uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling

BERITAmediacorp

BERITAmediacorp

Kanalga Telegram’da o‘tish

Berita. Ehwal Semasa. Nadi masyarakat Melayu/Islam

Ko'proq ko'rsatish
1 971
Obunachilar
-224 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kun
-630 kun
Postlar arxiv
Rakyat Singapura yang layak dan berusia 21 tahun ke atas pada 2027 akan menerima bayaran tunai antara S$100 dengan S$250 mula
Rakyat Singapura yang layak dan berusia 21 tahun ke atas pada 2027 akan menerima bayaran tunai antara S$100 dengan S$250 mulai 8 Dis 2026. Mereka yang layak akan menerima pemberitahuan melalui SMS daripada gov.sg sebelum dan selepas bayaran dimasukkan ke dalam akaun. Bagi penerima yang tidak mempunyai nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Singpass, pemberitahuan akan dihantar melalui surat ke alamat yang tertera pada kad pengenalan mereka. https://berita.mediacorp.sg/singapura/sekitar-3-juta-rakyat-sg-akan-terima-hingga-s250-tunai-di-bawah-pakej-jaminan-pada-dis-2026-1085636?cid=internal_sharetool_iphone_10112026_berita

Tak sangka pemilik restoran Itali Muslim Porta Porta, Rozianah Baharudin, pernah mencipta nama sebagai penyanyi dan meraih tempat ketiga dalam pertandingan Talentime SBC! Selepas 33 tahun menyajikan hidangan Itali, restoran itu bakal menutup tirainya pada 31 Disember.

Ternyata ada satu lagi insiden melibatkan kenderaan tanpa pemandu di Punggol pada hari yang sama seorang pelajar hampir dilan
Ternyata ada satu lagi insiden melibatkan kenderaan tanpa pemandu di Punggol pada hari yang sama seorang pelajar hampir dilanggar kenderaan Grab. Satu rakaman menunjukkan kenderaan ComfortDelGro membuat pusingan U lalu memasuki laluan sebuah kereta yang sedang menghampiri di Punggol Field.

PA MESRA memperkenalkan program baharu 'Let's Sembang' yang memberi peluang kepada belia Melayu/Islam berkongsi pengalaman, c
PA MESRA memperkenalkan program baharu 'Let's Sembang' yang memberi peluang kepada belia Melayu/Islam berkongsi pengalaman, cabaran dan aspirasi mereka menerusi pelbagai kegiatan yang mereka minati. Bagi edisi pertamanya, PA MESRA bekerjasama dengan FAS dan The Kallang Group untuk membolehkan 40 belia bersembang dengan pemain bola sepak negara Ilhan Fandi, Ryhan Stewart, Farhan Zulkifli serta jurulatih Gavin Lee. Program ini dianjurkan selepas PA MESRA mendapati pentingnya menyediakan ruang yang lebih santai supaya belia berasa selesa untuk berkenalan, berkongsi pandangan dan meneroka lebih banyak peluang. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/pa-mesra-lancarkan-lets-sembang-cara-baharu-dekati-belia-melayu-islam-1085426

Pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin (9 Nov) memberi amaran kepada penduduk Riyadh tentang 'ancaman udara', sehari selepas ka
Pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin (9 Nov) memberi amaran kepada penduduk Riyadh tentang 'ancaman udara', sehari selepas kawasan perniagaan di ibu kota itu diserang. Mesej yang dikirim berbunyi: "Amaran. Kawasan ini berdepan ancaman serangan udara. Sila bertenang, kekal di dalam bangunan atau di tempat selamat yang jauh dari tingkap dan pintu. Ikuti arahan Pertahanan Awam." Amaran itu bagaimanapun ditarik balik beberapa minit kemudian. Pada Ahad (8 Nov), kumpulan Houthi mengaku melancarkan serangan ke atas kawasan perniagaan Riyadh. Sebuah bangunan pencakar langit milik syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco, dipercayai turut terjejas dalam serangan itu.

Selepas lebih tiga dekad menyajikan hidangan Itali, restoran Porta Porta bakal menutup tirainya pada 31 Disember. Menerusi sa
Selepas lebih tiga dekad menyajikan hidangan Itali, restoran Porta Porta bakal menutup tirainya pada 31 Disember. Menerusi satu catatan di Instagram pada Ahad (9 Nov), pemilik restoran berkenaan mengundang orang ramai untuk menikmati hidangan di sana buat kali terakhir sebelum ia menamatkan operasi. Sebab restoran itu akan ditutup bagaimanapun tidak dinyatakan. 

