BERITAmediacorp
الذهاب إلى القناة على Telegram
1 987
المشتركون
-124 ساعات
-17 أيام
-430 أيام
أرشيف المشاركات
1 987
Remaja yang memuat naik video dirinya menjilat sebatang penyedut minuman sebelum meletakkannya semula ke dalam mesin layan diri iJooz didenda S$600.
Didier Gaspard Owen Maximilien, seorang warga Perancis berusia 19 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan mengganggu ketenteraman awam, dengan satu lagi tuduhan melakukan perbuatan nakal diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/remaja-didenda-s600-jilat-penyedut-minuman-sebelum-letak-semula-dalam-mesin-layan-diri-ijooz-1055401
1 987
Kapal-kapal tangki minyak terus belayar keluar dari Timur Tengah biarpun keadaan di rantau itu semakin tegang, dengan perang antara Amerika Syarikat dengan Iran melangkaui medan pertempuran utamanya.
Menurut data awal, sebanyak 39 kapal dagangan melalui selat Bab el-Mandeb menuju Laut Merah pada Selasa (28 Jul). Jumlah itu merupakan yang tertinggi sejak 19 Jul.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/perang-amerika-israel-dan-iran-harga-minyak-susut-meskipun-ketegangan-di-timur-tengah-meningkat-1055376
1 987
+3
Dalam senarai tahun ini, beberapa premis halal dan mesra Muslim turut menerima pengiktirafan, termasuk Bismillah Biryani yang berjaya kekal dalam senarai pengiktirafan Bib Gourmand sejak 2016.
🍴https://berita.mediacorp.sg/gaya-hidup/michelin-bib-gourmand-2026-97-kedai-makan-sg-diiktiraf-10-disenarai-buat-kali-pertama-1054851
1 987
Penamaan semula ini mencerminkan kehadiran Maybank di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.
Seiring dengan itu, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak, berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026.
https://berita.mediacorp.sg/dunia/menara-118-dinamakan-semula-kepada-menara-merdeka-maybank-1054876
1 987
+6
Pelarian berkenaan mendakwa mereka diusir dari kediaman di Pulau Pinang sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan bantuan UNHCR.
Perkembangan terkini menyaksikan polis mengesahkan kesemua 113 pelarian yang dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur mempunyai dokumen UNHCR yang sah.
1 987
+3
Berita baik buat penduduk Pasir Ris. Khidmat nasihat guaman percuma boleh didapatkan di pejabat AMP berhampiran. Berikut perinciannya...
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/klinik-guaman-percuma-dilancarkan-di-pasir-ris-1054681
1 987
Seorang lelaki berusia 70 tahun maut dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah flat HDB di Blok 39 Circuit Road.
Menurut SCDF, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas anggota bomba memecah masuk flat itu.
Sekitar 80 penduduk turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/1-orang-dikejarkan-ke-hospital-susuli-kebakaran-flat-di-macpherson-1054806
1 987
+2
Ini membimbangkan... Kes bunuh diri yang melibatkan individu berusia 30-an tahun di Singapura melonjak 50%.
Menurut Samaritans of Singapore (SOS), golongan ini sering berdepan cabaran psikososial berkaitan keluarga, pekerjaan dan pengasingan sosial.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/sg-catat-441-kes-bunuh-diri-pada-2024-kematian-dalam-kalangan-usia-30-39-tahun-naik-50-1054791
1 987
Mereka yang menjual hartanah privet tidak lagi perlu menunggu 15 bulan untuk membeli flat jualan semula HDB. Peraturan ini dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata keadaan pasaran sudah bertambah baik dan pihak berkuasa sedia maklum bahawa peraturan itu menyukarkan isi rumah yang ingin beralih daripada hartanah privet kepada flat jualan semula.
1 987
Empat menteri mengangkat sumpah jawatan mereka di Istana hari ini (27 Jul), lima hari selepas Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan rombakan terbaharu Kabinet.
Mulai hari ini, Encik David Neo memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Pendidikan.
Encik Ng Chee Meng menggalas tugas sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri manakala Encik Jeffrey Siow mengangkat sumpah selaku Menteri Pengangkutan, serta Menteri Kedua Kewangan.
Cik Sim Ann pula dilantik sebagai Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri.
1 987
+4
Seorang mualaf berusia 19 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang melakukan serangan ganas, termasuk terhadap anggota SAF di Pangkalan Udara Sembawang.
