cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegaciรณn. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.

Mostrar mรกs
Malasia3 906El idioma no estรก especificadoMedicina669
Advertising posts
28 296Suscriptores
-124 hours
-647 days
-31730 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk Anopheles yang kita perlu ambil perhatian. Nyamuk Anopheles membiak di tempat air bertakung terutamanya di kawasan hutan, ๐Ÿ•๏ธ perkampungan pinggir hutan dan ladang. Malaria merupakan penyakit yang dapat dicegah dan dirawat. Namun, tanpa diagnosis dan rawatan segera, penyakit malaria boleh mengakibatkan kematian. โš ๏ธ Sekiranya terdapat gejala demam Malaria, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera.
Mostrar todo...
YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Libat Urus bersama-sama dengan Ketua Pegawai Informasi (CIO) fasiliti kesihatan swasta baru-baru ini. Sesi ini telah dihadiri oleh 39 pegawai kanan daripada 14 hospital swasta di seluruh Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera. Selain itu, agensi-agensi dibawah KKM seperti Protecthealth Corporation, CRM dan MHTC turut menghantar wakil ke sesi berkenaan. Objektif utama sesi libat urus ini adalah untuk mengenali pemegang taruh yang mempunyai penglibatan secara langsung dan tidak langsung dalam pengimplementasian EMR untuk merealisasikan misi dan visi KKM iaitu 1 rakyat 1 rekod kesihatan. Sesi libat urus yang berlangsung selama dua jam telah memanfaatkan semua hadirin.
Mostrar todo...
Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit malaria. Malaria merupakan penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Anopheles. Tema sambutan malaria pada tahun ini adalah โ€œAccelerating the fight against malaria for a more equitable worldโ€ atau โ€ Memperkasa kesaksamaan kesihatan manusia sejagat dalam memerangi malariaโ€. Bersama-sama kita memerangi malaria! Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan
Mostrar todo...
Hari Malaria Sedunia merupakan salah satu dari sambutan Hari Kesihatan Awam Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria. Langkah pencegahan malaria termasuk memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repelan dan kelambu berubat semasa melaksanakan aktiviti berisiko. "๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™– ๐™†๐™š๐™จ๐™–๐™ ๐™จ๐™–๐™ข๐™–๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ฃ๐™ช๐™จ๐™ž๐™– ๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™–๐™œ๐™–๐™ฉ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ž ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ง๐™ž๐™–"
Mostrar todo...
Kedai makan 24 jam bukan punca utama obesiti Putrajaya: Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, sebarang dakwaan bahawa kedai makan 24 jam turut menjadi punca utama obesiti di Malaysia harus dibuktikan secara empirikal iaitu melalui kajian yang objektif dan menyeluruh. Baca lanjut : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1083306/kedai-makan-24-jam-bukan-punca-utama-obesiti
Mostrar todo...
๐Ÿ‘ 1
KKM perhalusi cadangan mansuh lesen 24 jam kedai makan PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperhalusi cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kedai makan dilarang beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini. Menteri, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya perlu mengadakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh bagi memastikan isu dapat dikaji secara menyeluruh, dengan syor penyelesaian yang mempunyai hala tuju jelas. Baca lanjut : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1238456/kkm-perhalusi-cadangan-mansuh-lesen-24-jam-kedai-makan
Mostrar todo...
๐Ÿ‘ 2
AMBIL KOPI SECARA BERPADA! Khas buat penggemar kopi. Sedapkan? 1 cawan kopi sebenarnya sudah cukup untuk menyempurnakan hari anda! Satu atau dua cawan kopi sehari boleh memberi manfaat kesihatan, tetapi jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anda. Lebih baik jika ambil kopi secara sederhana. โ€œLife is like a cup of coffee. Itโ€™s all about how you make itโ€. Sumber : Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan
Mostrar todo...
JOM SARAPAN PAGI Mulakan hari anda dengan bersarapan pagi secara sihat, seimbang dan pelbagai. Banyak manfaat yang diperolehi apabila mengambil sarapan di waktu pagi setiap hari. Sebaiknya, ambil sarapan selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi. Sumber : Nutritionist Sabah
Mostrar todo...
Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa. Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth
Mostrar todo...
Seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berduka cita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua buah helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak. Salam takziah kepada seluruh keluarga perwira yang terkorban dan didoakan agar diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah
Mostrar todo...
โค 2๐Ÿ˜ข 2๐Ÿ‘ 1