en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

Karya PiS

Karya PiS

Open in Telegram

Kedai Buku Online www.karyapis.com

Show more
2 198
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-2030 days
Posts Archive
Doa simple je, tapi ganjaran “unlimited”. 🤲 Save, dan baca setiap kali dalam solat anda. TT = https://vt.tiktok.com/ZSpm9Yq5P/ YT = https://youtube.com/shorts/hf2ti1SfW8E

Al-Hafiz Ibn Rajab rahimahullah berkata: ". لا صلاحَ للقلوب حتّى تستقّرَ فيها معرفةُ الله، وعَظَمَتُه ، ومحبّته ، وخَشيتُه ، ومهابتُه ، ورجاؤُه ، والتوّكلُ عليه، وتمتلئ من ذلك ، وهذا هو حقيقةُ التوحِيد". "Tidak ada kebaikan (atau kesejahteraan) bagi hati sehingga menetap di dalamnya pengenalan terhadap Allah (ma’rifah), pengagungan kepada-Nya, kecintaan kepada-Nya, rasa takut kepada-Nya, rasa hormat dan gerun terhadap-Nya, pengharapan kepada-Nya serta tawakal kepada-Nya; sehingga hati itu dipenuhi dengan semua perkara tersebut. Inilah hakikat tauhid." Sumber: Jāmi‘ al-‘Ulūm wa al-Ḥikam, hlm. 145. ___ Min teringat kisah Ibn Jud’an. Dia merupakan seorang lelaki Quraisy pada zaman Jahiliah yang terkenal dengan sifat pemurah. Dia suka menyambung silaturahim dan memberi makan kepada orang miskin. Sehinggakan Aisyah r.anh sendiri pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kedudukan amal kebajikan Ibn Jud'an: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ابْنُ جُدْعَانَ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ يَصِلُ الرَّحِمَ وَيُطْعِمُ الْمِسْكِينَ، فَهَلْ ذَاكَ نَافِعُهُ؟ "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ibn Jud'an ketika zaman Jahiliah dahulu suka menyambung silaturahim dan memberi makan kepada orang miskin. Adakah semua itu memberikan manfaat kepadanya?" Baginda menjawab: لَا يَنْفَعُهُ، إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ يَوْمًا: رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ. "Tidak memberikan manfaat kepadanya. Sesungguhnya dia tidak pernah sekalipun berkata: Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada hari pembalasan." (Riwayat Muslim, no. 214) Jangan kerana dia menyumbang kepada Palestin, kita pula menjadi terlalu apologetik sehingga seolah-olah persoalan syirik dan tauhid tidak lagi penting.

photo content

“Tengok patung je, takkan iman goyah?” 🤔 Kaum Nabi Nuh pun mula dengan “tengok je”... sampailah generasi seterusnya SUJUD. 😶 Tengok video sampai habis. TT = https://vt.tiktok.com/ZSpmdJJu1/ YT = https://youtube.com/shorts/L0SjRLEcX4s #Konsert #TheWeeknd #Syirik #IslamMalaysia #fyp

