DARUL MUJTABA
Open in Telegram
Bismillah Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.
Show more2 045
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-730 days
Data loading in progress...
Similar Channels
Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
July '26
July '26
+4
in 1 channels
June '26
+16
in 1 channels
Get PRO
May '26
+13
in 0 channels
Get PRO
April '26
+7
in 1 channels
Get PRO
March '26
+20
in 1 channels
Get PRO
February '26
+6
in 2 channels
Get PRO
January '26
+9
in 2 channels
Get PRO
December '25
+2
in 2 channels
Get PRO
November '25
+5
in 1 channels
Get PRO
October '25
+7
in 2 channels
Get PRO
September '25
+7
in 1 channels
Get PRO
August '25
+5
in 2 channels
Get PRO
July '25
+8
in 2 channels
Get PRO
June '25
+8
in 1 channels
Get PRO
May '25
+9
in 2 channels
Get PRO
April '25
+9
in 2 channels
Get PRO
March '25
+17
in 1 channels
Get PRO
February '25
+16
in 2 channels
Get PRO
January '25
+24
in 3 channels
Get PRO
December '24
+26
in 2 channels
Get PRO
November '24
+20
in 2 channels
Get PRO
October '24
+29
in 2 channels
Get PRO
September '24
+34
in 3 channels
Get PRO
August '24
+33
in 2 channels
Get PRO
July '24
+14
in 2 channels
Get PRO
June '24
+40
in 2 channels
Get PRO
May '24
+30
in 1 channels
Get PRO
April '24
+14
in 2 channels
Get PRO
March '24
+22
in 2 channels
Get PRO
February '24
+26
in 2 channels
Get PRO
January '24
+38
in 1 channels
Get PRO
December '23
+33
in 1 channels
Get PRO
November '23
+18
in 1 channels
Get PRO
October '23
+18
in 1 channels
Get PRO
September '23
+25
in 0 channels
Get PRO
August '23
+24
in 0 channels
Get PRO
July '23
+52
in 0 channels
Get PRO
June '23
+70
in 0 channels
Get PRO
May '23
+54
in 0 channels
Get PRO
April '23
+58
in 0 channels
Get PRO
March '23
+21
in 0 channels
Get PRO
February '23
+39
in 0 channels
Get PRO
January '23
+15
in 0 channels
Get PRO
December '22
+13
in 0 channels
Get PRO
November '22
+16
in 0 channels
Get PRO
October '22
+9
in 0 channels
Get PRO
September '22
+10
in 0 channels
Get PRO
August '22
+20
in 0 channels
Get PRO
July '22
+16
in 0 channels
Get PRO
June '22
+35
in 0 channels
Get PRO
May '22
+19
in 0 channels
Get PRO
April '22
+12
in 0 channels
Get PRO
March '22
+11
in 0 channels
Get PRO
February '22
+14
in 0 channels
Get PRO
January '22
+7
in 0 channels
Get PRO
December '21
+17
in 0 channels
Get PRO
November '21
+17
in 0 channels
Get PRO
October '21
+16
in 0 channels
Get PRO
September '21
+29
in 0 channels
Get PRO
August '21
+22
in 0 channels
Get PRO
July '21
+65
in 0 channels
Get PRO
June '21
+26
in 0 channels
Get PRO
May '21
+21
in 0 channels
Get PRO
April '21
+14
in 0 channels
Get PRO
March '21
+15
in 0 channels
Get PRO
February '21
+17
in 0 channels
Get PRO
January '21
+28
in 0 channels
Get PRO
December '20
+2 056
in 0 channels
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 04 July | 0 | |||
| 03 July | +2 | |||
| 02 July | 0 | |||
| 01 July | +2 |
Channel Posts
| 2 | Pernah tak kita terfikir...
Kenapa Allah mempertemukan kita dengan seseorang pada waktu tertentu?
Kenapa bukan lima tahun lebih awal?
Kenapa bukan lima tahun lebih lewat?
.
