ch
Feedback
Syaari Ab Rahman

Syaari Ab Rahman

前往频道在 Telegram

Berkongsi nukilan tadabbur dan keajaiban semasa aku berinteraksi dengan al-Quran

显示更多
6 650
订阅者
无数据24 小时
-27 天
+2030 天
帖子存档
photo content

Agar al-Quran menukar “api” menjadi sejuk dan damai.

KULIAH TADABBUR Al-Hujurat: Wahyu untuk Dunia yang Bising Bagaimanakah al-Quran membimbing kita ketika hidup dalam dunia yang semakin bising? Pelbagai suara, pandangan dan berita hadir setiap hari. Dalam keadaan ini, Surah al-Hujurat mengajar kita tentang adab, komunikasi dan hubungan sesama manusia agar setiap tindakan sentiasa berpandukan wahyu. Ayuh bersama kita menyelami panduan Surah al-Hujurat dan mengambil inspirasi untuk membentuk diri menjadi insan yang lebih berhati-hati dalam berbicara, menilai dan berinteraksi dengan orang lain. 🗓 Isnin | 14 September 2026 🕙 10.00 pagi 📍 Tingkat 2, Surau Al-Sobah, Seksyen 3, Bangi 🎙 Bersama Syaari Ab Rahman 🎫 Masuk Percuma https://tadabburcentre.onpay.my/order/form/64 Bagi yang tidak dapat hadir secara fizikal, kuliah ini juga boleh ditonton secara langsung di Facebook, TikTok dan YouTube Tadabbur Centre. Jemput ahli keluarga dan sahabat bersama-sama. Semoga melalui Surah al-Hujurat, kita belajar untuk merendahkan kebisingan dunia dan kembali mendengar panduan wahyu.

photo content

Sesi bersama surah 12 semalam
Sesi bersama surah 12 semalam

Sinopsis sesi saya pagi tadi

photo content

photo content

Apa beza baca “sejarah” dari al-Quran dengan baca dari buku teks sejarah ? #paradigmaibrah #kisahwanitadalamalquran

Al-Inshiqaq (84:9) وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًۭا ٩ Nikmat syurga yang berlapis-lapis, bermula dengan ukhuwwah (15:47) dan kekeluargaan (13:23). #paradigmaibrah #surahalinshiqaq #kpjampangputeri

photo content

Al-Quran akhirnya membentuk peribadi manusia yang hebat ketika menjalani perjuangan hidupnya. Bayangkan tanpa al-Quran, kita
Al-Quran akhirnya membentuk peribadi manusia yang hebat ketika menjalani perjuangan hidupnya. Bayangkan tanpa al-Quran, kita pasti sedang dilanda kemunduran dan kezaliman dunia yang jauh lebih dahsyat sekarang ini.

Hanya dengan al-Quran, kita mencapai tahap literasi tertinggi. Ayuh dapatkan semua koleksi tadabbur karya Ustaz Syaari Ab Rah
Hanya dengan al-Quran, kita mencapai tahap literasi tertinggi. Ayuh dapatkan semua koleksi tadabbur karya Ustaz Syaari Ab Rahman. Klik link ezy.la/ParadigmaIbrahBooks untuk dapatkan hari ini

Puncak kebutaan bukan apabila manusia tidak tahu, tetapi apabila ilmu yang dimiliki membuatnya merasa sudah cukup tanpa Tuhan
Puncak kebutaan bukan apabila manusia tidak tahu, tetapi apabila ilmu yang dimiliki membuatnya merasa sudah cukup tanpa Tuhan. Di situlah ilmu boleh berubah daripada cahaya menjadi benteng penyebab kejahilan dan kekufuran.

Akal yang dicipta Allah tidak pernah benar-benar bebas daripada-Nya. Semakin jauh manusia berjalan dengan ilmu, semakin dia s
Akal yang dicipta Allah tidak pernah benar-benar bebas daripada-Nya. Semakin jauh manusia berjalan dengan ilmu, semakin dia sepatutnya sedar bahawa semua jalan akhirnya kembali kepada Allah.

Apabila wahyu turun, manusia bukan sekadar menerima ilmu baharu. Manusia menerima cara baharu untuk melihat dirinya, dunia da
Apabila wahyu turun, manusia bukan sekadar menerima ilmu baharu. Manusia menerima cara baharu untuk melihat dirinya, dunia dan tujuan hidupnya.

Bermula detik itu, perintah Allah menjadi perintah yang dunia ternanti-nantikan kehadirannya. Hanya perintah Allah jadi sanda
Bermula detik itu, perintah Allah menjadi perintah yang dunia ternanti-nantikan kehadirannya. Hanya perintah Allah jadi sandaran dan motivasi untuk terus melangkah kepada petunjuk langit hadapan.