Tan Jun Jie turut cuba menyekat akses kepada laman web beberapa pertubuhan Islam, termasuk Muhammadiyah, kerana menganggap ajaran mereka terpesong.
1 987
Rumah Makan Minang di Kandahar St dibuka semula pada Jumaat (24 Jul) selepas menjalani kerja-kerja ubah elok sejak Mei lalu.
Selain menampilkan wajah baharu premis, restoran itu turut menjadi wadah bagi pemilik perniagaan di sekitar kawasan tersebut untuk membincangkan masa depan Kampong Gelam.
1 987
+4
Majlis pembukaan semula restoran Rumah Makan Minang di Kandahar St pada Jumaat (24 Jul) bukan sekadar memperkenalkan wajah baharu premis.
Ia bahkan menjadi wadah menghimpunkan pemilik perniagaan, pemimpin masyarakat dan pembuat dasar bagi membincangkan masa depan Kampong Gelam sebagai daerah warisan.
Restoran itu telah ditutup sejak Mei untuk kerja-kerja ubah elok.
1 987
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, berkesempatan beramah mesra bersama jemaah semasa menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Aman petang tadi (24 Jul).
Beliau menzahirkan penghargaan atas setiap peluang untuk mendengar pandangan serta bertukar-tukar buah fikiran dengan masyarakat.
Encik Zaqy turut berharap agar segala usaha yang dilaksanakan bersama akan terus membawa manfaat kepada masyarakat.
1 987
+4
Majlis pembukaan semula restoran Rumah Makan Minang di Kandahar St pada Jumaat (24 Jul) bukan sekadar memperkenalkan wajah baharu premis.
Ia bahkan menjadi wadah menghimpunkan pemilik perniagaan, pemimpin masyarakat dan pembuat dasar bagi membincangkan masa depan Kampong Gelam sebagai daerah warisan.
Restoran itu telah ditutup sejak Mei untuk kerja-kerja ubah elok.
1 987
Sebuah kereta Lamborghini terbakar pada Khamis (23 Jul) lalu menyebabkan kesesakan lalu lintas di ECP.
Menurut SCDF, kebakaran melibatkan bahagian enjin kenderaan itu. Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.
1 987
RTS Link dijangka memudahkan lagi perjalanan antara Singapura dengan Johor Bahru mulai tahun depan, sekali gus mengubah corak perbelanjaan rentas sempadan.
Sejauh mana barangan dapur di Johor Bahru lebih murah? Berikut hasil tinjauan CNA... 💰🛒
1 987
RTS Link dijangka memudahkan lagi perjalanan antara Singapura dengan Johor Bahru mulai tahun depan, sekali gus mengubah corak perbelanjaan rentas sempadan.
Sejauh mana harga barangan dapur di Johor Bahru lebih murah? Berikut hasil tinjauan CNA...
1 987
Amerika Syarikat akan mengenakan tarif 12.5 peratus ke atas beberapa barangan Singapura berkuat kuasa Jumaat (24 Jul), selepas memutuskan negara ini tidak melaksanakan secukupnya langkah untuk menyekat import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.
Langkah itu dibuat selepas Amerika Syarikat menjalankan siasatan di bawah Seksyen 301 terhadap 60 rakan dagang.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura sebelum ini menyatakan sekitar satu pertiga eksport domestik ke Amerika Syarikat mungkin terjejas akibat tarif tersebut.
Sejak siasatan itu dimulakan, Singapura menegaskan bahawa ia tidak bertolak ansur dengan amalan buruh paksa dan mempunyai rangka kerja menyeluruh untuk menanganinya di dalam negara.
1 987
Grab, Gojek, CDG Zig milik ComfortDelGro dan Tada akan melanjutkan tempoh pelaksanaan surcaj sementara bahan api sehingga 30 September di tengah-tengah harga bahan api yang masih tinggi.
Harga bahan api di Singapura kekal tinggi sejak perang Iran meletus pada hujung Februari lalu.
Menurut laman pasaran kereta online Motorist Singapore, harga petrol 95-oktana di Singapura pada Khamis (23 Jul) adalah antara S$3.36 hingga S$3.37 seliter, berbanding S$2.87 hingga S$2.88 seliter pada 23 Februari, sebelum konflik di Timur Tengah tercetus.
🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/grab-gojek-cdg-zig-dan-tada-lanjutkan-surcaj-bahan-api-hingga-30-september-1053521
