es
Feedback
Karya PiS

Karya PiS

Ir al canal en Telegram

Kedai Buku Online www.karyapis.com

Mostrar más
2 222
Suscriptores
+124 horas
-27 días
-730 días
Archivo de publicaciones
1.Pasti banyak kali kan kita pernah dengar atau baca, apabila seseorang berjaya harungi pelbagai liku kehidupan yang dia rasa mustahil untuk menempuhinya, lalu dia berterima kasih kepada diri sendiri kononnya berjaya jadi kuat dan tak menyerah. 2.Tahukah kita? ucapan sebegini sangat mirip kepada unsur Self-Deification dalam New Age Movement yang melihat diri manusia sebagai sumber kekuatan, potensi dan kuasa yang seakan-akan tidak terbatas, sehingga manusia didorong untuk mengangkat dirinya sendiri sebagai pusat kehidupan. 3.Kita bukan kuat kerana diri kita semata-mata. Ada saat kita hampir rebah, tetapi Allah teguhkan hati. Ada saat kita sudah tidak nampak jalan keluar, tetapi Allah bukakan jalan. Ada saat kita merasakan diri sudah tidak mampu, tetapi Allah beri kemampuan untuk melangkah sekali lagi. 4.Maka, daripada berterima kasih kepada diri sendiri, lebih selamat kita berkata sebagaimana Allah ajarkan dalam Surah al-Kahfi kisah pemilik kebun: ﴿وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ﴾ “Dan mengapa ketika engkau memasuki kebunmu, engkau tidak mengucapkan: ‘لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ’ (Apa yang Allah kehendaki, tiada kekuatan melainkan dengan Allah?) [Surah al-Kahf, 18:39.] 5.Abū Hurairah berkata: Nabi Allah ﷺ bersabda kepadaku: “Wahai Abu Hurairah, mahukah engkau aku tunjukkan kepadamu satu daripada khazanah-khazanah syurga yang berada di bawah ‘Arasy?” Aku menjawab: “Ya, demi ayah dan ibuku menjadi tebusan untukmu.” Baginda ﷺ bersabda: “Iaitu engkau mengucapkan: لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ (Tiada kekuatan melainkan dengan Allah).” [HR.Imam Ahmad]

photo content

Kepada kaum lelaki: Kalau suatu hari tiba2 ada perempuan yang cuba menggoda kamu, kamu yakin kamu mampu menepisnya? Mesti ramai yang tak yakin dengan diri sendiri kan? Sebab kita tahu, fitnah wanita bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Bahkan ada kisah ulama' juga boleh tertewas dengan godaan wanita lalu tergelincir setelah sekian lama berada di atas jalan ilmu dan ibadah. Tetapi lihatlah kisah Nabi Yusuf عليه السلام. Baginda bukan sekadar berada dalam keadaan digoda. Baginda berada dalam situasi yang sangat kuat tarikannya apabila dihadapkan seorang wanita yang mempunyai kedudukan, kecantikan dan peluang untuk melakukan maksiat bersama baginda. Namun sebaliknya baginda terus berlindung kepada Allah: قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ “Yusuf berkata: Aku berlindung kepada Allah!” [Surah Yusuf, 12:23] Sebab itu kita jangan terlalu yakin dengan diri sendiri. Tetapi sentiasalah berdoa: يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث، أصلح لي شأني كله، ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين. Perhatikan hujung doa ini: وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ “Janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.” Kerana kita tahu hakikat diri kita. Kita bukan Nabi Yusuf عليه السلام. Kita tidak tahu bagaimana keadaan hati kita apabila berhadapan dengan fitnah yang boleh menggoncang iman. Dan boleh juga amalkan doa ini khusus untuk elak dari maksiat & zina: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي، وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي، وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي” “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan pendengaranku, daripada keburukan penglihatanku, daripada keburukan lidahku, daripada keburukan hatiku dan daripada keburukan kemaluanku.” [Hadis Sahih Riwayat Abu Daud no.1551] ____ Jom ada berbaki beberapa jam sahaja lagi untuk dapatkan harga istimewa bagi pembeli terawal 3 karya terbaru kami: 1. Dialah Allah 2. ⁠Kisah Nabi Yusuf, Ayyub & Dhu al-Kifl 3. ⁠Syurga Mukmin di Keheningan Malam: Menyingkap Kelebihan Qiamullail (e-Buku) Tekan link: https://chat.whatsapp.com/IQdGrvDfXlnKjliYuvIyQs

photo content

photo content

Hari ini, kita melihat seorang suami kehilangan teman hidup yang telah bersamanya selama tujuh dekad. Tun Siti Hasmah diibaratkan seperti seorang ‘bonda’ kepada rakyat Malaysia kerana kelembutannya, ketokohannya, jasanya dan kesetiaannya menemani perjalanan hidup seorang tokoh negara Tun Dr.Mahathir Mohamed di mana mereka berdua sangat sinonim dengan sejarah, kepimpinan dan perjalanan panjang negara Malaysia. Namun, di sebalik nama besar dan kedudukan mereka sebagai tokoh negara, kita tetap melihat hakikat yang sangat manusiawi, sisi lemah seorang suami yang telah kehilangan isteri yang menemaninya selama lebih separuh abad kehidupannya. Apabila kita melihat kisah ini, hati kita mungkin teringat kepada satu lagi pasangan yang jauh lebih agung dalam sejarah umat ini. Rasulullah ﷺ dan Ummul Mukminin Khadijah رضي الله عنها. Seorang isteri yang bukan sekadar menemani suaminya dalam kehidupan, tetapi berdiri teguh di sisi Rasulullah ﷺ ketika dakwah Baginda baru bermula, ketika tekanan dan penolakan begitu berat, bahkan ketika seluruh dunia seakan-akan berpaling daripada Baginda. Bayangkan Rasulullah ﷺ kehilangan insan yang selama ini menjadi tempat Baginda mendapatkan ketenangan. Betapa mendalam kesedihan Baginda sehingga Allah SWT menenangkan hati Baginda dengan memperjalankan Baginda dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj, memperlihatkan kepada Baginda sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran-Nya. Sebab itu, pemergian pasangan setelah puluhan tahun bersama bukan sekadar kehilangan seseorang yang kita cintai, bahkan yang pergi itu membawa bersama sebahagian daripada sejarah hidup dan semangat kita. Dan semakin panjang perjalanan yang telah dilalui bersama, semakin dalam dan mencengkam pula kesunyian yang ditinggalkan. Begitulah nilai seorang teman hidup. Dan orang yang paling beruntung bukanlah mereka yang paling lama hidup bersama, tetapi mereka yang berharap serta berusaha untuk dipertemukan kembali oleh Allah di negeri yang tidak ada lagi kematian atau perpisahan. ____ إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ “Sesungguhnya milik Allah apa yang Dia ambil, dan milik-Nya juga apa yang Dia berikan. Setiap sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh yang telah ditetapkan. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala.” Karya PiS menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada usia 100 tahun. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati beliau, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Daripada seluruh warga Karya PiS. ___ https://www.karyapis.com/v2/produk/muhammad-saw-hikmah-rahsia-di-sebalik-peristiwa-dalam-sirah-baginda/

Nikmat yang kita anggap biasa… Hari ni kita bangun. Ada makanan. Ada udara. Ada tubuh yang masih berfungsi. Nampak biasa… tap
Nikmat yang kita anggap biasa… Hari ni kita bangun. Ada makanan. Ada udara. Ada tubuh yang masih berfungsi. Nampak biasa… tapi pernah terfikir siapa yang terus menerus mengurus semua ini untuk berbilion manusia? Dialah Allah. Sebuah buku yang mengajak hati untuk kembali mengenal Tuhan yang selama ini menjaga kita. Pra-tempah akan dibuka tak lama lagi. Sertai Group Waiting List untuk dapatkan harga promosi khas untuk pembaca terawal 👉🏻 https://chat.whatsapp.com/IQdGrvDfXlnKjliYuvIyQs