Mantan Anggota Parlimen Prof Fatimah Abdul Lateef tersenarai dalam kelompok 2% ahli sains paling banyak dirujuk di dunia bagi
Mantan Anggota Parlimen Prof Fatimah Abdul Lateef tersenarai dalam kelompok 2% ahli sains paling banyak dirujuk di dunia bagi 2026. 👏🏻💐 Beliau antara penyelidik Hospital Besar Singapura (SGH) yang menerima pengiktirafan itu berdasarkan sejauh mana hasil penyelidikan mereka dirujuk oleh penyelidik lain, sama ada sepanjang kerjaya atau dalam tempoh setahun. Menurut SGH menerusi catatan Facebooknya pada Rabu (4 Nov), senarai yang dibangunkan oleh Universiti Stanford itu menggunakan data Scopus daripada Elsevier. Penilaian turut mengambil kira kerjasama antara penyelidik dan pengaruh hasil kajian mereka. Prof Fatimah, yang juga Konsultan Kanan di Jabatan Perubatan Kecemasan SGH, pernah menerima pengiktirafan serupa dari 2023 hingga 2025.

Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah hingga Rabu (11 Nov), susu
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah hingga Rabu (11 Nov), susulan luruan monsun. Bagi yang merancang perjalanan ke negeri-negeri tersebut, pastikan anda semak ramalan cuaca sebelum bertolak ya! 🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/metmalaysia-keluar-amaran-hujan-berterusan-di-4-negeri-hingga-11-nov-1085376 

🌊 Kumpulan tarian Kepai Ruai dari Kalimantan Barat, Indonesia, menghidupkan kisah kepahlawanan Pangeran Merohom Anom menerusi tarian kontemporari. Persembahan itu merupakan sebahagian daripada 'Rumah Orang Kita' sempena Festival Teroka Nusantara, yang menghimpunkan penggiat seni dari Singapura, Malaysia dan Indonesia bagi meraikan kepelbagaian seni dan budaya Melayu serantau. #beritamediacorp

Seorang lelaki dirakam mengugut dan berkata kasar kepada pemandu bas Go-Ahead Singapore yang memandu bas nombor 136 di Ang Mo Kio Avenue 6 pada Rabu (4 Nov). Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) mengecam tindakan itu dan sudah menghubungi pemandu bas berkenaan untuk menghulurkan bantuan, termasuk sokongan guaman jika diperlukan. Kesatuan itu turut difahamkan bahawa laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Pelakon dan penyanyi Malaysia, Cico Harahap, yang juga anak kepada penyanyi legenda Uji Rashid, meninggal dunia pada Ahad (8
Pelakon dan penyanyi Malaysia, Cico Harahap, yang juga anak kepada penyanyi legenda Uji Rashid, meninggal dunia pada Ahad (8 Nov). Menurut Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez, Allahyarham dimasukkan ke hospital seminggu lalu kerana sukar bernafas. Pada 2016, Uji Rashid pernah mendedahkan bahawa anaknya mengalami masalah kesihatan selepas dipercayai terminum minuman yang dicampur racun ketika bertemu seorang rakan. Minuman itu dipercayai menjejas otak, organ dalaman dan pita suaranya.

Meriah sungguh suasana di Little India pada malam menjelang Deepavali, Sabtu (7 Nov)! Beberapa lori berwarna-warni menarik perhatian orang ramai yang membanjiri kawasan itu. Sekumpulan individu turut dilihat bermain alat muzik di atas lori sambil memeriahkan sambutan Deepavali.