Subhanallah min gerun tengok ramai orang islam yang bermati-matian mempertahankan konsert The Weeknd sampai tahap mempersendakan agama, menyindir & menghina alim ulama yang menegur. Ni bukan semata-mata soal iman seseorang itu kuat atau lemah. Ni soal sejauh mana kita sensitif terhadap hak Allah yang dicabuli. Tak tunggu betul-betul memuja atau menyembah patung tu pun, tapi bila syiar kesyirikan diagungkan dan dinormalisasikan atas nama ‘seni’. Kalau yang pergi tu semua orang Kafir, kita tak kisah. Tapi disebabkan yang hadir itu ramai dari kalangan umat Islam, maka kita wajib tegur! Kita ni jangan la terlalu yakin dengan diri sendiri sampai merasakan kita mustahil terjerumus ke lembah kesyirikan. Sedangkan para Nabi sendiri ajarkan doa agar diri dan keturunan mereka dijauhkan daripada penyembahan berhala. Mereka juga memohon agar hati ditetapkan di atas iman. Kalau dulu kita baca hadis bab Dajjal. Mungkin kita hairan bagaimana mungkin ada manusia yang masih nak ikut Dajjal sedangkan Rasulullah dah perincikan ciri-cirinya, memperjelaskan fitnah apa yang dibawanya dan memberi peringatan agar umat Islam menjauhi. Bahkan para Nabi terdahulu pun memperingatkan umat masing-masing tentang fitnah Dajjal walau mereka tahu hakikat bahawa Dajjal hanya dihadapkan kepada umat akhir zaman. Namun, bila kita lihat realiti hari ini, semuanya make sense. Bahawa ada manusia yang dibutakan mata hatinya dari melihat kebenaran. Antara sebab yang paling utama ialah bersikap sombong daripada menerima kebenaran setelah kebenaran itu jelas, berpaling daripadanya, meremehkan atau menyindir orang yang menegur serta membantah teguran itu dengan hujah-hujah yang batil. Sebagaimana firman Allah Taala: وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا “Mereka mengingkarinya, sedangkan hati mereka meyakini kebenarannya, kerana kezaliman dan kesombongan.” (Surah al-Naml, 27:14) Allah Taala turut menceritakan tentang kaum Nabi Nuh a.s: وَجَادَلُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ “Dan mereka membantah dengan hujah-hujah yang batil untuk melenyapkan kebenaran dengannya.” (Surah Ghafir, 40:5) Nabi Nuh a.s juga menceritakan keadaan kaumnya: وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا “Dan sesungguhnya, setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka menyumbat telinga dengan jari-jemari mereka, menutupkan pakaian mereka ke wajah mereka, terus berkeras (dalam kekufuran) dan menyombongkan diri dengan kesombongan yang melampau.” (Surah Nuh, 71:7) Dan jangan buat-buat lupa ye. Syirik pertama yang berlaku dalam sejarah manusia adalah bermula dengan PATUNG yang dianggap seni jer tu. Baca bagaimana permulaan syirik yang bermula pada zaman Nabi Nuh a.s 👇🏻 https://www.karyapis.com/v2/produk/kisah-nabi-nuh/

photo content

Langit tak ada ruang walau 4 jari… penuh dengan malaikat. Allahu Akbar 🤍 YT = https://youtube.com/shorts/NGXZSWxpYxI TT = https://vt.tiktok.com/ZSpa6yLkf/ ======== Malaikat: Sifat & Tugas Mereka 👉🏻 https://www.karyapis.com/v2/produk/malaikat-sifat-tugas-mereka

Biar betul, 😱 Sahabat Nabi ni asalnya seorang BOMOH 😳 Dia datang nak “ubat” Nabi, tapi lepas dengar khutbah, terus masuk Islam. Korang pernah dengar kisah ni? 👇 TT: https://vt.tiktok.com/ZSpP6pEao/ #SembangKambing #KisahSahabat #SirahNabi #DiAmbangBara #fyp ==== Tonton episod penuh podcast di sini: https://youtu.be/lIFYD7cmcT4

Nabi ﷺ pernah bersumpah tak sentuh isteri SEBULAN. Tapi kenapa sebulan? Kenapa bukan 25 atau 26 hari? 🤔 Jawapannya… matematik 🤯 Tonton sampai habis! Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSpfQSq2y/ 📖 Kupasan penuh dalam kitab Hikmah & Rahsia Sirah 👉🏻 https://karyapis.com/v2/rahsiasirah #sirahnabi #ilmuagama #faktaislam #tahukahanda #fyp

Syeikh ‘Abd al-Razzaq al-Badr حفظه الله تعالى berkata: " فتأمل رحمك الله عظم هذا الأجر ، فالمسلم عندما يقول في دعائه : اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات ، يكون له بكل واحد من المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات المتقدمين منهم والمتأخرين حسنة فهي حسنات لا تحصى ". “Renungkanlah, semoga Allah merahmatimu, betapa besarnya ganjaran ini. Apabila seorang Muslim berdoa dengan mengucapkan: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ ‘Ya Allah, AMPUNILAH kaum Muslimin lelaki dan perempuan, kaum Mukminin lelaki dan perempuan, sama ada mereka yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.’ Maka dia memperoleh satu pahala bagi setiap orang daripada kalangan Muslimin dan Muslimat serta Mukminin dan Mukminat, sama ada daripada generasi terdahulu mahupun generasi terkemudian. Sesungguhnya, itu merupakan pahala yang tidak terhitung banyaknya.” [Fiqh al-Ad‘iyah wa al-Adhkar, 2/229.]

