Syaari Ab Rahman
Open in Telegram
Berkongsi nukilan tadabbur dan keajaiban semasa aku berinteraksi dengan al-Quran
Show more6 650
Subscribers
+124 hours
+27 days
-530 days
Posts Archive
6 650
5 TIDAK: Bukti Kesahihan Kenabian Nabi Muhammad ļ·ŗ
1. TIDAK pernah bercita-cita menjadi Nabi sebelum usia 40 tahun.
2. TIDAK bercakap tentang kebaikan yang baginda sendiri tidak lakukan.
3. TIDAK tersembunyi peribadinya kerana baginda dikenali luas oleh masyarakat dan dunia perdagangan antarabangsa.
4. TIDAK terlihat sifat pendusta pada wajah dan peribadi baginda walau āfirst impressionā sebagaimana confession Abdullah bin Salam
5. TIDAK lagi mengejar karier duniawi selepas menjadi Rasul, walaupun peluang harta dan kedudukan politik terbuka dan dibuka.
Lima ātidakā ini menguatkan satu kesimpulan: misi kenabian bukan ciptaan peribadi Nabi ļ·ŗ, tetapi amanah wahyu daripada Allah.
6 650
Moga Allah selamatkan keluarga ini, taman ini, daerah ini, negeri ini dan negara ini.
6 650
Esok kita sambung Surah al-Muāminun ayat 69ā78. Kita akan sembang kenapa manusia masih menolak kebenaran walaupun sudah mengenali pembawanya dan bagaimana hawa nafsu boleh merosakkan arah hidup.
Menarik juga untuk difikirkan: mengapa ujian belum tentu melembutkan hati, dan bagaimana manusia boleh memiliki pendengaran, penglihatan serta akal tetapi masih mengabaikan peringatan Allah.
6 650
Pernah rasa penatā¦
bukan sebab terlalu banyak benda yang perlu dibuat,
tetapi sebab dalam kepala kita, semuanya macam kena kita urus sendiri.
Kalau kita tak buat, siapa lagi?
Kalau kita tak fikir, nanti macam mana?
Kalau kita lepaskan sedikit, takut semuanya tak menjadi.
Akhirnya badan sedang berehat, tetapi fikiran masih bekerja.
Kita cuba kawal kerja.
Kita cuba kawal orang.
Kita cuba kawal apa yang akan berlaku esok.
Sedangkan kita memang diperintahkan untuk berusaha ā bukan untuk memikul seolah-olah seluruh hasil berada di tangan kita.
Mungkin yang perlu direhatkan bukan sekadar badan.
Mungkin hati juga perlu belajar semulaā¦
siapa sebenarnya tempat kita bergantung.
Insya-Allah, kita akan kembali mendalami makna perlindungan dan pergantungan kepada Allah melalui 3 Qul + Ayat Kursi dalam MEGA HIJRA. @highlight
š ezy.la/hijra
#TadabburAlQuran #MotivasiIslam #MegaHijra2026 #IbrahEvents #FiAmanillah #AyatPerlindungan
6 650
ISTIMEWA āKOMPAS SURAH AL-RAHMANā ESOK DI TV AL HIJRAH
Dapatkan esok di : ezy.la/ParadigmaIbrahBooks