Kian ramai penghuni rumah tumpangan warga emas Jamiyah Darul Takrim mengalami demensia, dengan kira-kira 10 peratus daripada
Kian ramai penghuni rumah tumpangan warga emas Jamiyah Darul Takrim mengalami demensia, dengan kira-kira 10 peratus daripada mereka disahkan menghidapnya. Ini mendorong Jamiyah Darul Takrim untuk mewujudkan ruang terapi khas yang dinamakan 'Tangerine Room' untuk memenuhi keperluan mereka. Di ruang itu, para penghuni boleh menyertai pelbagai kegiatan seperti terapi muzik dan kegiatan yang merangsang deria, selain berinteraksi dengan penghuni lain. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/kian-ramai-penghuni-ada-demensia-jamiyah-darul-takrim-lancar-ruang-terapi-khusus-sempena-ulang-tahun-ke-30-1085066

Ini satu perkembangan positif... Kian ramai keluarga Islam mengambil langkah merancang masa depan orang tersayang, dan bukan
Ini satu perkembangan positif... Kian ramai keluarga Islam mengambil langkah merancang masa depan orang tersayang, dan bukan sekadar bergantung kepada pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid. Jumlah urusan perancangan legasi yang diselesaikan menerusi acara Islamic Legacy Planning Village (ILPV) anjuran MUIS dan REACH sahaja melonjak hampir 40 peratus berbanding tahun lalu. Sumbangan harta pusaka kepada badan-badan di bawah MUIS turut meningkat lebih 30 peratus. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/muis-reach-galak-keluarga-muslim-rancang-awal-legasi-langkaui-faraid-demi-lindungi-insan-tersayang-1085116

Pihak berkuasa menghadang para penunjuk perasaan yang menyertai Perarakan Wanita di Jakarta hari ini (7 Nov). Antara tuntutan mereka termasuk menurunkan harga bahan utama serta menghentikan program makanan berkhasiat percuma.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa perintah yang membenarkan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa perintah yang membenarkan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah mesti dihormati dan dilaksanakan. Beliau turut menegaskan bahawa semua syarat pengampunan sudah dipenuhi dan sebarang usaha mempertikaikan perintah itu boleh dianggap sebagai mengingkari perintah Agong. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/pelaksanaan-perintah-pengampunan-bersyarat-mantan-pm-najib-hendaklah-dihormati-sultan-ibrahim-1084991

Sebuah kereta dilihat terbalik di persimpangan Race Course Road dengan Birch Road pada awal pagi Sabtu (7 Nov), selepas dikejar polis. Sebelum itu, polis menerima laporan mengenai satu kes serangan di River Valley pada sekitar 8.35 malam, Jumaat (6 Nov). Suspek dipercayai menyerang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan objek tajam sebelum melarikan diri. Pegawai polis yang melakukan rondaan di Tessensohn Road mengesan kereta suspek dan mengarahkannya berhenti. Namun, suspek enggan mematuhi arahan lalu memecut untuk melarikan diri. Dalam kejadian itu, kereta suspek melanggar sebuah lagi kereta sebelum terbalik. Polis memberkas lelaki berusia 33 tahun di tempat kejadian. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/seorang-lelaki-ditahan-selepas-serangan-di-river-valley-kereta-terbalik-semasa-pecut-daripada-polis-1084981

Syed Mohd Ridzuan Syed Yahya, 31 tahun, mahu mencari kerja tetapi akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara selama 18 bulan k
+4
Syed Mohd Ridzuan Syed Yahya, 31 tahun, mahu mencari kerja tetapi akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara selama 18 bulan kerana menyeludup lebih 4,300 pod vape ke Singapura. Semuanya bermula apabila seorang lelaki yang digelarnya "Boss" menawarkan pekerjaan kepadanya menerusi Facebook.

LTA arah Grab menggantung sebahagian ujian kenderaan tanpa pemandu selepas salah satu kenderaannya hampir melanggar seorang p
LTA arah Grab menggantung sebahagian ujian kenderaan tanpa pemandu selepas salah satu kenderaannya hampir melanggar seorang pelajar ketika membelok di Punggol. LTA menyatakan pada Jumaat (6 Nov) bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu sehari sebelumnya dan kini sedang menjalankan siasatan. 🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/kenderaan-tanpa-pemandu-grab-nyaris-langgar-murid-sekolah-di-lintasan-jalan-raya-di-punggol-1084781

Anugerah Perkasa BH-Maybank diperkenalkan tahun ini bagi mengiktiraf individu yang berjaya mengatasi cabaran sosioekonomi dan
+5
Anugerah Perkasa BH-Maybank diperkenalkan tahun ini bagi mengiktiraf individu yang berjaya mengatasi cabaran sosioekonomi dan memperbaiki kehidupan mereka. Buat kali pertama, anugerah tersebut dibuka kepada individu daripada semua kaum.