uz
Feedback
OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾

Kanalga Telegram’da o‘tish

Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾 analitikasi

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾 (@mohmalaysia) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 22 915 obunachidan iborat bo'lib, Tibbiyot toifasida 960-o'rinni va Malayziya mintaqasida 1 572-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 22 915 obunachiga ega bo‘ldi.

07 Iyul, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -170 ga, so‘nggi 24 soatda esa 4 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlangan (Telegram tomonidan rasmiy tasdiq)
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 9.09% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 4.62% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 2 084 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 1 059 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 7 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 08 Iyul, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Tibbiyot toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

22 915
Obunachilar
+424 soatlar
-267 kunlar
-17030 kunlar
Postlar arxiv
Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊

𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa? Anda mungkin men
𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa? Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊

🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau
🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau tengkorak, termasuk kelenjar pituitari, pangkal tengkorak, lapisan pelindung otak (meninges), pangkal otak dan bahagian yang lain. ‼️ Kenali risiko, simptom dan rawatan tumor otak. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia, marilah kita bersama-sama memperkukuh budaya keselamatan makanan dalam setiap aspek
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia, marilah kita bersama-sama memperkukuh budaya keselamatan makanan dalam setiap aspek kehidupan. Daripada pemilihan bahan mentah, penyediaan, penyimpanan sehingga makanan dihidangkan, setiap langkah memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan kita. Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan makanan yang diambil adalah selamat, berkualiti dan berkhasiat. Dengan mengamalkan kebersihan yang baik serta mematuhi standard keselamatan makanan, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk semua. Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia! Keselamatan Makanan Tanggungjawab Kita Bersama Ikhlas daripada YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

🍽️ Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun setiap tahun. Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama ya
🍽️ Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun setiap tahun. Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama yang bermula daripada penghasilan, penyediaan, pengendalian sehingga makanan dihidangkan kepada pengguna. Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat bagi mencegah penyakit serta melindungi kesihatan masyarakat. Keselamatan Makanan Tanggungjawab Kita Bersama #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

𝗛𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 merupakan penyakit kronik yang boleh mengakibatkan komplikasi seterusnya kematian pra matang jika tidak dicegah dan dirawat. Kebanyakan kes hipertensi tidak menunjukkan simptom awal. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk melakukan pemeriksaan awal untuk mengetahui status tekanan darah. 𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒂𝒓𝒊𝒏𝒈 ! #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 Mei setiap tahun. Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang diang
Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 Mei setiap tahun. Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala terutama di peringkat awal penyakit. ‼️ KKM ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil langkah pencegahan dengan menghadkan pengambilan garam, mengamalkan membaca label makanan dan mengutamakan perisa semula jadi. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊

Selamat Menyambut Hari Guru! Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas jasa, dedikasi dan komitmen dalam mendidik serta
Selamat Menyambut Hari Guru! Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas jasa, dedikasi dan komitmen dalam mendidik serta membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak. Segala usaha dan pengorbanan para guru dalam membangunkan modal insan serta menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat amat dihargai dan disanjung tinggi. 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫 Semoga para guru terus cemerlang dalam melaksanakan amanah demi kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat. Ikhlas daripada YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Selamat Menyambut Hari Guru 📚 Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru atas jasa dan pengorbanan dalam mencur
Selamat Menyambut Hari Guru 📚 Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru atas jasa dan pengorbanan dalam mencurahkan ilmu serta membimbing generasi masa hadapan negara. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang disumbangkan.❤️ Ikhlas daripada YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib Timbalan Menteri Kesihatan #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Selamat Menyambut Hari Guru 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫 Guru merupakan tonggak utama dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berintegrit
Selamat Menyambut Hari Guru 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫 Guru merupakan tonggak utama dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa demi masa depan negara yang lebih gemilang. Ikhlas daripada Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Selamat Menyambut Hari Guru 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫 Guru merupakan tonggak utama dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berintegrit
Selamat Menyambut Hari Guru 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫 Guru merupakan tonggak utama dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa demi masa depan negara yang lebih gemilang. Ikhlas daripada Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa komited dalam menyampaikan ilmu, membimbing serta membentuk masa dep
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa komited dalam menyampaikan ilmu, membimbing serta membentuk masa depan generasi pewaris negara. Jasa dan pengorbanan para guru sentiasa dihargai. Ikhlas daripada Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab Ketua Pengarah Kesihatan #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

📚✨ Selamat Menyambut Hari Guru ✨📚 Dedikasi seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membentuk generasi yang ber
📚✨ Selamat Menyambut Hari Guru ✨📚 Dedikasi seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada negara. ❤️ Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa. “𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗕𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗡𝗮𝗱𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮” #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊

Bagi bakal jemaah yang akan menyahut panggilan haji 🕋 pada tahun ini, banyak perkara yang perlu dipersiap sebelum bertolak k
Bagi bakal jemaah yang akan menyahut panggilan haji 🕋 pada tahun ini, banyak perkara yang perlu dipersiap sebelum bertolak ke Tanah Suci. Selain kelengkapan pakaian, persediaan ubat-ubatan juga perlu dilakukan agar dapat menjalankan ibadah dengan sebaiknya. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan Wabak Disyaki Leptospirosis (Kencing Tikus) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan