OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾
前往频道在 Telegram
📈 Telegram 频道 OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾 的分析概览
频道 OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾 (@mohmalaysia) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 22 374 名订阅者,在 医学 类别中位列第 1 023,并在 马来西亚 地区排名第 1 581 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 22 374 名订阅者。
根据 27 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -145,过去 24 小时变化为 -5,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 已认证(Telegram 官方确认)
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 11.73%。内容发布后 24 小时内通常能获得 4.99% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 625 次浏览,首日通常累积 1 116 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 8。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.”
凭借高频更新(最新数据采集于 28 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 医学 类别中的关键影响点。
22 374
订阅者
-524 小时
-437 天
-14530 天
帖子存档
Assalamualaikum dan Selamat Petang 🤓
Mari kita menelaah sedikit tentang migrain.
💆🏻♂️ Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.
Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang. Tetapi jangan bimbang. Masih boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migrain.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Info KKM kali ini berkenaan URTI! Betul atau tidak tekaan kamu semua? 😎
Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, farinks dan larinks. Jangkitan ini menyebabkan ketidakselesaan serta menjejaskan aktiviti harian sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Gejala lazim URTI termasuklah sakit tekak, sakit kepala, batuk, demam serta hidung berair dan tersumbat. Ia berbeza mengikut punca jangkitan dan keadaan kesihatan individu.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran bagi mengurangkan risiko jangkitan. Pakai pelitup muka 😷 jika bergejala atau terdedah kepada mereka yang bergejala. Sekiranya berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera.
Dapat sesuatu? Amal dan kongsi maklumat ini! 😊
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Assalamualaikum dan Selamat Petang! 👀
Mari kita lihat pembayang untuk info yang KKM akan kongsi pada hari ini!!
🫁 + 👄 +👃
🇲🇾 Salam Malaysia Madani! 🇲🇾
🍽️ Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang teratur bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Elakkan anak anda daripada melangkau waktu makan kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka berasa terlalu lapar sebelum waktu makan berikutnya dan berisiko mengambil makanan secara berlebihan.
Ayuh, amalkan waktu makan yang teratur mulai hari ini! Ikuti tips di atas untuk membantu mencegah tabiat melangkau waktu makan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Hari Polio Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober.
Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Ia juga boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut.
Bersama-sama kita pastikan Malaysia bebas polio.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 👀
Min ada satu soalan khas untuk para audiens hari ini. Jumaat telah muncul. Sabtu dan Ahad akan tiba. Jujur dengan min apa yang terbuku dalam hati kamu semua mengenai hujung minggu?
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 😁
Hari Jumaat ni min rasa macam nak buat undian. 🫣 Esok Sabtu dan Ahad. Min nak tanya, apa yang terbuku dalam hati korang setiap kali Jumaat munculkan diri?
Sambungan dari tajuk di atas 😉
Prosedur mikrosurgeri yang rumit ini menuntut ketelitian tinggi dan kemahiran jitu dalam menyambung semula struktur tulang, saluran darah mikro, saraf, serta otot dan tendon. Ketelitian dan kerjasama erat seluruh pasukan sepanjang pembedahan trauma kritikal ini menjadi kunci dalam mengembalikan fungsi anggota, sekali gus memberikan sinar harapan baharu kepada pesakit untuk menjalani proses pemulihan dan rehabilitasi.
Kejayaan ini membuktikan tahap kepakaran klinikal bertaraf tinggi yang dimiliki oleh fasiliti kesihatan awam negara serta dedikasi warga KKM dalam mengutamakan kualiti rawatan, keselamatan, dan kesejahteraan setiap pesakit.
Syabas dan terima kasih kepada seluruh wira perubatan Hospital Selayang atas komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan! 🩺✨
Terima kasih juga setia membaca hingga akhir! 😊
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat
#SihatBersama #MalaysiaMADANI
𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒 🇲🇾
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan daripada Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro, Hospital Selayang. Pasukan perubatan ini telah melakar kejayaan luar biasa dengan menyempurnakan pembedahan mikro berisiko dan kompleks bagi menyambung semula kedua-dua belah tangan seorang pesakit yang terputus akibat kemalangan di tempat kerja.