Ibn 'Abbās رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا berkata: كَانَ فِيهِمْ أَمَانَانِ: نَبِيُّ اللَّهِ وَالاسْتِغْفَارُ، فَذَهَبَ النَّبِيُّ ﷺ وَبَقِيَ الاسْتِغْفَارُ. Dahulu pada mereka (umat ini) terdapat dua sebab keamanan: Nabi dan istighfar. Kini baginda telah pergi, dan yang tinggal hanyalah istighfar. [Kata-kata ini diriwayatkan oleh ibn Abi Hatim dalam Tafsir ibn Abi Hatim (9017) dan ibn Jarīr al-Tabari dalam Tafsir al-Tabarī (11/151)] ___ Ini merujuk kepada firman Allah: وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ “Dan Allah tidak akan mengazab mereka, sedangkan engkau berada dalam kalangan mereka. Dan Allah tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka memohon keampunan.” [Surah al-Anfāl, 8:33] Ayat ini menyebut dua perkara: 1. Keberadaan Nabi ﷺ dalam kalangan mereka 2. Istighfar Ketika Rasulullah ﷺ masih hidup bersama umatnya, keberadaan baginda merupakan salah satu sebab yang menghalang turunnya azab umum. Setelah baginda wafat, sebab pertama itu telah tiada. Tetapi Allah masih meninggalkan sebab keamanan yang kedua: istighfar. Justeru, janganlah kita memandang remeh istighfar dan jangan sampai kita kehilangan satu-satunya sebab keselamatan & keamanan yang masih tinggal. Barangkali kita tidak menyedari bahawa di sebalik lidah yang tidak jemu menyebut أستغفر الله, ada rahmat Allah yang sedang menaungi kita daripada pelbagai keburukan yang tidak kita ketahui.

photo content

Kita takut kehilangan manusia. Takut kehilangan duit. Takut kehilangan masa depan. Tapi pernah tak kita takut… kehilangan All
Kita takut kehilangan manusia. Takut kehilangan duit. Takut kehilangan masa depan. Tapi pernah tak kita takut… kehilangan Allah dalam hidup kita? “Jika kamu menemui Allāh, maka apa yang hilang daripadamu? Namun, jika kamu kehilangan Allāh, maka apa yang sebenarnya kamu temui?” Dialah Allah — pra-tempah akan dibuka tak lama lagi. Sertai Group Waiting List untuk dapatkan harga promosi khas untuk pembaca terawal 👉🏻 https://chat.whatsapp.com/IQdGrvDfXlnKjliYuvIyQs

[LIVE] Kitab Terakhir: Tiga Paksi Teras (Usul Thalathah) bersama M.Faz. Tajuk: Jenis-jenis ibadah Hari Ahad | 27 September 8.30 - 9.45 pagi Pautan: https://youtu.be/9Lzrd_HckyY

InshaAllah esok kita akan sambung kelas Tiga Paksi Teras (Usul Thalathah) bersama M.Faz, jam 8 pagi.

Kisah seorang cikgu muda yang viral kerana memuatnaik video kononnya dia kentut ketika mengajar sampai terangkat baju. Min ada perasan beberapa komen yang kata kononnya hanya gurauan, bukan kentut sungguh pun, so tiada masalah. Memang kentut bukan suatu dosa. Masalahnya ia berkait dengan adab. Orang dulu-dulu punya malu bila orang tahu dia ‘terkentut’ sampai nak benam muka dalam tanah. Tapi orang sekarang siap bangga jadikan content, seorang wanita muslimah dan bertitle cikgu pulak tu. Perkara ini mengingatkan Min kepada salah satu bentuk keruntuhan akhlak yang dinukilkan berkaitan kaum Nabi Luth. Sampai perkara yang menjijikkan seperti berbalas kentut sesama mereka pun menjadi sesuatu yang dianggap biasa. Bukan min nak kata cikgu tersebut sama seperti kaum Nabi Luth. Min sedang bercakap tentang HILANGNYA RASA MALU terhadap sesuatu yang pada asalnya dianggap memalukan. Keruntuhan adab selalunya tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia bermula apabila manusia sudah tidak lagi berasa malu terhadap perkara yang sepatutnya memalukan. Kemudian perkara itu dijadikan gurauan. Lama-kelamaan, dinormalisasikan. Akhirnya, sesiapa yang menegur pula dianggap terlalu serius dan tidak sporting. Semoga Allah memelihara kita daripada keruntuhan akhlak dan menjauhkan kita daripada menyerupai keburukan kaum-kaum terdahulu. Wal-‘iyāẓu billāhi min dzālik. ___ Nak tahu tentang perangai kaum Nabi Ibrahim, Lut, Shu'ayb, Isma'il, Ishak & Ya'qub? Dapatkan karya siri al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Imam Ibnu Katsir yang diterjemahkan oleh Karya PiS di sini 👇🏻 https://www.karyapis.com/v2/produk/kisah-nabi-ibrahim-lut-shu-ayb-isma-il-ishak-ya-qub/

photo content

Assalamualaikum wrt 3 buku terbaru akan dilancarkan dalam masa terdekat: Dialah Allah ⁠Kisah Nabi Yusuf, Ayyub & Dhu al-Kifl ⁠Syurga Mukmin di Keheningan Malam: Menyingkap Kelebihan Qiamullail (e-Buku) Sertai Waiting List untuk dapatkan harga istimewa khas untuk pembaca awal: https://chat.whatsapp.com/IQdGrvDfXlnKjliYuvIyQs?mode=gi_t

Live Kuliah Subuh Jumaat 25/09/2026 - 13 R. Thani 1448H Di Masjid Ar-Rahman PSD. Tajuk: Hikmah Sirah (48) Hikmah Baginda Nabi S.A.W Melarang Saidina Ali Berkahwin Dengan Anak Perempuan Abu Jahal. https://www.facebook.com/share/v/1EkCbsESN3/?mibextid=wwXIfr

Salah satu nama Allah termasuklah al-Syakur. Daripada perkataan شَكَرَ yang bermaksud bersyukur atau menghargai. Pada logik akal manusia, tak mungkin Allah berterima kasih kepada hamba-Nya kerana Allah tak berhajat apa pun kepada hamba-Nya. Ini kerana kita beranggapan cara Allah berterima kasih atau menghargai itu sama macam manusia. Misalnya, apabila ada orang berjasa kepada kita, bantu kita macam-macam, kita akan berterima kasih sama ada melalui ucapan penghargaan atau membalas budi. Ini kerana kita sangat berhajat pada bantuan tersebut dan kita menyedari bahawa kebaikan orang itu telah memberi manfaat kepada kita. Maka sebagai manusia, kita akan berasa terhutang budi dan terdorong untuk membalas jasa tersebut. Tetapi Allah SWT sama sekali tidak berhajat kepada hamba-Nya. Bahkan kitalah yang sentiasa berhajat kepada Allah. Jadi, apabila Allah bersifat al-Syakur, ia bukan bermaksud Allah memerlukan amal atau kebaikan daripada kita, tetapi ia menunjukkan kesempurnaan kemurahan Allah dalam membalas & menghargai amal hamba-Nya. Dia mensyukuri amal hamba-Nya dengan cara tetap menerima amal yang sedikit atau yang remeh pada pandangan manusia, bahkan melipatgandakan pula ganjarannya. Dia memuji hamba-hamba-Nya yang taat dalam al-Quran sebagai pedoman umat manusia sepanjang zaman, seperti para malaikat, para nabi dan rasul, para sahabat serta orang-orang soleh, dengan menyebut sifat-sifat terpuji mereka dan memuji ketaatan serta amal soleh yang mereka lakukan. Dia membalas kebaikan hamba-Nya dengan kurniaan yang jauh lebih besar daripada apa yang mereka persembahkan. Kita bersedekah sedikit, Allah lipatgandakan pahalanya. Kita melakukan satu kebaikan, Allah membalasnya dengan sepuluh hingga berkali-kali ganda. Bahkan ada amal yang kelihatan kecil pada pandangan manusia, tetapi Allah mengangkatnya menjadi sebab keampunan dan keselamatan. Sedangkan kita sendiri yang berhajat kepada semua amal soleh itu, bukannya Allah. Betapa agungnya sifat Allah al-Syakur. Dia yang offer kita pahala atas amal yang kita lakukan. Dia yang memberi kita taufik untuk melakukan amal tersebut. Kita yang sebenarnya ‘menerima’ limpah kurniaan-Nya, tetapi Dia pula yang memuji hamba-hamba-Nya yang taat dan menghargai amal kita seolah kita pula yang berjasa kepada-Nya. Maka jangan pernah memandang kecil satu kebaikan hanya kerana ia kecil pada pandangan kita. Boleh jadi sesuatu yang kita anggap remeh, sangat besar nilainya di sisi Allah. Kerana Allah adalah al-Syakur, Dia menghargai kebaikan hamba-Nya dan membalasnya dengan kemurahan yang tidak terbanding dan tak tercapai dek akal.