photo content

1.Sebenarnya, balance dunia akhirat bukan bermaksud kita bebas menyelang-selikan ibadah dengan hiburan yang melalaikan. Itu lebih kepada Talbis Iblis. Sebaliknya, keseimbangan itu terletak pada bagaimana kita mengisi kehidupan dengan ibadah khusus dan urusan duniawi yang dibenarkan syariat. Antaranya bekerja mencari rezeki yang halal, mengurus rumah tangga, menuntut ilmu, beriadah, berehat dan pelbagai urusan harian yang lain. 2.Semua urusan dunia ini boleh bernilai ibadah apabila disertai niat yang benar dan dilaksanakan bertepatan dengan syariat. Inilah keseimbangan yang Islam ajarkan. Kita tidak dituntut untuk menghabiskan seluruh masa dengan ibadah khusus sehingga mengabaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga serta masyarakat. 3.Maksudnya, perlu difahami bahawa keseimbangan ini tetap tertakluk pada batas halal dan haram. Sesuatu yang diharamkan Allah atau mengundang kemurkaan-Nya seperti konsert yang melalaikan tidak boleh dijadikan sebahagian daripada konsep keseimbangan hidup atas alasan kita juga perlu menikmati dunia. Islam mengajar kita menikmati dunia dengan berpandukan wahyu, bukan menikmati dunia sehingga menggadaikan prinsip agama. 4.Min teringat sebuah buku berjudul Sebelum Nafas Terakhir Dihembuskan: Panduan bagi Menjejaki Usia 40, karya Shaykh ʿAbd al-Laṭīf bin Hājis al-Ghāmidī terbitan Karya PiS. Walaupun tajuknya seakan-akan memberi gambaran bahawa buku ini hanya berkisar tentang kematian, hakikatnya mesej yang dibawakan jauh lebih luas. Buku ini turut membicarakan panduan menjalani kehidupan dengan penuh kesedaran, mengurus usia dan tanggungjawab, serta meletakkan kehidupan dunia dalam kerangka persediaan menuju akhirat. Nak faham konsep balance dunia akhirat yang sebenarnya, boleh baca buku ni. 5.Hakikatnya, keseimbangan dunia dan akhirat bukan tentang bagaimana kita membahagikan masa antara agama dengan keseronokan dunia semata-mata. Tetapi tentang bagaimana seluruh kehidupan kita, termasuk urusan duniawi, dipandu oleh agama dan menjadi bekalan menuju akhirat. __ https://www.karyapis.com/v2/produk/sebelum-nafas-terakhir-dihembuskan-panduan-ilahi-bagi-yang-mencecah-usia-40-tahun/

photo content

[LIVE] Perkara ke-65: Manusia masuk syurga hanya dengan rahmat Allah. Kitab Akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah: Sharhus Sunnah lil Barbahari. Bersama Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi hafizahullah. Ahad | 8 November 8.10 - 9.25 pagi YT: https://youtu.be/aD0EMzJMmIs

InshaAllah esok kita akan sambung kelas pengajian kitab Akidah ASWJ: Sharhus Sunnah lil Barbahari, jam 8 pagi spt biasa.

Kita ingat bila maki syaitan, syaitan tu “tersakiti”, rupanya dia lagi “naik syekh” 😂 YT = https://youtube.com/shorts/E_YE4bDyTpc TT = https://vt.tiktok.com/ZSphPPc4t/ #Syaitan #Celaka #Hantu #Jin #Hadis

JANGAN MENGKHIANATI SEBUAH PERSAHABATAN KERANA ALLAH Imam Sufyan al-Thawri rahimahullah berkata: " إياك أن تخون مؤمنًا، فمن خان مؤمنًا فقد خان الله ورسوله، وإذا أحببت أخاك في الله فابذل له نفسك ومالك .. وإياك والخصومَات والجدال والمرَاء، فإنك تصير ظلومًا خوانًا أثيمًا". “Jangan sekali-kali engkau mengkhianati seorang Mukmin. Sesungguhnya sesiapa yang mengkhianati seorang Mukmin, maka dia telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya. Apabila engkau mencintai saudaramu kerana Allah, maka berikanlah kepadanya pengorbanan dirimu dan hartamu. Jauhilah pertelingkahan, perdebatan dan sikap suka berbantah-bantahan. Sesungguhnya semua itu boleh menjadikan dirimu seorang yang zalim, khianat lagi berdosa.” [Rujukan: Al-Mukhtār min Manāqib al-Akhyār, 2/562.] ___ REFLEKSI: 1.Persahabatan kerana Allah bukan sekadar saling menyukai ketika keadaan menyenangkan. Ia menuntut amanah, pengorbanan dan kesetiaan. 2.Bila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita tidak mengambil kesempatan atas kepercayaannya, tidak menyebarkan rahsianya dan tidak menjadikan kelemahannya sebagai senjata ketika berlaku perselisihan. 3.Perhatikan juga bagaimana beliau mengingatkan agar menjauhi pertelingkahan dan perdebatan kerana itulah antara punca awal menyebabkan seseorang melampaui batas, berlaku zalim dan mengkhianati orang yang pernah dipercayainya. 4.Bukan semua perkara perlu dimenangi dengan hujah. Ada kalanya, mengalah itu lebih baik demi maslahah yang lebih besar melainkan melibatkan mudarat terhadap agama.

photo content

Kita kena faham bahawa bahasa bukan sesuatu yang statik. Bahasa boleh berkembang dan berubah mengikut peredaran masa. Bayangkan keturunan Nabi Adam a.s yang semakin berkembang biak. Kemudian, mereka membina penempatan di kawasan yang berbeza, hidup dalam kelompok yang berlainan dan semakin jauh antara satu sama lain. Apabila komunikasi antara kelompok semakin berkurangan, bahasa yang asalnya sama boleh mengalami perubahan dari sudut: -Sebutan dan loghat -Perbendaharaan kata. -Struktur ayat dan tatabahasa. -Cara menyebut sesuatu objek atau menyampaikan sesuatu maksud. Perubahan ini berlaku secara beransur-ansur, sehingga selepas tempoh yang sangat panjang, perbezaan bahasa menjadi semakin ketara dan akhirnya terbentuklah bahasa-bahasa yang berlainan. Itu belum lagi ambil kira faktor selepas peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s yang turut menjadi sebahagian daripada perbincangan para ulama dan ahli sejarah berkaitan perkembangan keturunan manusia. Sebagai gambaran tentang perkembangan keturunan manusia pada peringkat awal, Imām Abū Ja‘far Ibn Jarīr al-Ṭabarī رحمه الله menyebutkan dalam Tārīkh al-Ṭabarī, berdasarkan riwayat daripada sebahagian ahli ilmu, bahawa Hawwa' melahirkan 40 orang anak hasil perkahwinannya dengan Nabi Adam عَلَيْهِ السَّلَام melalui 20 kali kehamilan. Ibn Isḥāq turut menyebutkan nama-nama kesemua anak tersebut. Terdapat juga pandangan lain yang menyatakan bahawa Hawwa' mengandung sebanyak 120 kali, dengan setiap kehamilan melahirkan pasangan anak lelaki dan perempuan. Yang pertamanya adalah Qabil dan saudara perempuannya Qilīmā, yang terakhir adalah 'Abd al-Mughith dan saudara perempuannya Amat al-Mughīth. Para sejarawan telah menyebutkan bahawasanya Adam عَلَيْهِ السَّلام tidak meninggal dunia sehinggalah baginda sudah melihat zuriatnya yang terdiri daripada anak-anak dan cucu-cucu baginda, berjumlah empat puluh ribu orang. Allah lebih mengetahui. Wallahu A’lam. ___ Selebihnya boleh dapatkan buku ini 👇🏻 https://karyapis.com/v2/nabiadam

photo content