BERITAmediacorp
Відкрити в Telegram
1 972
Підписники
-224 години
+17 днів
-430 днів
Архів дописів
1 972
Warga Singapura, Mohamed Asfa Mohamed Azli, melakukan aksi "Superman" ketika menunggang motosikal di ECP pada 31 Ogos 2025.
Dia merakam aksi itu menggunakan kamera GoPro 360 yang dipasang pada motosikalnya.
Kamera itu bagaimanapun tertinggal ketika dia melarikan diri selepas menyedari beberapa pegawai Polis Trafik sedang melakukan rondaan.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/penunggang-motosikal-21-tahun-dikenakan-probesen-15-bulan-selepas-lakukan-aksi-superman-di-ecp-1076201
1 972
Vaksin COVID-19 akan dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan bagi kanak-kanak dan golongan dewasa mulai Isnin (12 Okt).
Menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), vaksin itu akan terus diberikan secara percuma kepada warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas tertentu.
Langkah itu bertujuan memastikan vaksin tersebut terus mudah diperoleh memandangkan virus itu masih menular dan berisiko menyebabkan penyakit teruk, terutama dalam kalangan warga emas dan individu yang mudah terjejas.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/vaksinasi-covid-19-akan-dimasukkan-dalam-jadual-imunisasi-nasional-sg-mulai-12-okt-1076216
1 972
+1
Pindaan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) bertujuan memperhalusi beberapa proses perceraian di Mahkamah Syariah, selain memperkukuh kebajikan anak dalam kes perceraian.
Ia turut meliputi urusan selepas perceraian di luar negara, proses talak tafwidh, syarat bagi permohonan nikah tertentu serta kuasa Mahkamah Syariah berkaitan pemindahan anak ke luar Singapura.
1 972
Pentadbiran dan pengawasan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) akan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Majils Ugama Islam Singapura (MUIS).
Perubahan itu antara yang dirangkumi dalam pindaan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa (6 Okt).
1 972
Antara pindaan yang dicadangkan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) ialah menetapkan tempoh minimum berada di Singapura bagi permohonan nikah tertentu, serta memudahkan beberapa prosedur perceraian di Mahkamah Syariah.
Mahkamah juga diberi kuasa lebih jelas dalam hal berkaitan kewangan dan anak selepas perceraian di luar negara, termasuk hak penjagaan serta pemindahan anak ke luar Singapura.
1 972
Pindaan Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) berkaitan tadbir urus Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) dibentangkan oleh Pemangku Menteri Bertanggunjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad, di Parlimen pada Selasa (6 Okt).
Antara perubahan termasuk pentadbiran dan pengawasan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) akan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab rasmi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/pindaan-amla-perkukuh-tadbir-urus-scis-tawar-ijazah-pengajian-islam-1075831
1 972
Penantian panjang untuk bas ulang-alik kembali berlaku selepas sesi F1 di Sepang pada Sabtu (3 Okt).
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, turun padang membantu mengawal orang ramai dan mengagihkan air mineral kepada peminat yang sedang menunggu.
1 972
Mulai 2 Oktober, individu, organisasi atau tempat yang menyediakan pengajaran Islam kepada 10 orang atau lebih secara tetap perlu mendaftar dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebagai Sekolah Agama Islam (MRS).
Keperluan baharu itu dikenakan ke atas pengajaran yang dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebulan, sama ada secara bersemuka, di rumah atau secara online.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/individu-pertubuhan-yang-ajar-10-orang-atau-lebih-perlu-daftar-sebagai-sekolah-agama-islam-mulai-2-okt-muis-1074926
1 972
Raikan Ilmu 2026 merupakan edisi terbesar sejauh ini, selepas acara itu diperluas ke 11 bandar M³.
Yayasan MENDAKI turut menjalin kerjasama dengan NLB dan British Council untuk memperluas peluang pembelajaran, memperkukuh literasi dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat.
1 972
Hujan batu mengejutkan penduduk di beberapa kawasan di Bangkok pada Khamis (1 Okt), dengan ramai netizen berkongsi video kejadian itu.
Fenomena itu jarang berlaku ketika musim hujan di Thailand dan biasanya berlaku pada musim panas.
1 972
Pasukan di sebalik FirstDate, iaitu platform cari jodoh yang sedang diuji bagi pegawai awam, menyatakan belum ada keputusan sama ada platform itu akan diperluas.
FirstDate menarik perhatian media antarabangsa sejak mula diuji minggu ini.