photo content

Dia ingat ni macam kisah Nabi Ibrahim ke? Allah tukarkan api yang sedang menjulang tinggi menjadi nikmat bagi baginda, api itu serta merta menjadi sejuk 😂 Tapi tidak dengan api neraka yer 🥹 Allah SWT berfirman: إِذَآ أُلۡقُواْ فِيهَا سَمِعُواْ لَهَا شَهِيقࣰا وَهِيَ تَفُورُ "Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak" (Al-Mulk 67:7) Hatta Nabi Ibrahim sendiri pun tak mampu nak menyelamatkan ayahnya di hari kiamat. Dikisahkan pada hari kiamat, Nabi Ibrahim bertemu dengan ayahnya. Namun betapa terkejutnya baginda kerana melihat sang ayah dalam kondisi menyedihkan. Wajah Azar sangat hitam lagi kelam & dipenuhi debu. Nabi Ibrahim pun menghampiri ayahnya lalu berkata dengan penuh kesedihan: “Wahai ayahku, bukankah aku telah melarangmu daripada menderhaka kepadaku?” Ayahnya menjawab: “Pada hari ini, aku tidak akan lagi menderhakaimu.” Namun, penyesalan itu sudah terlambat. Nabi Ibrahim tetap tidak sanggup melihat ayahnya berada dalam keadaan demikian. Baginda lalu mengadu kepada Allah: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menghinakanku pada hari mereka dibangkitkan. Maka kehinaan apakah yang lebih besar daripada melihat ayahku yang paling jauh daripadaku dalam keadaan seperti ini?” Lalu Allah menjawab: “Sesungguhnya Aku telah mengharamkan syurga bagi orang-orang kafir.” Kemudian dikatakan kepada Nabi Ibrahim: “Wahai Ibrahim, lihatlah apa yang berada di bawah kakimu.” Nabi Ibrahim pun melihat, ternyata ayahnya telah berubah menjadi seekor haiwan yang berlumuran darah dan kotoran. Lalu haiwan itu ditangkap dan dicampakkan ke dalam neraka. Begitulah. Bahkan Nabi Ibrahim a.s, seorang khalilullah dan juga Nabi Muhammad SAW tidak mampu menyelamatkan insan yang dicintanya daripada azab api neraka. Tapi ada pula yang sesuka hati boleh terbang ke sana ke mari dalam neraka untuk selamatkan ahli keluarganya. Lawak apakah ini? Moga Allah jauhkan kita dari kejahilan sebegini rupa 🥹 __ Nak baca kisah-kisah menarik tentang Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Lut, Nabi Shu’ayb, Nabi Ishak & Nabi Ya’kub? Dapatkan karya terjemahan siri al-Bidayah wa al-Nihayah Imam Ibnu Katsir di sini 👇🏻 https://www.karyapis.com/kisah-nabi-ibrahim-lut-shuayb-ismail-ishak-yaqub/

photo content