Saya rasa kisah perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saudah binti Zam'ah r.a. memberi jawapan yang sangat indah.
.
Ketika itu Rasulullah SAW sedang melalui tahun yang paling berat dalam hidup Baginda.
Khadijah r.a. baru sahaja wafat.
Wanita yang menjadi teman hidup. Susah senang bersama
Tempat Baginda SAW bercerita.
Tempat Baginda SAW berehat.
Tempat Baginda SAW mencari ketenangan.
Tidak lama selepas itu,
Abu Talib pula meninggal dunia.
Kemudian Baginda SAW pergi ke Taif.
Dan pulang dengan hati yang penuh luka.
.
Rumah itu menjadi sunyi.
Fatimah masih kecil.
Ummu Kulthum juga masih memerlukan seorang ibu.
Pada saat itulah muncul seorang wanita bernama Saudah binti Zam'ah.
.
Saudah bukan gadis muda.
Beliau seorang balu.
Pernah berhijrah ke Habsyah bersama suaminya demi mempertahankan iman.
.
Di bumi asing itu,
suaminya meninggal dunia.
Beliau pulang ke Makkah membawa duka yang tidak ramai tahu.
Seorang balu.
Usianya juga bukan lagi usia yang sering menjadi pilihan untuk berkahwin.
Kalau dilihat dengan mata manusia,
hidup Saudah seakan-akan sudah sampai ke penghujung cerita.
.
Tetapi Allah sedang menulis permulaan yang baru.
Khawlah binti Hakim datang menemui Rasulullah SAW.
Beliau berkata,
"Aku melihat kesedihan yang begitu besar pada dirimu selepas pemergian Khadijah."
Lalu beliau mencadangkan dua nama.
.
Aisyah.
Dan Saudah.
.
Khawlah tidak memilih Saudah kerana kecantikannya.
Beliau memilih Saudah kerana akhlaknya.
Beliau seorang yang mudah mesra.
Tidak suka bermusuh.
Suka membuat orang lain tersenyum dan ketawa.
Membawa ketenangan ke mana sahaja beliau berada.
Subhanallah.
.
Kadang-kadang yang paling kita perlukan dalam hidup...
Bukan seseorang yang sempurna.
Tetapi seseorang yang mampu membawa ketenangan ketika hati kita sedang berduka.
.
Rasulullah SAW menerima lamaran itu.
Dan selama hampir tiga tahun,
Saudah menjadi satu-satunya isteri Rasulullah.
Beliaulah yang menghidupkan semula sebuah rumah yang baru kehilangan Khadijah.
Beliaulah yang menemani Rasulullah SAW melalui fasa yang sangat sukar.
Beliaulah yang bersama Fatimah dan Ummu Kulthum ketika mereka kehilangan seorang ibu.
.
Saya rasa inilah yang paling menyentuh tentang kisah Saudah.
Allah tidak menghantarnya untuk menggantikan Khadijah.
Tiada siapa mampu menggantikan Khadijah.
Tetapi Allah menghantarnya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Khadijah.
.
Begitulah hidup.
Kadang-kadang Allah menghadirkan seseorang bukan untuk mengambil tempat orang yang telah pergi.
Tetapi untuk menemani kita meneruskan perjalanan selepas kehilangan itu.
Dan itulah antara bentuk kasih sayang Allah juga.
Dia tidak menghilangkan luka kita.
Tetapi Dia menghadirkan seseorang yang membantu kita berjalan bersama luka itu.
#coretanaqilahnor
#bilasirahberbicara
#darulmujtaba | 101 |
| 3 | https://youtu.be/y5oYLb0QvAQ?si=u87D96IasLuRqmR- | 87 |
| 4 | MALAM INI DI BANDAR ENSTEK, N9
MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR | 106 |
| 5 | No text... | 105 |
| 6 | Zikir yang berterusan akan membersihkan debu-debu kelalaian pada hati. Apabila hati mula bersih, ia akan bercahaya. Apabila hati bercahaya, ia mula merasai kemanisan iman. Apabila hati hidup dengan zikir, ia mula melihat segala sesuatu sebagai tanda perbuatan Allah, nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah.
Pada saat itu, ujian tidak lagi dilihat sebagai kebencian Allah, tetapi sebagai anak tangga untuk semakin dekat kepada-Nya. Musibah tidak lagi memutuskan harapan, bahkan menjadi ruang untuk mengenal Allah dengan lebih dalam.
Sebab itu tafakur juga termasuk zikir yang besar. Sayyidina Abu Darda’ r.a. dikatakan mengambil masa untuk bertafakur setiap hari. Tafakur yang benar akan membawa hati kepada sangka baik kepada Allah, bukan sangka buruk. Ia menjadikan seseorang melihat ujian dengan cahaya iman, bukan dengan bisikan syaitan.
Kesimpulannya, jangan tinggalkan zikir walaupun hati belum hadir. Jangan tinggalkan amal walaupun hati belum sempurna. Teruskan perjalanan menuju Allah dengan rendah hati, banyak taubat, banyak harap dan banyak sangka baik kepada-Nya.
Mudah-mudahan Allah mengangkat kita daripada zikir lisan kepada zikir hati, daripada zikir hati kepada zikir sirr, dan daripada kelalaian kepada kehadiran bersama-Nya.
والله أعلم بالصواب.
#darulmujtaba
https://www.facebook.com/share/p/1KcPfjw2mU/?mibextid=wwXIfr | 118 |
| 7 | NOTA PENGAJIAN HIKAM
Syarah Tok Pulau Manis
Bersama Maulana Dr. Iqbal Zain Al-Jauhari
Muka Surat: 105
Tajuk: Jangan Tinggalkan Zikir Walaupun Hati Belum Hadir
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Pada pengajian ini, Maulana menyambung perbahasan Kitab Hikam berkenaan adab seorang hamba dalam perjalanan rohaninya menuju Allah SWT, khususnya berkaitan zikir dan keadaan hati.
Kalam Hikmah:
“Janganlah engkau meninggalkan zikir kerana hatimu belum hadir bersama Allah ketika berzikir. Sesungguhnya kelalaianmu daripada tidak berzikir itu lebih berat daripada kelalaianmu ketika sedang berzikir.”
Hikmah ini memberi pedoman yang sangat besar kepada orang yang sedang berjalan menuju Allah. Antara tipu daya halus dalam perjalanan rohani ialah seseorang menunggu hatinya sempurna dahulu sebelum beramal. Dia berkata, “Aku belum khusyuk, maka aku tidak mahu solat.” Atau, “Aku belum ikhlas, maka aku tidak mahu bersedekah.” Atau, “Hatiku belum hadir, maka aku tidak mahu berzikir.”
Hakikatnya, jalan menuju Allah bukan bermula dengan kesempurnaan. Jalan ini bermula dengan langkah, walaupun langkah itu tempang, lemah dan penuh kekurangan.
Para salihin mengingatkan:
“Berjalanlah menuju Allah walaupun dalam keadaan tempang.”
Maksudnya, teruslah berjalan walaupun masih banyak dosa, banyak kelemahan, banyak kelalaian dan banyak kekurangan. Jangan berhenti. Jangan berputus asa. Jatuh, bangun semula. Lalai, kembali semula. Berdosa, bertaubat semula. Pintu Allah tidak pernah tertutup selagi nyawa masih dikandung badan.
Zikir lisan walaupun hati belum hadir tetap lebih baik daripada meninggalkan zikir sama sekali. Ini kerana sekurang-kurangnya sebahagian anggota kita sedang berada dalam ketaatan kepada Allah. Lidah yang bergerak menyebut nama Allah adalah nikmat yang besar. Jika lidah itu tidak digunakan untuk zikir, boleh jadi ia digunakan untuk lalai, mengumpat, menyakiti orang lain atau berkata perkara yang sia-sia.
Maka bersyukurlah apabila Allah masih menggerakkan lidah kita untuk menyebut nama-Nya.
Jangan tunggu ikhlas untuk mula beramal. Ikhlas itu maqam yang tinggi. Para wali pun bermujahadah untuk mencapainya. Maka orang yang baru berjalan jangan menjadikan alasan “belum ikhlas” untuk meninggalkan amal. Sebaliknya, teruslah beramal sambil memohon kepada Allah agar dikurniakan ikhlas.
Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah menyebut bahawa meninggalkan amal kerana takut dipuji manusia juga termasuk riak. Ini kerana seseorang masih memandang manusia dalam tindakannya. Maka yang benar ialah terus beramal, sambil memperbaiki hati dan meluruskan niat kerana Allah.
Dalam perjalanan rohani, amalan zahir membantu membersihkan batin. Zikir lisan membantu menghidupkan zikir hati. Apabila lidah terus dibiasakan menyebut nama Allah, lama-kelamaan hati akan mula sedar, hadir dan merasa dekat dengan Allah.
Pada awalnya seseorang berzikir dalam keadaan lalai. Kemudian Allah mengangkatnya kepada zikir yang disertai kesedaran. Selepas itu Allah mengangkatnya kepada zikir yang disertai kehadiran hati. Kemudian meningkat lagi kepada zikir sirr, iaitu zikir yang sangat halus, apabila hati sentiasa terhubung dengan Allah dalam setiap keadaan.
Namun semua peningkatan ini adalah kurniaan Allah. Tugas hamba ialah terus beramal, terus berusaha dan terus menjaga adab. Jangan memaksa Allah mengikut jadual kita. Kita berzikir hari ini bukan untuk memaksa hijab tersingkap hari ini juga. Kita beramal kerana kita hamba, dan Allah Tuhan yang menentukan bila Dia mahu membuka, mengurniakan dan melimpahkan cahaya makrifat ke dalam hati.
Allah tidak akan mensia-siakan amalan orang yang berbuat baik. Walaupun manusia tidak melihat, Allah melihat. Walaupun manusia tidak menghargai, Allah menghargai. Walaupun manusia lupa, Allah tidak pernah lupa walau sebesar zarah kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya.
Oleh itu, teruslah berzikir. Teruslah solat. Teruslah berselawat. Teruslah beramal. Teruslah membaiki hati. Jangan menunggu sempurna baru mahu berjalan, kerana kesempurnaan itu datang dengan terus berjalan. | 103 |
| 8 | Sollu ‘Alan Nabi ﷺ
🌿 Daurah Kitab Risalah Al-Mustarshidin
Risalah Tasawuf Untuk Pencari Petunjuk
Kitab agung karya Imam Abu Abdullah Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi (w.243H), antara tokoh besar yang membicarakan tentang mujahadah nafs, penyucian hati dan perjalanan menuju Allah.
🎙️ Bersama Ustaz Angah Sunan
(Penterjemah Kitab)
📅 11 - 12 Julai 2026 (Sabtu & Ahad)
🕘 9.00 pagi
💻 Secara Online (Zoom)
🎁 Hibah Penyertaan: RM70
🔗 Pendaftaran:
https://dana.darulmujtaba.my/order/form/50
Daurah ini terbuka kepada semua muslimin dan muslimat yang ingin mendalami ilmu tasawuf, mengenal penyakit hati serta jalan penyuciannya menurut bimbingan para ulama muktabar.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat, hati yang hidup dengan zikrullah serta taufiq untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari.
Info lanjut : wassap.my/60122617221 (Along Wan)
#darulmujtaba | 139 |
| 9 | MALAM INI DI TTDI KL
MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR | 143 |
| 10 | No text... | 189 |
| 11 | Sollu ‘Alan Nabi ﷺ
🌿 Daurah Kitab Risalah Al-Mustarshidin
Risalah Tasawuf Untuk Pencari Petunjuk
Kitab agung karya Imam Abu Abdullah Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi (w.243H), antara tokoh besar yang membicarakan tentang mujahadah nafs, penyucian hati dan perjalanan menuju Allah.
🎙️ Bersama Ustaz Angah Sunan
(Penterjemah Kitab)
📅 11 - 12 Julai 2026 (Sabtu & Ahad)
🕘 9.00 pagi
💻 Secara Online (Zoom)
🎁 Hibah Penyertaan: RM70
🔗 Pendaftaran:
https://dana.darulmujtaba.my/order/form/50
Daurah ini terbuka kepada semua muslimin dan muslimat yang ingin mendalami ilmu tasawuf, mengenal penyakit hati serta jalan penyuciannya menurut bimbingan para ulama muktabar.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat, hati yang hidup dengan zikrullah serta taufiq untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari.
#darulmujtaba | 190 |
| 12 | Teruskan kembali kepada Allah.
Jika jatuh lagi, bangun lagi. Jika berdosa lagi, bertaubat lagi. Jangan berhenti sehingga nafas terakhir.
Namun, taubat juga mesti disertai usaha meninggalkan sebab-sebab maksiat. Jika sesuatu benda menjadi jalan kepada dosa, maka ia perlu dijauhkan. Jangan mengaku menyesal tetapi masih menyimpan sebab yang membawa kepada maksiat.
5. Kaitan Dengan Hari Asyura
Maulana juga mengingatkan agar tidak terlepas peluang beramal pada hari-hari besar di sisi Allah, khususnya Hari Asyura, 10 Muharram.
Antara amalan yang dianjurkan:
Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram, atau 10 dan 11 Muharram. Yang lebih sempurna bagi yang mampu ialah 9, 10 dan 11 Muharram.
Hari Asyura adalah hari yang besar. Ia dikaitkan dengan peristiwa keselamatan Nabi Musa عليه السلام daripada Firaun, keselamatan Nabi Nuh عليه السلام apabila bahtera Baginda berlabuh, dan beberapa peristiwa besar lain.
Maulana juga menyebut tentang amalan meluaskan perbelanjaan keluarga pada Hari Asyura. Para ulama menyebut bahawa sesiapa yang meluaskan perbelanjaan keluarganya pada hari tersebut, Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun.
Maka, orang yang hidup hatinya akan berusaha merebut peluang seperti ini. Dia tidak mahu terlepas hari-hari yang mempunyai kelebihan besar di sisi Allah.
Kesimpulan
Antara tanda hati yang mati ialah:
Pertama, tidak sedih apabila tertinggal amal kebaikan.
Kedua, tidak menyesal apabila melakukan dosa.
Hati yang hidup akan merasa rugi apabila terlepas ibadah, dan merasa takut apabila terjatuh dalam maksiat.
Jalan merawat hati ialah dengan taubat, penyesalan, zikrullah, bersangka baik kepada Allah, dan terus kembali kepada-Nya tanpa putus asa.
Semoga Allah menghidupkan hati kita dengan zikrullah, menjadikan kita hamba yang menyesal atas dosa, dan memberi kekuatan untuk istiqamah dalam ketaatan.
والله أعلم.
#darulmujtaba | 125 |
| 13 | NOTA PENGAJIAN HIKAM
Syarah Tok Pulau Manis
Bersama Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari
Muka Surat: 110
Tajuk: Tanda Matinya Hati
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Pada pengajian ini, Maulana menyambung perbahasan daripada Kitab Hikam berkenaan keadaan hati manusia. Hati yang hidup ialah hati yang sentiasa mengingati Allah. Hati yang mati pula ialah hati yang jauh daripada zikrullah dan tidak lagi merasa apa-apa terhadap kelalaian, dosa dan maksiat.
Kalam Hikmah:
“Antara tanda matinya hati ialah tidak merasa sedih apabila tertinggal sesuatu amal kebaikan, dan tidak merasa menyesal apabila melakukan sesuatu kesalahan.”
1. Tidak Sedih Apabila Tertinggal Amal Kebaikan
Tanda pertama hati yang mati ialah apabila seseorang tidak merasa sedih atau terkilan apabila dia terlepas melakukan kebaikan.
Contohnya, dia tertinggal solat sunat, tidak membaca al-Quran, tidak berzikir, tidak bangun tahajud, tidak berpuasa pada hari yang besar fadilatnya, tetapi hatinya biasa sahaja. Tiada rasa rugi. Tiada rasa kehilangan.
Sedangkan orang yang hidup hatinya akan merasa sedih apabila terlepas peluang mendekatkan diri kepada Allah. Dia akan berkata dalam hatinya:
“Kenapa aku malas membaca al-Quran?”
“Kenapa aku tidak sempat berzikir hari ini?”
“Kenapa aku terlepas solat sunat?”
“Kenapa aku tidak rebut peluang ibadah ini?”
Rasa terkilan seperti ini adalah tanda masih ada hayat dalam hati. Ia menjadi pintu untuk Allah membimbing seseorang memperbaiki dirinya.
Maulana menjelaskan bahawa manusia biasanya sedih apabila terlepas hal dunia. Terlepas promosi, terlepas peluang bisnes, terlepas hiburan atau keuntungan dunia, dia merasa rugi. Tetapi jika terlepas solat Subuh, bacaan al-Quran atau zikir, dia tidak merasa apa-apa.
Ini tanda hati sedang lemah dan perlu dirawat.
2. Tidak Menyesal Apabila Melakukan Dosa
Tanda kedua hati yang mati ialah tidak merasa menyesal apabila melakukan dosa.
Apabila seseorang tergelincir dalam maksiat, tetapi dia tidak merasa bersalah, tidak insaf, bahkan mencari alasan untuk membenarkan dirinya, maka ini sangat berbahaya.
Hakikat taubat bukan sekadar solat dua rakaat. Solat taubat itu tanda kesungguhan, tetapi roh taubat ialah penyesalan hati.
Taubat bermula apabila seseorang mengaku di hadapan Allah:
“Ya Allah, aku yang salah.”
“Ya Allah, aku yang cuai.”
“Ya Allah, aku yang lalai.”
“Ya Allah, aku yang menzalimi diriku sendiri.”
Jangan meniru sikap iblis. Iblis apabila melakukan kesalahan, dia tidak menyesal. Bahkan dia memberi alasan dan menyalahkan takdir. Dia berkata seolah-olah Allah yang menyebabkan dia sesat.
Inilah sifat hati yang sombong.
Berbeza dengan Nabi Adam عليه السلام. Apabila Baginda tersilap, Baginda menangis, menyesal dan berdoa:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, pasti kami termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.”
Inilah adab kehambaan.
3. Bezakan Mentaliti Adam dan Mentaliti Iblis
Mentaliti iblis ialah mencari alasan, menyalahkan orang lain, menyalahkan takdir, dan tidak mahu tunduk kepada Allah.
Mentaliti Nabi Adam ialah mengaku salah, menangis, menyesal, merendah diri dan kembali kepada Allah.
Seorang mukmin apabila berdosa, dia melihat dosanya seperti gunung yang hampir runtuh menimpanya. Orang munafiq pula melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di hidung, lalu ditepis begitu sahaja.
Maka, jangan anggap dosa sebagai perkara kecil. Walaupun dosa itu kecil, ia tetap dilakukan di hadapan Allah Yang Maha Besar.
4. Ubat Hati Yang Mati
Ubat bagi hati yang mati ialah memperbanyakkan zikrullah dengan sungguh-sungguh.
Zikir bukan sekadar lafaz di lidah, tetapi hati hadir mengingati Allah. Apabila seseorang terus berzikir dengan jujur, lama-kelamaan Allah akan mencampakkan rasa benci terhadap maksiat ke dalam hatinya.
Mungkin pada awalnya dia masih jatuh dalam dosa. Tetapi jangan putus asa. Teruskan taubat. Teruskan zikir. | 123 |
| 14 | No text... | 213 |
| 15 | No text... | 197 |
| 16 | KITA BUKAN BANGSA YANG KECIL
Pernah suatu ketika dahulu, dunia datang ke Nusantara bukan sekadar untuk berdagang, tetapi untuk mengenali sebuah tamadun yang disegani.