Dua pegawai awam bujang memberitahu Mediacorp bahawa platform itu sememangnya mempunyai beberapa perbezaan berbanding aplikasi cari jodoh biasa.
Pengguna misalnya perlu menjawab 30 soalan mengenai minat, gaya hidup serta pilihan makanan dan melancong sebelum dipadankan berdasarkan keserasian.
Pengguna juga tidak perlu memuat naik gambar, dan hanya mereka yang dipadankan boleh melihat profil satu sama lain.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/belum-ada-keputusan-perluas-platform-cari-jodoh-firstdate-kepada-orang-ramai-govtech-1074376
1 972
Rogayah Ahmad, 78 tahun, pada Rabu (30 Sep) didenda S$9,200 kerana berulang kali memberi makanan kepada burung merpati di luar flatnya di Bukit Batok.
Sekalipun sudah beberapa kali dinasihati, Rogayah tidak mengendahkan teguran pegawai penguat kuasa dan sebaliknya bertindak agresif.
Burung merpati batu, yang sering hinggap di kawasan perumahan, boleh menimbulkan masalah kebersihan dan risiko penyakit.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/warga-emas-didenda-s9200-kerana-berulang-kali-beri-makan-burung-merpati-pukul-pegawai-pengawasan-1074386
1 972
Pakatan pimpinan Arab Saudi mendakwa kumpulan Houthi melancarkan serangan dron ke atas sebuah stesen bekalan elektrik di Madinah, yang membekalkan elektrik ke Masjid Nabawi.
Insiden itu mencetuskan kecaman keras daripada beberapa negara Islam tetapi Houthi menafikan penglibatan mereka.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/houthi-dalangi-serangan-terhadap-stesen-bekalan-elektrik-masjid-nabawi-di-madinah-1074446
1 972
Inisiatif oleh Methodist Welfare Services (MWS) itu bertujuan membantu lebih 16,000 warga emas kekal aktif dan menjalin hubungan sosial.
Rangka kerja tersebut antara lain memberi peluang kepada warga emas untuk reka sendiri kegiatan yang ingin disertai.
Ia turut memperkenalkan sukan adaptif yang disesuaikan dengan keupayaan fizikal warga emas yang berbeza-beza.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/lebih-16000-warga-emas-bakal-raih-manfaat-daripada-rangka-kerja-baharu-bagi-penuaan-aktif-1074301
1 972
Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah mengunjungi Masjid Sultan dan Taman Warisan Melayu, diiringi Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Beliau berada di Singapura sehingga Jumaat (2 Okt), bagi Program Pemimpin Muda Singapura-Brunei ke-12, yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri Lawrence Wong.
1 972
Para pengguna yang menghadapi masalah urus niaga di bawah Skim Pulangkan Bekas Minuman (BCRS) akan dapat mengemukakan permohonan bayaran balik menerusi sebuah portal digital baharu.
Bayaran balik yang disahkan dijangka diterima dalam tempoh 10 hari bekerja, berbanding sehingga 30 hari bekerja sebelum ini.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/portal-baharu-bcrs-mudahkan-bayaran-balik-bagi-pengguna-hadapi-masalah-urus-niaga-1074211
1 972
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) membatalkan penerbangan ulang-alik antara Singapura dengan Dubai sehingga 1 Disember akibat keadaan geopolitik di Timur Tengah.
Scoot pula membatalkan penerbangan ulang-alik antara Singapura dengan Jeddah sehingga 2 Disember.
Pelanggan SIA yang terjejas boleh memohon bayaran balik penuh bagi perjalanan yang belum dilakukan, manakala pelanggan Scoot boleh berbuat demikian jika memilih untuk tidak meneruskan perjalanan.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/singapore-airlines-batal-penerbangan-dari-dan-ke-dubai-hingga-1-dis-1074246
1 972
Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dilihat menitiskan air mata ketika menziarahi pusara Almarhumah Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara pada pagi tadi (1 Okt).
Beliau ditemani anggota keluarga dan berada di sana selama sekitar 20 minit.
1 972
Lebih sejuta isi rumah HDB akan menerima rebat U-Save bernilai sehingga S$190 pada Oktober, serta rebat S&CC sehingga sebulan.
1 972
Seorang wanita berusia 77 tahun meninggal dunia menyusuli kebakaran yang berlaku di sebuah flat di Bukit Panjang pada Isnin (28 Sep).
Beliau merupakan seorang daripada dua individu yang dibawa ke hospital selepas kebakaran berlaku di tingkat enam Blok 126 Pending Road.
