ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Karya PiS

Karya PiS

الذهاب إلى القناة على Telegram

Kedai Buku Online www.karyapis.com

إظهار المزيد
2 206
المشتركون
-324 ساعات
-57 أيام
-1330 أيام
أرشيف المشاركات
MENGAPA PERLU ISTIGHFAR SELEPAS ISTIQAMAH? Al-Ḥāfiẓ Ibn Rajab al-Ḥanbalī rahimahullah menjelaskan beberapa hikmah besar di sebalik gandingan dua amalan ini. Beliau berkata: وفي قوله عز وجل {فاسْتَقِيمُوا إلَيْهِ واسْتَغْفِرُوهُ} إشارة الى أنه لابد من تقصير في الاستقامة المأمور بها، فيجبر ذلك بالاستغفار المقتضي للتوبة والرجوع الى الاستقامة. “Dalam firman Allah Azza wa Jalla: ‘Maka tetaplah istiqamah menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya.’ [Surah Fussilat, 41:6] Terdapat isyarat bahawa pasti berlaku kekurangan dalam usaha istiqamah yang diperintahkan itu. Maka, kekurangan tersebut hendaklah diperbaiki dengan istighfar, yang menuntut taubat dan kembali kepada istiqamah.” [Sumber: Jāmi‘ al-‘Ulūm wa al-Ḥikam (1/510)] __ Ringkasnya: 1.Manusia tidak sempurna. Walau sekuat mana pun kita cuba untuk istiqamah dalam kebaikan, kita pasti akan mempunyai kekurangan, kecuaian, atau kesilapan yang tidak disedari. 2.Istighfar bertindak sebagai 'penambal' atau pelengkap kepada segala lompang dan cacat cela sepanjang kita berusaha untuk taat. 3.Istighfar selepas melakukan ketaatan dapat mendidik jiwa agar sentiasa rendah diri dan tidak merasa bangga diri (ujub) dengan amalan yang telah dilakukan. Begitu juga hikmahnya dalam banyak sunnah Nabi SAW yang melazimkan istighfar selepas selesai melakukan ibadah yang agung seperti solat dan Haji. __ Akhirnya, seorang hamba bukan sahaja memerlukan pertolongan Allah untuk beramal, bahkan memerlukan keampunan-Nya atas kecacatan amal tersebut. https://www.karyapis.com/v2/produk/istighfar-harapan-untuk-jiwa-yang-berdosa/

photo content

Alhamdulillah atas nikmat kembali menghirup udara segar dan menikmati pemandangan langit yang membiru 🥹 Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata: النِّعَم نوعان: مستمرة ومتجدِّدة: فالمستمرة شكرها بالعبادات والطاعات. والمتجددة شُرِع لها سجود الشكر، شكرًا لله عليها، وخضوعًا له وذلًّا، في مقابلة فرحة النِّعَم وانبساط النفس لها، وذلك من أكبر أدوائها، فإن الله لا يحبُّ الفرحين ولا الأشرين، فكان دواء هذا الداء الخضوع والذل والانكسار لربِّ العالمين، وكان في سجود الشكر من تحصيل هذا المقصود ما ليس في غيره. وفي سجود كعب حين سمع صوت المبشِّر دليل ظاهر أن تلك كانت عادة الصحابة وهي سجود الشُّكْر عند النِّعَم المتجدِّدة والنِّقَم المندفعة. Nikmat itu terbahagi kepada dua jenis: nikmat yang berterusan dan nikmat yang baharu dikurniakan. Nikmat yang berterusan, cara mensyukurinya adalah dengan melaksanakan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Adapun nikmat yang baharu dikurniakan, maka disyariatkan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat tersebut, serta sebagai manifestasi ketundukan dan kerendahan diri di hadapan-Nya. Hal ini sebagai imbangan terhadap kegembiraan dan kelapangan jiwa yang dirasakan ketika memperoleh nikmat. Sesungguhnya keadaan tersebut merupakan antara penyakit jiwa yang paling besar, kerana Allah tidak menyukai orang yang terlalu bergembira dan berbangga diri. Maka, penawar bagi penyakit ini ialah ketundukan, kerendahan diri dan kehinaan di hadapan Rabb sekalian alam. Dalam sujud syukur, terdapat pencapaian tujuan ini yang tidak terdapat pada amalan selainnya. Perbuatan Ka‘b yang bersujud ketika mendengar suara pembawa berita gembira merupakan dalil yang jelas bahawa hal itu merupakan kebiasaan para sahabat, iaitu melakukan sujud syukur apabila memperoleh nikmat yang baharu dikurniakan dan apabila bencana yang menimpa mereka dihindarkan.

photo content

𝗢𝗻𝗲 𝗼𝗳 𝘁𝗵𝗲 𝗺𝗼𝘀𝘁 𝗶𝗻𝘁𝗿𝗶𝗴𝘂𝗶𝗻𝗴 𝗾𝘂𝗲𝘀𝘁𝗶𝗼𝗻: Adakah syurga yang didiami Nabi Adam dan Hawa benar-benar syurga yang sama yang dijanjikan kepada kita di akhirat kelak? Rupa-rupanya, persoalan ini bukanlah sesuatu yang baharu. Para ulama telah berbeza pendapat tentang syurga yang didiami oleh Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa. Pendapat yang masyhur dalam kalangan ulama ialah syurga tersebut merupakan syurga abadi yang dijanjikan kepada orang beriman di akhirat kelak. Tetapi walaupun tempatnya sama, tujuannya berbeza. Bagi Nabi Adam a.s., ia berfungsi sebagai tempat tinggal sementara serta medan ujian dan latihan sebelum diturunkan ke bumi. Di syurga akhirat kelak, ia menjadi tempat ganjaran abadi tanpa ada lagi sebarang bentuk ujian atau larangan. Namun, terdapat juga ulama yang berpendapat bahawa ia merupakan syurga lain yang diciptakan Allah khusus untuk Nabi Adam dan Hawa, malah sebahagian mereka berpendapat bahawa syurga tersebut terletak di bumi. ___ Baca lanjut tentang perbahasan dan wajah pendalilannya dalam karya Imam Ibn Kathir siri al-Bidāyah wa al-Nihāyah Kisah Nabi Adam a.s & Nabi Idris a.s terjemahan karya PiS 👇🏻 https://www.karyapis.com/v2/produk/kisah-nabi-adam-nabi-idris/

photo content

1.Sebelum menjawab persoalan ini, kita kena tahu bahawa di sana ada perbahasan tentang waktu penciptaan Hawa adakah beliau diciptakan ketika Nabi Adam a.s masih belum ditempatkan di dalam syurga, atau setelah Nabi Adam ditempatkan di dalamnya, berdasarkan Qiṣaṣ al-Anbiyā’ karya Imam Ibn Kathir rahimahullah. Alhamdulillah Karya PiS sudah pun terjemahkan, tinggal beli dan baca je 🤭 • 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 (Hawa dicipta sebelum Nabi Adam a s dimasukkan ke syurga) -Bersandar kepada susunan zahir ayat 35 Surah al-Baqarah. Perkataan "Tinggallah kamu dan isterimu..." diguna pakai sebagai hujah bahawa Hawa sudah sedia ada sebelum arahan memasuki syurga itu berkuat kuasa. • 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 (Hawa dicipta selepas Nabi Adam a.s dimasukkan ke syurga - Pendapat Paling Masyhur) -Bersandar kepada riwayat daripada Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan beberapa orang dari kalangan sahabat. Pandangan ini menyatakan Nabi Adam memasuki syurga terlebih dahulu, kemudian Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri baginda semasa baginda sedang tidur untuk menjadi peneman. Juga bersandar kepada zahir ayat al-Quran tentang manusia diciptakan dari diri yang satu نفس واحدة dan juga hadis sahih tentang wanita diciptakan daripada tulang rusuk. Wallahu A’lam, hanya Allah yang tahu hakikat sebenarnya dan kita hanya perlu berpada dengan wahyu-wahyu yang ada tanpa mempersoalkannya terlalu dalam. 2.Tetapi jika merujuk kepada pendapat kedua, tidaklah bermaksud Nabi Adam a.s bosan dengan erti kata segala nikmat di dalam syurga itu menjadi hambar baginya. Syurga Allah SWT adalah tempat yang sempurna dan bebas daripada perasaan negatif seperti bosan atau jemu. Sebenar sunyi yang dialami Nabi Adam a.s adalah fitrah kemanusiaan yang Allah tanamkan semasa proses penciptaannya khusus 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡. Perhatikan ayat mengenai hikmah penciptaan Hawa: Allah SWT berfirman: هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا “Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, supaya dia berasa tenteram kepadanya.” [Surah al-A‘raf, 7:189] Meskipun dikelilingi oleh malaikat dan segala kemewahan syurga, Nabi Adam tetaplah seorang manusia yang secara fitrahnya cenderung untuk berpasangan dengan makhluk yang sejenis (sesama manusia) agar 𝗧𝗘𝗥𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗝𝗜𝗪𝗔. Seumpama pelengkap kepada kesempurnaan nikmat yang sedia ada. 3.Fitrah berpasangan ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada kehidupan anak cucu Adam. Allah menjadikan hubungan suami isteri sebagai salah satu jalan untuk memperoleh ketenteraman, kasih sayang dan rahmat dalam kehidupan berkeluarga. 4.Dan fitrah ini juga akan berkesinambungan hingga ke syurga di mana impian setiap pasangan mukmin adalah untuk memimpin tangan bersama-sama bukan sahaja di dunia, malah melangkah masuk ke dalam syurga Allah SWT. Al-Quran menegaskan bahawa ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar iman di dunia akan diteruskan dan dipertingkatkan kebahagiaannya di akhirat kelak. Allah SWT berfirman: ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ “Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan pasangan-pasangan kamu, dalam keadaan bergembira.” [Surah al-Zukhruf, 43:70] Begitu juga firman Allah SWT: جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ “Syurga-syurga ‘Adn yang mereka memasukinya bersama orang-orang yang soleh daripada kalangan ibu bapa mereka, pasangan-pasangan mereka dan keturunan mereka.” [Surah al-Ra‘d, 13:23] 5.Inilah antara khabar gembira buat orang-orang yang beriman. Allah mengurniakan nikmat pertemuan dan kebersamaan di dalam syurga kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Maka, impian seorang mukmin bukan sekadar mahu hidup bersama pasangan di dunia, tetapi juga mengharapkan agar Allah menghimpunkan mereka kembali di akhirat dalam keadaan beriman dan memperoleh keredaan-Nya. __ https://www.karyapis.com/v2/produk/kisah-nabi-adam-nabi-idris/

photo content

Episod baru siri animasi kitab terakhir dah keluar 😍😍 Para peminat anime, boleh mula tonton Episod 5: Tiada Jejak untuk Dii
+1
Episod baru siri animasi kitab terakhir dah keluar 😍😍 Para peminat anime, boleh mula tonton Episod 5: Tiada Jejak untuk Diikuti di App Huda (https://huda.com.my) atau YouTube @Mfazanime

[LIVE] Beriman bahawa anak-anak kecil juga ditimpa sakit. Kitab pengajian akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah: Sharhus Sunnah lil Barbahari. Bersama Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi hafizahullah. Hari Ahad | 25 Okt 2026 8.20 - 9.30 pagi Pautan: https://youtu.be/1M3myRKCSYs

Para pembaca yang membeli e-Buku juga kini boleh akses melalui aplikasi Huda ni dengan log masuk yg sama ketika melakukan pem
+2
Para pembaca yang membeli e-Buku juga kini boleh akses melalui aplikasi Huda ni dengan log masuk yg sama ketika melakukan pembelian di laman web Karya PiS. Lihat panduan untuk mendapatkan fail APK (Android) atau Add to Home Screen (iPhone) di sini: https://huda.com.my/app/beta

InshaAllah esok kita akan sambung kelas pengajian kitab Sharhus Sunnah lil Barbahari, jam 8 pagi.

Dikatakan kepada Ibn al-Mubarak rahimahullah: “Berilah aku nasihat.” Beliau menjawab: «اعرف قدر نفسك» “Kenalilah kadar dirimu
Dikatakan kepada Ibn al-Mubarak rahimahullah: “Berilah aku nasihat.” Beliau menjawab: «اعرف قدر نفسك» “Kenalilah kadar dirimu sendiri.” [Al-Jarḥ wa al-Ta‘dīl (1/180)] ___ Nasihat yang sentiasa relevan, lebih-lebih lagi pada zaman ketika ramai yang ingin menjadi kismis sebelum menjadi anggur. Bahasa ringkasnya, sedarlah diri supaya kita tidak berjalan di bumi ini dengan perasaan sombong & angkuh seolah-olah sudah tinggi ilmunya, sudah luas pengalamannya & paling tajam kefahamannya sehingga layak menilai semua orang. Lebih-lebih lagi dalam dunia penuntut ilmu, jangan sampai baru mengenal beberapa kitab, baru menghafal beberapa dalil, tetapi sudah begitu ghairah mengkritik tokoh, mencari kesalahan ulama dan menilai kedudukan atau peribadi orang lain. Ittaqullah!

Hidup ini dah terlalu berat, jangan diberatkan lagi dengan menanggungnya seorang diri. Serahkan pergantungan kepada Allah al-
Hidup ini dah terlalu berat, jangan diberatkan lagi dengan menanggungnya seorang diri. Serahkan pergantungan kepada Allah al-Somad. Melalui karya ini, kita akan sedar betapa selama ini, walau tanpa kita pinta pun, Allah tetap berlemah lembut dengan kita, memudahkan segala yang sulit, menguatkan saat kita lemah, menerangi jalan saat kita tersesat, menutup aib tiap kali kita buat dosa, menyelamatkan saat kita berdepan dengan marabahaya dan banyak lagi bentuk nikmat dan rahmat yang selama ini mungkin kita pandang biasa, sedangkan tanpanya, belum tentu kita mampu menjalani kehidupan seperti hari ini. Justeru, pergantungan kita akan lebih bermakna apabila kita mengenali Allah dengan ilmu yang benar. https://karyapis.com/v2/komboteduh

𝗜𝗡𝗦𝗛𝗔𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗙𝗟𝗔𝗚𝗦𝗛𝗜𝗣 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗖𝗢𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗢𝗡 😍 Tengah tunggu cover buku siap ni. Nanti siap kita reveal inshaallah. Buku ni inshaallah hardcover dan size flagship. Kiranya tahun ni dua buku flagship keluar. Alhamdulillah. Sementara menunggu tu, boleh dapatkan buku flagship yang satu lagi tu di sini 👇🏻 Khalq Af'al al-'Ibad: Perbuatan Hamba Menurut Akidah Salaf https://www.karyapis.com/v2/produk/khalq-af-al-al-ibad-perbuatan-hamba-menurut-akidah-salaf/

photo content
+3

Imam al-Syafi‘i رحمه الله berkata: قد جعل الله في الصديق البار المقبل عِوضا من ذي الرحم العاق المدبر . Sungguh, Allah telah menjadikan seorang sahabat yang setia, berbakti, dan mendekat (peduli) sebagai pengganti dari kerabat/keluarga dekat yang derhaka (memutuskan silaturrahim) dan berpaling." [Syu‘ab al-Īmān, no. 11200.] __ Maksudnya: Ada kalanya, ketika seseorang disakiti atau ditinggalkan oleh keluarga dekatnya sendiri, Allah sering kali menghibur dan menggantikan posisi tersebut dengan menghadirkan seorang sahabat sejati yang tulus dan selalu ada, yang memperlakukannya jauh lebih baik daripada keluarga kandungnya. Itulah yang dialami Nabi kita tercinta apabila sebahagian kerabat Baginda menentang dakwah, menyakiti dan memusuhi Baginda. Namun, Allah mengurniakan sahabat-sahabat yang beriman, setia dan sanggup berkorban demi agama bersama Baginda. Antaranya, Abu Bakr al-Siddiq r.a yang menemani Baginda ketika berhijrah ke Madinah. Allah merakamkan kebersamaan mereka dalam al-Quran. Begitu juga para sahabat lain yang membela, melindungi dan menyokong Baginda ketika menghadapi tentangan dari pelbagai penjuru. __ Pengajarannya, kemuliaan hubungan bukan semata-mata terletak pada pertalian darah, tetapi juga pada iman, kesetiaan dan ketulusan dalam berbuat baik. Ada kalanya, Allah menguji kita melalui orang yang paling dekat, lalu memperlihatkan kasih sayang-Nya melalui insan yang tidak pernah kita sangka akan menjadi penguat jiwa. Maka, hargailah insan yang ikhlas berbuat baik kepada kita. Jangan terlalu meratapi mereka yang memilih untuk menjauh sehingga kita terlupa mensyukuri mereka yang tetap ada di sisi.