Syaari Ab Rahman
رفتن به کانال در Telegram
Berkongsi nukilan tadabbur dan keajaiban semasa aku berinteraksi dengan al-Quran
نمایش بیشتر6 649
مشترکین
-424 ساعت
+47 روز
-2430 روز
آرشیو پست ها
6 648
Esok kita sambung Surah al-Mu’minun ayat 69–78. Kita akan sembang kenapa manusia masih menolak kebenaran walaupun sudah mengenali pembawanya dan bagaimana hawa nafsu boleh merosakkan arah hidup.
Menarik juga untuk difikirkan: mengapa ujian belum tentu melembutkan hati, dan bagaimana manusia boleh memiliki pendengaran, penglihatan serta akal tetapi masih mengabaikan peringatan Allah.
6 648
Pernah rasa penat…
bukan sebab terlalu banyak benda yang perlu dibuat,
tetapi sebab dalam kepala kita, semuanya macam kena kita urus sendiri.
Kalau kita tak buat, siapa lagi?
Kalau kita tak fikir, nanti macam mana?
Kalau kita lepaskan sedikit, takut semuanya tak menjadi.
Akhirnya badan sedang berehat, tetapi fikiran masih bekerja.
Kita cuba kawal kerja.
Kita cuba kawal orang.
Kita cuba kawal apa yang akan berlaku esok.
Sedangkan kita memang diperintahkan untuk berusaha — bukan untuk memikul seolah-olah seluruh hasil berada di tangan kita.
Mungkin yang perlu direhatkan bukan sekadar badan.
Mungkin hati juga perlu belajar semula…
siapa sebenarnya tempat kita bergantung.
Insya-Allah, kita akan kembali mendalami makna perlindungan dan pergantungan kepada Allah melalui 3 Qul + Ayat Kursi dalam MEGA HIJRA. @highlight
🔗 ezy.la/hijra
#TadabburAlQuran #MotivasiIslam #MegaHijra2026 #IbrahEvents #FiAmanillah #AyatPerlindungan
6 648
ISTIMEWA “KOMPAS SURAH AL-RAHMAN” ESOK DI TV AL HIJRAH
Dapatkan esok di : ezy.la/ParadigmaIbrahBooks
6 648
ISTIMEWA “KOMPAS SURAH AL-RAHMAN” ESOK DI TV AL HIJRAH
Temui USAR setiap hari Selasa, jam 7.00 - 8.00 pagi menerusi rancangan @assalamualaikum.tvah di TV Al-Hijrah.
Sempena dengan itu, satu buku istimewa karya USAR akan dipilih untuk mendapat potongan sebanyak 10% sepanjang siaran berlangsung 😊
Ayuh mulakan pagi awal minggu kita dengan merenung ayat-ayat Allah sebelum menempuh perjalanan panjang selama seminggu ini 💪🏻
6 648
Ada yang pentingkan tadabbur, tafsir diabaikan. Ada yang pentingkan hafazan, tartil diabaikan. Interaksi dengan al-Quran kita sama-sama usahakan agar menyeluruh.
6 648
Sedang mencari tempat latihan industri? 👀
Paradigma Ibrah Sdn Bhd membuka peluang untuk pelajar yang ingin menimba pengalaman kerja sambil terlibat dalam dunia al-Quran & tadabbur.
Posisi tersedia dalam bidang pentadbiran, content creation, marketing & sales. Elaun turut disediakan.
📩 Hantarkan resume + transkrip ke:
paradigmaibrah@gmail.com
📍 Seksyen 3, Bangi, Selangor
✨ Mungkin di sinilah bermulanya pengalaman industri yang lebih bermakna.
6 648
“Ada masa kita berada di posisi Taif, ada hari Allah takdirkan kita berada di posisi kemenangan Fathul Makkah. Setiap satu itu akan seling berganti, tapi jangan lupa diri."
Ustaz Ad- Dien hafizahullah
Terima kasih ustaz dari kejauhan bumi Temerloh sudi hadir ke Podcast Kompas 114 Yayasan Tadabbur mengupas peranan sirah nabawiah dalam tadabbur al-Quran.
6 648
+2
Tea time! 😆😍
Ada yang RM36 je ya daripada RM45! Murah betul semuanya.
48 jam sahaja FLASH SALE BERLANGSUNG 🤩
Jom cepat dapatkan di website kami ezy.la/ParadigmaIbrahBooks
6 648
Mengapa Allah menyebut minyak zaitun yang hampir bercahaya walaupun belum disentuh api?
Dalam Surah al Nur ayat 35, Allah menggambarkan minyak daripada pokok zaitun yang diberkati. Minyak itu begitu jernih, seakan-akan sudah bercahaya dan hanya menunggu api untuk menyalakan pelita.
Gambaran ini mengajak kita melihat hati sendiri. Manusia mempunyai fitrah yang cenderung kepada kebenaran. Apabila hati bertemu petunjuk daripada Allah, hidupnya menjadi lebih terang. Inilah yang boleh kita renungkan daripada ungkapan (نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ), cahaya di atas cahaya.
Apa lagi hikmah penyebutan zaitun dalam al Quran? Ikuti Tanyalah Ustaz bertajuk “Zaitun : Berkat dan Hikmah” esok, Rabu 30 September 2026, jam 6.50 hingga 8.30 pagi, secara langsung di TV3 dan TV9.
6 648
ISTIMEWA “KOMPAS SURAH AL-MULK” ESOK DI TV AL HIJRAH
Temui USAR setiap hari Selasa, jam 7.00 - 8.00 pagi menerusi rancangan @assalamualaikum.tvah di TV Al-Hijrah.
Sempena dengan itu, satu buku istimewa karya USAR akan dipilih untuk mendapat potongan sebanyak 10% sepanjang siaran berlangsung 😊
Ayuh mulakan pagi awal minggu kita dengan merenung ayat-ayat Allah sebelum menempuh perjalanan panjang selama seminggu ini 💪🏻
Komen “NAK” di bawah untuk dapatkan link 10% diskaun.
6 648
Apa selepas tadabbur ? Tazakkur sebagai salah satu matlamat interaksi dengan al-Quran.
#surahsaad #paradigmaibrah
6 648
🔥 *PILIH CARA ANDA NAK SERTAI:*
🏛 *FIZIKAL — 20 KERUSI TERAKHIR*
✅ Kelas sepanjang hari
✅ Belajar secara bersemuka
✅ Termasuk rakaman
✅ Terhad kepada 20 peserta sahaja
ATAU
💻 *PROGRAM ONLINE — RM60 SAHAJA*
✅ Kelas sepanjang hari
✅ Siaran langsung melalui Zoom
✅ Rakaman penuh disediakan
✅ Boleh sertai dari mana-mana
Kalau tak dapat datang ke Bangi, jangan lepaskan kelas ini.
*RM60 sahaja untuk mengikuti kelas sepanjang hari + dapat rakaman penuh.*
⏳ Program berlangsung *ESOK*.
Jangan tunggu sampai kelas dah bermula baru rasa,
“Kalaulah aku daftar semalam...”
👉 *DAFTAR SEKARANG:*
ezy.la/reset26
#RESET2026
#SurahAlHujurat
#TadabburAlQuran
#UstazSyaari
#EtikaKomunikasi
#IbrahEvents
