uz
Feedback
Karya PiS

Karya PiS

Kanalga Telegram’da o‘tish

Kedai Buku Online www.karyapis.com

Ko'proq ko'rsatish
2 232
Obunachilar
-124 soatlar
-37 kunlar
-1130 kunlar
Postlar arxiv
Hikmah Sirah (44) Hikmah Baginda Nabi S.A.W Tidak Memerangi Munafiqin, Jenis Jihad Lawan Munafiq & Sejarah Munculnya Nifaq. Bersama Ustaz Dr Abu Anas Madani hafizahullah. https://www.facebook.com/share/v/14qyLGKASR8/?mibextid=wwXIfr

Jom tonton, siri pertama Podcast Sembang Kambing bersama M.Faz. https://youtu.be/6u2JD2vxW_s

Jam 9 malam ni inshaAllah, siri pertama podcast Sembang Kambing bersama M.Faz. Tekam butang “Notify me” https://youtu.be/6u2JD2vxW_s

Kenali Imam al-Bukhari, kitabnya Khalq Af’al al-‘Ibad & Ujian yang Dihadapinya. Bersama Ustaz Dr. Abu Anas Madani hafizahullah. https://youtu.be/zIRbiwFLXBg ======== Tempah buku di sini: https://albukhari.bukuagama.com

Apabila seorang mukmin terjatuh ke dalam maksiat, fitrahnya yang masih lurus akan merasa bersalah, sempit dada, dan menyesal.
Apabila seorang mukmin terjatuh ke dalam maksiat, fitrahnya yang masih lurus akan merasa bersalah, sempit dada, dan menyesal. Walaupun nafsunya mungkin merasakan keseronokan yang sementara, hatinya tidak akan benar-benar tenang. Akan sentiasa ada kegelisahan kerana iman dalam dirinya menolak perbuatan tersebut. Sebaliknya, apabila seseorang melakukan maksiat tanpa sedikit pun rasa bersalah, malah berasa bangga, gembira, atau menganggapnya perkara biasa, itu petanda yang sangat membimbangkan. Kerana hatinya semakin keras dan semakin hilang kepekaan terhadap dosa. Moga-moga kita tidak sampai ke tahap itu.

[LIVE] Pengajian kitab Akidah ASWJ: Sharhus Sunnah lil Barbahari. Perkara ke-59: Angkat takbir 4 kalu dalam solat jenazah. Bersama Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi hafizahullah. Pautan: https://youtu.be/19iI0INOzls

Sekadar nak maklumkan, ada 5 lagi baki naskah yang ada tandatangan penulis dekat kami. Boleh tempah di pautan di atas.

Jom sertai LIVE Karya PiS, host kita cerita sikit apa kandungan buku Istighfar: Harapan untuk Jiwa yang Berdosa. https://vt.tiktok.com/ZS9rJcLJqWS53-qPhGy/

Alhamdulillah, kami baru restock buku 10 Sahabat 1 Janji Syurga tulisan Prof Dr Rozaimi. Kalau nak tempah, boleh klik di link
Alhamdulillah, kami baru restock buku 10 Sahabat 1 Janji Syurga tulisan Prof Dr Rozaimi. Kalau nak tempah, boleh klik di link ni: https://www.karyapis.com/product/10-sahabat-1-janji-syurga/

[LIVE] Tiga Paksi Teras (Usul Thalathah) bersama Ust M.Faz. Paksi pertama: Pengetahuan Seorang Hamba Terhadap Rabbnya (Dalil-dalil). Pautan: https://youtu.be/uKIMZNb3bHg

InshaAllah kelas Tiga Paksi Teras (Usul Thalathah) pagi ni bersama M.Faz, jam 8.00 pagi.

Al-Fudhail bin 'Iyadh رحمه الله berkata: “لا تكونوا كالمنخل، يخرج الدقيق الطيب ويمسك النخالة؛ تخرجون الحكمة من أفواهكم، ويبقى
Al-Fudhail bin 'Iyadh رحمه الله berkata: “لا تكونوا كالمنخل، يخرج الدقيق الطيب ويمسك النخالة؛ تخرجون الحكمة من أفواهكم، ويبقى الغل في صدوركم”. “Janganlah kamu menjadi seperti ayak (penapis tepung); ia mengeluarkan tepung yang baik, tetapi menahan hampasnya. Kamu mengeluarkan kata-kata hikmah daripada mulutmu, namun kedengkian dan kebencian tetap tersimpan di dalam dadamu.” [Sifat al-Ṣafwah (457)] ___ Begitulah keadaan sebahagian manusia; lisannya sentiasa mengeluarkan nasihat, hikmah dan peringatan, tetapi hatinya sendiri masih dipenuhi hasad, dendam, kebencian dan penyakit-penyakit hati yang lain. Hakikatnya, ilmu bukan sekadar untuk disampaikan, tetapi terlebih dahulu untuk memperbaiki diri. Nasihat yang paling berkesan ialah nasihat yang lahir daripada hati yang telah berusaha mengamalkannya. -Admin UN-

⏰ 1 Hari Lagi! Pendaftaran masih dibuka! Jangan tunggu saat akhir. Tempah tempat anda hari ini. 📅 31 Julai – 2 Ogos 2026 📍
1 Hari Lagi! Pendaftaran masih dibuka! Jangan tunggu saat akhir. Tempah tempat anda hari ini. 📅 31 Julai – 2 Ogos 2026 📍 UNISIRAJ Kampus Pauh Putra ✅ Daftar sekarang! 🔗 Imbas QR atau tekan link di bawah untuk pendaftaran. https://forms.gle/yHb6zjhVhFFPWKCh6 Tarikh Tutup Pendaftaran : 12 Julai 2026 #DaurahAkidah✨ #PusatIslamUNISIRAJ🕌 #majlisilmu 🌙 #UNISIRAJ💙💛 #centreofappliedsunnah #unisirajdihati❤️

Ustaz Mohd Rizal Azizan juga ada buat kuliah bulanan kitab Hikmah & Rahsia Sirah terbitan Karya PiS. Boleh tonton di sini: ht
Ustaz Mohd Rizal Azizan juga ada buat kuliah bulanan kitab Hikmah & Rahsia Sirah terbitan Karya PiS. Boleh tonton di sini: https://youtube.com/playlist?list=PLe_slP1cJlSY&si=HkjuoVsV-vN9S3ZS ======= Tempah buku di sini: https://rahsiasirah.bukuagama.com

Siapa yang belum dapatkan, tempah sekarang sebab stok dah tak banyak dah ada dekat warehouse Karya PiS ni 👉🏻 albukhari.buku
Siapa yang belum dapatkan, tempah sekarang sebab stok dah tak banyak dah ada dekat warehouse Karya PiS ni 👉🏻 albukhari.bukuagama.com

Dalam beberapa kes forensik, DNA yang ditemui di tempat kejadian hanya mampu menunjukkan bahawa sampel tersebut berasal daripada salah seorang daripada pasangan kembar tersebut, tetapi tidak dapat menentukan individu yang tepat. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun DNA merupakan teknologi yang sangat kuat dan mempunyai ketepatan yang tinggi, ia tetap mempunyai batasan tertentu. ___ 6.Maka, isu nasab dalam Islam tidak dibina semata-mata atas faktor biologi sahaja. Syarak mempunyai kaedah tersendiri dalam menetapkan dan menjaga nasab, antaranya melalui al-firāsh (perkahwinan yang sah) dan proses li‘ān apabila berlaku dakwaan zina oleh suami. Justeru, tidak tepat untuk menjadikan DNA sebagai satu-satunya ukuran dalam semua keadaan, apatah lagi sehingga mengatasi hukum syarak yang telah menetapkan perlindungan terhadap nasab dan maruah keluarga. -Admin UN-