Kita memiliki warisan ilmu, kepimpinan, ekonomi, undang-undang dan akhlak yang pernah menjadi contoh kepada dunia.
Namun hari ini, mengapa begitu ramai daripada kita lebih mengenali sejarah bangsa lain berbanding sejarah sendiri?
Mungkin sudah tiba masanya kita kembali menggali akar peradaban, agar kita tidak kehilangan jati diri dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin pantas.
Bangkit bukan dengan kenangan, tetapi dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran.
Jika kita ingin memahami siapa kita, dari mana datangnya kekuatan peradaban Nusantara, serta bagaimana sejarah boleh menjadi panduan menghadapi cabaran masa depan, sertailah Seminar Bangkit Peradaban Timur.
Bersama barisan panel yang akan mengupas sejarah, geopolitik, pembangunan insan dan kebangkitan peradaban dari perspektif yang lebih luas dan mendalam.
📍 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur
📅 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
🔗 Daftar sekarang :
https://nuranirelief.onpay.my/order/
Tempat adalah terhad.
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #PerangPeralihanDunia #BangkitPeradabanTimur | 186 |
| 17 | No text... | 152 |
| 18 | LENSA MAJLIS PERASMIAN MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
Alhamdulillah, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada seluruh hadirin yang telah hadir memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Kehadiran anda semua menjadi lambang kecintaan kepada Rasulullah SAW serta manifestasi kesetiaan kepada Raja, agama dan negara. Semoga himpunan penuh keberkatan ini terus menyuburkan semangat muafakat, memperkukuh jati diri dan memperteguh peradaban ummah.
"...Sebab itulah Duli Yang Maha Mulia Sultan sentiasa menyeru agar kita memperkukuhkan perpaduan dan memelihara keharmonian dalam kalangan umat Islam. Seruan ini wajar kita sambut dengan penuh rasa tanggungjawab.
Sekiranya wujud sebarang perselisihan atau perbezaan pandangan sesama kita, janganlah ia diperbesarkan di khalayak ramai sehingga mengundang perpecahan dan membuka ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan. Sebaliknya, marilah kita menyelesaikan setiap permasalahan melalui musyawarah, dengan hikmah, adab dan semangat ukhuwah Islamiah.
Islam mengajar kita bahawa setiap perselisihan hendaklah diselesaikan dengan kebijaksanaan, saling menghormati dan mengutamakan maslahat ummah. Jika semangat ini dapat kita hayati, insya-Allah umat Islam akan terus teguh, bersatu dan dihormati..."
Petikan Ucapan Rasmi,
YB Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Tetamu Kehormat dan Perasmi
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
17 Jun 2026
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur | 140 |
| 19 | No text... | 161 |
| 20 | Prophet Sulaiman (A.S), He used to speak to insects and birds. One day he came across an ant and noticed that the ant was eating wheat. He asked the ant, “How many grains of wheat do you go through every year?” The ant replied, “Two.”
So Sulaiman (A.S) said, “I got you. Here are two grains, and insha’Allah I will come back next year and give you another two.”
The ant agreed and said, “Okay, deal.”
Sulaiman (A.S) then left and came back a year later with two grains. When he returned, to his surprise, the ant had only consumed one grain. He asked, “I thought you said you consume two grains a year?”
The ant replied, “When I was depending on Allah, yes, I used to consume two. But when I started depending on you, I became worried that you might forget me, so I only ate one.”
That is the tawakkul of an ant. What is ours like?
The lesson drawn from this narration is about tawakkul: even an ant trusts its Lord for its rizq.
And yet, sometimes we humans
ashraf al-makhluqaat (the best of creation) forget that Allah is Ar-Razzaq, the Provider for all.
Let this be a gentle reminder: trust Allah, be grateful, and remember that provision is in His hands. Even the smallest creature depends fully on Him.
#darulmujtaba | 81 |
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