Pembedahan mencabar yang berlangsung pada 21 Ogos 2026 ini dipimpin oleh YBhg. Datuk Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi (Ketua Jabatan Ortopedik) dan YBrs. Dr. Syahril Rizal Arsad (Ketua Unit Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang), bersama barisan pakar bedah, jururawat, dan petugas kesihatan multidisiplin yang berwibawa.
Jangan pergi dulu! Korang kena baca posting ini sampai habis, okay? Janji? 👀
Min sambung di posting bawah 👇
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😉
Baru balik kerja ke tu? 🤭
Segarkan mata dan tenangkan minda. Luangkan seminit untuk membaca dan menambah pengetahuan 😎
Kali ini KKM beri langkah pencegahan Osteoporosis untuk para subscribers! Baca ya jangan tak baca!
Selamat Petang Anak Pertiwi 😄
Ada berita baik yang perlu dikongsi 👀
Malaysia berjaya kekalkan validasi WHO Eliminasi Jangkitan HIV dan Siflis dari Ibu ke Anak 💪 dan merupakan negara pertama di Rantau Pasifik Barat WHO yang mencapai validasi ini!
⭐ 10 kes bagi setiap 100,000 kelahiran hidup
⭐ 1.52% kadar jangkitan HIV dari bu ke anak
Dapatkan saringan HIV dan Siflis di fasiliti kesihatan terpilih. Saringan bukan hanya dapat mencegah penularan penyakit tetapi pesakit dapat diberikan rawatan awal. Jadilah pasangan bertanggungjawab dengan membawa mendapatkan rawatan serta menyokong usaha KKM mengekalkan pencapaian ini 😉
#KKMPrihatin #Cegahpenyakit #MayalaysiaSihat
Burung merbah terbang sekawan, 🕊️
Hinggap sebentar di pohon kari, 🌴
Jerebu menyelubung, lindungi kesihatan,
😷
KKM berbakti, 💪 rakyat dicintai. 🫵
#KKMPrihatin #WaspadaJerebu
+1
PENGHARGAAN SUMBANGAN PETUGAS KESIHATAN MELALUI URUSAN KENAIKAN PANGKAT KE PELBAGAI GRED
KKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 6,724 orang pegawai KKM daripada pelbagai skim perkhidmatan yang telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LPPKA).
Moga dengan usaha ini, pegawai-pegawai KKM terus bersemangat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
#KKMPrihatin #MalaysiaMADANI
+1
💐 SELAMAT PAGI MALAYSIA MADANI 💐
KKM sangat menghargai sumbangan petugas kesihatan yang sedia berkhidmat berbakti kepada masyarakat dengan penuh rasa tanggungjawab. Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai-pegawai KKM yang telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat melibatkan seramai 6,724 orang pegawai dari pelbagai skim perkhidmatan.
#KKMPrihatin #MalaysiaMadaniRakyat Disantuni
Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊
𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?
Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.
Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊
🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau tengkorak, termasuk kelenjar pituitari, pangkal tengkorak, lapisan pelindung otak (meninges), pangkal otak dan bahagian yang lain.
‼️ Kenali risiko, simptom dan rawatan tumor otak. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia, marilah kita bersama-sama memperkukuh budaya keselamatan makanan dalam setiap aspek kehidupan. Daripada pemilihan bahan mentah, penyediaan, penyimpanan sehingga makanan dihidangkan, setiap langkah memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan kita.
Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan makanan yang diambil adalah selamat, berkualiti dan berkhasiat. Dengan mengamalkan kebersihan yang baik serta mematuhi standard keselamatan makanan, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk semua.
Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia!
Keselamatan Makanan Tanggungjawab Kita Bersama
Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