Min rasa terpanggil untuk menjelaskan isu ini dari sudut pandang syarak, kerana ia berkait rapat dengan perkara yang sangat besar dalam Islam iaitu nasab, kehormatan keluarga hukum qazaf dan juga hukum li’an. Berdasarkan teks fatwa Dar al-Ifta’ Mesir, fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid, serta keputusan Majlis Majma‘ Fiqh Islami yang bernaung di bawah Rabitah al-‘Alam al-Islami, dapat disimpulkan bahawa seorang suami tidak boleh hanya disebabkan rasa ragu-ragu atau syak semata-mata terhadap isterinya lalu terus melakukan ujian DNA untuk menyiasat atau mempertikaikan nasab anak. Ini kerana: 1. Nasab anak yang lahir dalam perkahwinan yang sah telah sabit melalui kaedah syarak (al-firāsh). Hadis "الولد للفراش وللعاهر الحجر" menunjukkan bahawa terdapat dua lelaki yang masing-masing mendakwa bahawa anak tersebut adalah anaknya: -Lelaki yang memiliki firasy (iaitu suami yang mempunyai hubungan perkahwinan yang sah) berkata: "Ini adalah anakku, kerana dia lahir daripada isteriku dalam perkahwinanku." -Lelaki yang berzina pula berkata: "Ini adalah anakku, kerana dia terhasil daripada air maniku." Dalam keadaan seperti ini, kita mendahulukan hukum syarak, sebagaimana sabda Nabi ﷺ: "Anak itu adalah bagi pemilik firasy, manakala bagi penzina hanyalah batu (maksudnya hukuman rejam)." Maksudnya, apabila seorang wanita melahirkan anak dalam ikatan perkahwinan yang sah, maka anak tersebut dinasabkan kepada suaminya walaupun ada lelaki lain datang claim mereka berzina dan anak itu anaknya. Nasab tidak dibina atau digugat berdasarkan andaian, sangkaan, tuduhan atau keraguan semata-mata. Bahkan Ibn Qudamah berkata: حتى لو أن امرأة أتت بولد وزوجها غائب عنها منذ عشرين سنة لحقه ولدها. "Sekiranya seorang wanita melahirkan seorang anak sedangkan suaminya telah tiada bersamanya selama dua puluh tahun, maka anak tersebut tetap dinasabkan kepadanya (suaminya)." Maksudnya, menurut kaedah al-firāsh, selagi perkahwinan masih wujud dan terdapat kemungkinan dari sudut hukum bahawa anak tersebut boleh dinasabkan kepada suami, maka nasab anak itu tetap dikaitkan dengan suami, walaupun terdapat tempoh pemisahan yang lama. ___ 2.Sekiranya seorang suami benar-benar mempunyai dakwaan atau sangkaan yang kuat isterinya melakukan zina dan mahu menafikan nasab anak tersebut, syarak tidak menjadikan ujian DNA sebagai jalan penyelesaian. Sebaliknya, syarak menetapkan proses li‘ān (اللعان), iaitu sumpah khusus antara suami dan isteri di hadapan hakim sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur ayat 6–9. Ini kerana li‘ān bukan hanya berkaitan penafian nasab, tetapi mempunyai kesan hukum yang lain seperti pemisahan yang kekal antara suami isteri dan menggugurkan hukuman qazaf daripada suami. ___ 3.Ujian DNA bukanlah ditolak secara mutlak. Ia boleh digunakan dalam keadaan yang diperlukan seperti: -kes bayi tertukar di hospital, -kes bayi tabung uji (IVF) -kes orang hilang, -kes nasab yang tidak diketahui, -mengenal pasti mayat, -dan beberapa kes jenayah yang berkaitan. Namun, penggunaannya mestilah tidak bercanggah dengan kaedah dan prinsip syarak. ___ 4.Ujian DNA semata-mata untuk menyiasat anak yang telah sabit nasabnya kerana syak terhadap isteri adalah perbuatan TERCELA dan TIDAK DIBENARKAN syarak, kerana ia membuka ruang kepada tuduhan terhadap kehormatan seorang wanita (qazaf) dan menggugat nasab yang telah dipelihara oleh syarak. Larangan ini bukan kerana syarak menolak kemajuan sains, tetapi kerana syarak datang untuk menjaga perkara yang lebih besar: kehormatan manusia, maruah keluarga dan kesinambungan nasab. ___ 5.Sekadar tambahan dari min sendiri. Bahkan, dari sudut sains sendiri, ujian DNA bukanlah sesuatu yang boleh difahami secara terlalu mudah tanpa mengambil kira batasannya. Terdapat kes-kes tertentu melibatkan kembar seiras (identical twins) yang mempunyai persamaan genetik yang sangat tinggi sehingga ujian DNA standard tidak dapat membezakan antara mereka.

photo content

Status Emas Daurah Alhamdulillah. Setakat ini 125 peserta telah mengesahkan penyertaan dengan membayar yuran komitmen. Bagi y
Status Emas Daurah Alhamdulillah. Setakat ini 125 peserta telah mengesahkan penyertaan dengan membayar yuran komitmen. Bagi yang memerlukan penginapan. Masih ada 16 lagi tempat penginapan yang disediakan. Pendaftaran akan ditutup pada Ahad, 12 Julai bagi urus setia memuktamadkan urusan penginapan, makanan dan logistik. Jadi, kalau memang berhajat nak hadir samada secara fizikal dan online. Mohon daftar segera. Bagi yang bercadang nak buat surprise untuk hadir secara walk-in pada hari program pun dialu-alukan. Cuma kalau makanan tak cukup dan link online tak jumpa. Saya mohon maaf in advance. Sebab apabila tuan-puan tak mendaftar... Kami di Pusat Islam bukan Wali yang mempunyai ilmu kasyaf mengetahui siapa yang akan hadir daurah pada 31 Julai-2 Ogos nanti. InsyaAllah panjang umur kita jumpa di Daurah Akidah Imam al-Bukhari nanti. -Mohd Roesfan Sazzerinaka Sunan-