es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾

Ir al canal en Telegram

Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾

El canal OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾 (@mohmalaysia) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 22 373 suscriptores, ocupando la posición 1 021 en la categoría Medicina y el puesto 1 580 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 22 373 suscriptores.

Según los últimos datos del 28 octubre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -147, y en las últimas 24 horas de -9, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: Verificado (confirmado oficialmente por Telegram)
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 11.60%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 4.99% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 2 595 visualizaciones. En el primer día suele acumular 1 116 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 7.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 29 octubre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Medicina.

22 373
Suscriptores
-924 horas
-417 días
-14730 días
Archivo de publicaciones
Tahukah anda bahawa 2️⃣9️⃣ Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia? Tingkatkan kesedaran dan pengetahuan anda tenta
Tahukah anda bahawa 2️⃣9️⃣ Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia? Tingkatkan kesedaran dan pengetahuan anda tentang tanda-tanda awal strok. Strok, atau dikenali juga sebagai angin ahmar, berlaku apabila bekalan darah beroksigen ke bahagian otak terganggu, menyebabkan sel-sel otak rosak dan fungsi saraf terjejas. Rawatan segera amat penting kerana kelewatan mendapatkan rawatan boleh meningkatkan risiko kelumpuhan atau kecacatan kekal. Peduli dan kongsi. 💪 #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

Assalamualaikum dan Selamat Petang 🤓 Mari kita menelaah sedikit tentang migrain. 💆🏻‍♂️ Migrain adalah salah satu penyebab
Assalamualaikum dan Selamat Petang 🤓 Mari kita menelaah sedikit tentang migrain. 💆🏻‍♂️ Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang. Tetapi jangan bimbang. Masih boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migrain. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Info KKM kali ini berkenaan URTI! Betul atau tidak tekaan kamu semua? 😎 Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respira
Info KKM kali ini berkenaan URTI! Betul atau tidak tekaan kamu semua? 😎 Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, farinks dan larinks. Jangkitan ini menyebabkan ketidakselesaan serta menjejaskan aktiviti harian sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Gejala lazim URTI termasuklah sakit tekak, sakit kepala, batuk, demam serta hidung berair dan tersumbat. Ia berbeza mengikut punca jangkitan dan keadaan kesihatan individu. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran bagi mengurangkan risiko jangkitan. Pakai pelitup muka 😷 jika bergejala atau terdedah kepada mereka yang bergejala. Sekiranya berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera. Dapat sesuatu? Amal dan kongsi maklumat ini! 😊 #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Assalamualaikum dan Selamat Petang! 👀 Mari kita lihat pembayang untuk info yang KKM akan kongsi pada hari ini!! 🫁 + 👄 +👃

🇲🇾 Salam Malaysia Madani! 🇲🇾 🍽️ Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang ter
🇲🇾 Salam Malaysia Madani! 🇲🇾 🍽️ Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang teratur bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Elakkan anak anda daripada melangkau waktu makan kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka berasa terlalu lapar sebelum waktu makan berikutnya dan berisiko mengambil makanan secara berlebihan. Ayuh, amalkan waktu makan yang teratur mulai hari ini! Ikuti tips di atas untuk membantu mencegah tabiat melangkau waktu makan. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Hari Polio Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober. Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabk
Hari Polio Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober. Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Ia juga boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut. Bersama-sama kita pastikan Malaysia bebas polio. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 👀 Min ada satu soalan khas untuk para audiens hari ini. Jumaat telah muncul. Sabtu dan Ahad akan tiba. Jujur dengan min apa yang terbuku dalam hati kamu semua mengenai hujung minggu?
Anonymous voting

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 😁 Hari Jumaat ni min rasa macam nak buat undian. 🫣 Esok Sabtu dan Ahad. Min nak tanya, apa yang terbuku dalam hati korang setiap kali Jumaat munculkan diri?
Anonymous voting

Sambungan dari tajuk di atas 😉 Prosedur mikrosurgeri yang rumit ini menuntut ketelitian tinggi dan kemahiran jitu dalam menyambung semula struktur tulang, saluran darah mikro, saraf, serta otot dan tendon. Ketelitian dan kerjasama erat seluruh pasukan sepanjang pembedahan trauma kritikal ini menjadi kunci dalam mengembalikan fungsi anggota, sekali gus memberikan sinar harapan baharu kepada pesakit untuk menjalani proses pemulihan dan rehabilitasi. Kejayaan ini membuktikan tahap kepakaran klinikal bertaraf tinggi yang dimiliki oleh fasiliti kesihatan awam negara serta dedikasi warga KKM dalam mengutamakan kualiti rawatan, keselamatan, dan kesejahteraan setiap pesakit. Syabas dan terima kasih kepada seluruh wira perubatan Hospital Selayang atas komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan! 🩺✨ Terima kasih juga setia membaca hingga akhir! 😊 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI

𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐔�
𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒 🇲🇾 Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan daripada Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro, Hospital Selayang. Pasukan perubatan ini telah melakar kejayaan luar biasa dengan menyempurnakan pembedahan mikro berisiko dan kompleks bagi menyambung semula kedua-dua belah tangan seorang pesakit yang terputus akibat kemalangan di tempat kerja. Pembedahan mencabar yang berlangsung pada 21 Ogos 2026 ini dipimpin oleh YBhg. Datuk Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi (Ketua Jabatan Ortopedik) dan YBrs. Dr. Syahril Rizal Arsad (Ketua Unit Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang), bersama barisan pakar bedah, jururawat, dan petugas kesihatan multidisiplin yang berwibawa. Jangan pergi dulu! Korang kena baca posting ini sampai habis, okay? Janji? 👀 Min sambung di posting bawah 👇 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😉

Baru balik kerja ke tu? 🤭 Segarkan mata dan tenangkan minda. Luangkan seminit untuk membaca dan menambah pengetahuan 😎 Kali
Baru balik kerja ke tu? 🤭 Segarkan mata dan tenangkan minda. Luangkan seminit untuk membaca dan menambah pengetahuan 😎 Kali ini KKM beri langkah pencegahan Osteoporosis untuk para subscribers! Baca ya jangan tak baca!

Selamat Petang Anak Pertiwi 😄 Ada berita baik yang perlu dikongsi 👀 Malaysia berjaya kekalkan validasi WHO Eliminasi Jangki
Selamat Petang Anak Pertiwi 😄 Ada berita baik yang perlu dikongsi 👀 Malaysia berjaya kekalkan validasi WHO Eliminasi Jangkitan HIV dan Siflis dari Ibu ke Anak 💪 dan merupakan negara pertama di Rantau Pasifik Barat WHO yang mencapai validasi ini! ⭐ 10 kes bagi setiap 100,000 kelahiran hidup ⭐ 1.52% kadar jangkitan HIV dari bu ke anak Dapatkan saringan HIV dan Siflis di fasiliti kesihatan terpilih. Saringan bukan hanya dapat mencegah penularan penyakit tetapi pesakit dapat diberikan rawatan awal. Jadilah pasangan bertanggungjawab dengan membawa mendapatkan rawatan serta menyokong usaha KKM mengekalkan pencapaian ini 😉 #KKMPrihatin #Cegahpenyakit #MayalaysiaSihat

Burung merbah terbang sekawan, 🕊️ Hinggap sebentar di pohon kari, 🌴 Jerebu menyelubung, lindungi kesihatan, 😷 KKM berbakti, 💪 rakyat dicintai. 🫵 #KKMPrihatin #WaspadaJerebu

PENGHARGAAN SUMBANGAN PETUGAS KESIHATAN MELALUI URUSAN KENAIKAN PANGKAT KE PELBAGAI GRED KKM merakamkan setinggi-tinggi tahni
+1
PENGHARGAAN SUMBANGAN PETUGAS KESIHATAN MELALUI URUSAN KENAIKAN PANGKAT KE PELBAGAI GRED KKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 6,724 orang pegawai KKM daripada pelbagai skim perkhidmatan yang telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LPPKA). Moga dengan usaha ini, pegawai-pegawai KKM terus bersemangat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI

💐 SELAMAT PAGI MALAYSIA MADANI 💐 KKM sangat menghargai sumbangan petugas kesihatan yang sedia berkhidmat berbakti kepada ma
+1
💐 SELAMAT PAGI MALAYSIA MADANI 💐 KKM sangat menghargai sumbangan petugas kesihatan yang sedia berkhidmat berbakti kepada masyarakat dengan penuh rasa tanggungjawab. Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai-pegawai KKM yang telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat melibatkan seramai 6,724 orang pegawai dari pelbagai skim perkhidmatan. #KKMPrihatin #MalaysiaMadaniRakyat Disantuni

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊

𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa? Anda mungkin men
𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa? Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊

🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau
🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau tengkorak, termasuk kelenjar pituitari, pangkal tengkorak, lapisan pelindung otak (meninges), pangkal otak dan bahagian yang lain. ‼️ Kenali risiko, simptom dan rawatan tumor otak. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI