesema-meningkat-di-sg-tiada-tanda-jangkitan-lebih-teruk-daripada-biasa-cda-1065256

Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (31 Ogos) menyatakan bahawa penghantaran pasukan itu dibuat atas permintaan pemerinta
Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (31 Ogos) menyatakan bahawa penghantaran pasukan itu dibuat atas permintaan pemerintah Nepal. Pasukan tersebut termasuk pegawai yang pakar dalam pengecaman mangsa bencana. Pemerintah Singapura juga akan menghantar bantuan kemanusiaan yang merangkumi bekalan awam dan bekalan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/bencana-nepal-tibet-sg-akan-hantar-pegawai-polis-pakar-kenal-pasti-mangsa-1064931 

Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas menghadiahkan kek kepad
+2
Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas menghadiahkan kek kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Sultan Abu Bakar sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-69. Sebelum ini, AKPS juga menghadiahkan kek kepada ICA sempena ulang tahun Singapura ke-60.

Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 pada Isnin (31 Ogos). Meskipun beliau hadir dalam keadaan berkerusi roda, Dr Mahathir, 101 tahun, tetap memilih untuk berpanas dan menyambut acara itu bersama rakyat.

Singapura merancang untuk memperkenalkan undang-undang pada awal tahun depan, yang mewajibkan platform media sosial melaksana
Singapura merancang untuk memperkenalkan undang-undang pada awal tahun depan, yang mewajibkan platform media sosial melaksanakan perlindungan lebih ketat bagi golongan remaja. Ini termasuk kemungkinan menetapkan had masa penggunaan harian. Buat masa ini, Singapura mempunyai kod amalan yang merangkumi enam platform media sosial yang ditetapkan iaitu Facebook, Instagram, TikTok, YouTube, HardwareZone dan X. https://berita.mediacorp.sg/singapura/sg-bakal-gubal-undang-undang-perlindungan-lebih-ketat-hadkan-tempoh-harian-remaja-di-media-sosial-1064846 

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikenakan semula di kawasan Orchard pada kadar S$1 mulai 7 September di 11 lok
Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikenakan semula di kawasan Orchard pada kadar S$1 mulai 7 September di 11 lokasi. Lokasi tersebut ialah: 📍Buyong Road 📍Cairnhill Road 📍Clemenceau Avenue 📍Killiney Road 📍Kramat Road 📍Orchard Link 📍Orchard Road 📍Orchard Turn 📍Oxley Road 📍YMCA 📍Terowong Fort Canning

Macam 'Marie Kondo' Singapura - dua sahabat ini mula minat menyusun ruang dan barang sejak sekolah rendah lagi. Mereka kemudian bergabung untuk menubuhkan The Space Edit untuk bantu pelanggan mengurus kekusutan di rumah. 🧺 Bagi Humairah Junid dan Nurussakinah Yahya, khidmat itu bukan sekadar menjadikan rumah lebih kemas tetapi mewujudkan sistem yang praktikal mengikut rutin dan keperluan pemilik rumah.

Sekitar 1,200 flat baharu dengan tempoh menunggu kurang daripada 3 tahun akan dilancarkan menerusi dua projek Bina Ikut Tempa
+2
Sekitar 1,200 flat baharu dengan tempoh menunggu kurang daripada 3 tahun akan dilancarkan menerusi dua projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di Sin Ming dan Toa Payoh, dedah Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat pada Ahad (30 Ogos). Projek itu merupakan sebahagian daripada usaha HDB untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi flat BTO dan menyediakan lebih banyak pilihan perumahan kepada pembeli rumah. 🔗https://berita.mediacorp.sg/singapura/sekitar-1200-flat-bto-toa-payoh-sin-ming-akan-dilancarkan-tempoh-menunggu-bawah-3-tahun-1064586

Sebanyak 1,211 tapak kebakaran dikesan di rantau selatan ASEAN pada Sabtu (29 Ogos), dengan 1,180 di Kalimantan, 18 di Sumatr
Sebanyak 1,211 tapak kebakaran dikesan di rantau selatan ASEAN pada Sabtu (29 Ogos), dengan 1,180 di Kalimantan, 18 di Sumatra dan 13 di Malaysia, manakala kepulan asap rentas sempadan sederhana hingga tebal dikesan bergerak dari Kalimantan Barat ke bahagian barat Sarawak. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/1211-tapak-kebakaran-dikesan-di-rantau-selatan-asean-1064626

🏎️💨 Pemandu ketiga Mercedes-AMG PETRONAS, Fred Vesti, memandu kereta F1 di sebuah litar demonstrasi sementara sepanjang 600 meter antara Scotts Road dengan Bideford Road pada Ahad (30 Ogos). Sebahagian Orchard Road ditutup bagi acara itu yang menyaksikan Vesti melakukan tiga demonstrasi pandu laju di hadapan orang ramai. Kali terakhir Orchard Road digunakan untuk demonstrasi F1 secara langsung ialah pada 2011, apabila bekas pemandu F1 David Coulthard memandu kereta Red Bull Racing di sepanjang laluan sekitar 800 meter.

Indonesia memperhebat usaha memadam kebakaran hutan menerusi pembenihan awan dan operasi pengeboman air sedang ribuan pendudu
Indonesia memperhebat usaha memadam kebakaran hutan menerusi pembenihan awan dan operasi pengeboman air sedang ribuan penduduk di seluruh negara sukar bernafas akibat jerebu. Lebih lima juta penduduk di Borneo dan Sumatera terdedah secara langsung kepada risiko jerebu tebal yang berpunca daripada puluhan kebakaran di seluruh Indonesia. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/indonesia-pergiat-usaha-tangani-kebakaran-jerebu-1064416