BERITAmediacorp
Ir al canal en Telegram
1 979
Suscriptores
Sin datos24 horas
+37 días
-630 días
Archivo de publicaciones
1 979
Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (31 Ogos) menyatakan bahawa penghantaran pasukan itu dibuat atas permintaan pemerintah Nepal.
Pasukan tersebut termasuk pegawai yang pakar dalam pengecaman mangsa bencana.
Pemerintah Singapura juga akan menghantar bantuan kemanusiaan yang merangkumi bekalan awam dan bekalan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/bencana-nepal-tibet-sg-akan-hantar-pegawai-polis-pakar-kenal-pasti-mangsa-1064931
1 979
+2
Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas menghadiahkan kek kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Sultan Abu Bakar sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.
Sebelum ini, AKPS juga menghadiahkan kek kepada ICA sempena ulang tahun Singapura ke-60.
1 979
Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 pada Isnin (31 Ogos).
Meskipun beliau hadir dalam keadaan berkerusi roda, Dr Mahathir, 101 tahun, tetap memilih untuk berpanas dan menyambut acara itu bersama rakyat.
1 979
Singapura merancang untuk memperkenalkan undang-undang pada awal tahun depan, yang mewajibkan platform media sosial melaksanakan perlindungan lebih ketat bagi golongan remaja.
Ini termasuk kemungkinan menetapkan had masa penggunaan harian.
Buat masa ini, Singapura mempunyai kod amalan yang merangkumi enam platform media sosial yang ditetapkan iaitu Facebook, Instagram, TikTok, YouTube, HardwareZone dan X.
https://berita.mediacorp.sg/singapura/sg-bakal-gubal-undang-undang-perlindungan-lebih-ketat-hadkan-tempoh-harian-remaja-di-media-sosial-1064846
1 979
Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikenakan semula di kawasan Orchard pada kadar S$1 mulai 7 September di 11 lokasi.
Lokasi tersebut ialah:
📍Buyong Road
📍Cairnhill Road
📍Clemenceau Avenue
📍Killiney Road
📍Kramat Road
📍Orchard Link
📍Orchard Road
📍Orchard Turn
📍Oxley Road
📍YMCA
📍Terowong Fort Canning
1 979
Macam 'Marie Kondo' Singapura - dua sahabat ini mula minat menyusun ruang dan barang sejak sekolah rendah lagi. Mereka kemudian bergabung untuk menubuhkan The Space Edit untuk bantu pelanggan mengurus kekusutan di rumah. 🧺
Bagi Humairah Junid dan Nurussakinah Yahya, khidmat itu bukan sekadar menjadikan rumah lebih kemas tetapi mewujudkan sistem yang praktikal mengikut rutin dan keperluan pemilik rumah.
1 979
+2
Sekitar 1,200 flat baharu dengan tempoh menunggu kurang daripada 3 tahun akan dilancarkan menerusi dua projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di Sin Ming dan Toa Payoh, dedah Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat pada Ahad (30 Ogos).
Projek itu merupakan sebahagian daripada usaha HDB untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi flat BTO dan menyediakan lebih banyak pilihan perumahan kepada pembeli rumah.
🔗https://berita.mediacorp.sg/singapura/sekitar-1200-flat-bto-toa-payoh-sin-ming-akan-dilancarkan-tempoh-menunggu-bawah-3-tahun-1064586
1 979
Sebanyak 1,211 tapak kebakaran dikesan di rantau selatan ASEAN pada Sabtu (29 Ogos), dengan 1,180 di Kalimantan, 18 di Sumatra dan 13 di Malaysia, manakala kepulan asap rentas sempadan sederhana hingga tebal dikesan bergerak dari Kalimantan Barat ke bahagian barat Sarawak.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/1211-tapak-kebakaran-dikesan-di-rantau-selatan-asean-1064626
1 979
🏎️💨 Pemandu ketiga Mercedes-AMG PETRONAS, Fred Vesti, memandu kereta F1 di sebuah litar demonstrasi sementara sepanjang 600 meter antara Scotts Road dengan Bideford Road pada Ahad (30 Ogos).
Sebahagian Orchard Road ditutup bagi acara itu yang menyaksikan Vesti melakukan tiga demonstrasi pandu laju di hadapan orang ramai.
Kali terakhir Orchard Road digunakan untuk demonstrasi F1 secara langsung ialah pada 2011, apabila bekas pemandu F1 David Coulthard memandu kereta Red Bull Racing di sepanjang laluan sekitar 800 meter.
1 979
Indonesia memperhebat usaha memadam kebakaran hutan menerusi pembenihan awan dan operasi pengeboman air sedang ribuan penduduk di seluruh negara sukar bernafas akibat jerebu.
Lebih lima juta penduduk di Borneo dan Sumatera terdedah secara langsung kepada risiko jerebu tebal yang berpunca daripada puluhan kebakaran di seluruh Indonesia.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/indonesia-pergiat-usaha-tangani-kebakaran-jerebu-1064416
1 979
Isteri kepada penumpang Britain yang maut dalam insiden gelora udara SQ321 pada Mei 2024 sudah mula mengambil tindakan undang-undang terhadap Singapore Airlines (SIA).
Linda Kitchen, 74 tahun, mengalami kecederaan serius pada tulang belakang dalam insiden itu dan kini menuntut ganti rugi bagi menampung kos rawatan yang diperlukan.
Suaminya, Geoff Kitchen, 73 tahun, pula meninggal dunia dalam penerbangan tersebut.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/balu-penumpang-britain-yang-maut-dalam-insiden-gelora-udara-sq321-saman-sia-1064391
1 979
+4
Semangat juang belia bernama Nur Sabrina Suhaimi ini sangat luar biasa. 💪🏻🦁
Meski menghidap penyakit Charcot-Marie-Tooth yang jarang berlaku, beliau kini merupakan satu-satunya atlet wanita dalam pasukan ragbi berkerusi roda Singapura. 🏉
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/semangat-juang-dorong-nur-sabrina-jadi-satu-satunya-pemain-wanita-ragbi-kerusi-roda-sg-1064346
1 979
Seorang warga Indonesia berusia 32 tahun didakwa di mahkamah hari ini (29 Ogos) selepas dipercayai cuba membawa sebilah pisau melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Changi.
Lelaki itu dipercayai menyembunyikan pisau tersebut di dalam kasut yang dipakainya.
Menurut polis, pisau sepanjang 19.5 sentimeter itu diletakkan di dalam stoking dan dibalut dengan beberapa lapisan beg plastik.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/lelaki-akan-didakwa-kerana-sembunyikan-pisau-dalam-stoking-di-lapangan-terbang-changi-1064306
1 979
Pemerintah Singapura akan menyumbang AS$100,000 (S$127,000) untuk menyokong kutipan derma awam Palang Merah Singapura (SRC) bagi membantu masyarakat yang terjejas oleh banjir besar di sempadan Nepal-China.
Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan di Nepal, selain membantu masyarakat terjejas yang memerlukan bantuan mendesak.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/banjir-nepal-tibet-sg-akan-sumbang-as100000-sebagai-dana-permulaan-sokong-usaha-palang-merah-1064286
1 979
Encik Ahmad Firdaus Daud, yang bersedia untuk bertanding sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum tahun lalu, akan dilantik sebagai penasihat kedua pertubuhan akar umbi di Kembangan mulai 1 Sep.
Kawasan itu sebelum ini diselia mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, yang mengundurkan diri daripada politik pada Julai.
Encik Firdaus merupakan seorang peguam di ARLC Legal. Beliau menyediakan khidmat nasihat undang-undang kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta syarikat yang sedang berkembang.
Pada awal tahun ini, beliau dilantik menyertai lembaga Pro Bono SG, cabang amal Persatuan Undang-Undang Singapura.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/ahmad-firdaus-daud-akan-dilantik-sebagai-penasihat-kedua-pertubuhan-akar-umbi-di-kembangan-1064271
1 979
+2
Bilangan kes penipuan di Singapura terus berkurangan pada separuh pertama 2026, selaras dengan trend yang mula dicatat pada 2025, selepas jumlah kes meningkat selama beberapa tahun.
Jumlah kerugian akibat penipuan juga merosot 17.9%berbanding setahun lalu, kepada sekitar S$410.6 juta pada separuh pertama 2026.
Meskipun terdapat perkembangan positif, penipuan kekal sebagai jenis jenayah paling banyak berlaku di Singapura, dengan platform online terus menjadi kaedah utama penipu mendekati mangsa.
1 979
Mediacorp menerima Anugerah Pencapaian Alam Sekitar Singapura 2026 bagi kategori kepimpinan dan advokasi atas sumbangan mereka terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Ketua Pengarang merangkap Ketua Pegawai Kemampanan Mediacorp, Walter Fernandez, berkata syarikat itu sedang berusaha mengurangkan kesan operasinya terhadap alam sekitar.
Ini termasuk dengan mengukur dan mengurus pelepasan karbon, menjana tenaga boleh diperbaharui menerusi panel solar serta meningkatkan kecekapan tenaga.
1 979
+2
Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) mengumumkan bahawa permohonan bantuan kewangan perlu dilakukan melalui portal E-SEPADU.
Kios E-SEPADU akan disediakan di beberapa lokasi untuk membantu mereka yang kurang mahir menggunakan teknologi.
Kakitangan dan sukarelawan akan membantu pemohon menggunakan kios tersebut.
1 979
Buat anda yang merancang untuk menaiki Disney Adventure, kini ada satu lagi tarikan untuk dinantikan, iaitu persinggahan di Langkawi!
Bagi pelayaran empat malam tertentu mulai 31 Dis, kapal itu akan singgah sehari di Langkawi pada hari ketiga.
Penumpang boleh meneroka pulau itu sendiri atau menempah pakej lawatan menerusi Disney Cruise Line.
1 979
+3
Amos Yee dikenakan empat pertuduhan baharu berkaitan kandungan mengenai kaum dan kanak-kanak. Antaranya, beliau didakwa menerbitkan artikel tidak senonoh bertajuk "Why Sex with Babies is Bad".
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/amos-yee-dikenakan-tuduhan-baharu-berhubung-komen-tidak-senonoh-galak-ketidakharmonian-kaum-1063301
