en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels šŸ‘‰ If you want to see the tag, subscribe

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA šŸ‡²šŸ‡¾

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA šŸ‡²šŸ‡¾

Open in Telegram

Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.

Show more

šŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA šŸ‡²šŸ‡¾

Channel OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA šŸ‡²šŸ‡¾ (@mohmalaysia) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 22 373 subscribers, ranking 1 021 in the Medicine category and 1 580 in the Malaysia region.

šŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on невіГомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 22 373 subscribers.

According to the latest data from 28 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -147 over the last 30 days and by -9 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Verified (Officially confirmed by Telegram)
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 11.60%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 4.99% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 2 595 views. Within the first day, a publication typically gains 1 116 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 7.

šŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
ā€œTelegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.ā€

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 29 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Medicine category.

22 373
Subscribers
-924 hours
-417 days
-14730 days
Posts Archive
Assalamualaikum dan Selamat Petang šŸ¤“ Mari kita menelaah sedikit tentang migrain. šŸ’†šŸ»ā€ā™‚ļø Migrain adalah salah satu penyebab
Assalamualaikum dan Selamat Petang šŸ¤“ Mari kita menelaah sedikit tentang migrain. šŸ’†šŸ»ā€ā™‚ļø Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ā€˜Vascular Headache’. Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang. Tetapi jangan bimbang. Masih boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migrain. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Info KKM kali ini berkenaan URTI! Betul atau tidak tekaan kamu semua? šŸ˜Ž Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respira
Info KKM kali ini berkenaan URTI! Betul atau tidak tekaan kamu semua? šŸ˜Ž Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, farinks dan larinks. Jangkitan ini menyebabkan ketidakselesaan serta menjejaskan aktiviti harian sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Gejala lazim URTI termasuklah sakit tekak, sakit kepala, batuk, demam serta hidung berair dan tersumbat. Ia berbeza mengikut punca jangkitan dan keadaan kesihatan individu. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran bagi mengurangkan risiko jangkitan. Pakai pelitup muka 😷 jika bergejala atau terdedah kepada mereka yang bergejala. Sekiranya berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera. Dapat sesuatu? Amal dan kongsi maklumat ini! 😊 #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Assalamualaikum dan Selamat Petang! šŸ‘€ Mari kita lihat pembayang untuk info yang KKM akan kongsi pada hari ini!! 🫁 + šŸ‘„ +šŸ‘ƒ

šŸ‡²šŸ‡¾ Salam Malaysia Madani! šŸ‡²šŸ‡¾ šŸ½ļø Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang ter
šŸ‡²šŸ‡¾ Salam Malaysia Madani! šŸ‡²šŸ‡¾ šŸ½ļø Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang teratur bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Elakkan anak anda daripada melangkau waktu makan kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka berasa terlalu lapar sebelum waktu makan berikutnya dan berisiko mengambil makanan secara berlebihan. Ayuh, amalkan waktu makan yang teratur mulai hari ini! Ikuti tips di atas untuk membantu mencegah tabiat melangkau waktu makan. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Hari Polio Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober. Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabk
Hari Polio Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober. Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Ia juga boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut. Bersama-sama kita pastikan Malaysia bebas polio. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Assalamualaikum dan Selamat Pagi šŸ‘€ Min ada satu soalan khas untuk para audiens hari ini. Jumaat telah muncul. Sabtu dan Ahad akan tiba. Jujur dengan min apa yang terbuku dalam hati kamu semua mengenai hujung minggu?
Anonymous voting

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 😁 Hari Jumaat ni min rasa macam nak buat undian. 🫣 Esok Sabtu dan Ahad. Min nak tanya, apa yang terbuku dalam hati korang setiap kali Jumaat munculkan diri?
Anonymous voting

Sambungan dari tajuk di atas šŸ˜‰ Prosedur mikrosurgeri yang rumit ini menuntut ketelitian tinggi dan kemahiran jitu dalam menyambung semula struktur tulang, saluran darah mikro, saraf, serta otot dan tendon. Ketelitian dan kerjasama erat seluruh pasukan sepanjang pembedahan trauma kritikal ini menjadi kunci dalam mengembalikan fungsi anggota, sekali gus memberikan sinar harapan baharu kepada pesakit untuk menjalani proses pemulihan dan rehabilitasi. Kejayaan ini membuktikan tahap kepakaran klinikal bertaraf tinggi yang dimiliki oleh fasiliti kesihatan awam negara serta dedikasi warga KKM dalam mengutamakan kualiti rawatan, keselamatan, dan kesejahteraan setiap pesakit. Syabas dan terima kasih kepada seluruh wira perubatan Hospital Selayang atas komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan! 🩺✨ Terima kasih juga setia membaca hingga akhir! 😊 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI

šŠš„š‰š€š˜š€š€š š‹š”š€š‘ ššˆš€š’š€ šš€š’š”šŠš€š š‡šŽš’ššˆš“š€š‹ š’š„š‹š€š˜š€šš† šŒš„šš˜š€šŒšš”šš† š’š„šŒš”š‹š€ šƒš”ļæ½
šŠš„š‰š€š˜š€š€š š‹š”š€š‘ ššˆš€š’š€ šš€š’š”šŠš€š š‡šŽš’ššˆš“š€š‹ š’š„š‹š€š˜š€šš† šŒš„šš˜š€šŒšš”šš† š’š„šŒš”š‹š€ šƒš”š€ š“š€šš†š€š š“š„š‘šš”š“š”š’ šŸ‡²šŸ‡¾ Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan daripada Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro, Hospital Selayang. Pasukan perubatan ini telah melakar kejayaan luar biasa dengan menyempurnakan pembedahan mikro berisiko dan kompleks bagi menyambung semula kedua-dua belah tangan seorang pesakit yang terputus akibat kemalangan di tempat kerja. Pembedahan mencabar yang berlangsung pada 21 Ogos 2026 ini dipimpin oleh YBhg. Datuk Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi (Ketua Jabatan Ortopedik) dan YBrs. Dr. Syahril Rizal Arsad (Ketua Unit Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang), bersama barisan pakar bedah, jururawat, dan petugas kesihatan multidisiplin yang berwibawa. Jangan pergi dulu! Korang kena baca posting ini sampai habis, okay? Janji? šŸ‘€ Min sambung di posting bawah šŸ‘‡ #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih šŸ˜‰

Baru balik kerja ke tu? 🤭 Segarkan mata dan tenangkan minda. Luangkan seminit untuk membaca dan menambah pengetahuan šŸ˜Ž Kali
Baru balik kerja ke tu? 🤭 Segarkan mata dan tenangkan minda. Luangkan seminit untuk membaca dan menambah pengetahuan šŸ˜Ž Kali ini KKM beri langkah pencegahan Osteoporosis untuk para subscribers! Baca ya jangan tak baca!

Selamat Petang Anak Pertiwi šŸ˜„ Ada berita baik yang perlu dikongsi šŸ‘€ Malaysia berjaya kekalkan validasi WHO Eliminasi Jangki
Selamat Petang Anak Pertiwi šŸ˜„ Ada berita baik yang perlu dikongsi šŸ‘€ Malaysia berjaya kekalkan validasi WHO Eliminasi Jangkitan HIV dan Siflis dari Ibu ke Anak šŸ’Ŗ dan merupakan negara pertama di Rantau Pasifik Barat WHO yang mencapai validasi ini! ⭐ 10 kes bagi setiap 100,000 kelahiran hidup ⭐ 1.52% kadar jangkitan HIV dari bu ke anak Dapatkan saringan HIV dan Siflis di fasiliti kesihatan terpilih. Saringan bukan hanya dapat mencegah penularan penyakit tetapi pesakit dapat diberikan rawatan awal. Jadilah pasangan bertanggungjawab dengan membawa mendapatkan rawatan serta menyokong usaha KKM mengekalkan pencapaian ini šŸ˜‰ #KKMPrihatin #Cegahpenyakit #MayalaysiaSihat

Burung merbah terbang sekawan, šŸ•Šļø Hinggap sebentar di pohon kari, 🌓 Jerebu menyelubung, lindungi kesihatan, 😷 KKM berbakti, šŸ’Ŗ rakyat dicintai. 🫵 #KKMPrihatin #WaspadaJerebu

PENGHARGAAN SUMBANGAN PETUGAS KESIHATAN MELALUI URUSAN KENAIKAN PANGKAT KE PELBAGAI GRED KKM merakamkan setinggi-tinggi tahni
+1
PENGHARGAAN SUMBANGAN PETUGAS KESIHATAN MELALUI URUSAN KENAIKAN PANGKAT KE PELBAGAI GRED KKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 6,724 orang pegawai KKM daripada pelbagai skim perkhidmatan yang telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LPPKA). Moga dengan usaha ini, pegawai-pegawai KKM terus bersemangat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI

šŸ’ SELAMAT PAGI MALAYSIA MADANI šŸ’ KKM sangat menghargai sumbangan petugas kesihatan yang sedia berkhidmat berbakti kepada ma
+1
šŸ’ SELAMAT PAGI MALAYSIA MADANI šŸ’ KKM sangat menghargai sumbangan petugas kesihatan yang sedia berkhidmat berbakti kepada masyarakat dengan penuh rasa tanggungjawab. Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai-pegawai KKM yang telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat melibatkan seramai 6,724 orang pegawai dari pelbagai skim perkhidmatan. #KKMPrihatin #MalaysiaMadaniRakyat Disantuni

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊

š’š„š‘šˆšš† mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa? Anda mungkin men
š’š„š‘šˆšš† mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa? Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja

Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊

🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau
🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau tengkorak, termasuk kelenjar pituitari, pangkal tengkorak, lapisan pelindung otak (meninges), pangkal otak dan bahagian yang lain. ā€¼ļø Kenali risiko, simptom dan rawatan tumor otak. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia, marilah kita bersama-sama memperkukuh budaya keselamatan makanan dalam setiap aspek
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia, marilah kita bersama-sama memperkukuh budaya keselamatan makanan dalam setiap aspek kehidupan. Daripada pemilihan bahan mentah, penyediaan, penyimpanan sehingga makanan dihidangkan, setiap langkah memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan kita. Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan makanan yang diambil adalah selamat, berkualiti dan berkhasiat. Dengan mengamalkan kebersihan yang baik serta mematuhi standard keselamatan makanan, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk semua. Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia! Keselamatan Makanan Tanggungjawab Kita Bersama Ikhlas daripada YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI