6 006
Subscribers
No data24 hours
+87 days
+7630 days
Data loading in progress...
Similar Channels
Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
September '26
September '26
+19
in 0 channels
August '26
+132
in 0 channels
Get PRO
July '26
+81
in 1 channels
Get PRO
June '26
+55
in 0 channels
Get PRO
May '26
+66
in 0 channels
Get PRO
April '26
+46
in 1 channels
Get PRO
March '26
+74
in 1 channels
Get PRO
February '26
+124
in 0 channels
Get PRO
January '26
+132
in 0 channels
Get PRO
December '25
+108
in 2 channels
Get PRO
November '25
+67
in 1 channels
Get PRO
October '25
+60
in 1 channels
Get PRO
September '25
+40
in 1 channels
Get PRO
August '25
+52
in 1 channels
Get PRO
July '25
+51
in 1 channels
Get PRO
June '25
+79
in 1 channels
Get PRO
May '25
+30
in 1 channels
Get PRO
April '25
+32
in 1 channels
Get PRO
March '25
+109
in 3 channels
Get PRO
February '25
+21
in 1 channels
Get PRO
January '25
+97
in 2 channels
Get PRO
December '24
+116
in 1 channels
Get PRO
November '24
+82
in 3 channels
Get PRO
October '24
+80
in 1 channels
Get PRO
September '24
+49
in 2 channels
Get PRO
August '24
+115
in 1 channels
Get PRO
July '24
+132
in 2 channels
Get PRO
June '24
+181
in 4 channels
Get PRO
May '24
+158
in 1 channels
Get PRO
April '24
+118
in 2 channels
Get PRO
March '24
+87
in 1 channels
Get PRO
February '24
+83
in 1 channels
Get PRO
January '24
+155
in 5 channels
Get PRO
December '23
+132
in 2 channels
Get PRO
November '23
+212
in 1 channels
Get PRO
October '23
+112
in 1 channels
Get PRO
September '23
+126
in 0 channels
Get PRO
August '23
+152
in 0 channels
Get PRO
July '23
+127
in 0 channels
Get PRO
June '23
+135
in 0 channels
Get PRO
May '23
+72
in 0 channels
Get PRO
April '23
+26
in 0 channels
Get PRO
March '23
+48
in 0 channels
Get PRO
February '23
+32
in 0 channels
Get PRO
January '23
+44
in 0 channels
Get PRO
December '22
+31
in 0 channels
Get PRO
November '22
+41
in 0 channels
Get PRO
October '22
+78
in 0 channels
Get PRO
September '22
+62
in 0 channels
Get PRO
August '22
+75
in 0 channels
Get PRO
July '22
+66
in 0 channels
Get PRO
June '22
+36
in 0 channels
Get PRO
May '22
+73
in 0 channels
Get PRO
April '22
+70
in 0 channels
Get PRO
March '22
+114
in 0 channels
Get PRO
February '22
+37
in 0 channels
Get PRO
January '22
+113
in 0 channels
Get PRO
December '21
+102
in 0 channels
Get PRO
November '21
+148
in 0 channels
Get PRO
October '21
+297
in 0 channels
Get PRO
September '21
+401
in 0 channels
Get PRO
August '21
+646
in 0 channels
Get PRO
July '21
+418
in 0 channels
Get PRO
June '21
+241
in 0 channels
Get PRO
May '21
+132
in 0 channels
Get PRO
April '21
+75
in 0 channels
Get PRO
March '21
+141
in 0 channels
Get PRO
February '21
+624
in 0 channels
Get PRO
January '21
+464
in 0 channels
Get PRO
December '20
+2 013
in 0 channels
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 06 September | +1 | |||
| 05 September | +1 | |||
| 04 September | +5 | |||
| 03 September | +2 | |||
| 02 September | +2 | |||
| 01 September | +8 |
Channel Posts
Alhamdulillah, selesai khatam daurah kitab bersama al-‘Allamah Syeikh Abdul Aziz Ahmad al-Shahawi, terus menuju ke Banting bagi menghadiri Muzakarah dan Muktamar Nahdlatul Ulama Malaysia (NA’AM).
Dr UMAY
| 2 | No text... | 149 |
| 3 | No text... | 1 |
| 4 | Alhamdulillah, dengan rahmat dan izin Allah, berkesempatan hadir dan berkampung selama dua hari di Nasyrul Quran, Putrajaya dalam Majlis Sama‘ & Riwayah Kitab Adab dan Manaqib al-Imam al-Syafi‘i, karya al-Imam Ibn Abi Hatim al-Razi:
آدَابُ الشَّافِعِيِّ وَمَنَاقِبُهُ
للإمام ابن أبي حاتم الرازي
Majlis bersama al-Fadhil al-‘Allamah Syeikh Abdul Aziz Ahmad al-Shahawi al-Husaini, ulama besar al-Azhar al-Syarif dan antara tokoh utama Mazhab al-Syafi‘i di Mesir.
Alhamdulillah, pada penghujung majlis kami selesai mengkhatamkan kitab tersebut. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembacaan 40 Hadis Thulathiyyat riwayat al-Imam al-Syafi‘i:
الأَرْبَعُونَ الثُّلَاثِيَّاتُ الشَّافِعِيَّةُ
Syeikh turut mengijazahkan kitab yang dibaca serta sanad fiqh Mazhab al-Syafi‘i yang bersambung melalui para ulama hingga kepada al-Imam al-Syafi‘i, seterusnya bersambung sanad ilmu hingga kepada Rasulullah ﷺ.
Semoga Allah memberkati Syeikh dan ilmunya serta mengurniakan kita manfaat, adab dan istiqamah dalam beramal.
Dr UMAY
6 September 2026
Putrajaya | 171 |
| 5 | No text... | 144 |
| 6 | Kuliah Subuh di Surau Al- Furqan Presint 11 Putrajaya | 165 |
| 7 | No text... | 161 |
| 8 | *KULIAH SUBUH*
Bersama:
UST DR MUHAMMAD AFIF BIN YAHYA
(Dr UMAY)
Tempat:
SURAU AL-FURQAN, PRESINT 11, PUTRAJAYA
📅 6 SEPTEMBER 2026
Dijemput Hadir | 179 |
| 9 | “𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐔𝐋𝐔, 𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷺ”
Kami pulang dulu, ya Rasulullah ﷺ.
Walau jasad semakin jauh dari bumi Madinah, rindu ini kami bawa pulang. Kami datang dengan kerinduan, dan kami pulang membawa amanah untuk terus berpegang pada ajaranmu, menghidupkan sunnahmu dan istiqamah meneruskan perjuanganmu.
Ya Allah, walaupun Makkah dan Madinah jauh di mata, jangan Kau biarkan kedua-dua kota suci ini jauh daripada jiwa kami. Hidupkan dalam hati kami tauhid yang ditegakkan di Makkah dan cinta serta akhlak yang diajarkan Rasulullah ﷺ di Madinah.
Di sebalik sebuah perpisahan, ada hikmah yang Allah mahu kita fahami, kadang-kadang setelah berjauhan, barulah kita benar-benar memahami hakikat cinta dan rindu.
اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْ هَذَا آخِرَ عَهْدِنَا بِحَرَمِكَ وَمَدِينَةِ نَبِيِّكَ ﷺ
Ya Allah, jangan jadikan ini pertemuan terakhir kami dengan Tanah Haram-Mu dan kota Nabi-Mu ﷺ.
Dr UMAY | 229 |
| 10 | 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷺ
Berjalan perlahan menziarahimu, ya Sayyidi ya Rasulullah ﷺ.
Banyak yang ingin diucapkan, tetapi hati tunduk malu. Mengaku sebagai umatmu, menyebut namamu dan berselawat kepadamu, namun kehidupan masih jauh daripada jalan yang engkau tunjukkan.
Engkau insan pilihan Allah SWT. Engkau membawa manusia daripada kegelapan syirik kepada cahaya tauhid, mendidik jiwa, membentuk akhlak dan mengajar manusia erti kehambaan, kasih sayang, amanah serta perjuangan.
Semakin mengenalimu, semakin terasa kecil cinta kami kepadamu. Sirahmu menyatakan betapa besar cinta dan pengorbananmu pada umat.
Hati tersedar. Cinta kepadamu bukan sekadar kami mengalunkan selawat, air mata kerinduan padamu. Tapi, cinta yang sebenar mesti melahirkan ittiba‘.
Ya Rasulallah ﷺ,
Kami umat akhir zaman. Kami tidak pernah melihat wajahmu, tidak pernah mendengar suaramu dan tidak pernah duduk dalam majlismu. Namun kami beriman kepadamu dan mencintaimu.
Cuma kami takut cinta itu hanya pada lidah.
Kami mahu cinta ini hidup pada akhlak, ibadah, dakwah, perjuangan dan kehidupan kami.
Kami mahu pulang dari Madinah bukan sekadar membawa kenangan, tetapi membawa perubahan.
Lebih mengenal Allah SWT.
Lebih mencintaimu ya Rasulullah ﷺ.
Lebih menjaga sunnah.
Lebih baik akhlaknya.
Lebih lembut kepada manusia.
Lebih bersungguh memberi manfaat kepada umat.
Ya Allah, kurniakan kepada kami mahabbah yang melahirkan ittiba‘. Jangan jadikan ziarah ini sekadar pertemuan jasad dengan tempat yang mulia, tetapi pertemuan hati dengan sebuah amanah.
Amanah untuk terus berjalan di atas jalanmu ya Rasulullah ﷺ sehingga kami dipertemukan denganmu di akhirat nanti.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ ﷺ
Dr UMAY
2 September 2026
Madinah Al Munawwarah | 273 |
| 11 | No text... | 254 |
| 12 | 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷺ
Berjalan perlahan menziarahimu, ya Sayyidi ya Rasulullah ﷺ.
Banyak yang ingin diucapkan, tetapi hati tunduk malu. Mengaku sebagai umatmu, menyebut namamu dan berselawat kepadamu, namun kehidupan masih jauh daripada jalan yang engkau tunjukkan.
Engkau insan pilihan Allah SWT. Engkau membawa manusia daripada kegelapan syirik kepada cahaya tauhid, mendidik jiwa, membentuk akhlak dan mengajar manusia erti kehambaan, kasih sayang, amanah serta perjuangan.
Semakin mengenalimu, semakin terasa kecil cinta kami kepadamu. Sirahmu menyatakan betapa besar cinta dan pengorbananmu pada umat.
Hati tersedar. Cinta kepadamu bukan sekadar kami mengalunkan selawat, air mata kerinduan padamu. Tapi, cinta yang sebenar mesti melahirkan ittiba‘.
Ya Rasulallah ﷺ,
Kami umat akhir zaman. Kami tidak pernah melihat wajahmu, tidak pernah mendengar suaramu dan tidak pernah duduk dalam majlismu. Namun kami beriman kepadamu dan mencintaimu.
Cuma kami takut cinta itu hanya pada lidah.
Kami mahu cinta ini hidup pada akhlak, ibadah, dakwah, perjuangan dan kehidupan kami.
Kami mahu pulang dari Madinah bukan sekadar membawa kenangan, tetapi membawa perubahan.
Lebih mengenal Allah SWT.
Lebih mencintaimu ya Rasulullah ﷺ.
Lebih menjaga sunnah.
Lebih baik akhlaknya.
Lebih lembut kepada manusia.
Lebih bersungguh memberi manfaat kepada umat.
Ya Allah, kurniakan kepada kami mahabbah yang melahirkan ittiba‘. Jangan jadikan ziarah ini sekadar pertemuan jasad dengan tempat yang mulia, tetapi pertemuan hati dengan sebuah amanah.
Amanah untuk terus berjalan di atas jalanmu ya Rasulullah ﷺ sehingga kami dipertemukan denganmu di akhirat nanti.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ ﷺ
Dr UMAY
2 September 2026
Madinah Al Munawwarah | 64 |
| 13 | 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗛𝗕𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗛𝗔𝗕𝗜𝗕 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗔𝗠𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗜𝗡𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗡𝗔𝗪𝗪𝗔𝗥𝗔𝗛
Setiap kali berkesempatan datang ke bumi Madinah al-Munawwarah, antara rutin saya ialah menziarahi seorang ulama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, al-Habib Muhammad Amin bin Idrus bin Syeikh Abu Bakar bin Salim.
Beliau berasal dari Indonesia dan telah menetap di Madinah al-Munawwarah hampir 30 tahun. Sepanjang keberadaan beliau di bumi Haramain, beliau telah berguru dan mengambil ilmu daripada ramai para masyaikh. Antara guru yang sangat dekat dengan beliau ialah al-‘Allamah al-Faqih al-Habib Zain bin Ibrahim bin Zain bin Sumaith, yang terkenal dengan jolokan al-Syafi‘i al-Saghir.
Alhamdulillah, kali ini kami berkesempatan menziarahi dan bersuhbah bersama beliau hampir empat jam. Banyak nasihat, dan perkongsian ilmu yang beliau sampaikan, termasuk beberapa amalan khusus yang boleh diamalkan ketika berada di bumi Haramain, khususnya Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.
Selain mengajar dan membimbing para penuntut ilmu, beliau juga banyak menghasilkan karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu.
Dalam pertemuan tersebut, kami berkesempatan membaca beberapa karya beliau sendiri di hadapan beliau dan menerima ijazah daripadanya. Beliau turut mengijazahkan Dala’il al-Khayrat, beberapa amalan khusus ketika berada di Madinah al-Munawwarah, serta memberikan ijazah secara umum dan khusus.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati al-Habib Muhammad Amin, memanjangkan usia beliau dalam ketaatan dan kesihatan, serta terus memberi manfaat kepada umat melalui ilmu, karya dan bimbingan beliau.
Dr. UMAY
Madinah Al Munawwarah | 324 |
| 14 | No text... | 287 |
| 15 | Jadikan takdir-takdir hidup kami
sebagai pintu makrifat kami
pada-Mu, Ya Allah…
Dr UMAY — Masjidil Haram
31 Ogos 2026
Semoga Allah makbulkan setiap doa dan hajat kita.
Moga Allah hadirkan dan izinkan lagi untuk menjadi tetamu-Nya.
Telegram Dr UMAY
https://t.me/muhammadafifyahya
Boleh share | 405 |
| 16 | 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐈𝐖𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐘𝐄𝐈𝐊𝐇 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀 𝐀𝐋-𝐇𝐀𝐋𝐀𝐁𝐈 𝐀𝐋-𝐌𝐀𝐊𝐊𝐈
Alhamdulillah, malam tadi kami berkesempatan menziarahi al-Musnid Syeikh Zakariyya bin Ahmad al-Talib al-Halabi al-Makki di rumah beliau.
Hampir empat jam kami bersama beliau. Dalam tempoh yang agak panjang itu, kami dapat melihat sendiri kerendahan hati, sifat tawaduk dan akhlak beliau yang begitu baik dalam memuliakan tetamu.
Walaupun kami datang sebagai murid dan tetamu, layanan beliau membuatkan kami terasa sangat dihargai dan dimuliakan.
Dalam pertemuan tersebut, Syeikh bermurah hati memberikan kepada kami ijazah ‘ammah dan ijazah khassah, serta meriwayatkan dan mengijazahkan beberapa hadis musalsal, antaranya:
1. الحديث المسلسل بالأولية
2. الحديث المسلسل بالمحبة
3. الحديث المسلسل بإعطاء العصا
4. الحديث المسلسل بالتلقيم
5. الحديث المسلسل بالضيافة على الأسودين: التمر والماء
6. الحديث المسلسل بالرؤية
7. الحديث المسلسل بالمصافحة
8. الحديث المسلسل بالعِطْر
Syeikh juga menunjukkan kepada kami cara memakai wangian sebagaimana yang beliau terima dan pelajari daripada guru beliau.
Kami turut menerima ijazah Dala’il al-Khayrat daripada beliau.
Antara perkara yang paling menyentuh hati kami, ketika hendak pulang. Walaupun kami datang sebagai murid menziarahi beliau, Syeikh sendiri berhasrat untuk menghantar kami pulang ke hotel.
Begitulah akhlak seorang alim dalam memuliakan tetamu dan mereka yang datang menuntut ilmu.
Pertemuan ini banyak mengajar kami bahawa ilmu bukan sekadar apa yang disampaikan, tetapi juga dapat dilihat melalui adab, tawaduk dan akhlak seorang guru.
Semoga Allah SWT memelihara Syeikh Zakariyya bin Ahmad al-Talib al-Halabi al-Makki, memanjangkan usia beliau dalam ketaatan dan kesihatan, memberkati ilmu, amal dan seluruh khidmat beliau, serta memberikan manfaat kepada umat melalui sanad dan ilmu yang beliau bawa.
Semoga Allah juga mengurniakan kepada kami keberkatan ilmu, sanad dan suhbah bersama para ulama, serta memberikan taufik untuk menjaga amanah ilmu dan adab yang telah kami terima. | 378 |
| 17 | No text... | 332 |
| 18 | 🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69
Alhamdulillah, hari ini kita mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama 69 tahun.
Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah dan perjuangan generasi terdahulu, tetapi membawa amanah untuk kita terus memelihara keamanan, keharmonian dan kedaulatan tanah air.
Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia, mengurniakan keamanan dan kesejahteraan, menyatukan hati rakyatnya serta menjadikan tanah air ini sebuah negara yang diberkati.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69.
Malaysia, tanah air yang kita cintai. 🇲🇾
Dr. UMAY | 356 |
| 19 | _“Carilah keredhaan Allah.._
_disebalik mujahadahmu_
_disebalik keperitanmu_
_disebalik kesakitanmu_
_disebalik kepayahanmu_
_disebalik apa jua perkara yang kamu bersungguh sungguh menyalahi tuntutan nafsu”_
Dr UMAY
Mukhayyam 2.0
Telegram Dr UMAY
https://t.me/muhammadafifyahya | 371 |
| 20 | Video from Muhammad Afif Yahya | 341 |
