Syaari Ab Rahman
Kanalga Telegram’da o‘tish
Berkongsi nukilan tadabbur dan keajaiban semasa aku berinteraksi dengan al-Quran
Ko'proq ko'rsatish6 653
Obunachilar
+324 soatlar
-187 kun
+2430 kun
Postlar arxiv
6 653
Apa beza baca “sejarah” dari al-Quran dengan baca dari buku teks sejarah ?
#paradigmaibrah #kisahwanitadalamalquran
6 653
Al-Inshiqaq (84:9)
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًۭا ٩
Nikmat syurga yang berlapis-lapis, bermula dengan ukhuwwah (15:47) dan kekeluargaan (13:23).
#paradigmaibrah #surahalinshiqaq #kpjampangputeri
6 653
Al-Quran akhirnya membentuk peribadi manusia yang hebat ketika menjalani perjuangan hidupnya.
Bayangkan tanpa al-Quran, kita pasti sedang dilanda kemunduran dan kezaliman dunia yang jauh lebih dahsyat sekarang ini.
6 653
Hanya dengan al-Quran, kita mencapai tahap literasi tertinggi. Ayuh dapatkan semua koleksi tadabbur karya Ustaz Syaari Ab Rahman.
Klik link ezy.la/ParadigmaIbrahBooks untuk dapatkan hari ini
6 653
Puncak kebutaan bukan apabila manusia tidak tahu, tetapi apabila ilmu yang dimiliki membuatnya merasa sudah cukup tanpa Tuhan. Di situlah ilmu boleh berubah daripada cahaya menjadi benteng penyebab kejahilan dan kekufuran.
6 653
Akal yang dicipta Allah tidak pernah benar-benar bebas daripada-Nya. Semakin jauh manusia berjalan dengan ilmu, semakin dia sepatutnya sedar bahawa semua jalan akhirnya kembali kepada Allah.
6 653
Apabila wahyu turun, manusia bukan sekadar menerima ilmu baharu.
Manusia menerima cara baharu untuk melihat dirinya, dunia dan tujuan hidupnya.
6 653
Bermula detik itu, perintah Allah menjadi perintah yang dunia ternanti-nantikan kehadirannya.
Hanya perintah Allah jadi sandaran dan motivasi untuk terus melangkah kepada petunjuk langit hadapan.
6 653
Revolusi Iqra’ yang mengubah sejarah tamadun umat manusia. Allah bukan sekadar mengajar mahu manusia membaca dunia, tetapi menukar pusat rujukan kita daripada hawa nafsu kepada wahyu, daripada pandangan manusia yang rendah kepada petunjuk langit yang tinggi.
6 653
Selamat Hari Literasi Sedunia. Ayuh melihat hari ini dengan lensa surah al-Alaq yang merupakan wahyu pertama al-Quran sekaligus menjadi seruan pertama untuk manusia pandai membaca.
6 653
Esok, Siri 6 Surah al-Mu’minun (ayat 45–54) menelusuri kisah Musa, Harun, Maryam dan Isa, mencabar sangkaan bahawa perjuangan selesai apabila Firaun tumbang, sedangkan penjajahan minda, taasub kelompok dan keengganan menerima teguran masih boleh membelenggu umat yang berkata mereka sudah maju dan “merdeka”.
